Anda di halaman 1dari 9

• Luangkan masa baca sehingga habis, manfaat nya terlalu

banyak....sekadar
ingatan utk diriku dan org2 yg tersayang..salam!!!

Belajarlah Untuk Berkata Cukup


"Oleh: Abu Naqibah

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem


yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon

utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang


top2. Salah
satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang
membabitkan
pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal
kelihatan
seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam


kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal
sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki
tersebut
terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk
mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke
atas
jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi,
menyumpah seranah
la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting


untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang
la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa
basikal
tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka
kembali ke
satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi
masih
menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal


keluar
dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti
sebelum
ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang
trailer
dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di
belakang
kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people
just don't
know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang
patut
diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak
menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka
minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya)
tak berlaku
supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia
pula yang
maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni


sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta
perkara
yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.
Persoalannya,
tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan
miskin,
kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah
kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk
menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita
terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang.
Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya
kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga
selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan


yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi
sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab?
Bukankah Allah itu
Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah
Allah itu Maha
Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita
yang
bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik
sepanjang
hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we
wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham
dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi
Allah
berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari
jelita
jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian
kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di
akhirat
kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?


Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga
dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening
kepala
nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan
lihat
anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia
tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan
saya
katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya


dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk
saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya
ketika
sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan
Alhamdulillah,
petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu
berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya.
Maha Suci
Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu


adalah
yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang
tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar
bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always
greener on
the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada
orang lain
itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang


yang di
bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan
membuat kita
tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita
sentiasa
mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih
banyak.
Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai
yang turut
mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam.


Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di
kilang
metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak
ini,
dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya
hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia
dapat EPF.
Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat
gaji
RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya


dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500
pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant.
Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga.
Sebab masa
tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup
la. Tapi
bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak
cukup
juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling


besar! Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji
2-3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa
saya tak
ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau
solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat
baru
dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini


yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin
kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan
mendatang. Yang
penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.
Pesan
Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2
rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari .
Ini benar2
terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik.
Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat
bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati
esok
hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar
akhirat
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak
Allah
maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada
rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak


bayar
ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit
lampin anak,
duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia
mengeluh.
Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu
dia cakap
dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2
sebab
tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar


periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi,
mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk
telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya.
Tiba2
dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah
malam.
Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi
sebelum ke
tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya
ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat.
Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian
anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan
padanya, kita
tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia

hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah


permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui.
Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini,
bukan
niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya
hanya
mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk
berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat?
Berapa kali
pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan
cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup
atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak
kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah
memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah
orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang
yang sombong
adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat
sombong.
Wallahu'alam.-..

"Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama


ini kami leka. Selama ini
kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga
kami lupa janji nikmat
syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang
Kau beri. Dan jadikanlah
kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya
Rabbal 'Alamin... "
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-
LAH ....."

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak
sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak
setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat
HAJAR dan
mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika
ada keburukan pada
dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan
pada dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik
kita "

mujahidah_muda

Anda mungkin juga menyukai