Anda di halaman 1dari 31

Setelah mempelajari bab ini, anda harus dapat: memahami dan mengaplikasikan konsep jisim atom relatif dan

jisim molekul relatif menganalisis hubungan antara bilangan mol dengan bilangan zarah menganalisis hubungan antara bilangan mol bahan dengan jisim menganalisis hubungan antara bilangan mol gas dengan isi padu gas mensintesis formula kimia mentafsirkan persamaan kimia mengamalkan sikap saintik dan nilai murni dalam penyiasatan tentang jirim

Nyalaan dapur gas seumpama ini lazim kita gunakan di rumah. Tahukah anda bahawa penghasilan nyalaan tersebut merupakan tindak balas kimia? Apabila dapur gas dinyalakan, campuran gas-gas yang keluar daripada silinder gas akan bertindak balas dengan oksigen dalam udara. Persamaan kimia yang berikut mewakili tindak balas kimia utama yang berlaku. C3H8(g) + 5O2(g) 3CO2(g) + 4H2O(ce) Apakah maklumat yang terdapat dalam persamaan tersebut? Apakah maksud huruf, nombor, dan simbol yang digunakan? Mari kita kaji semua ini dengan lebih mendalam.

Jisim atom relatif Jisim molekul relatif Jisim formula relatif Mol Jisim molar Isi padu molar Formula kimia Persamaan kimia

Apakah itu formula dan persamaan kimia? Bagaimanakah formula dan persamaan kimia ditulis? Apakah fungsi formula dan persamaan kimia?
Nombor dan huruf disusun sebegitu rupa, Menjadi persamaan dan formula, Merupakan kod-kod rahsia, Yang hanya difahami oleh ahli kimia.

27

BAB 3.indd 27

9/21/11 3:33 PM

Anda harus dapat: menyatakan maksud jisim atom relatif berdasarkan karbon-12 menyatakan maksud jisim molekul relatif berdasarkan karbon-12 menyatakan sebab karbon-12 digunakan sebagai piawai untuk menentukan jisim atom relatif dan jisim molekul relatif menghitung jisim molekul relatif bahan

Jisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif

Jisim satu atom amat kecil. Kita tidak dapat menimbang jisim satu atom tetapi kita dapat menentukan jisim satu atom relatif terhadap atom yang lain.

Jisim atom relatif, JAR


Oleh sebab atom hidrogen merupakan atom yang teringan, ahli kimia pada mulanya membandingkan jisim atom-atom yang lain secara relatif kepada jisim satu atom hidrogen.
Saya ialah atom helium. Kami ialah atom-atom hidrogen.

Rajah 3.1 Satu atom helium ialah 4 kali ganda lebih berat daripada satu atom hidrogen. Jadi, helium dikatakan mempunyai jisim atom relatif 4.

Idea jisim atom relatif pada asalnya diperkenalkan oleh John Dalton.

Bagi kebanyakan unsur, nilai jisim atom relatifnya dibundarkan kepada nombor bulat bagi memudahkan penghitungan. Namun demikian, jisim atom relatif klorin ialah 35.5. Apakah sebabnya?

Walau bagaimanapun, kaedah ini agak rumit. Tahukah anda sebabnya? Selepas itu, oksigen pula digunakan sebagai piawai untuk membandingkan jisim atom-atom tetapi masih menimbulkan masalah. Akhirnya, pada tahun 1961, persatuan antarabangsa ahli kimia dan zik bersetuju untuk menggunakan satu piawai baharu, iaitu isotop karbon-12. Karbon-12 dipilih kerana karbon-12 ialah pepejal dan mudah dikendalikan. Tambahan pula, karbon-12 juga digunakan sebagai rujukan piawai dalam spektrometer jisim. Isotop karbon-12 diberikan jisim tepat 12 unit. Jadi, jisim atom relatif sesuatu unsur ialah jisim purata satu atom unsur 1 kali jisim satu atom karbon-12. tersebut berbanding dengan 12 jisim purata satu atom unsur Jisim atom relatif sesuatu unsur = 1 jisim satu atom karbon-12 12 Sebagai contoh, jisim atom relatif helium ialah 4. Hal ini bermakna, jisim purata satu atom helium ialah 4 kali lebih berat daripada 1 kali jisim satu atom karbon-12. Oleh sebab jisim atom 12 relatif merupakan nilai perbandingan, jisim atom relatif tidak mempunyai unit. Jisim atom relatif beberapa unsur diberi dalam Jadual Data Unsur pada muka surat 177.

Spektrometer jisim ialah mesin yang membantu ahli sains mengenal pasti sesuatu bahan berdasarkan jisim relatifnya.

Jisim atom relatif 28

BAB 3.indd 28

9/23/11 2:49 PM

Jisim molekul relatif, JMR


Idea jisim atom relatif juga digunakan untuk molekul. Jisim molekul relatif sesuatu molekul ialah jisim purata molekul itu 1 kali jisim satu atom karbon-12. berbanding dengan 12
Jisim molekul relatif merupakan nilai tanpa unit.

jisim purata satu molekul Jisim molekul relatif sesuatu molekul = 1 jisim satu atom karbon-12 12 Sebagai contoh, air mempunyai jisim molekul relatif 18. Jadi, satu molekul air ialah 18 kali 1 kali satu atom karbon-12. Mari kita buat analogi dalam Aktiviti 3.1 lebih berat daripada 12 untuk mengkaji konsep jisim atom relatif dan jisim molekul relatif.
Aktiviti 3.1, muka surat 15

Molekul terdiri daripada atom-atom. Jadi, jisim molekul relatif sesuatu molekul dihitung dengan menjumlahkan jisim atom relatif semua atom yang membentuk molekul tersebut. Perhatikan contoh dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1 Jisim molekul relatif beberapa bahan molekul

Bahan molekul Gas hidrogen, H2 Ammonia, NH3

Jisim molekul relatif 2 JAR bagi H = 2 1 = 2 JAR bagi N + 3( JAR bagi H) = 14 + 3(1) = 17

Sebahagian bahan terdiri daripada ion dan bukannya molekul. Bagi sebatian ion, jisim formula relatif digunakan sebagai ganti bagi jisim molekul relatif. Jadual 3.2 menunjukkan beberapa contoh.
Jadual 3.2 Jisim formula relatif beberapa sebatian ion

Sebatian ion Natrium klorida, NaCl Magnesium sulfat terhidrat, MgSO4.7H2O


Jisim molekul relatif air penghabluran juga termasuk dalam penghitungan.

Jisim formula relatif JAR bagi Na + JAR bagi Cl = 23 + 35.5 = 58.5 JAR bagi Mg + JAR bagi S + 4( JAR bagi O) + 14( JAR bagi H) + 7( JAR bagi O) = 24 + 32 + 4(16) + 14(1) + 7(16) = 246

Jalankan kuiz dalam aktiviti yang seterusnya untuk menguji kemahiran anda dalam menghitung jisim molekul relatif dan jisim formula relatif bahan-bahan.
Aktiviti KBSB 3.1, muka surat 17

Jisim molekul relatif

Jisim formula relatif 29

BAB 3.indd 29

9/21/11 3:33 PM

A
Rujuk muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur yang berkaitan. 1. Berapakah atom nitrogen yang mempunyai jisim yang sama dengan satu atom ferum? 2. Jisim satu atom unsur Y ialah sepuluh kali lebih berat daripada jisim satu atom berilium. Berapakah jisim atom relatif Y ? 3. Hitung jisim molekul relatif atau jisim formula relatif bagi bahan yang berikut: (a) I2 (b) SF6 (c) CaCO3 (d) H3PO4 (e) Cu(NO3)2 4. Gipsum, CaSO4.2H2O digunakan untuk membuat plaster dinding dan siling. Tunjukkan bahawa jisim formula relatif gipsum ialah 172. 5. Unsur klorin membentuk suatu sebatian dengan formula molekul Cl2Ox. Jisim molekul relatif sebatian itu ialah 183. Apakah nilai x?

Anda harus dapat: mendenisikan satu mol menyatakan maksud pemalar Avogadro menghubungkaitkan bilangan zarah yang terkandung di dalam satu mol bahan tertentu dengan pemalar Avogadro menyelesaikan masalah penghitungan untuk menukarkan bilangan mol kepada bilangan zarah bahan tertentu dan sebaliknya

Bilangan Mol dan Bilangan Zarah


Pasang dan dozen ialah dua contoh unit yang kita gunakan dalam penyukatan kuantiti objek dalam kehidupan harian kita. Perkataan pasang dan dozen mewakili bilangan tertentu sesuatu objek. Ahli kimia menggunakan unit mol untuk menyukat kuantiti bahan.

Gambar foto 3.1 Satu dozen minuman air

Apakah itu mol?


Oleh sebab karbon-12 dipilih sebagai piawai bagi jisim atom relatif, kita menggunakan bilangan atom dalam 12 g karbon-12 sebagai piawai untuk menyukat kuantiti bahan. Jadi, kita mendenisikan mol seperti yang berikut: Satu mol ialah kuantiti bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12.

