Anda di halaman 1dari 18

940921-12-5108

GEJALA PENYAKIT KANSER SERVIKS DI DAERAH SANDAKAN DARI TAHUN 2008 SEHINGGA 2012 Pengenalan Penyakit kanser bermaksud ketumbuhan yang berlaku pada tisu atau organ dalam badan. Jika seseorang pesakit menghidap penyakit kanser, sel-sel kanser tersebut akan bermutifikasi atau berganda tanpa batasan dan secara tidak menentu. Penyebaran kanser atau barah di dalam tubuh seseorang pesakit adalah melalui saluran darah serta sistem limfanyai. Kanser serviks juga dikenali sebagai barah pangkal Rahim. Barah pangkal Rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita yang berusia. Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal Rahim adalah kehadiran antibody kepada Human Papiloma Virus (HPV) iaitu sekumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin (genital wart ). Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal Rahim iaitu kanser serviks. Ketuat kelamin tidak menunjukkan tanda-tanda yang ketara, oleh itu, ujian pap smear digalakkan untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 40-an. Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara normal. Menurut Doktor Pakar Perubatan yang bertugas di Hospital Duchess of Kent Sandakan, Doktor Alinah Madin, bilangan pesakit yang menghidap penyakit ini meningkat dari tahun ke tahun. Dalam sebulan, dianggarkan seorang atau 2 orang yang menghidap penyakit ini dan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.ii Kanser Serviks di Sabah terutamanya di daerah Sandakan telah mengancam kesihatan masyarakat di daerah Sandakan dan telah menyebabkan kematian kepada pesakit yang menghidap penyakit tersebut.

940921-12-5108

OBJEKTIF KAJIAN : Terdapat tiga objektif yang akan dikaji dalam kajian tentang gejala penyakit kanser serviks atau lebih dikenali barah pangkal Rahim.

1. Mengenalpasti punca-punca Kanser Serviks atau Barah Pangkal Rahim. 2. Mengenalpasti simpton-simpton Kanser Serviks. 3. Meneliti dan mengenalpasti peranan perubatan dan Rawatan bagi penyakit kanser serviks.

940921-12-5108

3. Punca-punca Kanser Karsinogen merupakan bahan atau substance yang sebenarnya menyebabkan penyakit kanser. Gaya hidup dan keadaan persekitaran adalah faktor utama yang menyebabkan kanser. Kedua-dua faktor ini dikatakan 90% mempengaruhi punca penyakit kanser. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu sebab sebenar yang menjadi punca penyakit ini.iii Salah satu sebab kanser adalah faktor keturunan atau gen. Kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit kanser mempunyai sejarah di mana salah satu daripada ahli keluarganya pernah menghidapnya. Oleh itu, gen mereka juga mewarisi penyakit yang sama. Tabiat merokok dan meminum alkohol juga adalah salah satu punca penyakit kanser. Menurut kajian, orang yang merokok dan meminum alkohol secara kerap adalah lebih terdedah kepada penyakit kanser ini. Selain itu, faktor lain adalah bahan kimia dari kilang atau industri. Pendedahan yang lama kepada bahan kimia yang beracun boleh menyebabkan kanser. Kandungan sesetengah jenis bahan kimia juga boleh menyebabkan kanser. Amalan seksual yang tidak sihat misalnya seks rambang juga merupakan satu faktor penyebab kanser. Begitu juga dengan pemahaman dan gaya hidup yang tidak sihat. Virusvirus seperti virus Hepatitis B, Hepatitis C dan virus HIV dalam badan juga boleh membawa kepada kanser. Pendedahan secara berterusan dan kerap kepada sinaran radiasi dan ultraungu juga boleh membawa kepada penyakit kanser. Sinaran-sinaran ini mengandungi bahan yang menyebabkan kanser. Selain itu, pendedahan kepada asbestos dan kromium juga menjadi penyebab kanser.iv
3

