HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan definisi dan konsep tingkahlaku. 2. Menjelaskan Falsafah Pendidikan Khas. 3. Menerangkan peranan dan tugas pasukan pelbagai disiplin.
PENGENALAN
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanakkanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain daripada tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku dalam kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti,
Pengurusan Tingkahlaku Dalam Pendidikan Khas |2 tanggungjawab seorang guru di sekolah adalah amat berat seperti kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.
DEFINISI DAN KONSEP TINGKAHLAKU Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M. Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Mengikut (PL94-142), masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjah yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. Menurut Lewis M. Baker (2001), tingkah laku bermasalah bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku juga adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Dari sumber yang sama, Carl Rogers (1999) menekankan seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tingkah laku bermaksud gerak geri, kelakuan dan perbuatan. Manakala masalah pula membawa maksud perkara atau keadaan yang
Pengurusan Tingkahlaku Dalam Pendidikan Khas |3 menimbulkan kesukaran (kesulitan). Selain itu, tingkah laku bermasalah juga boleh membawa pengertian tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam Bahasa Inggeris dan terkeluar dari nilai dan norma sosial dalam masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Maka, jika mengikut definisi-definisi yang telah dinyatakan, pengertian tingkahlaku bermasalah ialah gerak geri atau kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran atau terkeluar dari norma sosial dalam masyarakat. Kesulitan atau kesukaran yang dinyatakan ialah apa yang berlaku di dalam bilik darjah apabila adanya murid yang melakukan tingkah laku yang boleh mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran. 4.1 Contoh Tingkah Laku Bermasalah Terdapat pelbagai contoh tingkah laku bermasalah termasuk murid berkomunikasi di antara satu sama lain di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Cara murid berkomunikasi tidak semestinya secara lisan. Contohnya, murid menghantar nota bertulis kepada rakan yang lain dan rakan tersebut membalas nota yang diberikan. Seterusnya, antara tingkah laku bermasalah ialah murid tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang telah diberikan oleh guru. Biasanya, mereka akan memberikan alasan bagi menjelaskan keadaan tersebut berlaku. Kadang-kadang, alasan yang diberikan tidak kurang wajar dan tidak boleh diterima. Selain itu, murid yang lupa membawa buku juga merupakan contoh tingkah laku bermasalah seperti lupa membawa buku latihan, buku teks atau buku kerja. Apabila berkongsi buku teks dengan rakan, sudah pasti ia akan mengganggu rakannya tersebut. Jika terlupa untuk membawa buku latihan atau buku kerja, sudah tentu murid tidak membuat latihan yang diberikan di dalam kelas. Malas membuat latihan kelas juga merupakan tingkah laku bermasalah. Murid ini lebih gemar berbual-bual antara satu sama lain. Selain itu, murid ini juga akan mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja yang diberikan. Ada sesetengah murid gemar menggunakan bahasa yang kesat di depan rakan-rakan. Selalunya, murid yang menggunakan bahasa kesat tersebut ialah murid lelaki dan sengaja menyebutnya di depan murid-murid perempuan. Tingkah laku sedemikian dianggap kurang sopan dan tidak menghormati guru dan rakan-rakan.
