Anda di halaman 1dari 1

2/21/13

Main - Print

Bahasa
Oleh Zurairi AR
Feb 20, 2013

Urusniaga LTAT beri durian runtuh kepada Raja Ropiaah, kata Rafizi
UPDATED @ 06:17:14 20-02-2013

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. Gambar oleh Choo Choo May

PETALING JAYA, 20 Feb Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah menerima jutaan ringgit lebih dari klausa tersembunyi dalam rancangan kerajaan persekutuan membeli tanah di Bukit Raja, kata Rafizi Ramli hari ini. Pengarah strategi PKR itu pagi tadi dibenarkan menyemak dokumen perjanjian tanah dan mengkaji saham Boustead Holdings Bhd selepas beliau membeli saham firma tersebut. "Saya terperanjat kerana apabila kita semak klausa itu satu per satu, sebenarnya ada banyak lagi penyelewengan yang dilindungi dari pengetahuan orang ramai dan pemilik saham," kata Rafizi dalam sidang medianya hari ini. "Raja Ropiaah menerima keuntungan berjuta ringgit atas angin." Boustead, syarikat yang dilaburkan oleh tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan tahun lalu membeli 80 peratus saham syarikat Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd, dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. Selain dari RM130 juta yang diumumkan sebelum ini, Kementerian Pertahanan menganugerahkan syarikat Raja Ropiaah Awan Megah Sdn Bhd RM15 juta dalam kontrak tambahan pada 26 Jun 2012. Awan Megah juga menerima 23.2 ekar tanah dari asal 223.2 ekar, yang berpotensi bernilai jutaan ringgit. Sejumlah RM4 juta juga diberikan kepada Boustead kepada proksi bernama Putra Nazrain Abdul Jalil untuk membeli 20 peratus saham Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki peniaga permaidani kontroversi Deepak Jaikishan. Anak syarikat Boustead, Bakti Wira Sdn Bhd mengambil alih semua komitment Awan Megah kepada syarikat pembuat plastik GuppyUnip Sdn Bhd untuk membatalkan perjanjian sebelum ini. Dalam perjanjian sebelum ini, Awan Megah bersetuju untuk bekerjasama dengan GuppyUnip, dan pemberian kredit diberikan oleh United Overseas Bank (UOB) kepada GuppyUnip untuk membiayai modal Awan Megah berjumlah RM59.25, premium untuk perpindahan nama tanah dari kerajaan Selangor dan kos penyediaan pembangunan kawasan tersebut. Dalam dokumen tersebut, ia juga dipersetujui Deepak tidak akan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead. "Ini membuktikan dakwaan saya bahawa perjanjian ini hanya mahu mendiamkan Deepak," kata Rafizi yang membuat dakwaan tahun lalu sekiranya tuduhan dibuat oleh Deepak ke atas pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dianggap serius, tidak sekali-kali LTAT akan membuat perjanjian itu. Beliau mengulangi bahawa beliau "tidak sabar dan bersedia" menghadapi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah selepas kes saman di Mahkamah Tinggi bulan lalu, Rafizi menegaskan Ahmad Zahid belum lagi berhadapan dengannya dengan sebarang kes mahkamah. Pengarah strategi PKR itu berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi perjanjian sejak beliau mendapat banyak maklumat dari lawatan beliau ke Boustead. "Pasti akan seronok menjelang pilihan raya ini," katanya lagi, bergurau.

www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/urusniaga-ltat-beri-durian-runtuh-kepada-raja-ropiaah-kata-rafizi/

1/1

Anda mungkin juga menyukai