Kita harus menghargai sumbangan ahli sains dalam penyelidikan tentang konsep mol.

Berapakah atom yang terdapat dalam 12 g karbon-12? Ahli sains telah menentukan nilai ini melalui eksperimen, iaitu 6.02 1023, satu nilai yang amat besar.

Mol 30

BAB 3.indd 30

9/21/11 3:33 PM

Nilai 6.02 1023 ini disebut sebagai nombor Avogadro, sempena nama Amedeo Avogadro (1776 1856), seorang ahli sains Itali yang terkenal. Pemalar Avogadro, NA didenisikan sebagai bilangan zarah yang terkandung di dalam satu mol bahan, iaitu 6.02 1023 mol1. Mari kita jalankan Aktiviti 3.2 untuk menyiasat konsep mol.
Aktiviti 3.2, muka surat 17

Gunakan enjin gelintar untuk mencari maklumat tambahan tentang pemalar Avogadro.

Satu mol sebarang bahan merupakan kuantiti bahan yang mengandungi NA bilangan zarah. Dalam erti kata yang mudah, satu mol bahan mengandungi 6.02 1023 zarah. 1 mol bahan atom mengandungi 6.02 1023 atom. 1 mol bahan molekul mengandungi 6.02 1023 molekul. 1 mol bahan ion mengandungi 6.02 1023 unit formula. Bagi menghitung bilangan mol sesuatu bahan, rumusnya ialah bilangan zarah Bilangan mol, n = NA

Sebarang unsur dengan bilangan mol yang sama mempunyai bilangan atom yang sama. Adakah pernyataan ini benar? Terangkan.

Dengan menggunakan rumus di atas, kita dapat menghubungkaitkan antara bilangan mol dengan bilangan zarah seperti dalam Rajah 3.2.
NA Bilangan mol NA Rajah 3.2 Hubung kait antara bilangan mol dengan bilangan zarah Bilangan zarah

3.1
Sebuah botol kaca yang tertutup mengandungi 0.5 mol gas oksigen, O2. (a) Berapakah molekul oksigen, O2 yang terdapat di dalam botol itu? (b) Berapakah atom oksigen, O yang terdapat di dalam botol itu? [Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] Penyelesaian: (a) Bilangan molekul oksigen, O2 dalam 0.5 mol gas Bilangan zarah = n NA = 0.5 mol 6.02 1023 mol1 23 = 3.01 10 molekul (b) Setiap molekul oksigen, O2 mengandungi dua atom oksigen, O. Jadi, bilangan atom oksigen, O dalam 0.5 mol gas = bilangan molekul oksigen 2 = 3.01 1023 2 = 6.02 1023 atom

31

BAB 3.indd 31

9/21/11 3:33 PM

3.2
Hitung bilangan mol molekul dalam satu sampel yang mengandungi 9.03 1023 molekul karbon dioksida, CO2. [Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] Penyelesaian: Bilangan mol molekul dalam sampel yang mengandungi 9.03 1023 molekul karbon dioksida, CO2 bilangan zarah 9.03 1023 n = = NA 6.02 1023 mol1 = 1.5 mol

3.1 Menyelesaikan masalah penghitungan


[Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] 1. Hitung bilangan atom dalam (a) 1 mol aluminium (c) 3.2 mol atom helium (b) 0.5 mol molekul iodin, I2 (d) 0.4 mol gas ozon, O3 25 2. Satu sampel mengandungi 6.02 10 molekul air. Berapakah mol air yang terdapat di dalam sampel itu? 3. Hitung bilangan mol gas hidrogen, H2 yang mengandungi (a) 3.01 1024 molekul hidrogen, H2 (b) 6.02 1023 atom hidrogen, H 4. Sebuah bikar mengandungi 0.1 mol zink klorida, ZnCl2. (a) Hitung bilangan mol ion klorida di dalam bikar itu. (b) Hitung jumlah bilangan ion di dalam bikar itu. 5. Sebuah bekas mengandungi 1.806 1023 molekul oksigen, O2. Suatu sampel 0.5 mol gas oksigen, O2 ditambahkan ke dalam bekas itu. Hitung jumlah bilangan molekul di dalam bekas itu.

B
[Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] 1. (a) Berikan denisi bagi istilah mol dan pemalar Avogadro. (b) Hubung kaitkan bilangan mol sesuatu bahan dengan bilangan zarah yang terkandung di dalamnya. 2. Berapakah mol gas bromin, Br2 yang mengandungi 1.505 1024 molekul gas bromin, Br2? 3. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi. Berapakah ion kalsium yang terdapat di dalam satu hidangan bijirin yang mengandungi 0.007 mol ion kalsium? 4. Antara 1 mol gas hidrogen, H2 dan 0.7 mol sulfur dioksida, SO2, yang manakah yang mengandungi atom yang lebih banyak? Terangkan. 5. Apakah perbezaan antara 1 mol atom oksigen, O dengan 1 mol molekul oksigen, O2?
32

BAB 3.indd 32

9/21/11 3:33 PM

Bilangan Mol dan Jisim Bahan

Bagaimanakah kita menyukat bahan dalam unit mol? Kita tidak perlu mengira bilangan zarahnya. Sebaliknya, kita hanya perlu menyukat jisim bahan itu. Hal ini dapat dilakukan jika kita mengetahui jisim molar bahan itu. Jisim satu mol bahan dinamakan jisim molar. Apakah maksudnya? Jisim molar sesuatu bahan = jisim 1 mol bahan tersebut = jisim bahan tersebut yang mengandungi 6.02 1023 zarah Unit bagi jisim molar ialah gram per mol atau g mol1. Jalankan Aktiviti 3.3 untuk mengukuhkan pemahaman anda tentang konsep jisim molar.
Aktiviti 3.3, muka surat 21

Anda harus dapat: menyatakan maksud jisim molar menghubungkaitkan jisim molar dengan pemalar Avogadro menghubungkaitkan jisim molar dengan jisim atom relatif atau jisim molekul relatif menyelesaikan masalah penghitungan untuk menukarkan bilangan mol bahan yang diberi kepada jisim dan sebaliknya

Anda telah mempelajari bahawa 1 mol karbon-12 mempunyai jisim 12 g. Jadi, jisim molar bagi karbon-12 ialah 12 g mol-1. Perhatikan bahawa jisim molar bagi karbon-12 mempunyai nilai yang sama dengan jisim atom relatif karbon-12, iaitu 12. Oleh hal yang demikian, nilai jisim molar bahan-bahan yang lain adalah sama dengan jisim relatif bahan-bahan tersebut.
Jadual 3.3 Jisim molar beberapa bahan

Tonton simulasi komputer untuk memahami konsep jisim molar dengan lebih lanjut.

14243 123

Jisim relatif Jisim 1 mol Jisim molar Helium 4 4g 4 g mol1 Natrium 23 23 g 23 g mol1 Air, H2O 2(1) + 16 = 18 18 g 18 g mol1 Ammonia, NH3 14 + 3(1) = 17 17 g 17 g mol1 Natrium klorida, NaCl 23 + 35.5 = 58.5 58.5 g 58.5 g mol1

Bahan

Nilai jisim molar bagi sesuatu unsur sama dengan jisim atom relatif unsur itu. Nilai jisim molar bagi sesuatu sebatian sama dengan jisim molekul relatif atau jisim formula relatif sebatian itu.

Jisim molar dan bilangan mol


Dengan mengetahui jisim molar sesuatu bahan, kita dapat menimbang sebarang pecahan mol bahan tersebut. Sebagai contoh, 12 g karbon ialah 1 mol karbon, 6 g karbon ialah 0.5 mol karbon, dan 24 g karbon pula ialah 2 mol karbon.

Jisim molar 33

BAB 3.indd 33

9/21/11 3:33 PM

Bilangan mol juga boleh dihitung dengan menggunakan rumus yang berikut: jisim (g) Bilangan mol, n = jisim molar Rajah 3.3 menunjukkan hubung kait antara bilangan mol dengan jisim sesuatu bahan yang melibatkan jisim molar.
Jisim molar Bilangan mol Jisim (g)

Jisim molar Rajah 3.3 Hubung kait antara bilangan mol dengan jisim sesuatu bahan

3.3
Berapakah jisim (a) 0.1 mol magnesium? (b) 2.408 1023 atom magnesium? [ Jisim atom relatif: Mg = 24. Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] Penyelesaian: (a) Jisim molar magnesium = 24 g mol1 Jadi, jisim 0.1 mol magnesium = 0.1 mol 24 g mol1 = 2.4 g (b) Bilangan mol atom magnesium 2.408 1023 = 6.02 1023 mol1 = 0.4 mol Jisim bagi 2.408 1023 atom magnesium = 0.4 mol 24 g mol1 = 9.6 g
1

Tentukan jisim molar Mg. Hitung jisim Mg. Jisim = n jisim molar

Hitung bilangan mol atom Mg. bilangan zarah n = NA Hitung jisim Mg. Jisim = n jisim molar

3.4
Berapakah mol molekul yang terdapat di dalam 16 g gas sulfur dioksida, SO2? [Jisim atom relatif: O = 16, S = 32] Penyelesaian: Jisim molekul relatif sulfur dioksida, SO2 = 32 + 2(16) = 64 Jadi, jisim molar sulfur dioksida, SO2 = 64 g mol1 Bilangan mol molekul di dalam 16 g sulfur dioksida, SO2 16 g = 64 g mol1 = 0.25 mol
34
1

Hitung jisim molekul relatif berdasarkan formula kimia. Tentukan jisim molar.

