Anda di halaman 1dari 2

Kamu menyertai lawatan ke rumah anak-anak yatim yang dianjurkan oleh persatuan sekolah kamu.

Ceritakan dalam bentuk catatan harian tentang lawatan itu. Format:tajuk,hari,tarikh,masa Isi-isi penting 1.bertolak menaiki bas Disambut pengetua, dengar taklimat Berkenalan,berbual mesra Bergotong-royong Menghiburkan anak yatim

Lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim Serdang,Selangor. Khamis, 18 Mac 2010 7.30 pagi Sebanyak empat orang guru penasihat dan tiga puluh orang ahli Persatuan Pendidikan Moral menyertai lawatan itu. Kami bertolak dengan menaiki sebuah bas ke Rumah Anak-anak Yatim Serdang, Selangor. 8.30 pagi Tiba di perkarangan rumah anak anak yatim. Pengetua rumah anak-anak yatim, Puan Josephine membawa kami ke bilik taklimat untuk memberikan penerangan tentang kehidupan anak-anak yatim di situ. 9.30 pagi Kami berjumpa dengan anak-anak yatim di situ. Kami berkenalan dan berbual mesra dengan anakanak yatim tersebut. Kami turut merasakan kesedihan yang mereka alami ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. 10.00pagi Kami bersama-sama anak-anak yatim di situ mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah tersebut. 11.30 pagi Kami menghiburkan anak-anak yatim tersebut dengan mengadakan persembahan nyanyian, tarian dan lakonan. 12.30 tengah hari

Sebelum berpisah, kami bergambar bersama-sama dan bertukar-tukar alamat dengan mereka.