Pengurusan Tingkahlaku Dalam Pendidikan Khas |5 Selain itu secara terperinci terdapat juga beberapa punca yang lain yang menyebabkan wujudnya masalah salah laku disekolah iaitu penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai. Ini berlaku apabila murid merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah di dalam bilik darjah. Perkara ini merupakan kelemahan guru dalam mewujudkan suatu suasana pengajaran yang kondusif dan ceria. Keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa. Contohnya kerusi meja terlalu sesak, tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan tempat kurang bersih dan sebagainya. Keadaan fizikal yang kurang selesa ini akan menjadikan murid-murid gelisah. Perasaan murid yang kurang selesa merupakan punca masalah disiplin yang berlaku. Hubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra. Misalnya, guru mengamalkan kepimpinan bercorak autokratik dan mengawal disiplin murid secara kuku besi. Dibawah kepimpinan jenis ini, interaksi dua hala di antara guru dan murid tidak dapat diwujudkan, sebaliknya keadaan ini mewujudkan suasana sosioemosi yang kurang sihat. Murid-murid sentiasa merasa bimbang, gelisah dan takut pada guru. Perasaan yang kurang sihat ini merupakan salah satu punca yang menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Sahsiah guru yang kurang meyakinkan. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada muridmurid. Murid-murid yang nakal akan sering menimbulkan masalah disiplin dengan tujuan membuli guru yang kurang tegas. Kesihatan murid yang kurang baik. Murid-murid yang kurang sihat dan tidak mendapat masa rehat yang mencukupi akan menghadapi kesulitan untuk menumpukan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini sering mengantuk dan tidak cergas mengikuti pelajaran dan akibatnya tidak berupaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, murid-murid ini terpaksa meniru kerja murid yang lain atau tidak langsung membuat tugasan. Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi. Pihak sekolah yang amat menekankan pencapaian dan prestasi akademik akan menggalakkan murid-murid yang kurang cerdas menimbulkan masalah disiplin sekolah. Ini kerana murid-murid yang tidak berupaya mencapai aspirasi sekolah sebagaimana yang diharapkan biasanya lebih cenderung untuk menibulkan masalah disiplin. Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya dan alam sekitar. Murid-murid mudah dipengaruhi oleh tingkah laku daripada ahli keluarga atau alam sekitar. Pengaruh negatif seperti bergaduh, bercakap kasar dan sebagainya adalah mudah dicontohi oleh murid-murid mereka. Aktiviti-aktiviti yang kurang sihat ini akan dibawa oleh mereka ke sekolah, dan menimbulkan masalah disiplin semasa mereka belajar. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah pula menimbulkan masalah disiplin. Dalam keadaan bilangan murid yang ramai ini, kawalan kelas adalah rumit dan sukar bagi guru memberi perhatian kepada setiap murid semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang tidak dapat layanan yang wajar daripada guru ataupun tidak
Pengurusan Tingkahlaku Dalam Pendidikan Khas |6 dapat mengikuti pelajaran yang diajarkan akan merasa bosan dan kecewa, kemudiannya menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah, seperti membuat bising, berbual-bual dengan rakan sedarjah, berkeliaran, ponteng kelas, membuli rakan sedarjah, tidur dalam kelas dan sebagainya. Kerja kelas diberikan pun tidak dapat disempurnakan kerana tidak sanggup mengikuti pelajaran secara sepenuhnya.
Bincangkan masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid kategori hiperaktif (ADHD),Sindrom Down,Bermasalah Pendengaran dan Lembam (Slow Learner).
PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan. Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali maneggiare iaitu menangani dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis mesnagement telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris management pada abad-abad ke 17 dan 18. Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia sering merangkumi sumber-sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. James A. F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan- peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu (Mohammad Fauzi, 2008). Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.
Tahukah anda siapakah pakar yang akan terlibat dalam mengendalikan kanak-kanak bermasalah tingkahlaku.
Penyelidik memilih aspek tingkah laku positif berbanding tingkah laku delinkuen atau devian adalah bertujuan bagi mengurangkan jawapan pemalsuan daripada pelajar. Ini kerana instrumen dalam kajian ini berpotensi menyedarkan responden tentang kewujudan keadaan kognisi yang bercanggah (cognitive disonance), jika ianya terdapat dalam diri mereka. Merujuk definisi teori berkenaan, keadaan sedemikian akan mendorong responden untuk mengubah maklumat diri yang menggambarkan keseimbangan kognitif palsu. Dalam kajian ini, Tingkah Laku Positif merujuk kepada aspek mematuhi nilai-nilai agama serta norma-norma masyarakat. Tingkah laku ini adalah mematuhi kewajipan menunaikan ibadah sebagai seorang Islam dan pengamalan akhlak yang baik dalam mematuhi norma-norma masyarakat.
