Anda di halaman 1dari 30

ASAL USUL ISTILAH DIABETES MELLITUS. Kenapa namanya kencing manis??

Perkataan "diabetes" berasal dari bahasa Yunani yang beerti "orang yang berdiri mengangkangkan kedua-dua belah kakinya" atau "berselang untuk memindahka air", dari sini makna tersebut berkembang dan ditafsirkan sebagai "kencing" saja. Kata dalam bentuk "diabete" pertama kali ditemui dalam naskah bahasa Inggeris pada tahun 1425. Hanya pada tahun 1675 Thomas Willis menambah kata "mellitus" dari bahasa latin yang bermaksud "madu" kepada kata diabetes sehingga nama lengkapnya menjadi "diabetes mellitus" untuk mentakridkan penyakit dengan gejala mengeluarkan kencing atau urine berasa "manis" Kencing manis sebagai gejala penyakit sudah dikenalpasti oleh para ahli Yunani, China, Mesir dan India serta Parsi. Orang India memerhatikan bahawa semut mengerumuni air kencing pesakit diabetes mellitus dan menamakan penyakit ini "madhumeha" (= penyakit kencing manis) Walaupun sudah lama sekali orang berusaha memahami dan mengubati penyakit diabetes, hanya pada tahun 1900an saintis mengetahui penyakit ini berkaitan dengan pancreas. Pada tahun 1889 Joseph von Merlng dan Oscar Minkowski mendapati bahawa anjing yang dibuang pankreasnya akan megalami penyakit seperti diabetes mellitus dan mati beberapa hari kemudian. Secara spesifik, Sir Edward Albert Sharpey-Schafer pada tahun 1910 menyimpulkan bahawa diabetes disebabkan oleh berkurangnya hormon yang dihasilkan pancreas dan memberi nama hormone tersebut sebagai Insulin (dari kata bahasa latin Insula yang ertinya pulau, kerana hormone ini diketemukan di sekitar gugusan pulau Langerhans pada pankreas). Pada tahun 1921 Sir Frederick Grant Banting dan Charles Herbert Best berjaya menyelamatkan anjing pesakit diabetes dengan mentranplantasi pancreas baru. Pada tahun 1922 mereka, dan pada tahun 1923 bersama-sama dengan ketua Makmal University of Toronto, Mac Leod mendapat Hadiah Nobel kerana kejayaan tersebut. Ardhi 2010; sumber bacaan TriExs Media "Having Fun with Diabetes Mellitus"

Tanda Tanda Diabetes Kesan Tanda Diabetes Dari Awal


Mulai 1996 hingga 2006, Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak dalam penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup, termasuk 43 peratus peningkatan untuk darah tinggi, 88 peratus peningkatan dalam diabetes dan 250 peratus kenaikan bagi obesiti. Hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis atau diabetes. Angka itu adalah hasil kaji selidik Sindrom Metabolik Malaysia 2008 22 peratus daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas didapati menghidap penyakit diabetes. Ramai Orang yang ingat dia sihat Tapi dari statistik diatas adakah kita yakin degan jangkaan kita ?? Yang paling menakutkan bilamana ramai yang tidak suka atau takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, lebih lebih lagi kaum lelaki, dan natijahnya meraka terlantar kerana penyakit yang dihidapat hanya disedari apabila sudah peringkat kronik. Dan salah satu Penyakit yang cukup banyak menyebakan kesengsaraan di Malaysia ialah Diabetesatau lebih dikenali sebagai Kencing manis. Jadi pada mereka yang malas dan takut untuk melakukan pemeriksaan, mereka disarankan melakukan pemantauan sendiri bagi megenalpasti tanda tanda kencing manis atau Diabetes Gejala atau tanda-tanda diabetes yang umum terjadi adalah: Penyembuhan luka yang lama Dehidrasi Rasa haus terus-menerus Peningkatan frekuensi kencing Selalu sakit Kepala dan Loya Kelelahan Penurunan berat badan

Beberapa tanda Diabetes lain yang harus anda ambil tahu ialah : Diabetis awal adalah disaat seseorang mendapat tahu yang kandungan gula dalam darahyang dimiliki lebih tinggi dibandingkan kadar normal tapi masih belum dalam kategori pengidap diabetis Kadar gula dalam darah yang normal ialah dibawah 100mg/dl (dalam keadaan berpuasa). Jika hasil ujian menunjukan kadar gula ialah 126 atau lebih tinggi maka itu bermakna pengidap kencing manis atau Diabetes Ujian kadar gula dalam darah seelok eloknya dilakukan setiap 3 tahun, terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan, dan berusia lanjut Seandainya anda tergolong dalam golongan yang tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, memiliki sejarah penyakit berkaitan pembuluh darah, masalah kolestrol, atau ada kelaurga yang mengidap diabetes, maka ada juga berpotensi untuk mengidapnya. Melahirkan bayi yang beratnya lebih dari 4 atau 5 KG, dan mengalami masalah diabetes masa hamil. Tekanan Darah antara 140/90 atau lebih

