Anda di halaman 1dari 4

Saya memilih aliran falsafah pendidikan moden sebagai aliran yang terbaik untuk dilaksanakan.

Aliran falsafah pendidikan moden adalah terdiri daripada Progresivisme dan Rekonstruktivisme. Kelebihan Aliran Falsafah Moden Progresivisme Progresivisme berasas daripada falsafah pragmatisme. Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan daripada falsafah pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam belajar seperti yang disarankan dalam Teori Disiplin Mental sekelilingnya. Teori pembelajaran ini bercanggah dengan memaksa pelajar. la sebaliknya menyarankan agar menunggu timbul minatnya terhadap pembelajaran. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi menekankan keberkesanan pembelajaran bergantung kepada kesediaan pembelajaran seseorang, yang telah menjadi salah satu prinsip pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam masa kini. Falsafah pragmatisme adalah dilahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui cara perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan pragmatik ini berpendapat bahawa sesuatu idea, prinsip atau fakta hanya boleh dikatakan benar dan bermakna apabila idea, prinsip atau fakta itu telah diuji secara objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang memuaskan. Dengan perkataan lain, kebenaran sesuatu idea, prinsip atau hukum bergantung kepada hasil yang diperhatikan secara objektif dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah bertujuan menentang pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif dalam pembelajaran, kerana ia mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi. Lantaran ini, John Dewey dan ahliahli progresivisme yang lain menyarankan progresivisme untuk menentang aliran perenialisme, khasnya mengritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam fahaman progresivisme, pelajar merupakan peranan utama dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh itu, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui usaha diri sendiri. Sehubungan ini, pcrkara-perkara yang hendak disampaikan patutlah berlandaskan minat pcngalaman dan kebolehan pelajar.

Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bersosial secara bermasyarakat. Sehubungan ini, beliau menyarankan mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup diperkenalkan dan diajar dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah, demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar. Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan untuk mendorongkan kerjasama di kalangan anggota-anggotanya di samping mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, ahli-ahli progresivisme menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktivitiaktiviti pendidikan. Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang sebenar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip "membuat sambil belajar". Kaedah sains merupakan kaedah koperatif, dan di bawah aplikasinya dalam kehidupan bermasyarakat ialah sesuatu kaedah bersifat demokratik. Ini bermakna, mengikut mereka, sekolah hendaklah beroperasi sebagai organisasi yang bercorak demokratik.

Rekonstruktivisme Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey. Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan sesuatu falsafah 'krisis' seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula, mengikut mereka, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia. Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial,

di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsip rekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme yang menyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni dan sempurna. Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.

RUJUKAN 1. Abd. Fatah Hasan, (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, Pahang. 2. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, (2003), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Quantum Books, Tanjung Malim. 3. Mok Soon Sang, (2004), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Selangor.
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah

5. http://fr.slideshare.net/SyuhailaShukri/falsafah-dan-perkembanganpendidikan-di-malaysia 6. http://www.scribd.com/search? query=Aliran+Falsafah+Pendidikan+Barat+Dan+Islam+Dalam+Modul+Perisi an+Aplikasi+UPENKKTM