Hitung bilangan mol. jisim (g) n = jisim molar

BAB 3.indd 34

9/21/11 3:33 PM

3.5
Berapakah ion klorida yang terdapat dalam 27.2 g zink klorida, ZnCl2? [Jisim atom relatif: Cl = 35.5, Zn = 65. Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] Penyelesaian: Jisim formula relatif zink klorida, ZnCl2 = 65 + 2(35.5) = 136 1 Jadi, jisim molar zink klorida, ZnCl2 = 136 g mol1 Bilangan mol bagi 27.2 g zink klorida, ZnCl2 27.2 g 2 = 136 g mol1 = 0.2 mol Bilangan unit formula ZnCl2 3 = 0.2 mol 6.02 1023 mol1 23 = 1.204 10 Setiap unit formula ZnCl2 mempunyai 2 ion klorida. Jadi, bilangan ion klorida = bilangan unit formula ZnCl2 2 = 1.204 1023 2 = 2.408 1023 ion

Tentukan jisim molar ZnCl2.

Hitung bilangan mol. jisim (g) n = jisim molar Hitung bilangan unit formula ZnCl2. Bilangan zarah = n NA

Hitung bilangan ion klorida secara nisbah.

3.2 Menyelesaikan masalah penghitungan


Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. [Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] 1. Hitung jisim bagi setiap yang berikut dalam unit gram. (a) 0.3 mol aluminium (b) 2 mol natrium nitrat, NaNO3 2. Berapakah mol atom atau molekul yang terdapat di dalam (a) 5.6 g ferum? (b) 3.2 g metana, CH4? 3. Hitung jisim karbon yang mengandungi 6.02 1021 atom karbon.

C
Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. [Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] 1. Apakah maksud jisim molar? 2. Hitung jisim (a) 0.01 mol gas ammonia, NH3 (b) 6.02 1024 molekul nitrogen, N2 3. Berapakah mol molekul yang terdapat di dalam (a) 2.8 g karbon monoksida, CO? (b) 4 g gas bromin, Br2?
35

BAB 3.indd 35

9/21/11 3:33 PM

Anda harus dapat: menyatakan maksud isi padu molar gas menghubungkaitkan isi padu molar dengan pemalar Avogadro membuat kesimpulan umum terhadap isi padu molar gas pada suhu dan tekanan yang diberikan menghitung isi padu gas pada STP atau keadaan bilik daripada bilangan mol dan sebaliknya menyelesaikan masalah penghitungan yang melibatkan bilangan zarah, bilangan mol, jisim bahan, dan isi padu gas pada STP atau keadaan bilik

Bilangan Mol dan Isi Padu Gas

Gambar foto 3.2 Kebanyakan tindak balas kimia membebaskan gas. Bagaimanakah bilangan mol gas yang terbebas dihitung?

Dalam pelajaran yang lepas, anda telah mempelajari kuantiti bahan dalam mol ditentukan dengan menimbang bahan tersebut. Walau bagaimanapun, cara ini tidak praktikal bagi gas kerana gas amat ringan dan sukar ditimbang. Oleh itu, isi padu gas disukat bagi tujuan ini.

Isi padu molar gas


Isi padu molar sesuatu gas didenisikan sebagai isi padu yang ditempati oleh 1 mol gas. Mari kita kaji isi padu molar dengan lebih lanjut.

3.3 Mengadakan perbincangan


Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, kumpulkan dan tafsirkan data tentang isi padu molar gas.
2 g gas hidrogen, H2 32 g gas oksigen, O2 44 g gas karbon dioksida, CO2

22.4 dm3

22.4 dm3

22.4 dm3

Gambar foto 3.3 Isi padu gas pada STP

Kemudian, teliti Gambar foto 3.3 atau tonton suatu simulasi komputer tentang isi padu molar gas. Seterusnya, bincangkan perkara yang berikut: (a) Nyatakan hubung kait antara isi padu molar dengan pemalar Avogadro, NA. (b) Buat satu generalisasi tentang isi padu molar gas pada STP . Bandingkan jawapan anda dengan data yang dikumpulkan pada awal aktiviti ini. Bentangkan hasil perbincangan anda di dalam kelas.

Isi padu molar 36

BAB 3.indd 36

9/21/11 3:33 PM

Satu mol sebarang gas sentiasa menempati isi padu yang sama pada suhu dan tekanan yang sama. Isi padu ini disebut sebagai isi padu molar gas. Isi padu molar sebarang gas ialah 22.4 dm3 pada STP atau 24 dm3 pada keadaan bilik. Bagi menghitung bilangan mol sebarang gas, rumusnya ialah isi padu gas Bilangan mol, n = isi padu molar Kita menggunakan isi padu molar untuk menukarkan unit isi padu sesuatu gas kepada unit bilangan mol dan sebaliknya (Rajah 3.4).
Isi padu molar Bilangan mol Isi padu molar Rajah 3.4 Hubung kait antara bilangan mol dengan isi padu gas Isi padu gas (dm3)

STP ialah singkatan bagi suhu dan tekanan piawai, iaitu keadaan pada suhu 0C dan tekanan 1 atm. Keadaan bilik merujuk kepada keadaan pada suhu 25 C dan tekanan 1 atm. Hubung kait dalam Rajah 3.4 hanya benar bagi gas. Isi padu pepejal dan cecair tidak boleh digunakan untuk menentukan bilangan mol.

Mari kita teliti contoh penghitungan yang berikut.

3.6
(a) Berapakah isi padu 1.2 mol gas ammonia, NH3 pada STP? [Isi padu molar: 22.4 dm3 mol1 pada STP] (b) Berapakah mol bagi 600 cm3 gas ammonia, NH3 pada keadaan bilik? [Isi padu molar: 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik] Penyelesaian: (a) Isi padu 1.2 mol gas ammonia, NH3 pada STP = 1.2 mol 22.4 dm3 mol1 = 26.88 dm3 (b) Bilangan mol bagi 600 cm3 gas ammonia, NH3 0.6 dm3 = 24 dm3 mol1 = 0.025 mol

Isi padu gas = n isi padu molar

isi padu gas n = isi padu molar

3.4 Menyelesaikan masalah penghitungan


[Isi padu molar: 22.4 dm3 mol1 pada STP; 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik] 1. Hitung isi padu gas yang berikut: (a) 0.3 mol gas oksigen, O2 pada keadaan bilik (b) 4 mol gas helium pada STP 2. Hitung bilangan mol gas yang berikut: (a) 560 cm3 karbon dioksida, CO2 pada STP (b) 960 cm3 gas hidrogen klorida, HCl pada keadaan bilik

37

BAB 3.indd 37

9/21/11 3:33 PM

Masalah penghitungan yang melibatkan gas

3.5 Membina peta minda


Semua hubung kait yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2, 3.3, dan 3.4 amat berguna untuk menyelesaikan penghitungan yang melibatkan gas. Berdasarkan rajah-rajah tersebut, bina peta minda yang menunjukkan hubung kait antara bilangan zarah, bilangan mol, jisim, dan isi padu gas. Bentangkan peta minda anda di dalam kelas dengan menggunakan perisian grak yang sesuai. Hubung kait antara bilangan zarah, bilangan mol, jisim, dan isi padu gas ditunjukkan dalam Rajah 3.5.
NA Bilangan zarah NA Isi padu molar Isi padu molar Bilangan mol Jisim molar Jisim molar Jisim (g)

Isi padu gas (dm3)


Rajah 3.5 Hubung kait antara bilangan zarah, bilangan mol, jisim, dan isi padu gas

Perhatikan bahawa bilangan mol bertindak sebagai perantaraan bagi kuantiti yang lain. Kita perlu menukarkan unit kuantiti yang lain seperti jisim, isi padu, atau bilangan zarah kepada bilangan mol terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah penghitungan.

3.7
Berapakah isi padu bagi 12.8 g gas oksigen, O2 dalam unit cm3 pada STP? [ Jisim atom relatif: O = 16. Isi padu molar: 22.4 dm3 mol1 pada STP] Penyelesaian: Jisim O2 12.8 g Isi padu O2 pada STP ? cm3
1

Dapatkan maklumat daripada soalan.

Bilangan mol bagi 12.8 g gas oksigen, O2 12.8 g = 2(16) g mol1 = 0.4 mol Isi padu gas oksigen, O2 pada STP = 0.4 mol 22.4 dm3 mol1 = 8.96 dm3 = 8960 cm3

Tukarkan unit jisim O2 kepada bilangan mol. jisim n = jisim molar Tukarkan unit bilangan mol O2 kepada isi padu. Isi padu gas = n isi padu molar Tukarkan unit dm3 kepada cm3.

