Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN Latar Belakang Kajian Pengajaran Bahasa Melayu tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi.

Walaupun pelajaran Bahasa Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Definisi/Istilah Tatabahasa merupakan unsur asas bahasa yang mendasari setiap kemahiran bahasa yang dipupuk iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks sistem pendidikan negara, khususnya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), perkara tersebut menjadi prinsip yang ditegaskan dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu. Dalam sistem bahasa, terdapat beberapa subsistem penting terkandung di dalamnya, di mana tatabahasa menjadi asas kepada sistem tersebut. Antara subsistem tersebut adalah sistem ejaan, sebutan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa dan laras bahasa. Antara enam subsistem tersebut, tatabahasa merupakan 1

sendinya. Walau bagaimanapun, tatabahasa sering dianggap sebagai subjek yang kaku, membosankan, dan kadang kala menakutkan (Awang Sariyan, 2009). Persepsi sedemikian menyebabkan tanggungjawab guru yang mengajar tatabahasa semakin mencabar, terutamanya apabila berdepan dengan murid sekolah rendah yang masih kurang jelas tentang penggunaan sistem bahasa. Namun dengan kemajuan teknologi, kaedah pengajaran di sekolah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan perisian komputer sebagai bahan bantu mengajar. Kajian oleh Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik. Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan komputer ke atas pencapaian murid Tahun 6 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi penggunaan tatabahasa Kata Nama. Perbandingan keberkesanan diukur berdasarkan kepada pencapaian dan juga gender antara kumpulan yang diberi pendedahan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara berkomputer (kumpulan Kawalan) dan secara cetakan teks (kumpulan Rawatan). TINJAUAN LITERATUR Kajian berkaitan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah giat dijalankan. Sebagai contoh, satu kajian eksperimen yang dijalankan oleh Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Fadzilah Ab. Rahman (2012), ke atas 60 orang murid Tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan di Kuala Lumpur dari segi keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi penggunaan tatabahasa Kata Nama. Kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen ini 2

membincangkan daripada dua aspek berikut, iaitu keberkesanan penggunaan komputer dan juga isu berkaitan gender. Seramai 60 orang murid yang terpilih dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (berbantukan komputer) dan kumpulan kawalan (cetakan teks). Dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi penggunaan tatabahasa Kata Nama memberi kesan positif kepada murid. Yahya Othman dan Dayang Raini (2011) telah menjalankan satu eksperimen ke atas 56 orang murid tahun Empat yang berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei dan Muara berkaitan keberkesanan penggunaan CD-ROM perisian cerita Interaktif bagi pemahaman bacaan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa murid yang melalui proses P&P menggunakan CD-ROM secara signifikan lebih baik prestasi pemahaman bacaan berbanding dengan murid yang mengikuti pembelajaran secara kawalan. Namun begitu, perbandingan dari segi gender pula tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan min prestasi pemahaman pembacaan antara murid lelaki dan perempuan kedua-dua kumpulan. Selain itu, satu kajian oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007) di Lyon University bagi menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa kedua antara kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer dengan kaedah kelas yang belajar bahasa Perancis secara manual (buku teks dan kuliah) telah menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kedua-dua kumpulan dengan kumpulan yang didedahkan melalui penggunaan komputer memperoleh markah yang lebih baik. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan komputer secara signifikan memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Perancis. Kajian eksperimen oleh Abu Seileek dan Rababah (2007) ke atas 128 orang murid di King Saud University yang membandingkan pengajaran Grammar berasaskan komputer (Computer Based Grammar Instruction) berbanding 3

