Anda di halaman 1dari 2

Kelas 2B, SJK (C) KUO KUANG 2, Jln Persisiran Sutera Danga, Tmn Sutera Utama, 81300 Skudai,

Johor.

Pengerusi PIBG, SJK (C) KUO KUANG 2, Jln Persisiran Sutera Danga, Tmn Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor.

15 FEBRUARI 2013

Tuan, Meminta peruntukkan wang tiket untuk program lawatan sambil belajar Dengan segala hormatnya, saya guru Tan Wei Ying, guru kelas 2B, ingin meminta peruntukkan wang tiket sebanyak RM400.00 dari pihak pibg untuk tiket 40 orang murid bagi program sambil belajar di UK Farm dan ZenXin Organic Farm yang akan berada di Kluang.

2. Jumlah orang yang akan pergi ke UK Farm pada 25 Februari adalah 42 orang, 40 orang murid dan 2 orang guru.

3. Harga bagi satu tiket UK Farm adalah RM52.00 dan harga bagi satu tiket ZenXin Organic Farm adalah RM8.

4.Saya meminta pihak PIBG memperuntukkan wang sebanyak RM10.00 bagi setiap murid, bagi 40 murid, RM400.00 supaya dapat mengurangkan beban ibu bapa murid.

5. Bagi tiket guru, guru akan bayar tiket dengan duit sendiri.

6. Saya berharap agar tuan tidak menghampakan pihak kami. Sekian.

Yang menjalankan tugas, Tan Wei Ying (TAN WEI YING) Guru Kelas, 2B.