Pengurusan Tingkahlaku Dalam Pendidikan Khas |9 sahaja merosakkan diri, rakan malah masyarakat serta sekolah. Perkara ini merupakan perkara yang boleh menggugat keharmonian di sekolah. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku ini ialah permusuhan yang nyata. Ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan yang boleh menyebabkan kecederaan. Paling teruk, murid yang terlibat boleh disabitkan kesalahan di bawah jenayah juvana. Selain itu, vandalisme juga merupakan kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku distruktif. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, vandalisme bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Sekiranya murid membuat vandalisme, ia akan melibatkan sekolah mendapat rugi serta banyak kemudahan tidak boleh digunakan dengan sempurna. Seterusnya, murid yang mempunyai klik, geng dan kumpulan liar tertentu di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah juga merupakan antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku distruktif. Adanya kumpulan liar, geng dan klik boleh menyebabkan permusuhan di antara satu sama lain mengikut kumpulan atau geng masingmasing. Selain itu, perkara sebegini juga punca berleluasanya kes buli di kalangan murid. Ini menyebabkan murid-murid lain tidak berminat untuk turun ke sekolah dan sekolah bukan lagi tempat yang selamat. JENIS-JENIS MASALAH TINGKAH LAKU
Minor
Masalah tingkah laku minor ialah masalah yang tidak memerlukan tindakan disiplin yang serius atau tindakan pemulihan. Hal ini adalah kerana masalah tingkah laku ini belum lagi berada pada tahap yang membimbangkan dan masih lagi dalam keadaan yang terkawal. Contoh yang boleh dikaitkan dengan masalah tingkah laku minor ialah tidak mengikut peraturan atau prosedur, sering mengganggu kelancaran aktiviti di dalam bilik darjah serta pembelajaran guru, sering membuat aktiviti yang tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran guru, serta tidak patuh kepada arahan guru.
Major
Masalah tingkah laku major pula ialah masalah yang kerap berlaku, masalah yang sering ditimbulkan oleh murid atau tingkah laku bermasalah minor yg bertambah dari segi kekerapannya dan jumlahnya yang menggangu pembelajaran murid lain. Contohnya adalah seperti kerap mengganggu kelas, tidak mematuhi arahan guru dan juga bertindak mencabar guru yang mengajar.
Kronik
Masalah tingkah laku kronik pula ialah masalah tingkah laku yang serius yang dilakukan secara berterusan, masalah yang timbul secara konsisten, serta masalah tersebut kerap kali berlaku dan sukar diubah. Masalah ini memerlukan intervensi jangka panjang serta memerlukan khidmat kaunseling atau modifikasi yang tingkah laku yang sesuai. Hal ini adalah kerana sekiranya masalah tingkah laku tersebut tidak diubah, ianya boleh menjadi masalah emosi dan
P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 10 sosial yang serius. Contoh masalah kronik yang sering terjadi ialah anti-sosial, suka mencabar autoriti, tidak hormat pada guru serta murid lain, suka bergaduh, vandalism dan sebagainya.
Rumusan
Masalah tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan ini adalah untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku positif dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.
Rujukan
Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Caves,Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Istimewa.Batu
Mohammad Fauzi.(2008).Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Diperolehi pada September 26, 2008 daripada http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/ Ahmad Shukri Mohd Nain.(2002). Tingkah Laku Organisasi: Pengenalan Tingkah Laku Individu : Penerbit UKM Press. Nordin Mamat.(2005).Asas Sosial Kanak-kanak.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 11 Prof Madya Dr.Rohani Abdullah,Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad.(2004). Panduan Kurikulum Pra Sekolah.Universiti Putra Malaysia : PTS Publication &Distributors Sdn.Bhd. Rohani Abdullah.(2001).Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Universiti Putra Malaysia : Penerbit UPM
P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 12
P e n g u r u s a n T i n g k a h l a k u D a l a m P e n d i d i k a n K h a s | 13
Lebih dari sekadar dokumen.
Temukan segala yang ditawarkan Scribd, termasuk buku dan buku audio dari penerbit-penerbit terkemuka.
Batalkan kapan saja.