dengan pengajaran Grammar berasaskan guru (Teacher Based Grammar Instruction). Kajian mendapati pengajaran Grammar berasaskan komputer secara signifikan lebih efektif berbanding dengan pengajaran oleh guru. Dalam pada itu, Naba'h, Hussain, Al-Omari, dan Shdeifat (2009), pula dalam kajian yang melibatkan seramai 212 orang di sebuah sekolah menengah di Jordan terhadap keberkesanan penggunaan komputer dalam pembelajaran bahasa Inggeris juga dalam aspek grammar telah menunjukkan penggunaan komputer telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik murid. Selari dengan perkembangan teknologi, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran harus diperluaskan khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang paling sesuai dan mampu memberi impak terhadap permasalahan yang dihadapi, kekurangan bahan berbantukan komputer merupakan antara faktor mengapa penggunaannya kurang meluas Sebagai alat bantu pengajaran yang bersifat terkini, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Menyedari kelebihan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk menjalankan kajian seumpama ini. METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk Penyelidikan Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Kajian ini telah dijalankan pada murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, Kedah. Bagi tujuan kajian, 30 orang murid dari Tahun 6 Berlian dipilih secara keseluruhan untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan di dalam kumpulan Kawalan (terlibat dengan pengajaran berbantukan komputer). Sementara itu, kumpulan Rawatan (terlibat dengan pengajaran berasaskan bahan bercetak)

juga terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Jumlah murid dari segi gender adalah sama bagi kedua-dua kumpulan. Prosedur Pengumpulan Data Kajian ini dijalankan selama sebulan dengan setiap kumpulan akan melalui 10 kali pertemuan dengan purata tiga kali pertemuan dalam masa seminggu. Instrumen kajian terdiri daripada set nota yang diakses pada laman You Tube untuk kumpulan Kawalan, manakala kumpulan Rawatan akan menerima nota bercetak. Setiap kumpulan akan diberi 3 ujian pasca yang terdiri daripada 20 soalan setiap ujian yang berkaitan dengan tajuk Kata Nama. Soalan yang dibina merangkumi semua Kata Nama yang perlu difahami oleh murid dan juga berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran. Set ujian pasca ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu soalan aneka pilihan dan jawapan pendek (isi tempat kosong). Menurut Yusup Hashim (1998), Jenis-jenis item ujian yang dapat digunakan dalam Pengajaran Berbantukan Komputer mungkin terhad disebabkan keupayaan komputer itu sendiri dalam membuat penilaian. Sebagai contoh, bagi hasilan pembelajaran yang berupa maklumat lisan, jenis item soalan yang sesuai digunakan ialah betul/salah, aneka pilihan, jawapan pendek (isikan tempat kosong), lengkapkan dan suaikan/padankan. Rajah 1 menunjukkan contoh nota dan soalan yang diambil daripada laman web yang digunakan dalam kajian.

Nota dari laman You Tube 5

Nota dari url : http://slideshare

Carta dari laman Web

Latihan dari url : Kata Nama 6

Cara Penganalisan Data Pada minggu pertama, perjumpaan yang pertama dan kedua, kumpulan kawalan akan berada di bilik Akses sekolah untuk menelaah nota Kata Nama Am yang telah diakses oleh penilai dan mereka juga akan mencari nota mereka sendiri berbantukan komputer. Manakala kumpulan rawatan akan berada di Pusat Sumber Sekolah dan mereka akan menelaah nota bercetak yang disediakan oleh penilai serta mereka akan mencari nota tambahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah. Pada pertemuan ketiga kedua-dua kumpulan akan menjawab soalan pasca pertama yang berkaitan dengan Kata Nama Am. Pada minggu kedua, perjumpaan pertama dan kedua adalah sama seperti pada minggu pertama. Perbezaannya hanyalah dari nota yang disediakan iaitu Kata Nama Khas. Seperti minggu pertama kedua-dua kumpulan akan mencari nota tambahan mereka sendiri. Pada perjumpaan ketiga kedua-dua kumpulan akan menjawab soalan pasca yang berkaitan dengan Kata Nama Khas. Pada minggu ketiga, perjalanan perjumpaan kedua-dua kumpulan adalah sama seperti perjumpaan minggu pertama dan kedua. Pada perjumpaan ketiga ini, mereka akan diberi nota kata Nama Am dan Kata Nama Khas. Kedua-dua kumpulan juga akan menjawab ujian pasca yang mengandungi soalan-soalan berkenaan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas. Terlebih dahulu markah Peperiksaan Pertengahan Tahun setiap murid dalam Tahun 6 Berlian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman) adalah sebagai penanda aras untuk kajian ini. Selepas selesai menjawab ujian pasca bagi setiap minggu, markah setiap murid mengikut kumpulan akan direkodkan. Ini merangkumi ketiga-tiga ujian pasca yang diberi. Selepas markah telah direkodkan, semua murid akan diberi satu lagi ujian (Ujian Bulanan) yang merangkumi kemahiran pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Selepas kesemua markah yang dikehendaki telah direkodkan, maka hasil dapatan kajian akan diperolehi.