Mencegah Diabetes Sempena Hari Diabetes Sedunia 2011


Sempena Hari Diabetes Sedunia 2011 yang bertemakan Act on Diabetes Now (Perangi Diabetes Sekarang), adalah penting bagi rakyat Malaysia mendidik diri mereka dengan perubahan cara hidup yang diperlukan bagi mengurangkan risiko mengidap diabetes. Pilihan cara hidup ini termasuk perubahan pengambilan makanan dan jumlah senaman yang dilakukan. Bagi mereka yang sudah mengidap diabetes, perubahan pilihan cara hidup seperti ini serta perubatan yang sempurna jelas akan memperbaiki kehidupan seseorang. Pertama sekali, dari segi makanan rakyat Malaysia harus mesra dengan alam, di mana dietnya merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, bahan rendah tenusu dan daging tanpa lemak. Tidak perlu berlebihan itulah punca penyakit diabetes! Apabila memilih minuman untuk diminum bersama hidangan anda, elakkan daripada jus dan minuman ringan. Kandungan gula di dalam minuman ini amat tinggi dan akan masuk ke dalam aliran darah anda dengan serta-merta. Perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah mencairkan jus atau minuman ringan tersebut atau kurangkan pengambilannya sehingga sekurang-kurangnya satu cawan sehari. Mungkin sukar dilakukan pada peringkat awal, tetapi sekiranya anda meneruskan cara pemakanan yang sihat sebegini, dengan semulajadinya ia akan menjadi sebahagian daripada tabiat pemakanan harian anda! Seterusnya, rakyat Malaysia juga harus meningkatkan kekerapan senaman harian dalam kehidupan mereka. 30 minit sehari sudah mencukupi. Ini tidak bermaksud bahawa anda harus menjadi ahli gimnasium atau menyertai sukan yang merumitkan untuk kekal sihat! Kerap berjalan, joging mahupun berbasikal dapat membantu anda menjaga kesihatan dan mengurangkan kebarangkalian anda mengidap penyakit diabetes. Sekiranya 30 minit terlalu sukar untuk anda, cuba amalkan berjalan kaki sedikit demi sedikit setiap hari dan perlahan-lahan tingkatkan ke jangka masa 30 minit. Rakyat Malaysia juga harus mendapat masa saya yang berkualiti untuk mengelak diri daripada mengidap diabetes. Berehat di penghujung hari, pola tidur yang tetap adalah baik untuk kesihatan seseorang kerana ia akan memberi peluang untuk badan anda memulihkan keadaannya. Ambil masa untuk berehat tidak salah mengambil sedikit masa untuk diri sendiri di mana anda berada luar dari keadaan yang amat menekankan. Jangan pula mengurangkan tidur! Tidur merupakan masa paling penting dalam sehari untuk membantu badan anda pulih daripada tekanan hari tersebut. Mengekalkan kesihatan badan anda dengan cara ini akan membantu meningkatkan daya tahan terhadap penyakit seperti diabetes. Akhir sekali, mungkin satu idea yang baik untuk memeriksa julat Indeks Jisim Badan (BMI) anda. Berat badan yang sihat adalah penting dan perlu diingatkan bahawa kurus tidak semestinya sihat. Jika julat BMI anda adalah antara 18 dan 25, anda termasuk dalam julat yang ideal untuk berat badan yang sihat. Menurut Program Pencegahan Diabetes, bagi mereka yang mempunyai BMI lebih tinggi daripada 25, mengurangkan kira-kira 5-10% daripada berat badan anda jelas akan mengurangkan kebarangkalian anda mendapat diabetes. Seperti yang telah dinyatakan berkali-kali di dalam rencana ini, titik utamanya adalah mengekalkan kesihatan badan anda. Kesimpulannya, bagi mencegah diabetes dari bermula, kekalkan diet yang menyihatkan, senaman dan berat badan. Perlu diingatkan bahawa dalam jangka masa yang panjang, anda sebenarnya menyelamatkan diri anda sendiri daripada kerumitan diabetes dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan kesihatan. Sempena Hari Diabetes Sedunia ini, mari kita ambil langkah-langkah kecil mencegah penyakit diabetes. http://www.infodesa.gov.my/web/guest/mencegah-diabetes

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)


oleh Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani.Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.

Perubahan Cara Hidup Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah. Pemakanan - Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal. Senaman - Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Penjagaan berat badan - Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal. Pemeriksaan diri sendiri - Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak. Pemeriksaan Doktor dan Ubat Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus. Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti: Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah Jangkitan kuman atau kencing kotor Kerosakan buah pinggang

Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.
http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/01/cara-mengawal-kencing-manis-diabetes.html

Kenali Penyakit Kencing Manis. Ketahui Simptom, Komplikasi dan Rawatan.

Diabetes Mellitus jenis 2: Apakah ia? Diabetes Mellitus jenis 2 atau lebih dikenali dengan kencing manis berlaku kepada semua peringkat umur dan simptom-simptomnya tidak nampak ketara. Malahan, hampir 1 dari pada tiga orang yang menghidap kencing manis tidak menyedari yang mereka mengalaminya. Diabetes merupakan keadaan yang kronik di mana badan tidak mampu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini menyebabkan gula di dalam darah semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan komplikasi-komplikasi yang lain. Insulin: Menukarkan Glukos kepada Tenaga Selepas makan, saluran pencernaan akan menukarkan makanan yang berasaskan karbohidrat kepada gula ringkas ia itu glukos. Glukos akan masuk ke dalam saluran darah dan merangsang penghasilan insulin melalui pankreas. Insulin kemudiannya memastikan glukos masuk ke dalam selsel dan ditukarkan menjadi tenaga. Glukos yang berlebihan akan disimpan di bahagian hati. Di dalam penyakit kencing manis, sel-sel tidak dapat menggunakan glukos dengan sempurna. Disebabkan itu, kandungan glukos dalam darah semakin meningkat. Dalam keadaan ini insulin akan dihasilkan kerana mengenal pastik kandungan gula yang tinggi. Walaupun banyak insulin dihasilkan, tetapi otot, hati dan lemak tidak dapat memberikan respon secara efektif. Keadaan insulin tersebut digelar rintangan insulin (insulin resistance). Lama-kelamaaan penghasilan insulin akan menjadi semakin berkurangan apabila keadaan kencing manis tidak dapat dikawal dengan sebaiknya. Simptom-simptom kencing manis Cepat dahaga Kerap kencing dengan kuantiti yang banyak Cepat lapar Kebas kaki