940921-12-5108

PUNCA RISIKO KEBARANGKALIAN KANSER SERVIKS Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal Rahim adalah Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis. Seterusnya, Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) adalah salah satu punca kanser serviks yang membawa maksud wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim. Selain itu, Herpes iaitu wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal Rahim.selain daripada itu, Ubatan iaitu anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal Rahim. Di samping itu, Merokok juga salah satu punca yang menyebabkan kanser serviks telah meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.v

940921-12-5108

4. Simptom-simptom Penyakit Kanser Terdapat beberapa simptom khusus yang boleh dikesan pada pesakit kanser. Simptom pertama adalah pendarahan yang berlaku tanpa sebab yang nyata. Pendarahan akan berlaku bahagian serviks berlaku bagi kanser serviks. Selain itu, pendarahan juga akan berlaku pada bahagian tinja dan air kencing. Pendarahan yang tidak normal iaitu Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan. Selain itu, Keluar cairan yang banyak dan tidak normal seperti Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor. Seterusnya, Sakit pada tulang pelvik adalahSakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam. Tambahan pula, Sakit ketika pembuangan air kecil. Yang seringkali terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing. Selain itu, Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, douching atau selepas ujian pelvik. Terjadi akibat adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan. Ujian pelvik adalah ujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan
5

940921-12-5108

hubungan kelamin pertama. Terdapat juga, darah beku yang dikesan dan Sakit ketika melakukan hubungan seks serta berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid.vi 5. Peranan Perubatan komplimentari Dan cara perubatan penyakit kanser serviks Perubatan komplimentari adalah perubatan alternatif yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Terdapat berbagai-bagai jenis perubatan komplimentari seperti perubatan naturopati, homeopati, meditasi, ubat herba dan lain-lain. Perubatan-perubatan komplimentari ini menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah sesuatu penyakit. 5.1 Naturopati Perubatan naturopati adalah sejenis cara perubatan yang merawat penyakit dengan menggunakan kuasa pemulihan semulajadi yang terdapat dalam tubuh manusia. Ia mengenalpasti dan mengeluarkan penyakit. Mengikut prinsip perubatan naturopati ini, penyakit-penyakit sebenarnya berpunca daripada pemakanan, peminuman dan pernafasan yang tidak baik. Otot dan sendi yang tegang, postur yang salah dan punca-punca psikologi juga boleh menyebabkan serangan penyakit. Perubatan naturopati juga merupakan salah satu jenis perubatan alternatif yang boleh digunakan untuk merawat pesakit kanser. Menurut naturopati, kanser berlaku apabila sel-sel dalam tisu menjadi toksik dan badan kekurangan makanan yang mengandungi bahan organik sehingga menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan betul. Oleh itu, tubuh mereka tidak berupaya untuk membuang sisa dan menyerap nutrien. Ini membawa kepada ketumbuhan atau tumor pada badan. Menurut naturopati, pesakit menghidap kanser ini kerana beberapa faktor. Faktorfaktor ini termasuklah pemakanan atau diet yang tidak betul, pemakanan daging, telur dan gula yang berlebihan serta kekurangan nutrien organik dan enzim daripada makanan mentah.
6