ANALISIS DATA Analisis pertama dijalankan adalah ke atas skor ujian penilaian penggal pertama Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman) bagi kedua-dua kumpulan. Analisis ini bertujuan untuk mempastikan bahawa sampel daripada kedua-dua kumpulan adalah homogen. Hal ini bertujuan mengawal daripada timbul sebarang bias dalam kajian. Jadual 1 : Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman) antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan.
KUMPULAN KAWALAN NAMA MARKAH ADZLAN 75 MOHAMAD SYAKIR 70 MOHAMAD ZULHELMI 83 AFIFAH HANANI 80 ANIS NATASHA 85 AZWANIDA 70 FARAH ADLINA 73 FATIN SYAZANA SHAHIRAH 90 HAFIYANA 78 INTAN NUR WARDAH 75 MAIZATUL AZIAH 78 MUNIRAH 65 NOOR FATAHIYATUL 83 NORHAZRENA 88 NUR ADDINA SYAFIQAH 70 KUMPULAN RAWATAN NAMA MARKAH MUHAMMAD ARIF HAIQAL 68 MUHAMMAD FARHAN 80 MUHAMMAD HAFIZ 83 NUR AIN HAFIZAH 85 NUR AYUNI ADILA 80 NUR ERISYA WARDINA 83 NUR FAHADA 88 NUR SHOLEHAH 73 NUR SYAZREEN ILYANA 68 NURIN ADRIANA 68 NUUR SHAHERMAELYIATI 85 SITI DZU HAFIZAH 70 SITI MASHITAH 78 SITI NOR SHUHADA 75 SITI NUR FATIN ADILA 75

Jadual 2 : Jumlah dan purata markah Peperiksaan Pertengahan Tahun.


KUMPULAN Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan JUMLAH MURID 15 15 JUMLAH MARKAH 1163 1159 PURATA MARKAH 77.53 77.26

Berdasarkan jadual di atas, ia menunjukkan bahawa murid daripada kedua-dua buah kumpulan tidak berbeza dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, murid mata pelajaran Bahasa Melayu. 8 daripada kedua-dua kumpulan kajian adalah seimbang dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam

Analisis seterusnya dijalankan ke atas skor markah ujian pasca Kata Nama Am yang terdiri daripada soalan aneka pilihan dan jawapan pendek (isi tempat kosong) bagi kedua-dua kumpulan. Jadual 3 : Markah Ujian Pasca Kata Nama Am antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan.
KUMPULAN KAWALAN NAMA MARKAH ADZLAN 86 MOHAMAD SYAKIR 86 MOHAMAD ZULHELMI 88 AFIFAH HANANI 90 ANIS NATASHA 92 AZWANIDA 88 FARAH ADLINA 82 FATIN SYAZANA SHAHIRAH 90 HAFIYANA 82 INTAN NUR WARDAH 84 MAIZATUL AZIAH 86 MUNIRAH 86 NOOR FATAHIYATUL 88 NORHAZRENA 88 NUR ADDINA SYAFIQAH 84 KUMPULAN RAWATAN NAMA MARKAH MUHAMMAD ARIF HAIQAL 72 MUHAMMAD FARHAN 80 MUHAMMAD HAFIZ 80 NUR AIN HAFIZAH 86 NUR AYUNI ADILA 82 NUR ERISYA WARDINA 86 NUR FAHADA 84 NUR SHOLEHAH 76 NUR SYAZREEN ILYANA 76 NURIN ADRIANA 70 NUUR SHAHERMAELYIATI 90 SITI DZU HAFIZAH 80 SITI MASHITAH 82 SITI NOR SHUHADA 76 SITI NUR FATIN ADILA 80

