Anda di halaman 1dari 1

INSTRUMEN/PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

Antara instrumen yang telah digunakan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Dato Wan Ahmad adalah melalui pemerhatian dan temu bual. Saya telah menggunakan instrument pemerhatian dengan memerhati dan melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk Tahun 3 dan juga Tahun 4. Saya juga telah mengambil beberapa keping gambar semasa membuat pemerhatian tersebut. Selesai membuat pemerhatian, saya juga membuat temu bual dan soal selidik terhadap guru-guru Pendidikan Jasmani tersebut dan segala isi perbualan telah saya catatkan pada borang kolaborasi pada Lampiran 2.