940921-12-5108

Kekurangan senaman juga merupakan satu punca kerana ia boleh menyebabkan peredaran pernafasan yang tidak baik serta kurang tenaga. Langkah paling penting bagi merawat pesakit kanser melalui naturopati adalah melaui detoksifikasi. Detoksifikasi bermaksud mengeluarkan bahan-bahan toksik atau beracun daripada dalam badan. Cara lain adalah dengan berpuasa dan pembersihan kolon. Diet atau pemakanan pesakit kanser harus terdiri daripada buah-buahan segar dan sayur-sayuran serta jusnya. Makanan pesakit kanser juga haruslah bebas daripada protein haiwan. Dalam perkataan lain, diet pesakit tersebut haruslah terdiri daripada makanan vegeterian sahaja (tiada sebarang daging dalam dietnya). Gula juga harus dijauhi. Jika hendakkan rasa manis, pemanis boleh digunakan. Selain itu, garam juga harus dijauhi. Pesakit juga tidak boleh merokok, meminum alkohol, menghadapi sebarang tekanan, tidur lewat dan mengadakan hubungan seks. Senaman pernafasan penting untuk membolehkan selsel dalam badan menyerap lebih banyak oksigen yang amat diperlukan oleh badan pesakit. Terdapat makanan-makanan tertentu yang harus diambil oleh pesakit kanser dalam perubatan naturopati. Pesakit-pesakit harus meminum banyak jus lobak merah. Jus ini merupakan jus yang terbaik untuk mendetoksifikasi tisu-tisu. Ia meneutralkan kandungan asid dalam darah. Jus lobak merah yang mentah juga membekalkan vitamin, mineral dan enzim. Ia memberikan tenaga kepada sel-sel yang telah mati untuk membina semula dan membuang sisa-sisa. Senaman juga amat penting bagi pesakit kanser menurut perubatan naturopati. Senaman boleh menguatkan badan mereka bagi menentang sebarang aktiviti radikal iaitu serangan penyakit dalam badan. Senaman juga merupakan aktiviti yang memberikan daya ketahanan yang baik untuk melawan kanser kolon. Selain itu, senaman juga memperbaiki proses pengaliran dalam badan yang boleh meningkatkan penggunaan oksigen. Kesannya,
7

940921-12-5108

pesakit akan memperolehi lebih banyak tenaga. Jenis senaman yang digalakkan oleh perubatan naturopati ini adalah senaman berjalan dan senaman dalam air. Perubatan naturopati menggunakan prinsip kuasa pemulihan semulajadi. Pemakanan pesakit harus dijaga dan banyak senaman harus dilakukan bagi menguatkan sistem pertahanan badan pesakit kanser. Naturopati ini berasaskan kepada kata-kata Hippocrates: "Let food be our medicine and medicine be our food". Ini bermaksud makanan adalah ubat kita dan ubat kita terdiri daripada makanan.

5.2 Homeopati Homeopati adalah satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa sejenis ubat yang menyebabkan kesan tertentu apabila diambil oleh seseorang akan berupaya memulihkan sebarang penyakit yang menunjukkan kesan-kesan yang sama. Homeopati mendapati bahawa badan kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan menahan penyakit. Apabila kuasa pertahanan ini diganggu, kita akan jatuh sakit. Ini bukanlah kerana kesan kepada bahagian tertentu, tetapi kepada keseluruhan diri pesakit. Setiap pesakit memerlukan ubat yang berbeza berasaskan simptom-simptom dan sistem mentalnya yang berbeza bagi setiap individu. Perubatan homeopati menstimulasikan kuasa pemulihan semulajadi yang kemudiannya membuang penyakit. Homeopati ini terkenal dengan kebolehannya untuk memulihkan penyakit kronik. Penyakit serius seperti kanser juga mampu dipulihkan dengan segera tanpa kesan sampingan. Penyakit itu tidak akan berulang sama ada dalam bentuk yang sama atau bentuk yang lain.