38

BAB 3.indd 38

9/21/11 3:33 PM

3.8
Berapakah molekul karbon dioksida, CO2 yang terdapat dalam 120 cm3 gas itu yang dibebaskan dari suatu tindak balas satu asid dengan satu karbonat pada keadaan bilik? [Isi padu molar: 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik. Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] Penyelesaian: Isi padu CO2 pada keadaan bilik 120 cm3 Bilangan molekul CO2 ?
1

Dapatkan maklumat daripada soalan.

2 Tukarkan unit cm3 kepada dm3. Isi padu karbon dioksida, CO2 = 120 cm3 = 0.12 dm3 Bilangan mol 0.12 dm3 karbon dioksida, CO2 0.12 dm3 3 Tukarkan unit isi padu gas kepada bilangan mol. = 24 dm3 mol1 isi padu gas n = isi padu molar = 0.005 mol

Bilangan molekul karbon dioksida, CO2 = 0.005 mol 6.02 1023 mol1 = 3.01 1021 molekul

Tukarkan unit bilangan mol kepada bilangan zarah. Bilangan zarah = n NA

3.6 Menyelesaikan masalah penghitungan


Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. [Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1. Isi padu molar: 22.4 dm3 mol1 pada STP; 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik] 1. Hitung jisim 0.6 dm3 gas klorin, Cl2 pada tekanan dan suhu bilik. 2. Hitung isi padu gas yang berikut pada STP . (a) 1.806 1024 atom neon (b) 18.25 g gas hidrogen klorida, HCl 3. Satu sampel gas nitrogen, N2 mempunyai isi padu 1800 cm3 pada keadaan bilik. Hitung jisim sampel itu dan bilangan molekul gas nitrogen, N2 yang terdapat di dalamnya.

D
Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. [Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1. Isi padu molar: 22.4 dm3 mol1 pada STP; 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik] 1. Hitung isi padu gas yang berikut pada keadaan bilik. (a) 0.8 mol metana, CH4 (b) 9.03 1023 atom helium 2. Hitung jisim bagi 1.505 1024 molekul gas hidrogen, H2 pada STP . 3 3. Jisim bagi 3 dm suatu gas ialah 6.0 g pada keadaan bilik. Hitung jisim molarnya. 4. 1.12 dm3 gas hidrogen, H2 dan 1.12 dm3 gas oksigen, O2, dicampurkan di dalam sebuah bekas tertutup pada STP . Hitung jumlah bilangan molekul di dalam bekas itu. Berapakah jumlah jisim gas di dalam bekas itu?
39

BAB 3.indd 39

9/21/11 3:33 PM

Anda harus dapat: menyatakan maksud formula kimia menyatakan maksud formula empirik menyatakan maksud formula molekul menentukan formula empirik dan formula molekul sebatian membandingkan dan membezakan formula empirik dan formula molekul menyelesaikan masalah penghitungan yang melibatkan formula empirik dan formula molekul menulis formula ion membina formula kimia bagi sebatian ion menyatakan nama sebatian kimia dengan menggunakan sistem penamaan IUPAC

Formula Kimia

Magnesium nitrat Mg(NO3)2

Gambar foto 3.4 Memahami formula kimia ialah langkah pertama untuk memahami bahasa kimia

Ahli kimia tidak perlu menulis huraian yang panjang lebar tentang sesuatu bahan. Cara yang mudah untuk mewakili sesuatu bahan adalah dengan menggunakan formula kimia. Formula kimia ialah perwakilan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan huruf untuk mewakili atom dan nombor subskrip untuk menunjukkan bilangan setiap jenis atom yang terdapat di dalam bahan itu. Formula kimia sesuatu unsur mewakili atom-atom dalam unsur itu. Walau bagaimanapun, sebahagian unsur wujud sebagai molekul. Formula kimia bagi unsur seumpama ini mewakili molekul-molekul dalam unsur tersebut.
Huruf H menunjukkan simbol atom hidrogen.

H2

Nombor subskrip 2 menunjukkan bahawa terdapat 2 atom hidrogen di dalam satu molekul gas hidrogen, H2.

Rajah 3.6 Formula kimia gas hidrogen, H2

Formula kimia sesuatu sebatian menunjukkan semua unsur dan bilangan jenis atom yang terdapat dalam sebatian itu.
Nombor 1 tidak perlu ditulis dalam formula kimia. Apabila tidak terdapat sebarang nombor subskrip selepas sesuatu huruf, andaikan bahawa hanya terdapat satu atom unsur tersebut di dalam formula sebatian.
Huruf-huruf ini menunjukkan simbol unsur-unsur.

H2O
Nombor subskrip 2 menunjukkan bilangan atom hidrogen.

Tiada nombor subskrip menunjukkan bahawa hanya terdapat 1 atom oksigen di dalam satu molekul air.

Rajah 3.7 Formula kimia molekul air, H2O

Sebatian diwakili oleh dua jenis formula kimia, iaitu formula empirik dan formula molekul.
Formula kimia 40

BAB 3.indd 40

9/21/11 3:33 PM

3.7 Mengumpulkan dan mentafsirkan data


Dengan merujuk kepada buku kimia, ensiklopedia, atau laman sesawang yang berkaitan dengan kimia, kumpulkan data tentang formula kimia, formula empirik, dan formula molekul sebatian. Senaraikan formula kimia atau formula molekul sebatian-sebatian dalam bentuk jadual. Susun semua data yang dikumpulkan di dalam sebuah buku panduan. Anda akan menggunakan buku ini sebagai panduan sepanjang pembelajaran anda kelak.

Formula empirik
Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian. Sebagai contoh, formula molekul glukosa ialah C6H12O6. Nisbah atom karbon kepada hidrogen dan oksigen di dalam molekul itu ialah 6 : 12 : 6. Nisbah ini dapat diringkaskan menjadi 1 : 2 : 1. Jadi, formula empirik glukosa ialah CH2O. Contoh yang berikut menunjukkan penentuan formula empirik sesuatu sebatian berdasarkan nilai eksperimen.

Benzena ialah pelarut organik dengan formula molekul C6H6. Apakah formula empiriknya?

3.9
Satu sampel aluminium oksida mengandungi 1.08 g aluminium dan 0.96 g oksigen. Apakah formula empirik sebatian ini? [ Jisim atom relatif: O = 16, Al = 27] Penyelesaian: Unsur Jisim unsur (g) Bilangan mol Al 1.08 1.08 27 = 0.04 0.04 0.04 =1 2 O 0.96 0.96 16 = 0.06 0.06 0.04 = 1.5 3
1

Tulis jisim setiap unsur. Bahagi setiap jisim dengan jisim molar (nilai jisim molar sama dengan nilai JAR). Bahagi setiap nombor dengan nombor terkecil, iaitu 0.04. Darab setiap jawapan dengan 2 untuk memperoleh nisbah teringkas sebagai integer.

Nisbah mol Nisbah mol teringkas

2 mol atom aluminium berpadu dengan 3 mol atom oksigen. Jadi, formula empirik sebatian ini ialah Al2O3.

Formula empirik 41

BAB 3.indd 41

9/21/11 3:33 PM

3.8 Menyelesaikan masalah penghitungan


Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. 1. 0.20 g kalsium bertindak balas dengan uorin untuk menghasilkan 0.39 g kalsium uorida. Tentukan formula empirik sebatian uorida yang terhasil itu. 2. Tentukan formula empirik suatu sebatian yang mengandungi 32.4% natrium, 22.6% sulfur, dan 45.0% oksigen. 3. 60 g aluminium sulda mengandungi 38.4 g sulfur. Tentukan formula empirik sebatian tersebut. Jalankan aktiviti yang berikut untuk menentukan formula empirik beberapa sebatian.
Aktiviti 3.4, muka surat 23 Aktiviti 3.5, muka surat 25

Formula molekul
Sebahagian sebatian mempunyai formula empirik dan formula molekul yang sama. Terangkan sebab. Namakan beberapa contoh.

Formula molekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur di dalam satu molekul sesuatu sebatian. Sebenarnya, formula molekul sesuatu bahan merupakan gandaan formula empirik bahan tersebut. Formula molekul = (Formula empirik)n Nilai n merupakan integer positif.

Jadual 3.4 Hubung kait antara formula empirik dengan formula molekul

Sebatian Air Etena Glukosa

Formula empirik H2O CH2 CH2O

Formula molekul H2 O C2H4 C6H12O6

n 1 2 6

3.9 Membandingkan dan membezakan


Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, sediakan satu pengurusan grak untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan antara formula empirik dengan formula molekul sesuatu sebatian. Kemudian, tampalkan hasil kerja kumpulan anda pada papan kenyataan di dalam kelas.

