Anda di halaman 1dari 3

NOR AZMI BIN SUHARDI B12BE0043 2SBEQ TAJUK : KESETIAAN Kesetiaan merupakan satu bentuk ungkapan yang sering

digunakan untuk menerangkan sesuatu sifat manusia yang mempunyai sikap setia,teguh hati dan sebagainya dalam sesuatu perkara tidak kiralah sama ada ianya berkaitan dengan kehidupan, negara dan sebagainya. Kesetian menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ditakrifkan sebagai keadaan atau sifat setia dalam diri seseorang sama ada ianya berkaitan dengan hubungan cinta, kesetiaan kepada Negara dan sebagainya. Peribahasa melayu ada menyatakan jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Peribahasa Melayu ini sangat bertepatan dalam mengajar manusia untuk perpegang kepada konsep kesetiaan atau kejujuran. Dalam Bahasa Arab ia disebut Al-Wafa. Ia dapat didefinisikan sebagai sifat menepati janji, tidak khianat serta mempertahankan ikatan atau persetujuan yang telah dimeterai. Tidak dapat dinafikan, kesetiaan merupakan akhlak atau sifat asas bagi seorang manusia dan perlaksanaanya adalah berdasarkan kepada perjanjian atau akad. Sebagai seorang Yang beragama Islam masihkah kita ingat lafaz janji setia yang telah diucapkan kepada Pencipta kita? Dialog tersebut dirakamkan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Araf, ayat 172: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. Inilah akad yang menuntut kesetiaan dan kejujuran dari kita. Dan akad dengan Tuhan inilah yang menjadi asas dan titik tolak kepada akhlak kesetiaan yang seharusnya kita langsaikan kepada seluruh makhluk-Nya dalam kehidupan bermasyarakat seharian. Aplikasi sifat kesetiaan sering digunakan dalam kehidupan seharian kita dan ianya tidak terhad untuk sesuatu perkara tetapi melibatkan keseluruhan perkara dalam kehidupan.

NOR AZMI BIN SUHARDI B12BE0043 2SBEQ Dalam sesuatu hubungan sesama manusia tidak kiralah sama ada ianya melibatkan perkahwinan atau percintaan, kesetiaan mestilah wujud untuk menggekalkan hubungan yang lebih lama antara dua pihak. Kesetiaan yang wujud antara pasangan samada bercinta mahupun berkahwin akan mewujudkan suasana yang bahagia dalam kehidupan mereka. Cuba bayangan jika tidak wujudnya kesetiaan dalam menjalinkan hubungan bercinta mahupun berkahwin, kemungkinan hubungan yang dibina akan hancur dan berkecai, dan ini boleh mewujudkan perkara-perkara yang tidak diigini seperti kes-kes penceraian, pergaduhan dan adakalanya sehingga membawa kepada kes pembunuhan disebabkan tidak adanya sikap percaya dan setia dalam menjalinkan hubungan. Sebagai contoh pasangan suami isteri, kesetiaan telah wujud sejak suami melafazkan akad untuk mengahwini pasangannya. Kesetiaan ini dapat mewujudkan kesetiaan, taat setia dan kejujuran dalam perkahwinan. Sifat kesetiaan ini tidak hanya wujud dalam hubungan percintaan, bahkan ianya juga wujud dalam menjalinkan hubungan pesahabatan di antara kawan. Sifat kesetiaan ini penting dalam memastikan hubungan persahabatan terus kekal lama dan berpanjangan sehingga akhir hayat kita. Persahabatan merupakan satu ikatan yang dibina dalam tempoh yang agak lama dan persahabatan ini ibarat mawar dan tidak ada mawar yang tidak berduri, oleh itu sifat kesetiaan dan kejujuran adalah penting dalam persahabatan. Bayangkan sebuah persahabatan itu dilandaskan dengan pembohongan dan ketidakpercayaan, nescaya akan wujudnya pertelingkahan lidah, penipuan dan sebagainya dan ianya boleh dielakkan sekiranya persahabatan itu berlandaskan kesetiaan dan kejujuran. Bagi rakyat sifat kesetiaan kepada Negara harus wujud dalam diri rakyat bagi mewujudkan sebuah Negara yang harmoni, aman dan bahagia. Rukun Negara kita sendiri memastikan kita sebagai rakyat memberi sepenuhnya Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang diPertuan Agong.

NOR AZMI BIN SUHARDI B12BE0043 2SBEQ Pada 16 September 2010, Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan satu dasar kerajaan iaitu 1 Malaysia dimana dasar ini memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Antara nilai yang diterapkan adalah nilai kesetiaan dimana kesetiaan dalam konteks gagasan ini adalah memberi sepenuhnya kesetiaan kepada Negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara tercinta. Konklusinya, kesetiaan merupakan satu sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia. Sifat kesetiaan ini dapat melahirkan manusia yang taat, setia, jujur dan patuh pada apa perkara yang dilakukan sama ada dalam menjalinkan hubungan pasangan suami isteri, mahupun menunjukkan kecintaan kepada Negara, atau dalam menjalinkan hubungan persahabatan dan sebagainya. Dalam Islam sendiri, kepentingan sifat kesetiaan tiada galang gantinya kerana sifat ini telah menghasilkan sebuah Negara Islam yang digeruni suatu ketika dahulu dan sekaligus membudayakan Negara Islam itu sendiri. Jadi jelaslah, bahawasanya, pentingkan sikap kesetiaan dalam diri individu yang bergelar manusia, sesuai dengan peribahasa melayu mengatakan jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Anda mungkin juga menyukai