940921-12-5108

Dalam perubatan homeopati, sejenis penawar digunakan di mana ubat itu dicairkan secara berperingkat-peringkat dan digoncang sehingga ubat itu mempunyai kuasa untuk memulihkan. Cecair yang terhasil itu berkuasa memulihkan pesakit kerana proses pencairan ini memberi tenaga kepada ubat tersebut. Selepas proses ini selesai, ubat asal yang tinggal dalam penawar ini hampir tidak wujud. Bahan asal sebelum dijadikan penawar ini akan dicairkan sehingga bahan asal tersebut tidak ada di penghujung proses pencairan. Tenaga vital adalah penting dalam mengubati pesakit kanser mengikut cara homeopati. Pesakit kanser sukar dipulihkan jika tenaga vital pesakit adalah rendah. Akibatnya, hanya sesetengah simptom sahaja yang akan pulih dan pesakit akan tenat semula setelah satu jangka masa pendek mengambil penawar yang telah disediakan untuknya. Dalam perkataan lain, tindak balas pesakit tersebut terhadap penawar yang disediakan boleh menentukan sama ada kanser itu boleh dipulihkan atau tidak. Perubatan homeopati menyatakan bahawa pesakit boleh bertambah tenat apabila ia mendengar berita buruk. Misalnya, jika mereka diberitahu bahawa mereka akan mati atau penyakit mereka tidak dapat diubati. Oleh itu, ada ubat homeopati bagi mengelakkan ketenatan setelah mendengar berita buruk. Contohnya, seorang pesakit kanser telah diberi sejenis penawar iaitu gelsemium dan selepas mengambilnya, dia berasa tenang, dapat tidur nyenyak dan mempunyai banyak tenaga untuk melawan penyakit kanser tersebut. Perubatan homeopati juga mempunyai ubat bagi melawan kesan sampingan yang diperolehi daripada rawatan radiasi dan kemoterapi. Kesan sampingan ini termasuklah muntah-muntah, loya dan keletihan. Perubatan homeopati tidak mempunyai satu cara yang khusus untuk merawat pesakit kanser. Konsep perubatan homeopati adalah mudah; Homeopati bukan merawat penyakit, tetapi merawat pesakit. Dalam perkataan lain, perubatan homeopati bukan merawat kanser,
9

940921-12-5108

tetapi merawat pesakit yang menghidap kanser. Ini bermakna bahawa tiga pesakit kanser paru-paru yang berlainan akan diberi tiga jenis penawar yang berbeza. Perubatan homeopati ini dikatakan pernah berjaya merawat pesakit kanser. Di kalangan orang miskin di India di mana hanya cara perubatan homeopati wujud, ramai pesakit kanser telah berjaya dipulihkan. Kejayaan penggunaan perubatan homeopati bagi memulihkan pesakit kanser ini mungkin lebih berjaya bagi pesakit-pesakit yang tidak pernah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi. Cara homeopati ini juga membantu dalam kes-kes yang tidak dapat dipulihkan dengan mengurangkan kesakitan serta membantu pesakit mati tanpa rasa bimbang dan tanpa kesakitan.

Perubatan Herba Para penyelidik Universiti Heiderberg telah menerbitkan beberapa hasil yang provokatif mengenai cara perubatan herba bagi mengubati pesakit kanser. Terdapat sejenis herba dari China yang dikenali sebagai Herba Epimediia glycoside leariin yang diberikan kepada pesakit-pesakit kanser. Dalam eksperimen-eksperimen tabung uji, didapati herba ini dapat menstimulasikan sel-sel sihat bagi menghasilkan bahan anti-kanser yang dikenali sebagai tumor necrosis factor-alpha. Dos yang sesuai dapat membantu pesakit kanser. Herba-herba seperti akar Burdock, herba sheep sortel, rhubab ayam belanda dan kulit pokok elm yang licin dapat mengurangkan kesakitan dan menghalang sel-sel kanser daripada merebak. Herba-herba ini juga mengawal pendarahan, memusnahkan tisu-tisu tumor dan mengembalikan pandangan mental serta fungsi-fungsi fisiologi.

10

940921-12-5108

PSP iaitu Polysaccharide Peptide berupaya menyembuhkan pesakit kanser. Ganoderma (lingzhi) pula adalah sejenis herba yang membersihkan darah serta membekalkan oksigen. Ia juga dibuktikan pernah memulihkan sesetengah jenis kanser.