Formula molekul 42

BAB 3.indd 42

9/21/11 3:33 PM

Bagi menentukan formula molekul sesuatu sebatian, kita perlu mengetahui jisim molekul relatif dan formula empirik sebatian tersebut. Perhatikan contoh di bawah.

3.10
Formula empirik suatu sebatian ialah CH2. Jisim molekul relatifnya ialah 42. Tentukan formula molekul sebatian tersebut. [ Jisim atom relatif: H = 1, C = 12] Penyelesaian: Andaikan formula molekul sebatian ialah (CH2)n. Berdasarkan formula molekul di atas, jisim molekul relatif sebatian 1 Hitung jisim molekul = n[12 +2(1)] relatif. = 14n Walau bagaimanapun, jisim molekul relatif sebatian ialah 42. Jadi, 14n = 42 42 n = 14 =3 Oleh itu, formula molekul sebatian ialah (CH2)3 atau C3H6.
2

Samakan jisim molekul relatif yang diperoleh dengan yang diberikan. Gantikan nilai n dalam formula molekul yang diandaikan tadi.

Perhatikan contoh yang berikut untuk menyelesaikan masalah penghitungan yang melibatkan formula empirik dan formula molekul.

3.11
Urea mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Oleh hal yang demikian, urea digunakan sebagai baja. Hitung peratus komposisi jisim nitrogen di dalam urea, CO(NH2)2. [Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, N = 14, O = 16] Penyelesaian: molekulnya, hitung jisim Jisim 1 mol urea, CO(NH2)2 = [12 + 16 + 2(14) + 4(1)] g 1 1 mol CO(NH2)2. = 60 g Berdasarkan formula molekulnya, 1 mol urea, CO(NH2)2 mengandungi 2 mol atom nitrogen. Jadi, jisim nitrogen dalam 1 mol urea, CO(NH2)2 = 2 14 g = 28 g Peratus komposisi jisim nitrogen di dalam urea, CO(NH2)2 jisim atom nitrogen dalam 1 mol urea 2 Tentukan peratus = 100% jisim 1 mol urea komposisi N mengikut jisim dalam CO(NH2)2. 28 = 100% 60 = 46.67%
Berdasarkan formula

43

BAB 3.indd 43

9/21/11 3:33 PM

3.12
6.24 g unsur X berpadu dengan 1.28 g oksigen untuk menghasilkan sebatian dengan formula empirik X2O. Apakah jisim atom relatif X? [ Jisim atom relatif: O = 16] Penyelesaian: Andaikan jisim atom relatif X ialah j. Unsur Jisim (g) Bilangan mol X 6.24 6.24 j O 1.28 1.28 = 0.08 16
1

Hitung bilangan mol setiap unsur.

Berdasarkan formula empirik, X2O yang diberikan, nisbah mol atom X kepada atom O ialah 2 : 1. 6.24 : 0.08 = 2 : 1 2 Nisbah mol yang dihitungkan Jadi, j mesti sama dengan nisbah mol yang diberikan dalam formula 6.24 0.08 = 2 1 j empirik. 6.24 2 = 0.08j 1 0.08j 1 = 6.24 2 1 6.24 j = 2 0.08 = 39 Oleh itu, jisim atom relatif X ialah 39.

3.10 Menyelesaikan masalah penghitungan


Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. 1. Butana mempunyai formula empirik C2H5 dan jisim molekul relatif 58. Tentukan formula molekulnya. 2. Asid etanoik ialah ramuan utama cuka. Formula empiriknya ialah CH2O. Diberi bahawa jisim molar asid etanoik ialah 60 g mol1, tentukan formula molekul asid ini. 3. Tentukan peratus komposisi air mengikut jisim dalam kuprum(II) sulfat terhidrat, CuSO4.5H2O. 4. Karat mengandungi ferum(III) oksida, Fe2O3. Berapakah mol ion ferum(III) yang hadir di dalam 4.0 g karat? 5. Unsur Y bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan sebatian dengan formula molekul YO3. Jika jisim 1 mol sebatian ini ialah 80 g, tentukan jisim atom relatif Y. 6. Berapakah jisim plumbum dalam gram yang diperlukan untuk berpadu dengan 0.5 mol atom klorin bagi menghasilkan sebatian dengan formula empirik PbCl2?

44

BAB 3.indd 44

9/21/11 3:33 PM

Formula ion
Sebatian ion terdiri daripada kation, iaitu ion-ion bercas positif dan anion, iaitu ion-ion bercas negatif. Sebelum anda dapat menentukan formula sebatian ion, anda perlu mengetahui formula ion-ion. Jadual 3.5 menunjukkan formula beberapa kation dan anion yang umum. Kation Ion natrium Ion kalium Ion zink Ion magnesium Ion kalsium Ion ferum(II) Ion ferum(III) Ion kuprum(II) Ion ammonium Formula Na+ K+ Zn2+ Mg2+ Ca2+ Fe2+ Fe3+ Cu2+ NH4+ Anion Ion klorida Ion bromida Ion iodida Ion oksida Ion hidroksida Ion sulfat Ion karbonat Ion nitrat Ion fosfat
Hafal formula kation dan anion yang biasa digunakan.

Jadual 3.5 Formula beberapa kation dan anion yang biasa digunakan

Formula Cl I

Br O2 OH

SO42 CO32 NO3

PO43

Rajah 3.8 menunjukkan contoh pembinaan formula kimia bagi satu sebatian ion. Nama sebatian: Zink bromida
Berdasarkan nama sebatian, tentukan kation dan anion.

Kation: Ion zink, Zn2+

Anion: Ion bromida, Br

Zn2+ Br

Br

Tentukan bilangan kation dan anion dengan menyeimbangkan cas.

Cas positif : 1 (+2) = +2 Cas negatif : 2 (1) = 2 Jumlah cas : 0

Jumlah cas semua kation dan anion mestilah sifar. Bilangan ion zink dan ion bromida ditulis sebagai nombor subskrip. Subskrip 1 tidak perlu ditulis.

Tulis formula kimia sebatian. Cas ion tidak ditulis pada formula itu.

Formula sebatian: ZnBr2

Rajah 3.8 Pembinaan formula kimia zink bromida, ZnBr2

Formula ion 45

BAB 3.indd 45

9/21/11 3:33 PM

3.11 Membina formula kimia sebatian ion


Bina formula kimia bagi setiap sebatian ion yang berikut: (a) Magnesium klorida (e) Argentum iodida (b) Kalium karbonat (f ) Zink nitrat (c) Kalsium sulfat (g) Aluminium oksida (d) Kuprum(I) oksida (h) Ferum(II) hidroksida (i) ( j) (k) (l) Plumbum(II) sulfat Kalium klorida Ammonium fosfat Natrium bromida

Kemudian, dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, jalankan kuiz dengan bantuan guru. Guru anda akan menulis nama sebatian ion satu demi satu pada papan hitam. Setiap kumpulan akan menulis formula kimia sebatian tersebut pada sekeping kad. Kemudian, angkat kad tersebut untuk disemak oleh guru anda.

Penamaan sebatian kimia


Sistem penamaan yang disarankan oleh International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) telah diterima oleh seluruh dunia. Sistem ini memudahkan komunikasi antara ahli kimia dan memberikan panduan yang berguna untuk menamakan pelbagai sebatian baharu yang ditemukan.

Kini, terdapat lebih daripada 6 juta sebatian yang diketahui. Oleh itu, ahli kimia menamakan sebatian kimia mengikut cara yang sistematik, iaitu berdasarkan saranan yang dibuat oleh Kesatuan Antarabangsa Kimia Tulen dan Gunaan (IUPAC). Bagi sebatian ion, nama kation dinamakan terlebih dahulu, diikuti oleh nama anion. Beberapa contoh ditunjukkan dalam Jadual 3.6.
Jadual 3.6 Penamaan sebatian ion

Kation Ion natrium Ion kalsium Ion barium

Anion Ion klorida Ion karbonat Ion sulfat

Nama sebatian ion Natrium klorida Kalsium karbonat Barium sulfat

Pada mulanya, nama sesuatu sebatian diterbitkan daripada keadaan zik, sifat, atau aplikasi sebatian tersebut.

Logam-logam tertentu membentuk lebih daripada satu jenis ion. Jadi, huruf Roman digunakan dalam penamaan ion-ion ini untuk membezakan ion-ion tersebut. Sebagai contoh, ferum membentuk dua jenis kation, iaitu ion ferum(II), Fe2+ dan ion ferum(III), Fe3+. Nama sebatian yang dibentuk oleh ion-ion tersebut masing-masing ialah ferum(II) klorida dan ferum(III) klorida.
Ferum(II) mewakili ion ferum(II), Fe2+ dalam sebatian.

Ferum(II) klorida Ferum(III) klorida

Ferum(III) mewakili ion ferum(III), Fe3+ dalam sebatian.

Dalam penamaan sebatian molekul yang ringkas, nama unsur pertama dikekalkan manakala nama unsur kedua ditambahkan dengan ida. Perhatikan contoh yang berikut: HCl Hidrogen klorida HBr Hidrogen bromida
ida ditambahkan pada nama unsur kedua.