Mata kabur Faktor Risiko Yang Boleh Dikawal

1. Lebih berat badan: Apabila index jisim badan (BMI) anda melebihi 25. 2. Gaya hidup yang tidak aktif 3. Tinggi kolesterol dan juga lemak. Contohnya HDL kolesterol baik rendah daripada 35 mg/dL atau trigliserida melebih 250 mg/dL 4. Tekanan darah melebih 140/90 mmHg untuk dewasa. 5. Merokok. Faktor Risiko Yang Tidak Boleh Dikawal 1. Kaum.Kaum India didapati mempunyai risiko kencing manis lebih tinggi berbanding kaum yang lain. 2. Umur melebihi 45 tahun meningkatkan risiko kencing manis 3. Sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis meningkatkan risiko tersebut. Lebih banyak faktor risiko anda, maka kemungkinan untuk menghidap kencing manis menjadi semakin tinggi. Faktor Risiko Untuk Wanita Menghidapi kencing manis ketika mengandung meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes mellitus jenis 2 pada kemudian hari. Perempuan yang melahirkan anak melebihi 3.5 kg juga turut mempunyai risiko. Mempunyai sejarah sindrom polisistik ovari juga meletakkan risiko anda untuk mendapat kencing manis. Bagaimana untuk mendiagnos kencing manis Ujian darah yang ringkas sudah cukup untuk mendiagnos diabetes. Ujian HbA1C memberikan gambaran mengenai keadaan glukosa dalam darah pada dua tiga bulan sebelumnya. Ia menunjukkan bagaimana anda mengawal paras glukos anda. Sekiranya melebihi 6.5%, bermakna kawalan paras glukos anda tidak dikawal dengan baik. Doktor akan melihat pada simptom anda dan juga ujian darah yang diambil. Sekiranya ujian darah ketika tidak makan dan selepas makan melebihi 7.0 mmol/L dan 11.0 mm0l/L, anda akan didiagnos mempunyai kencing manis. Doktor juga akan meminta anda minum air gula yang telah disediakan sekiranya perlu untuk mendiagnos penyakit kencing manis. Kerosakan jangka panjang: Arteri Semakin lama, apabila kencing manis tidak dirawat, ia akan merosakkan banyak organ-organ lain dalam badan. Dua daripada tiga pesakit kencing manis mati disebabkan sakit jantung. Ia juga meningkatkan risiko untuk anda mendapat strok. Pesakit kencing manis lebih cenderung menyebabkan munculnya plak di dalam arteri dan mengurangkan pengaliran darah dan menyebabkannya tersumbat. Arteri akan menjadi semakin keras dan berlakulah penyakit jantung dan juga penyakit strok. Komplikasi-komplikasi lain. Bukan hanya strok dan sakit jantung. Penyakit kencing manis juga membawa kepada: 1. Kegagalan buah pinggang. 2. Kehilangan deria penglihatan dan juga katarak. 3. Hilang deria sentuhan terutamanya di kaki. 4. Jangkitan kuman menjadi lambat sembuh. Mengawal diabetes: Diet Apa yang baiknya mengawal paras glukosa dalam darah dengan diet turun mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Anda harus mengawasi kandungan karbohidrat dalam pemakanan anda. Sebaiknya kurangkan kalori dengan mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi putih dan juga roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpa dengan pakar pemakanan adalah cara terbaik untuk anda mengubah tabiat pemakanan

yang tidak sihat. Senaman, senaman dan senaman Saya amat menitik beratkan hal ini kerana ia amat penting. Cukuplah sekadar senaman ringan dilakukan setiap hari. Semakin hari anda boleh meningkatkan kekuatan senaman anda. Apabila bersenam ia mampu membantu tubuh badan menggunakan insulin dengan efektif dan mengawal kandungan glukosa dalam darah. Gabungan diet dan senaman juga akan mengurangkan lemak, merendahkan tekanan darah dan juga melindungi jantung anda. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan senaman sederhana selama 30 minit. Mengawal Diabetes: Ubat-ubatan Apabila kencing manis tidak dapat dikawal dengan diet mahupun senaman, ubat adalah alternatifnya. Terdapat banyak jenis pil yang mampu mengawal kandungan gula dan boleh digunakan secara gabungan pil. Ada jenis ubat yang merangsang penghasilan insulin, ada ubat yang meningkatkan kesan insulin terhadap sel dan ada juga ubat yang menghalang pencernaan karbohidrat. Mengawal Diabetes: Insulin Dan dalam situasi-situasi tertentu, suntikan insulin diperlukan dalam rawatan kencing manis. Apabila anda didiagnos kencing manis ketika mengandung, insulin akan diberikan. Begitu juga apabila kandungan gula terlalu tinggi dan tidak dapat dikawal. Juga dalam keadaan situasi apabila pankreas mengalami kegagalan menghasilkan insulin. http://psipum.org/kenali-penyakit-kencing-manis-ketahui-simptom-komplikasi-dan-rawatan/