Meditasi Cara meditasi dapat mengurangkan kesakitan yang dihadapi oleh pesakit kanser. Cara meditasi ini meliputi teknik-teknik hipnosis, bio-feedback dan meditasi. Cara hipnosis adalah cara yang dikatakan paling berjaya. Ini adalah menurut penilaian ahli panel Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institute of Health). Mengikut cara perubatan meditasi, pesakit diajar teknik-teknik berehat dan menyenangkan badan. Meditasi ini juga dibuktikan dapat meningkatkan aktiviti pembunuh semulajadi sel-sel kanser. Pesakit yang melakukan meditasi didapati mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pesakit yang tidak melakukan meditasi.vii

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim? Rawatan untuk barah pangkal rahim. Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi. viii Pembedahan Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal Rahim.
11

940921-12-5108

LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim. Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama. Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan.ix

2 .Radioterapi Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.

12

940921-12-5108

3.Kimoterapi Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap. x

4.Rawatan paliatif Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.xi

13

940921-12-5108

5. Kesimpulan Setelah mengetahui serba sedikit mengenai lesi prekanser skuamus pada servik wanita, kita seharusnya berasa lebih bertuah kerana masih belum terlambat untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelak perkara yang buruk berlaku seperti kanser pangkal rahim ini. Amalkan pemakanan yang sihat dan amalkan gaya hidup sihat berteraskan agama bagi mengelak hubungan sosial yang tidak sihat. Lakukan pemeriksaan Pap smear bagi mereka yang berisiko dan kurangkan amalan merokok. Dapatkan suntikan pelalian HPV dimana-mana klinik kesihatan atau di klinik-klinik swasta. Ambillah peluang emas untuk memberikan kepada anak-anak perempuan anda untuk mendapatkan suntikan pelalian percuma daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga dengan pengetahuan ini, statistik penghidap kanser pembunuh kedua negara ini dapat dikurangkan. Dengan itu, negara ini akan lebih maju tanpa kes kanser.xii

14

940921-12-5108

NOTA HUJUNG

Hhtp://www.infosihat.gov.my Dr.Alinah Madin (Doktor pakar sakit puan, Perbidanan), (Hospital Duchess of Kent sandakan) 13 Februari 2013. iii http:// www.bing.com ( 25 Mac 2013 ) iv Dr.Alinah Madin (Doktor pakar sakit Puan,perbidanan),(Hospital Duchess of Kent Sandakan) 13 Februari 2013. v http://www.kanser serviks.com .my (23 Februari 2013 ) vi Dr.Alinah Madin (doktor pakar sakit Puan, Perbidanan),( Hospital Duchess of Kent Sandakan) 13 Februari 2013. vii Dr.Alinah (doctor pakar sakit Puan, Perbidanan), (Hspital Duchhess of Kent Sandakan) 13 Februari 2013. viii http://www.lppkn.com.my (20 mac 2013). ix Deepak M.D (Completely, Revisied and expanded ALTERNATIVE MEDICINE, The Definite Guide, Goldbridge,1990) Halaman 170. x Dr.Alinah ( Doktor Pakar Sakit Puan, Perbidanan),(Hospital Duchess of Kent Sandakan) 13 Februari 2013. xi http://rawatan kanser serviks. 19 mac 2013. xii http://serviks 25 Mac 2013.
ii

15

940921-12-5108

BIBLIOGRAFI Altman Sarg,M.D, 1991. The Cancer Dictionary. Cambridge: Pats On File. Deepak M.D, 1990. Completely, Revisied and Expanded Alternative Medicine. Goldbridge: The Definite Guide. Dr.Alinah, Doktor Pakar Sakit Puan, Perbidanan, Hospital Duchess of Kent Sandakan (Temubual) http:// www.bing.com (25 Mac 2013) http://www.kanser serviks.com .my (23 Februari 2013) http://www.lppkn.com.my (20 Mac 2013) http://rawatan kanser serviks. (19 Mac 2013) http://serviks (25 Mac 2013)

16

940921-12-5108

LAMPIRAN 1 Gambar yang menunjukkan gambar Penyakit Kanser Serviks atau Barah Pangkal Rahim.

Rajah 1 : Gambar menunjukkan Kanser Serviks.

Rajah 2 : Contoh gambar penyakit Kanser Serviks.

17

940921-12-5108

18

Anda mungkin juga menyukai