46

BAB 3.indd 46

9/21/11 3:33 PM

Awalan Yunani digunakan untuk menunjukkan bilangan atom setiap unsur di dalam sesuatu sebatian molekul ringkas. Beberapa contoh ditunjukkan seperti yang berikut: CO Karbon monoksida CO2 Karbon dioksida SO3 Sulfur trioksida
Awalan Yunani seperti mono, di, dan tri bermaksud satu, dua, dan tiga.

Berikan awalan Yunani yang bermaksud empat dan lima.

3.12 Menamakan sebatian kimia


1. Namakan setiap sebatian ion dengan formula yang berikut: (a) Ba(NO3)2 (d) NaOH (g) KBr (b) MgO (e) ZnSO4 (h) Ca(OH)2 (c) LiCl (f ) NaHCO3 ( i ) AlPO4 2. Namakan sebatian molekul yang berikut: (a) CCl4 (c) BF3 (b) CS2 (d) SO2 (e) NO (f ) N2O4

3. Molekul suatu sebatian terdiri daripada satu atom nitrogen dan tiga atom klorin. Apakah nama sebatian ini?

E
Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. 1. (a) Denisikan formula empirik dan formula molekul. (b) Asid tartarik digunakan sebagai perisa dalam makanan dan minuman. Formula molekulnya ialah C4H6O6. Tentukan formula empiriknya. 2. Satu oksida fosforus mempunyai jisim molekul relatif 284. Oksida ini mengandungi 43.66% fosforus dan 56.34% oksigen mengikut jisim. Tentukan formula empirik dan formula molekulnya. 3. Baja yang digunakan dalam pertanian ialah seperti yang berikut: Urea, CO(NH2)2 Ammonium nitrat, NH4NO3 Hidrazin, N2H4 Baja yang manakah yang mempunyai peratus nitrogen mengikut jisim yang paling tinggi? 4. Bijih ialah batuan semula jadi yang mengandungi kepekatan mineral yang tinggi. Bijih merupakan sumber utama logam. Tulis formula kimia bagi bijih yang berikut: (a) Galena, iaitu plumbum(II) sulda (b) Hematit, iaitu ferum(III) oksida (c) Spalerit, iaitu zink sulda (d) Magnesit, iaitu magnesium karbonat
47

BAB 3.indd 47

9/21/11 3:33 PM

Anda harus dapat: menyatakan maksud persamaan kimia mengenal pasti bahan dan hasil tindak balas daripada persamaan kimia menulis dan mengimbangkan persamaan kimia mentafsirkan persamaan kimia secara kuantitatif dan kualitatif menyelesaikan masalah penghitungan dengan persamaan kimia mengenal pasti sikap saintik dan nilai positif yang diamalkan oleh ahli sains dalam penyelidikan tentang konsep mol, formula kimia, dan persamaan kimia mewajarkan keperluan mengamalkan sikap saintik dan nilai murni dalam menjalankan penyelidikan tentang struktur atom, formula kimia, dan persamaan kimia menggunakan simbol, formula, dan persamaan kimia untuk komunikasi yang mudah dan sistematik dalam bidang kimia

Persamaan Kimia

Gambar foto 3.5 Pembakaran arang merupakan suatu tindak balas kimia.

Tindak balas kimia berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Bagaimanakah anda menghuraikan tindak balas kimia yang ditunjukkan dalam Gambar foto 3.5? Ahli kimia mempunyai cara yang ringkas dan istimewa untuk menghuraikan tindak balas kimia, iaitu dengan menggunakan persamaan kimia.

Aspek kualitatif persamaan kimia


Persamaan kimia merupakan satu cara penulisan untuk menghuraikan sesuatu tindak balas kimia. Persamaan kimia boleh ditulis dalam bentuk perkataan tetapi biasanya kita menggunakan formula kimia kerana cara ini lebih mudah, cepat, dan tepat. Perhatikan contoh persamaan yang mewakili pembakaran karbon di dalam arang seperti yang berikut: C(p) + O2(g) CO2(g)
1442443 123 Bahan tindak balas Hasil tindak balas

Anak panah dalam persamaan mewakili menghasilkan. Bahan pemula disebut sebagai bahan tindak balas dan ditulis di sebelah kiri persamaan. Bahan baharu yang dihasilkan disebut sebagai hasil tindak balas dan ditulis di sebelah kanan persamaan. Persamaan kimia juga menunjukkan keadaan setiap bahan, iaitu sama ada bahan itu wujud sebagai pepejal (p), cecair (ce), gas (g), ataupun larut di dalam air sebagai larutan akueus (ak). C(p)
Maksud: Pepejal karbon

Delta, , iaitu huruf Yunani yang ditulis di bawah anak panah menunjukkan pemanasan diperlukan untuk memulakan sesuatu tindak balas kimia.

+
bertindak balas dengan

O2(g)
gas oksigen


untuk menghasilkan

CO2(g)
gas karbon dioksida

Persamaan kimia 48

BAB 3.indd 48

9/21/11 3:33 PM

3.13 Mentafsirkan persamaan kimia secara kualitatif


Teliti persamaan kimia yang berikut: (a) 2H2(g) + O2(g) 2H2O(ce) (b) CaCO3(p) CaO(p) + CO2(g) (c) 2K(p) + 2H2O(ce) 2KOH(ak) + H2(g) (d) CuO(s) + 2HCl(ak) CuCl2(ak) + H2O(ce) (e) Cl2(g) + 2NaBr(ak) 2NaCl(ak) + Br2(ce) Bagi setiap persamaan, kenal pasti bahan tindak balas, hasil tindak balas, dan keadaan setiap bahan-bahan tersebut. Tulis jawapan anda dalam bentuk jadual dan hantarkannya kepada guru anda.

Menulis persamaan kimia


Berdasarkan hukum keabadian jisim, jirim tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Hal ini bermakna, atom-atom tidak boleh dicipta atau dimusnahkan dalam sesuatu tindak balas kimia. Oleh hal yang demikian, sesuatu persamaan kimia mestilah seimbang. Bilangan atom setiap jenis unsur pada setiap belah persamaan mestilah sama. Perhatikan contoh yang berikut.

3.13
Magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik, HCl cair untuk menghasilkan larutan akueus magnesium klorida, MgCl2 dan gas hidrogen, H2. Tulis persamaan kimia untuk mewakili tindak balas ini. Tulis persamaan dalam Penyelesaian: Magnesium + asid hidroklorik larutan akueus + gas cair magnesium hidrogen klorida 144442444443 14444244443
Bahan tindak balas Hasil tindak balas
2 1

bentuk perkataan. Bahan tindak balas ditulis di sebelah kiri persamaan manakala hasil tindak balas ditulis di sebelah kanan persamaan.

Mg + HCl MgCl2 + H2 Mg + 2HCl MgCl2 + H2 144424443


Mg Cl 1 atom 2 atom H 2 atom

Tulis formula kimia yang betul bagi setiap bahan dan hasil tindak balas. Seimbangkan persamaan. Anda perlu menyelaraskan pekali di hadapan formula kimia dan bukannya subskrip pada formula. Tulis keadaan setiap bahan dalam persamaan.

144424443
Mg 1 atom H Cl 2 atom 2 atom

Mg(p) + 2HCl(ak) MgCl2(ak) + H2(g)

49

BAB 3.indd 49

9/21/11 3:33 PM

3.14 Menulis dan menyeimbangkan persamaan kimia


Tulis satu persamaan kimia yang seimbang bagi setiap tindak balas yang berikut: 1. Gas karbon monoksida + gas oksigen gas karbon dioksida 2. Gas hidrogen + gas nitrogen gas ammonia 3. Aluminium + ferum(III) oksida aluminium oksida + ferum 4. Gas ammonia bertindak balas dengan gas oksigen untuk menghasilkan gas nitrogen monoksida dan air. 5. Larutan argentum nitrat ditambahkan kepada larutan kalsium klorida. Mendakan argentum klorida dan larutan kalsium nitrat dihasilkan. 6. Apabila pepejal zink karbonat dipanaskan, sebatian tersebut terurai kepada serbuk zink oksida dan gas karbon dioksida. Mari kita jalankan Aktiviti 3.6 untuk menyeimbangkan beberapa persamaan kimia.
Kita harus menggunakan persamaan kimia untuk berkomunikasi dengan cekap.
Aktiviti 3.6, muka surat 27

Sekarang, anda telah mengetahui cara menulis persamaan kimia. Gunakan kemahiran ini dengan kerap sebagai alat komunikasi dalam kimia secara mudah dan sistematik.