Komplikasi Diabetes
Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal. Komplikasi Kesan Akhir Retinopati - Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati - Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati - Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal. Kecederaan salur darah besar - Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama. http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm#C

Diabetes Primer & Diabetes Sekunder


Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:

Diabetes Primer Jenis I (IDDM) Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin. Jenis II (NIDDM) Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin. Diabetes Sekunder Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm#C

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak & kawalan ibu bapa


Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaikbaiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya. Masalah yang sering dihadapi ibu bapa Apabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu. Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal. Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan. Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang http://kedah2u.com.my/rawatan-mujarab-pusat-perubatan-islam/penawar-herbatradisional-penyakit-kencing-manis.html#pesakit-kencing-manis-kanak-kanak

Wikipedia - Penyakit Kencing Manis


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor untuk rawatan.

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai: Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan olehkerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Isi kandungan

[sorokkan]

1 Sejarah 2 Pengawalan diabetes

[sunting] Sejarah

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut

mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulinsebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.
[sunting] Pengawalan diabetes

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut: Penjagaan pemakanan dan berat badan Kerap bersenam Pengubatan

Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang. Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi : Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil? Jenis rawatan yang diterima? Dimana hendak mendapat ubat?

Ulat lalat (larva) - perubatan alternatif kencing manis


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my

SEKARANG saya boleh buat kerja lasak dan berjalan. Mungkin terapi ini membantu saya, ujar seorang pesakit diabetes, Farawahida Mohamad Yusof, 44. Bagi sebahagian masyarakat ulat adalah sesuatu yang menggelikan. Namun, terapi ulat atau Maggot Debridement Therapy (MDT) ini perlu dikongsi sebagai sumber maklumat pesakit-pesakit kencing manis yang mempunyai luka-luka yang sukar sembuh di luar sana. Terdapat empat asas terapi ulat ini, ia lalat bermula sejak Perang Dunia Pertama. membersihkan luka, membasmi kuman, merangsang penyembuhan luka, merosak dan menghalang pembuatan biofilem.
KAEDAH menggunakan rawatan ulat daripada

Seperti kes Farawahida, dia mengalami luka yang teruk sebelum melakukan rawatan ulat. Lukanya berair dan lembap. Farawahida sukar bergerak dan selepas pembedahan, dia banyak bergerak menggunakan kerusi roda. Berbekalkan sedikit duit, dia mencuba nasib dengan melakukan rawatan ulat di sebuah klinik swasta di Jalan Tenggiri, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. Selepas mencuba rawatan untuk pertama kali, lukanya semakin kering. Selepas dua hari, anak saya pimpin ke klinik. Banyak ulat keluar. Pada awal rawatan, saya berasa geli juga. Seolah-olah ada benda bergerak. Tetapi melihat hasilnya, saya yakinulat ini boleh menyembuhkan luka selain menggunakan rawatan lain seperti ubat dan sebagainya, jelas ibu kepada empat orang anak ini. Menurut Ketua Unit Entomologi Perubatan Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr. Lee Han Lim, penggunaan ulat lalat di Malaysia untuk tujuan perubatan adalah yang pertama setakat ini. Kajian mengenai kaedah ini telah dijalankan oleh IMR. Spesies ulat lalat yang digunakan itu adalah dari jenis Lucilia cuprina iaitu lalat tempatan, manakala di negara-negara Barat, spesies yang digunakan dikenali sebagai Lucilia sericata. Kedua-dua spesies ini telah dikenal pasti berkesan dalam merawat luka kronik yang sukar sembuh.

IMR telah membuat kajian mengenai ulat lalat ini dan menemui satu spesies berlainan dengan yang terdapat di Eropah, ia dikenali sebagai Lucilia cuprina yang dapat memainkan peranan dalam menyembuhkan luka, ujar beliau. Tambah Dr. Han Lim, penyelidikan ini telah menerima peruntukan daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi pada tahun 2002. Pada mulanya kami mengenal pasti jenis lalat yang sesuai yang boleh diguna untuk terapi ini. Bukan semua jenis lalat boleh digunakan. Spesies lalat yang hanya akan memakan tisu yang nekrotik (reput) boleh diguna. Ada sesetengah spesies yang memakan tisu hidup. Apabila tisu hidup diserang fenomena ini dinamakan sebagai myiasis. Spesies seperti ini tidak sekali boleh diguna untuk rawatan ini. Selepas kita sudah kenal pasti lalat, kemudian kita kena biarkan lalat itu membiak dalam makmal dengan menggunakan bahan yang sesuai untuk dapatkan pembiakan yang optimum. Ini juga merupakan salah satu aspek penyelidikan kerana bermacam-macam bahan telah diguna untuk mendapat hasil yang terbaik, ujarnya. Sementara itu, Pegawai Penyelidik IMR, Dr. Nazni Wasi Ahmad, berkata, spesies lalat yang digunakan di Malaysia ialah spesies Lucilia cuprina manakala di barat ialah Lucilia sericata. Spesies lalat ini boleh hidup di negara beriklim sederhana sahaja. Teknik mensterilkan larva yang merupakan teknik yang penting adalah berbeza dari luar negara. Objektifnya adalah sama iaitu membasmikan kuman-kuman yang ada pada ulat lalat. yang membezakan kuman-kuman di ulat dan juga kaedah mengklon lalat, katanya. Ulat lalat yang digunakan terhadap pesakit mesti melalui proses pensterilan iaitu tidak ada kuman pada ulat lalat ini Dr. Nazni menambah, terapi ini telah diamal di Malaysia sejak tahun 2003 apabila mendapat peruntukan daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Tambah beliau, pada Mei 2003, percubaan klinikal yang pertama dijalankan di Hospital Tentera di Lumut. Terapi ini baru bermula di Malaysia kerana kita perlu mengkaji banyak isu -isu pengunaan terapi ini sebelum boleh digunakan kepada pesakit. Kelulusan etika perubatan adalah sangat penting sebelum ia dilaksana kepada pesakit, katanya. Dr. Nazni menambah, proses mendapatkan larva yang steril mengambil masa dua hari. Penyakit-penyakit yang boleh menggunakan terapi ulat ialah ulser yang disebabkan kencing manis (diabetes), bedsore ulcer, pressure wound dan ulser disebabkan kanser. Disebabkan ulat (daripada lalat) telah disteril, ia selamat diguna. Mekanisme tindak balas ulat terhadap tisu yang dicadang ialah ulat merembes sejenis enzim proteolitik yang mencairkan tisu-tisu nekrotik, faktor ulat menginges (memakan) tisu-tisu reput