Jadual 4 : Jumlah markah dan purata markah ujian pasca Kata Nama Am.
KUMPULAN Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan JUMLAH MURID 15 15 JUMLAH MARKAH 1300 1200 PURATA MARKAH 86.66 80.00

Analisis ke atas ujian pasca Kata Nama Am. jelas menunjukkan perbezaan purata markah antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan. Di mana purata markah bagi pencapaian kumpulan Kawalan adalah lebih baik. Hal ini menunjukkan bahawa murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan komputer adalah lebih efisien dan berkesan.

Analisis seterusnya dijalankan ke atas skor markah ujian pasca Kata Nama Khas yang terdiri daripada soalan aneka pilihan dan jawapan pendek (isi tempat kosong) bagi kedua-dua kumpulan. Jadual 5 : Markah Ujian Pasca Kata Nama Khas antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan.
KUMPULAN KAWALAN NAMA MARKAH ADZLAN 90 MOHAMAD SYAKIR 90 MOHAMAD ZULHELMI 90 AFIFAH HANANI 96 ANIS NATASHA 100 AZWANIDA 92 FARAH ADLINA 86 FATIN SYAZANA SHAHIRAH 100 HAFIYANA 86 INTAN NUR WARDAH 90 MAIZATUL AZIAH 90 MUNIRAH 92 NOOR FATAHIYATUL 90 NORHAZRENA 94 NUR ADDINA SYAFIQAH 88 KUMPULAN RAWATAN NAMA MARKAH MUHAMMAD ARIF HAIQAL 80 MUHAMMAD FARHAN 80 MUHAMMAD HAFIZ 76 NUR AIN HAFIZAH 84 NUR AYUNI ADILA 88 NUR ERISYA WARDINA 80 NUR FAHADA 84 NUR SHOLEHAH 76 NUR SYAZREEN ILYANA 82 NURIN ADRIANA 68 NUUR SHAHERMAELYIATI 88 SITI DZU HAFIZAH 80 SITI MASHITAH 88 SITI NOR SHUHADA 84 SITI NUR FATIN ADILA 82

Jadual 6 : Jumlah markah dan purata markah ujian pasca Kata Nama Khas.
KUMPULAN Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan JUMLAH MURID 15 15 JUMLAH MARKAH 1374 1220 PURATA MARKAH 91.60 81.33

Analisis ke atas ujian pasca Kata Nama Khas. jelas menunjukkan perbezaan purata markah antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan. Di mana purata markah bagi pencapaian kumpulan Kawalan adalah lebih baik. Hal ini menunjukkan bahawa murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan komputer adalah lebih efisien dan berkesan.

10

Analisis seterusnya dijalankan ke atas skor markah ujian pasca Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang terdiri daripada soalan aneka pilihan dan jawapan pendek (isi tempat kosong) bagi kedua-dua kumpulan. Jadual 7 : Markah Ujian Pasca Kata Nama Am dan Kata Nama Khas antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan.
KUMPULAN KAWALAN NAMA MARKAH ADZLAN 86 MOHAMAD SYAKIR 90 MOHAMAD ZULHELMI 92 AFIFAH HANANI 100 ANIS NATASHA 100 AZWANIDA 88 FARAH ADLINA 90 FATIN SYAZANA SHAHIRAH 100 HAFIYANA 90 INTAN NUR WARDAH 90 MAIZATUL AZIAH 94 MUNIRAH 86 NOOR FATAHIYATUL 90 NORHAZRENA 90 NUR ADDINA SYAFIQAH 92 KUMPULAN RAWATAN NAMA MARKAH MUHAMMAD ARIF HAIQAL 76 MUHAMMAD FARHAN 78 MUHAMMAD HAFIZ 82 NUR AIN HAFIZAH 80 NUR AYUNI ADILA 90 NUR ERISYA WARDINA 86 NUR FAHADA 84 NUR SHOLEHAH 72 NUR SYAZREEN ILYANA 82 NURIN ADRIANA 74 NUUR SHAHERMAELYIATI 88 SITI DZU HAFIZAH 70 SITI MASHITAH 78 SITI NOR SHUHADA 84 SITI NUR FATIN ADILA 78

