Anda di halaman 1dari 21

UK00902: Pengantar Pemikiran dan Analisis Sosial

Semua Pelajar Perlu Mengisi Borang Maklumbalas untuk Kursus ini pada Minggu ke-10

Kuliah 1: Pemikiran Rasional

Penulis drama Yunani Aristophanes (446 - 386 B.C.)


Youth ages, immaturity is outgrown, ignorance can be educated, and drunkenness sobered, but stupid remains forever. Muda-mudi menjadi tua, kebudakan menjadi kematangan, mabuk menjadi sedar, kejahilan dapat dididik, tetapi kebodohan kekal abadi.

Latarbelakang
Sistem kepercayaan di Yunani. Percaya kepada pelbagai dewa. Campurtangan dewa secara langsung dalam hal ehwal manusia. Munculnya ahli falsafah seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Perkembangan pemikiran rasional (berdasarkan sebab-akibat)

Apakah bidang-bidang Sains Sosial?

Apakah Pemikiran Rasional? [Definisi]

Apakah Perbezaan Pemikiran Rasional Dengan Pemikiran yang Lain Berjaya Padankan Pemikiran Rasional Dan Agama Tidak Berjaya Padankan Pemikiran Rasional Dan Agama Ahli Sains Islam Ibn Sina

Bidang-bidang Sains Sosial

Pengaruh Ahli Falsafah Yunani Aristotle

Ahli Falsafah Islam: Ibn Rushd

Ahli Falsafah Islam AlGhazalli

Ahli Falsafah Yunani Aristotle (384 322 S.M.)

Permulaan Pemikiran Rasional dan Falsafah di Barat


Aristotle (384 BC 322 BC) Ahli falsafah Yunani; bidang ceburan:- fizik, metafizik, syair, seni pentas, muzik, logik, penghujahan, politik, kerajaan, etika, biologi, and zoologi. Merupakan salah seorang pengasas falsafah Barat. Penulisan Aristotle merupakan percubaan pertama untuk menghasilkan sistem pemikiran serba-lengkap dalam falsafah Barat. Telah menghasilkan sistem pemikiran logik yang pertama. Dalam bidang metafizik, pemikiran Aristotle the mencabar asas pemikiran agama Yahudi, Kristian dan Islam. [Akan dibincangkan kemudian: the First Cause Argument/ Hujah Sebab Induk]

Aristotles Syllogism (2 Premis & 1 Kesimpulan)

A B A

B C C

[Venn Diagram]

Contoh 1
Semua Itik (A) ialah Burung (B) Semua Burung (B) ialah Binatang (C) Semua Itik (A) ialah Binatang (C) [A -> B (premis pertama) B -> C (premis kedua) A -> C (kesimpulan)]

Ahli Matematik Yunani Pythagoras (570 - 490 S.M.)

Ahli Geometri Yunani Euclid (sekitar 300 S.M)

Ibn Sina - Percubaan Menyesuaikan Pemikiran Agama dengan Pemikiran Rasional/Falsafah


Ab Al al-usayn ibn Abd Allh ibn Sn (tahun 0980 1037), dikenali sebagai Ibn Sina (Bahasa Arab) dan Avicenna (dalam Bahasa Latin/English) Merupakan ahli fizik dan ahli falsafah yang tinggal di Parsi (Persia). Beliau juga merupakan ahli astronomi, sains kimia, geologi, logik, paleontologi, matematik,syair, dan psikologi. Falsafah yang dikemukan oleh beliau cuba memadankan pemikiran agama Islam berkaitan dengan Penciptaan (bumi, makluk dll.) secara rasional dengan saranan Aristotle bahawa kita mesti memahami segala kewujudan dari perspektif kenapa dan bagaimana sesuatu benda itu wujud berdasarkan ciri-ciri benda itu sahaja.

Ibn Sina - Percubaan Menyesuaikan Pemikiran Agama dengan Pemikiran Rasional/Falsafah


Falsafah Ibn Sina berdasarkan konsep bahawa segala kejadian dalam dunia kita disebabkan perkara yang dapat diterangkan secara rasional tetapi akhirnya semua kejadian mempunyai satu Sebab Induk (seperti mana yang diajar oleh Aristotle)

Al-Ghazalli Mengkritikan penerimaan Falsafah Yunani dikalangan orang Islam


Ab mid Muammad ibn Muammad al-Ghazl (Bahasa Arab) or Algazel (Bahasa Latin/Inggeris) (10581111) dilahirkan di Parsi (Persia). Ahli teologi Islam, perundangan Islam, falsafah, ilmu falak, psikologi dan ahli sufi. Salah seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah pemikiran Islam Ahlu-Sunnah. Beliau telah mempelopori kaedah pemikiran kesangsiaan and penkritikan. Salah satu daripada karya agungnya bertajuk Kesangsian Pemikiran Ahli Falsafah (The Incoherence of the Philosophers). Buku tersebut telah mengubah haluan pemikiran falsafah Islam; menjauhi pemikiran Islam daripada pemikiran metafizik Yunani (Aristotle, Pythagoras, Euclid dll.)

Al-Ghazalli: Incoherence of Philosophers (m.s.1-2)

Samb. (m.s.2)

Al-Ghazalli Mengkritikan penerimaan Falsafah Yunani dikalangan orang Islam


Dalam buku tersebut Al-Ghazalli secara khusus mengkritik pemikiran Aristotle sepertimana yang diungkapkan dalam penulisan Ibn Sina (Avicenna). Beliau menuduh bahawa sistem pemikiran Ibn Sina (Avicenna) adalah tidak konsisten dan bercanggahcanggah. Lebih-lebih lagi, penulisan Ibn Sina dikritikan sebagai bertentangan dengan ajaran agama Islam. Al-Ghazalli telah menghasilkan satu bidang falsafah Islam yang berteraskan sebab-akibat melalui campurtangan secara langsung Tuhan atau para malaikat (dengan izin Tuhan). Bidang pemikiran tersebut dikenali sebagai occasionalism.

Reaksi Ibn Rushd terhadap Al-Ghazalli


Abu'l Waleed Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Rushd (Bahasa Arab) dikenali sebagai Averroes (Bahasa Inggeris) (11261198). Penulisan Ibn Rushd's merangkumi 20,000 mukasurat berkaitan dengan perkaraperkara seperti falsafah Islam, logik, perubatan, matematik, astronomi, tatabahasa, teologi dan perundangan Islam. Beliau juga telah menulis beberapa komentar mengenai pemikiran Aristotle.

Reaksi Ibn Rushd terhadap Al-Ghazalli (samb.)


Penulisan Ibn Rushd antara yang paling penting ialah Kesangsian Terhadap Kesangsiaan (The Incoherence of Incoherence) di mana Ibnu Rushd telah melindungi pemikiran Aristotle daripada tuduhan-tuduhan Al-Ghazalli yang terkandung dalam buku Kesangsiaan Pemikiran Ahli Falsafah (The Incoherence of the Philosophers) Ibn Rushd telah cuba menyangkal penghujahan Al-Ghazalli dengan mengatakan bahawa pemikiran Aristotle sepertimana yang diungkapkan dalam penulisan Ibn Sina tidak merupakan pemikiran Aristotle yang sebenar dan oleh kerana itu pemahaman Al-Ghazalli sendiri tentang pemikiran Aristotle adalah serba kekurangan. Oleh kerana itu, kritikan Al-Ghazalli terhadap ahli falsafah Yunani tersebut adalah tidak betul.

Map 1 Ancient Greece (Yunani)

Map 2 - Persia

Anda mungkin juga menyukai