dan kehadiran ulat pada luka mempengaruhi pembasmian bakteria daripada lukaluka. Selain itu, rembesan cecair daripada ulat menukar pH luka, bakteria yang dimakan oleh ulat biasanya dimusnahkan dalam saluran perut, rembesan cecair daripada ulat mempengaruhi penyembuhan luka sembuh dengan pantas dan tindak balas pergerakan ulat di atas luka menyebabkan stimulasi pembentukan tisu baru, katanya. Dr. Nazni memberitahu, ulat ini bebas daripada kuman. Penggunaan terapi ulat telah menunjukkan bahawa ulat lalat boleh membersihkan luka daripada bakteria jenis Gram- positif dan Gram- negatif, bakteria jenis aerobik dan anaerobik. Ulat lalat biasanya dengan pantas dapat membersihkan tisu -tisu nekrotik dan membolehkan terbentuknya tisu baru yang sihat. Malahan faktor yang paling utama ialah ulat dapat digunakan dengan mudah ke atas tisu-tisu yang parah ujarnya. Ditanya adakah rawatan ini menggelikan pesakit, Dr. Nazni menjelaskan, setakat ini pesakit memang setuju dan tiada reaksi sebaliknya dengan penggunaan terapi ulat. Lebih-lebih lagi mereka inginkan terapi ini daripada kaki mereka dipotong. Kita harus menyedari bahawa kos bagi insan yang kehilangan sebahagian anggota badan mereka tidak mungkin dapat dinilai. Ini adalah kos sosial misalnya, insaninsan yang tidak mempunyai kaki akan menjadi beban kepada keluarga dan negara. Ini secara tidak langsung mempengaruhi ekonomi negara, jelasnya. Merawat luka kronik Dalam pada itu, Pengurus Edaran Arif Medik Sdn. Bhd., Mohd. Ashraf Kamarul Zaman, yang juga pengurus projek Maggot Debridement Therapy berkata, syarikat Medical Biotheraphy Sdn. Bhd., anak syarikat Edaran Arif Medik, telah pun mendapat hak eksklusif daripada IMR untuk memasarkan ulat-ulat tersebut bermula Disember 2008 di negara ini. Kini ia dipasarkan di hospital, klinik dan pusat yang berdaftar. Mohd Ashraf memberitahu, ulat lalat ini mampu membantu merawat luka kronik yang dialami oleh manusia. Contohnya pesakit diabetes apabila mempunyai luka yang kecil mudah merebak, membesar dan payah untuk sembuh. Kesukaran pesakit diabetik sembuh daripada luka pula adalah disebabkan terdapatnya tisu mati yang menyebabkan peredaran darah menjadi terbantut dan jangkitan senang berlaku, katanya. Ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila

menjumpai tisu yang hidup ulat-ulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut. Namun, proses untuk menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami pesakit. Kalau luka di peringkat awal, ada tisu mati, kita letak ulat (larva) ini selama 48 jam, iaitu hanya sekali penggunaan. Maksudnya jika kita letak ulat itu hari ini, lusa baru kita akan buka (balutan). Penggunaan ulat ini dalam penyucian luka memang bagus kerana ulat lalat ini mempunyai enzim yang mampu untuk mempercepatkan penumbuhan tisu, jelasnya. Mohd Ashraf menjelaskan, selain penggunaan ulat lalat ini bukan sahaja tertumpu pada pesakit kencing manis. Ia juga penawar untuk luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpama. Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang baru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunyai tisu yang mati sahaja. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulat lalat ini bolehlah menghubungi Edaran Arif Medik di talian 03-61891042 ataupun melayari laman web Http://sterilarvae.com.
http://kencingmanis.info

1. Apa itu Kencing Manis @ Diabetes Mellitus ?

Kencing Manis @ Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi kencing manis @ diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. Persatuan Diabetes Malaysia tahun 2007 menganggarkan hampir 1,200,000 orang rakyat Malaysia menghidap Diabetes. Malangnya lebih 600,000 orang tidak sedar mempunyai penyakit ini.

Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Penyakit Kencing Manis @ Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami Kencing Manis @ Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.

2. Apakah jenis-jenis Kencing Manis ? Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin) o

Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja

Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak

bergantung pada insulin) o o

Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

3. Apakah tanda-tanda amaran Kencing Manis ?

Gejala yang biasa dialami ialah: Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.

Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.

4. Siapakah yang berisiko untuk mendapat Kencing Manis ?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes

Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.

Impaired glucose tolerance (IGT). Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir. Sejar Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes ah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) . Tekanan darah tinggi Tidak aktif -gaya hidup sedentari Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat

Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

5. Komplikasi Kencing Manis @ Diabetes


Keadaan kecemasan:

Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah

Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.

Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)

Mata: Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta Saraf: Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.

Otak: Angin ahmar (hubung dengan strok) Buah pinggang: kegagalan buah pinggang Jantung: Sakit jantung

6. Mengelakkan dari mendapat Kencing Manis


Mengawal pengambilan makanan: Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah Melakukan senaman fizikal: Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Ubatan

Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin

Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu.

7. Pesakit Kencing Manis boleh hidup secara aktif


Anda boleh menjaga diri anda sendiri

Penjagaan secara umum:

Penjagaan kulit

Mandi setiap hari Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna Merawat luka dan calar dengan segera Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.

Penjagaan kaki

Basuh kaki setiap hari Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki

Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.

Potong kuku jari kaki secara lurus Tukar stokin anda setiap hari Jangan berjalan tanpa kasut Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.

Mengawasi diri sendiri

Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes

Penjagaan gigi

Kerap menjalani pemeriksaan mata Mengelakkan minuman keras

Berhenti merokok

*Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM

Produk: Info Penyakit: Latar Belakang Izie Herb 1. Peria Katak Plus (kapsul) 1. Kencing Manis, Fakta Gula. 2. Tekanan Darah Tinggi. 3. Gangguan Pada Hati: Hepatitis, Hati Berlemak, Batu Hempedu. 4. Berlebihan Berat Badan.

Cara Pembelian 2. Saderi Jawa Plus (kapsul) Testimoni 3. Temulawak Plus (kapsul) Hubungi Kami 4. Losyen Temulawak Plus Halia Bara & Limau Nipis

4 Jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)

Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus) Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : 1. Diabetes bersandar insulin 2. Diabetes bebas insulin 3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes) 4. Diabetes bentuk lain

Diabetes bersandar insulin Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling. Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital. Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes. Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

Diabetes bebas insulin - jenis kedua Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes) Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. Diabetes bentuk lain Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti. http://kedah2u.com.my/rawatan-mujarab-pusat-perubatan-islam/penawar-herbatradisional-penyakit-kencing-manis.html#jenis-kencing-manis

Faktor Risiko Penyakit Kencing Manis / Diabetes


Kurang Aktiviti Fizikal Tidak aktif/bersenam berkait rapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin. Ini terjadi dengan mengurangkan berat badan melalui senaman.

Kegemukan Kegemukan mempunyai risiko penyakit kencing manis yang tinggi. Berat badan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kesihatan kita sepanjang hayat. Orang yang gemuk pada amnya kurang sihat dan mudah terdedah kepada berbagai penyakit. Faktor Pemakanan Pengambilan makanan yang banyak lemak dan kurang serat mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kencing manis. Kekurangan zat makanan di peringkat awal umur seseorang itu juga boleh meningkatkan peluang yang sama. Walaubagaimanapun, kesan buruk dari pemakanan ini berbeza antara individu. Faktor Keturunan Kencing manis mempunyai kaitan yang kuat dengan pertalian kekeluargaan. Kajian keluarga dan kembar telah membuktikan dengan kukuhnya peranan keturunan dengan penyakit kencing manis. Faktor Lain Antaranya ialah umur dan bangsa atau kumpulan etnik mempunyai hubungkait yang rapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Umur yang lanjut dan etnik India mempunyai risiko yang tinggi terhadap kencing manis di Malaysia. http://intra.hukm.ukm.my/kppk/brosur_kesihatan/brosur_kesihatan_06_03_1.pdf