Jadual 8 : Jumlah markah dan purata markah bagi ujian pasca Kata Nama Am danKata Nama Khas.
KUMPULAN Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan JUMLAH MURID 15 15 JUMLAH MARKAH 1378 1204 PURATA MARKAH 91.86 8026

Analisis ke atas ujian pasca Kata Nama Am dan Kata Nama Khas. jelas menunjukkan perbezaan purata markah antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan. Di mana purata markah bagi pencapaian kumpulan Kawalan adalah lebih baik. Hal ini menunjukkan bahawa murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan komputer adalah lebih efisien dan berkesan.

11

Jadual 9 : Graf perbandingan markah purata setiap ujian antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan.
95 90 85 80 75 70 65 1/2 T hn Pa s c a1 Pa s c a2 P a s c a3 K a wa la n R a wa ta n

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Rumusan Hasil Kajian Berdasarkan daripada 3 ujian pasca berkaitan dengan tatabahasa Kata Nama yang dijalankan, didapati bahawa pelajar di dalam kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan Kawalan (berbantukan komputer) dan kumpulan Rawatan (berbantukan teks) ada peningkatan markah dan mengekalkan markah cemerlang mereka pada setiap ujian pasca yang dijalankan. Jika dibandingkan dengan pencapaian mereka dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, markah pencapaian mereka pada ujian pasca adalah lebih baik bagi kedua-dua kumpulan. Ini adalah disebabkan item pada soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun merangkumi semua tajuk tatabahasa manakala ujian pasca hanya merengkumi tajuk Kata Nama. Jika dilihat dari hasil dapatan kajian, perbandingan markah purata di antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan pada setiap ujian pasca yang dijalankan, menunjukkan markah purata kumpulan Kawalan adalah lebih baik dari kumpulan Rawatan. Dari sudut pemerhatian penilai ketika sesi perjumpaan kumpulan, didapati kumpulan Kawalan menunjukkan minat atau kecenderungan 12

dalam mencari maklumat berbantukan komputer. Persepsi murid terhadap kaedah pembelajaran berbantukan komputer adalah positif, di mana kaedah ini dapat membantu murid dalam pemahaman mereka. Menurut Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rosealinda Alias (1996), suatu kebaikan sistem komputer yang berfungsi sebagai guru ialah proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku secara individu. Dengan ini pelajar boleh mengambil seberapa banyak masa untuk menelaah mengikut kemampuannya. Perbincangan Dapatan Kajian Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting memandangkan ia mampu meningkatkan kualiti pengajaran, meningkatkan daya ingatan, memotivasikan murid dan murid boleh berinteraktif secara aktif dan kreatif jika dibandingkan dengan sistem penggunaan buku, Menurut Rozinah Jamaludin (2007), pembelajaran berasaskan Web merupakan sistem terbuka. Pelajar boleh bergerak di luar daripada suasana pembelajaran daripada sistem tertutup seperti buku. Tambahan pula ia direka bentuk khas bagi memenuhi gaya pembelajaran pelajar mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu masih belum digunakan secara meluas. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan perisian untuk digunakan oleh guru semasa di dalam kelas. Ia berbeza dengan pendapat Vivi Lachs (2004), teknologi CDROM dan teknologi laman web pada masa ini menawarkan jenis persembahan yang berbeza, bagaimanapun dua aspek ini adalah ketara. Dengan teknologi mengarang laman web yang semakin maju, fungsi perisian yang kompleks dan canggih, menjadi lebih mudah untuk pengguna di kalangan pelajar dan pengguna yang tidak ada kemahiran teknikal. Ini jelas menunjukkan, tumpuan kepada penggunaannya lebih kepada mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Namun begitu, penggunaan komputer ke atas mata pelajaran Bahasa Melayu tidak seharusnya dipinggirkan memandangkan penggunaannya mampu memberi 13