Aspek kuantitatif persamaan kimia


Kita memperoleh maklumat kualitatif yang berikut daripada persamaan kimia. Bahan dan hasil tindak balas yang terlibat dalam tindak balas kimia Keadaan setiap bahan dan hasil tindak balas yang terlibat dalam tindak balas kimia

Stoikiometri ialah kajian kuantitatif komposisi bahan yang terlibat dalam sesuatu tindak balas kimia. Persamaan kimia merupakan satu langkah yang penting untuk kerja-kerja kuantitatif. Pekali dalam persamaan yang seimbang memberitahu kita nisbah bahan tindak balas dan hasil tindak balas dalam sesuatu tindak balas kimia. Teliti persamaan kimia yang berikut: 2H2(g)
2 molekul atau 2 mol

O2(g)
1 molekul atau 1 mol

2H2O(ce)
2 molekul atau 2 mol

Pekali dalam persamaan di atas menunjukkan bahawa bagi setiap dua molekul gas hidrogen, H2 yang bertindak balas dengan satu molekul gas oksigen, O2, akan menghasilkan dua molekul air, H2O. Kita juga boleh mengatakan bahawa setiap dua mol gas hidrogen, H2 bertindak balas dengan satu mol gas oksigen, O2 untuk menghasilkan dua mol air, H2O. Tafsirkan persamaan kimia di bawah dengan cara yang sama. 2KI(ak)
2 unit formula atau 2 mol

Kita harus mengamalkan sikap saintik dan nilai murni dalam kajian tentang jirim.

Br2(ak)
1 molekul atau 1 mol

I2(ak)
1 molekul atau 1 mol

2KBr(ak)
2 unit formula atau 2 mol

50

BAB 3.indd 50

9/21/11 3:33 PM

3.15 Mentafsirkan persamaan kimia secara kuantitatif


Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, teliti setiap persamaan kimia yang seimbang dalam Aktiviti Pembelajaran 3.14 pada muka surat 50. Berikan perhatian kepada pekali dalam persamaan dan tafsirkan setiap persamaan tersebut secara kuantitatif. Bincangkan jawapan anda di dalam kelas.

Masalah penghitungan yang melibatkan persamaan kimia


Baik dalam menghasilkan produk secara industri mahupun mengkaji sesuatu tindak balas di dalam makmal, ahli kimia perlu mengetahui kuantiti bahan yang diperlukan secara relatif. Persamaan kimia dapat memberikan maklumat yang berguna bagi tujuan tersebut. Kita menggunakan pekali dalam stoikiometri persamaan kimia untuk menyelesaikan pelbagai masalah penghitungan. Teliti beberapa contoh yang berikut.
Tukar unit jisim atau isi padu kepada bilangan mol supaya nisbah bilangan mol yang ditunjukkan dalam persamaan dapat dibandingkan.

3.14
Persamaan yang berikut menunjukkan tindak balas antara kuprum(II) oksida, CuO dengan aluminium. 3CuO(p) + 2Al(p) Al2O3(p) + 3Cu(p) Hitung jisim aluminium yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 12 g kuprum(II) oksida, CuO. [ Jisim atom relatif: O = 16, Al = 27, Cu = 64] Penyelesaian: 3CuO(p) + 2Al(p) Al2O3(p) + 3Cu(p)
3 mol 2 mol
1

Bilangan mol dalam 12 g kuprum(II) oksida, CuO 12 g 2 Tukarkan unit jisim CuO = (64 + 16) g mol1 kepada bilangan mol. 12 g jisim = n = 80 g mol1 jisim molar = 0.15 mol Daripada persamaan kimia, 3 mol kuprum(II) oksida, CuO memerlukan 2 mol aluminium untuk bertindak balas. Jadi, bilangan mol aluminium yang diperlukan untuk bertindak balas dengan 0.15 mol kuprum(II) oksida, CuO 0.15 mol 2 mol = 3 Hitung bilangan mol Al berdasarkan nisbah 3 mol bilangan mol dalam persamaan kimia. = 0.1 mol Oleh itu, jisim aluminium yang diperlukan = 0.1 mol 27 g mol1 4 Tukarkan unit bilangan mol Al kepada jisim. Jisim = n jisim molar = 2.7 g
51

Bandingkan nisbah bilangan mol bahan-bahan yang terlibat.

BAB 3.indd 51

9/21/11 3:33 PM

3.15
Seorang pelajar memanaskan 20 g kalsium karbonat, CaCO3 dengan kuat. Persamaan yang berikut menunjukkan penguraian karbonat itu. CaCO3(p) CaO(p) + CO2(g) (a) Jika karbon dioksida yang terhasil dikumpulkan pada keadaan bilik, berapakah isi padu gas itu? (b) Hitung jisim kalsium oksida, CaO yang terbentuk. [Jisim atom relatif: C = 12, O = 16, Ca = 40. Isi padu molar: 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik] Penyelesaian: (a) CaCO3(p)
1 mol

CaO(p)

CO2(g)
1 mol
1

Bandingkan nisbah bilangan mol bahan-bahan yang terlibat.

Bilangan mol dalam 20 g kalsium karbonat, CaCO3 20 g = [40 + 12 + 3(16)] g mol1 = 0.2 mol

Tukarkan unit jisim CaCO3 kepada bilangan mol. jisim n = jisim molar

Daripada persamaan kimia, 1 mol kalsium karbonat, CaCO3 menghasilkan 1 mol karbon dioksida, CO2. Jadi, 0.2 mol kalsium karbonat, CaCO3 menghasilkan 0.2 mol karbon dioksida, CO2. Oleh itu, isi padu karbon dioksida, CO2 = 0.2 mol 24 dm3 mol1 = 4.8 dm3
3

Hitung bilangan mol CO2 berdasarkan nisbah bilangan mol dalam persamaan kimia.

Tukarkan unit bilangan mol CO2 kepada isi padu pada keadaan bilik. Isi padu = n isi padu molar

(b) CaCO3(p) CaO(p) + CO2(g)


1 mol 1 mol

Daripada persamaan kimia, 1 mol kalsium karbonat, CaCO3 menghasilkan 1 mol kalsium oksida, CaO. Jadi, 0.2 mol kalsium karbonat, CaCO3 menghasilkan 0.2 mol kalsium oksida, CaO. Oleh itu, jisim kalsium oksida, CaO yang terbentuk = 0.2 mol [40 + 16] g mol1 = 0.2 mol 56 g mol1 = 11.2 g
2

Bandingkan nisbah bilangan mol bahan-bahan yang terlibat.

Hitung bilangan mol CaO berdasarkan nisbah bilangan mol dalam persamaan kimia. Hitung jisim CaO yang terbentuk. Jisim = n jisim molar

52

BAB 3.indd 52

9/21/11 3:33 PM

3.16 Menyelesaikan masalah penghitungan


Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. [Isi padu molar: 22.4 dm3 mol1 pada STP] 1. Persamaan yang berikut menunjukkan penguraian hidrogen peroksida, H2O2. 2H2O2(ce) 2H2O(ce) + O2(g) Hitung isi padu gas oksigen, O2 yang dihasilkan pada STP daripada penguraian 34 g hidrogen peroksida, H2O2. 2. Argentum karbonat, Ag2CO3 terurai menjadi logam argentum apabila dipanaskan. 2Ag2CO3(p) 4Ag(p) + 2CO2(g) + O2(g) Hitung jisim argentum karbonat, Ag2CO3 yang menghasilkan 10 g argentum. 3. 16 g kuprum(II) oksida, CuO bertindak balas dengan metana, CH4 yang berlebihan. Hitung jisim kuprum yang terhasil berdasarkan persamaan yang berikut: 4CuO(p) + CH4(g) 4Cu(p) + CO2(g) + 2H2O(ce) Mari kita jalankan Aktiviti 3.7 untuk menyelesaikan masalah penghitungan dengan menggunakan perisian komputer.
Aktiviti 3.7, muka surat 30

Tahukah anda bahawa setiap cebisan ilmu kimia moden kita berlandaskan hasil kerja ahli sains yang terdahulu? Kesabaran, kegigihan, ketabahan, dan pemikiran mereka yang kritikal dan analitis harus dipuji dan dicontohi. Sebagai seorang ahli kimia muda, anda harus mengamalkan sikap positif dan nilai murni tersebut untuk mengekalkan kegemilangan kimia sebagai suatu cabang sains yang penting.

Kita harus mengamalkan sikap positif dan nilai murni dalam penyiasatan tentang jirim.