Faktor Genetik dan Usia Pengaruhi Diabetes / Kencing Manis


Di petik daripada Berita Harian Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@nstp.com.my TZD lengah, cegah kehilangan kawalan gula dalam darah penghidap KES satu: Pelajar tingkatan dua, Sathyaseelan Vijayakumar, 14. Remaja ini disahkan menghidap diabetes pada usia setahun setengah. Tahap gula dalam darahnya waktu itu turun naik. Dia kerap kencing dan demam. Saya anak sulung daripada dua beradik dan tiada ahli keluarga menghidap diabetes, jadi ibu bapa tidak pasti keadaan saya hinggalah diberitahu doktor, katanya.Pada usia tiga tahun, dia diberitahu mengenai penyakitnya dan diingatkan tidak mengambil makanan mengandungi gula secara berlebihan. Saya tahu memang tidak boleh sembuh tapi tidak ada masalah dengan itu kerana boleh mengawal gula dalam darah. Saya juga mengawal pemakanan. Saya tidak ambil gula-gula dan minuman berkarbonat terlalu banyak. Saya lebih banyak ambil protein dan serat. Berat badan juga stabil, sekarang berat saya 40 kilogram, katanya. Seperti remaja lain, Vijayakumar sukakan makanan segera tetapi katanya dia hanya menikmatinya sebulan sekali. Pada peringkat awal, ibu bapanya banyak membantu terutama ketika dia memerlukan suntikan insulin. Tapi kini, dia sudah boleh kendalikan sendiri.Viyakumar didiagnos dengan diabetes kerana pankreasnya rosak dan tidak boleh berfungsi. Walaupun saya diabetes, saya tidak jadikan itu alasan untuk tidak bersukan. Saya suka bermain bola sepak, saya suka aktiviti lasak dan saya tahu boleh mengawal keadaan. Kawan-kawan dan guru tahu saya ada diabetes. Mereka tidak menyisihkan saya. Saya bercitacita menjadi doktor kerana saya sudah melihat kepayahan dan merasai susah senang pesakit diabetes, saya hendak bantu orang lain mengharunginya. Saya tidak malu mengakui saya pesakit diabetes. Malah kerana penyakit ini, saya banyak mempunyai maklumat mengenai diabetes. Saya masih ingat ketika sekolah mengadakan pertandingan bola sepak antara sekolah, saya bertugas sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Ketika itu ada seorang pemain pengsan di tengah padang. Saya beri dia pertolongan cemas dan buat pemeriksaan paras gula dalam darahnya. Parasnya tinggi. Saya rasa dia diabetes dan mencadangkan pada guru supaya pemain itu menjalani pemeriksaan. Dia kemudian didiagnos dengan diabetes dan sekarang mendapatkan rawatan. Kalau gula dalam darah tinggi, saya boleh kena pelbagai komplikasi dan saya sentiasa bersikap positif dan berjagajaga, katanya. KES Dua Guru, Nor Azmah Suhaila Abdul Malik, 36.

Ketika diberitahu doktor saya penghidap diabetes, saya terfikir ini bukan penyakit orang muda. Diabetes penyakit emak atau bapa saya, katanya. Azmah yang didiagnos dengan diabetes sejak empat tahun lalu memang datang daripada keluarga yang menghadapi masalah yang sama. Bagaimanapun, dia tidak terfikir akan didiagnos dengan diabetes pada usia 32 tahun. Beliau berkata, selama ini sudah banyak simptom diabetes yang dialaminya tetapi dia masih menafikannya. Saya selalu tertekan dan mood saya berubah-ubah, tetapi saya selalu ingatkan pada diri, kerjaya seorang guru memang selalu tertekan, biasalah. Hingga pada satu hari saya diserang masalah jangkitan yang teruk. Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya diabetes. Saya terkejut dan tidak percaya. Saya masih menafikan kenyataan itu dan merasakan diabetes adalah penyakit orang tua. Ia penyakit emak atau bapa saya dan bukan saya. Saya ambil ubat tapi saya tidak tahu apa ubat itu dan saya tidak tahu banyak mengenai diabetes. Saya ambil ubat sebab doktor suruh, katanya. Walaupun tahu dia diabetes, Azmah tidak langsung menjaga pemakanannya. Dia menikmati semua jenis makanan dan makan sebanyak yang dia mahu. Padanya, kalau sakit bukankah ada ubat? Biasanya dua hari sebelum jumpa doktor, saya rebus pucuk betik dan minum. Bila pergi jumpa doktor, doktor kata saya bagus, jaga pemakanan. Doktor senang hati, saya pun senang hati. Bagaimanapun, selepas balik jumpa doktor, saya makan juga apa yang saya nak.. tidak jaga pemakanan, katanya. Azmah berkata, doktor yang merawatnya mencadangkan dia menyertai satu kempen diabetes bagi menguji sejenis ubat baru untuk pesakit diabetes jenis dua. Azmah dengan senang hati menyertainya. Sejak hari itu, saya mula mengenali diabetes. Diabetes boleh dikawal. Saya mahu lihat anak -anak saya membesar, bergraduan dan berkahwin. Melengahkan komplikasi diabetes bukan mustahil. Hari ini saya tidak lagi menafikan kenyataan itu dan saya bangga mengakui saya pesakit diabetes dan boleh mengawal penyakit itu, katanya.

Diabetes sebabkan pelbagai komplikasi ANDA tersilap jika percaya diabetes adalah masalah golongan berusia, tetapi anda tidak salah jika mengatakan diabetes penyakit yang sangat biasa dan selalu underdiagnosed. Pakar Perunding Kanan Endokrologi dan Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, berkata diabetes akan menyebabkan pelbagai komplikasi dan memusnahkan salur darah. Tiada istilah diabetes lemah atau sederhana. Diabetes selalunya serius, katanya. Beliau berkata, jika dilihat dari segi faktor diabetes, ada tiga perkara yang tidak boleh diubah. Diabetes dipengaruhi faktor genetik, usia dan kumpulan etnik. Di Malaysia, orang India menduduki tangga pertama dari segi statistik pesakit, diikuti Melayu dan Cina. Bagaimanapun, di sebalik tiga faktor risiko diabetes yang tidak boleh diubah, dua faktor lagi boleh dikawal iaitu berat badan dan melakukan aktiviti fizikal. Diabetes bukan saja soal makan banyak atau sikit. Diabetes adalah masalah pankreas dan apa yang boleh anda lakukan untuk mengawal kadar gula dalam darah. Sehingga kini tiada ubat boleh menyembuhkan tetapi ada ubat yang boleh melengahkan komplikasi, katanya.