impak positif ke atas mata pelajaran tersebut. Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian komputer bagi tajuk tatabahasa Kata Nama telah secara signifikan memberi kesan positif ke atas murid berbanding dengan pengajaran secara kawalan. Ini bertepatan dengan kajian oleh Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi & Fadzilah (2012), Yahya Othman dan Dayang Raini (2011), Chenu, Gayraud, Martinie & Tong (2007), Abu Seileek & Rababah (2007) dan Nabah, Hussain Al-Qamri & Shdefat (2009) menunjukkan bahawa penggunaan komputer memberi kesan positif terhadap pengunaannya. Implikasi Dapatan kajian Berdasarkan dalam mencari hasil kajian, murid-murid dengan untuk menunjukkan kaedah minat yang iaitu mendalam dalam penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer maklumat berbanding tradisional berbantukan buku. Kemudahan internet mencari bahan-bahan

pembelajaran dapat menjimatkan masa kerana pencarian maklumat melalui internet hanya mengambil masa beberapa minit berbanding dengan pencarian secara manual di perpustakaan. Menurut Ismail Zain (2002), dalam bidang pendidikan, E-pembelajaran berfungsi bukan sahaja sebagai nilai tambah tetapi sebagai satu keperluan utama ke arah pembelajaran bestari. E-pembelajaran bukan sahaja memperkenalkan penggunaan teknologi dari segi perkakasan dan perisian tetapi memperkenalkan cara pemikiran yang baru ke arah mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu pada zaman siber. Oleh itu kaedah ini juga dapat membudayakan murid dengan teknologi maklumat dan seterusnya menjadi seorang warganegara yang berpengetahuan globalisasi. Ini bertepatan dengan kehendak negara dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju dengan rakyatnya berpengetahuan ICT. Di sinilah pentadbir sekolah perlu memainkan peranan mereka dengan memastikan kelengkapan ICT sekolah mencukupi dan berkeadaan baik demi memastikan murid-murid dapat menggunakannya secara optimum dalam menimba ilmu. Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman 14

globalisasi ini. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam ICT bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan internet oleh guru dalam pengajarannya akan menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang diajar kerana kepelbagaian corak pengajarannya. Walau bagaimanapun guru-guru kurang pengetahuan dalam aspek yang berkaitan. Untuk mengatasi kekurangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah memperbanyakkan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat kepada guru-guru. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dengan mengadakan kursus-kursus dalaman serta guru-guru itu sendiri perlu mengambil inisitif dengan mempertingkatkan pengetahuan mereka dengan menghadiri kelas atau kursus yang di anjurkan oleh badan tertentu seperti Pusat Kegiatan Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum, Institut Perguruan dan sebagainya. Ini adalah selaras dengan perubahan paradigm dalam sistem pendidikan kini. PENUTUP Keseluruhan daripada keputusan hasil kajian mendapati penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat berkesan. Penggunaan komputer dilihat mampu memberi impak positif kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Kata Nama berbanding dengan kumpulan Rawatan. Kajian ini telah memberi gambaran bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah penting kerana ia memberi ruang kepada murid-murid untuk mencari maklumat yang mereka kehendaki secara kendiri. Ini akan meningkatkan minat mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, asalkan kemudahan ICT yang diperlukan tersedia dan boleh digunakan. Menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor & Norhazwanie Zulkifli (2012), Kekangan yang menghalang kejayaan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dalam era globalisasi ini memerlukan sokongan daripada pihak-pihak yang berkaitan. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha ke arah mencapai Wawasan 2020 iaitu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya berpengetahuan ICT. 15