Anda di halaman 1dari 3

Doa Pembuka

.

.



Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak
menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran,
Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala
kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis
..
yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

..

Kami juga memohon perlindungan dari Mu dari segala perkara yang boleh
mencacat celakan majlis kami dan dari segala perkara yang melalaikan kami dari
berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.







.

.


Doa Pembuka Majlis Ilmu










Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau
redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa
kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,


ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani
cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat
dan negara.