Diabetes adalah penyebab kematian yang keenam, menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf. Pada 2000, dianggarkan 154 juta orang yang berumur 20 tahun ke atas menghidap diabetes dan dijangka meningkat kepada 300 juta orang menjelang 2025. Di Malaysia pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan antara 2000-2030 akan berlaku peningkatan 164 peratus pesakit diabetes. Andaian itu terbukti apabila pada 2000, jumlahnya adalah 0.94 juta manakala pada 2030 jumlahnya akan menjadi 2.48 juta jika tiada sebarang langkah dilakukan. Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 1986, sebanyak 6.3 peratus penduduk dewasa menderita diabetes jenis dua. Kajian yang sama 10 tahun kemudian mendapati, angka itu meningkat menjadi 8.2 peratus dewasa menderita diabetes dengan 95 peratus adalah diabetes jenis dua. Peningkatan itu selari dengan angka pertumbuhan penduduk, penuaan, masalah obesiti dan sifat warga Malaysia yang malas bersenam. Diabetes di Malaysia semakin hari semakin meningkat pada kadar yang amat membimbangkan. Masyarakat harus sedar dan faham diabetes membawa komplikasi, katanya. Selain ubat-ubatan, diabetes boleh dirawat dengan amalan diet, senaman dan ejen anti diabetes oral untuk menurunkan paras gula darah kerana ia mengurangkan rintangan insulin dan mengurangkan kadar kehilangan fungsi sel beta (sel beta dan insulin berperanan penting dalam diabetes jenis dua). Komplikasi Diabetes Tidak Terkawal A) Kerosakan salur darah (vaskular dan mikrovaskular) Komplikasi makrovaskular pula menyebabkan kerosakan salur darah yang besar dan menjadi faktor terjadinya masalah jantung, strok, penyakit vaskular periferal, gangren iaitu kerosakan atau kematian sebahagian tubuh kerana kekurangan atau tiada bekalan darah dan kaki terpaksa dipotong. B) Buta atau diabetes retinopati C) Neuropati atau kerosakan saraf D) Mikroalbuminuria (kehadiran protein albumin dalam air kencing) Apakah yang perlu anda tahu? Hasil kajian mendapati sejenis ubat yang dikenali sebagai thiazolidinedione (TZD) berupaya melengahkan dan mencegah kehilangan kawalan gula dalam darah secara beransur dan mengekalkan tahap gula dalam darah yang dikehendaki dalam tempoh yang lama. Ubat itu bagaimanapun disasarkan untuk pesakit diabetes jenis dua. Kajian keberkesanan TZD itu membabitkan responden seramai 4,360 yang baru disahkan menghidap diabetes jenis dua. Ia sudah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine dan dibentangkan dalam Kongres Diabetes Sedunia ke 19 Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), baru-baru ini. Ada bukti kukuh kawalan paras glukos dalam darah yang baik boleh mengurangkan risiko pesakit mengalami komplikasi dan penularan diabetes jenis dua secara ketara, kata Pakar Perunding Kanan Endrokologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr SP Chan.

Mengikut kajian antarabangsa ADOPT (A Diabetes Outcome Progression Trial) rawatan awal dengan TZD mengurangkan 32 peratus risiko kegagalan monoterapi di kalangan pesakit diabetes jenis dua dalam lima tahun. TZD juga meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan kadar kehilangan fungsi sel beta secara ketara. Dapatan ini adalah hasil kajian jangka panjang yang mendapati kehilangan gula darah secara beransur boleh dilengahkan dan paras gula yang sepatutnya boleh dikekalkan untuk tempoh lebih lama dengan penggunaan TZD. Ia lebih baik berbanding ejen anti diabetes oral yang paling lazim disyorkan dalam preskripsi, katanya. Langkah mencegah kehilangan kawalan gula dalam darah secara beransur dan mengekalkan paras gula dalam darah yang dikehendaki untuk tempoh lebih lama amat penting dalam usaha pesakit diabetes di Malaysia meningkatkan pengurusan penyakit mereka.

Apakah Hipoglisemia Akibat daripada Kencing Manis?


Hipoglisemia adalah keadaan yang terjadi apabila paras glukosa darah dalam pesakit kencing manis jatuh terlalu rendah daripada biasa. Ini mungkin diakibatkan daripada. 1. Menggunakan terlalu banyak insulin. 2. Makan terlalu sedikit, lewat makan atau langsung tidak makan. 3. Mengambil bahagian dalam aktiviti yang berat tanpa memakan lebih karbohidrat.

Apakah gejala-gejala hipoglisemia? 1. Merasa lapar. 2. Berpeluh dengan banyak. 3. Letih lesu. 4. Rasa mengantuk. 5. Gelisah dan tidak tenteram. 6. Denyutan jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur. 7. Koma. Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia? 1. Minum sedikit air buah-buahan 2. Ambil 1/2 tin minuman ringan 3. Ambil 2 sudu teh gula pasir 4. Makan sedikit snek 5. Ambil 7 biji kekacang jeli 6. Gosokkan serbuk glukos ke gusi

(Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun).

http://sham86.files.wordpress.com/2009/03/diabetes_bm.pd

Penjagaan Diri Bagi Pesakit Kencing Manis


Penjagaan sendiri teramat penting bagi pesakit Kencing Manis: Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi Jangan mengambil snek di antara waktu makan Jangan melangkau waktu makan anda Berhenti merokok Berhenti mengambil alkohol Berjumpalah doktor anda selalu Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda. Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin). Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki. http://sham86.files.wordpress.com/2009/03/diabetes_bm.pdf

Anda mungkin juga menyukai