F
Rujuk pada muka surat 177 untuk jisim atom relatif unsur-unsur. 1. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berikut: (a) Ferum + asid sulfurik larutan ferum(II) sulfat + gas hidrogen (b) Pita magnesium terbakar dalam gas oksigen untuk menghasilkan serbuk putih magnesium oksida. 2. Persamaan kimia yang berikut tidak seimbang. Na2SO4(ak) + BaCl2(ak) BaSO4(p) + NaCl(ak) (a) Kenal pasti bahan tindak balas dan hasil tindak balas dalam tindak balas itu. (b) Seimbangkan persamaan tersebut. Kemudian, hitung (i) bilangan mol natrium sulfat, Na2SO4 yang bertindak balas lengkap dengan suatu larutan yang mengandungi 2.08 g barium klorida, BaCl2. (ii) jisim barium sulfat, BaSO4 yang terbentuk apabila 1 mol natrium sulfat, Na2SO4 bertindak balas dengan 1 mol barium klorida, BaCl2.
53

BAB 3.indd 53

9/21/11 3:33 PM

Jisim atom relatif dan jisim molekul relatif Jisim atom relatif sesuatu unsur ialah jisim purata satu atom tersebut 1 kali jisim satu berbanding dengan 12 atom karbon-12. Jisim molekul relatif sesuatu molekul ialah jisim purata satu molekul tersebut 1 kali jisim satu atom berbanding dengan 12 karbon-12. Jisim molekul relatif sesuatu molekul dihitung dengan menjumlahkan jisim atom relatif semua atom yang membentuk molekul itu. Jisim formula relatif sesuatu bahan ion ialah jisim purata satu unit formula bahan 1 kali ion tersebut berbanding dengan 12 jisim satu atom karbon-12. Bilangan mol dan bilangan zarah Satu mol bahan mengandungi 6.02 1023 zarah. 6.02 1023 mol1 disebut sebagai pemalar Avogadro. Bilangan mol dan jisim bahan Jisim molar sesuatu bahan ialah jisim 1 mol bahan tersebut dalam unit gram per mol atau g mol1. Nilai jisim satu mol atom sama dengan jisim atom relatif bagi atom itu dalam unit gram. Nilai jisim satu mol molekul sama dengan jisim molekul relatif bagi molekul itu dalam unit gram. Bilangan mol dan isi padu gas Isi padu molar sesuatu gas ialah isi padu yang ditempati oleh satu mol gas tersebut.

Satu mol gas menempati isi padu 24 dm3 pada keadaan bilik dan 22.4 dm3 pada STP .
Bilangan zarah NA NA Bilangan mol Jisim molar Jisim

Isi padu molar

Jisim molar Isi padu molar

Isi padu gas

Formula kimia Formula kimia ialah perwakilan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan huruf untuk mewakili atom dan nombor subskrip untuk menunjukkan bilangan setiap jenis atom yang terdapat di dalam bahan itu. Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian. Formula molekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur di dalam satu molekul sesuatu sebatian. Persamaan kimia Persamaan kimia merupakan satu cara penulisan untuk menghuraikan sesuatu tindak balas kimia dalam bentuk perkataan atau formula kimia. Dari aspek kualitatif, persamaan kimia menunjukkan bahan tindak balas dan hasil tindak balas serta keadaan zik setiap bahan dan hasil tindak balas. Dari aspek kuantitatif, persamaan kimia menunjukkan nisbah bilangan mol bahan tindak balas dan hasil tindak balas dengan tepat.

54

BAB 3.indd 54

9/21/11 3:33 PM

Salin peta konsep di bawah. Kemudian, lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi. (a) (b) (d)

(c)

Jisim atom relatif

Jisim molekul relatif

Pemalar Avogadro

Jisim dalam gram

Bilangan mol

Bilangan zarah

Jisim molar Isi padu gas (e) Persamaan kimia ( j) Isi padu molar gas Formula kimia (i) Formula molekul (g) (f )

(h)

Formula empirik

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j)

Berikan denisi jisim atom relatif. Bagaimanakah jisim molekul relatif sesuatu molekul dihitung? Berikan maksud satu mol bahan. Apakah nilai pemalar Avogadro? Berikan maksud jisim molar. Berapakah isi padu molar gas masing-masing pada STP dan keadaan bilik? Apakah formula kimia? Apakah formula empirik? Apakah formula molekul? Apakah maklumat kualitatif yang kita peroleh daripada persamaan kimia?
55

BAB 3.indd 55

9/21/11 3:33 PM

3
Soalan Objektif Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yang terbaik bagi setiap soalan. 1. Jisim dua atom unsur Y sama dengan jisim tiga atom oksigen. Berapakah jisim atom relatif unsur Y ? [Jisim atom relatif: O = 16] A 12 C 32 B 24 D 36 2. Berapakah jisim molekul relatif bagi tetrasulfur dinitrida? [Jisim atom relatif: N = 14, S = 32] A 120 C 156 B 128 D 192 3. Jadual 1 menunjukkan jisim atom relatif bagi tiga unsur.
Jadual 1

5. Berapakah mol atom sulfur yang terdapat di dalam 161 g zink sulfat? [Jisim atom relatif: O = 16, S = 32, Zn = 65] A 0.1 C 1.0 B 0.5 D 2.0 6. Satu oksida nitrogen mengandungi 4.2 g nitrogen dan 9.6 g oksigen. Apakah formula empiriknya? [Jisim atom relatif: N = 14, O = 16] A NO C N2O B NO2 D N2O3 7. Yang berikut yang manakah padanan yang betul? A B C D Bahan Natrium Kuprum(II) sulda Ammonium nitrat Kalium oksida Formula N2 CuS2 NH4(NO3)2 K2 O

Unsur Jisim atom relatif

P 4

Q 14

R 28

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar? A 1 mol atom P ialah 4 kg. B Jisim molar R ialah 28 g mol1. C 7 g Q mengandungi 3.01 1022 atom. D Satu atom R ialah 28 kali lebih berat daripada satu atom P. 4. Antara sampel gas yang berikut, yang manakah mempunyai bilangan molekul yang paling banyak? [Jisim atom relatif: H = 1, O = 16. Isi padu molar: 24 dm3 mol1 pada keadaan bilik] A 4 g gas hidrogen B 16 g gas oksigen C 1 mol gas nitrogen D 36 dm3 gas klorin pada keadaan bilik

8. Persamaan kimia yang berikut menunjukkan tindak balas yang menghasilkan karbon dioksida. 2NaHCO3(p) + H2SO4(ak) Na2SO4(ak) + 2CO2(g) + 2H2O(ce) Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar? [Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16, Na = 23] A Hasil tindak balas ialah natrium hidrogen karbonat dan asid sulfurik. B Satu mol natrium hidrogen karbonat menghasilkan satu mol natrium sulfat. C Satu unit formula natrium hidrogen karbonat menghasilkan satu molekul karbon dioksida. D 84 g natrium hidrogen karbonat diperlukan untuk menghasilkan 0.5 mol karbon dioksida.
56

BAB 3.indd 56

9/21/11 3:33 PM

Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. 1. Pepejal kalsium karbonat ialah komponen utama kerak yang terbentuk pada cerek dan dandang. Satu cara yang mudah untuk menyingkirkan kerak itu adalah dengan mencurahkan sedikit asid hidroklorik. Tindakan ini akan menukarkan kalsium karbonat kepada gas karbon dioksida, air, dan garam kalsium yang terlarut. [Jisim atom relatif: C = 12, O = 16, Ca = 20, Cl = 35.5. Isi padu molar: 22.4 dm3 mol1 pada STP] (a) Namakan bahan-bahan tindak balas dalam tindak balas ini. (b) Formula garam kalsium yang terlarut ialah CaCl2. (i) Namakan garam kalsium itu. (ii) Hitung peratus komposisi kalsium di dalam garam itu. (c) Tulis satu persamaan kimia yang seimbang untuk menunjukkan tindak balas yang berlaku apabila asid hidroklorik ditambahkan kepada pepejal kalsium karbonat. (d) Hitung bilangan mol asid hidroklorik yang diperlukan untuk menyingkirkan 10 g kalsium karbonat. (e) Kerak pada satu dandang mengandungi 1 kg kalsium karbonat. Hitung isi padu karbon dioksida yang terhasil pada STP apabila asid hidroklorik berlebihan dicurahkan ke atas kerak itu. Soalan Esei Arahan: Jawab semua soalan. 1. (a) Cuka ialah larutan asid etanoik yang cair. Formulanya ialah CH3COOH. (i) Tentukan formula empirik asid etanoik. Apakah perbezaan antara formula empirik asid etanoik dengan formula molekulnya? (ii) Satu sampel asid etanoik yang tulen berjisim 120 g. Hitung bilangan molekul asid etanoik yang terdapat dalam sampel itu. [Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16. Pemalar Avogadro: 6.02 1023 mol1] (b) Hitung peratus komposisi setiap unsur mengikut jisim di dalam asid etanoik. (c) Asid laktik, sejenis asid yang dihasilkan di dalam susu oleh bakteria yang menyebabkan susu berasa masam. Formula empirik asid ini sama dengan asid etanoik. Jika tiga molekul asid etanoik mempunyai jisim yang sama dengan dua molekul asid laktik, tentukan formula molekul asid laktik. 2. (a) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, berikan maksud formula kimia. (b) Apakah maklumat yang diperoleh daripada persamaan kimia? (c) Kalkopirit, CuFeS2, merupakan bijih utama kuprum. Tunjukkan cara anda menentukan peratus komposisi kuprum mengikut jisim dalam bijih itu. (d) (i) Berikan denisi bagi formula empirik. (ii) Dengan bantuan gambar rajah yang berlabel, huraikan satu aktiviti makmal untuk menentukan formula empirik kuprum(II) oksida. Nyatakan semua langkah berjaga-jaga dan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti itu.

57

BAB 3.indd 57

9/21/11 3:33 PM

Anda mungkin juga menyukai