Anda di halaman 1dari 29

Konsep Profesion dan profesionalisme

Kuliah oleh:
DR. AHMAD SOBRI SHUIB JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN (JPIPK) sobri@ipda.edu.my

DEFINISI
Profesion: Pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu. Profesional: Seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti.

Profesionalisme: Satu set ciri; pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion. Menurut Lieberman (Sufean Hussein, 1996): Ciri-ciri profesional itu ialah: (1) Menyediakan perkhidmatan yang unik dan penting, serta mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. (2) Semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan.

Parkay (1990): Ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi (kuasa membuat keputusan) yang tinggi. Profesionalisme dilihat dari segi mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan, dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran. (INTAN, 1995).

Seseorang profesional hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan, dan penyingkiran ahlinya. Ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion yang terlibat. Seseorang yang dikatakan profesional hendaklah sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat. (Abdul Halim, 1996).

Pekerjaan yang dianggap professional.


Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah: 1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Sesuatu pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara. 2. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guruguru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya. 4. Mendapat latihan khusus. Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturanperaturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi. 8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan?


Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak seglamour pentadbir, eksekutif firmafirma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian. Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep perguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.[1] Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

CIRI-CIRI PROFESION PERGURUAN


Latihan dan pendidikan guru Falsafah Pendidikan Negara Utamakan Perkhidmatan Pedagogi dan psikologi Kurikulum Pendidikan Guru Autonomi dalam pengajaran Kod Etika Perguruan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Latihan dan pendidikan guru Individu yang berhajat untuk menjadi guru mesti melalui latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun di maktab perguruan dan universiti tempatan atau luar negara (institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia). Matlamat yang jelas Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan juga sifat toleransi, serta tolong-menolong untuk mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar. Utamakan perkhidmatan Tanggungjawab guru sebagai agen perubahan yang membawa perubahan baru bagi ahli masyarakat, memberi perkhidmatan berkualiti dan cemerlang tanpa terlalu memikirkan untung rugi yang bersifat peribadi.

Pedagogi dan psikologi Matapelajaran pedagogi, psikologi pendidikan, bimbingan dan kaunseling, penilaian serta kokurikulum merupakan mata pelajaran asas yang menjadi teras pendidikan guru. Autonomi dalam pengajaran Dalam konteks pengajaran di bilik darjah, guru mempunyai autonomi untuk menentukan pemilihan bahan pengajaran, menentukan jenis penilaian, kandungan pelajaran yang hendak diajar, dan kaedah pengajaran yang akan diaplikasikannya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Lantikan guru dibuat akan disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL


Model guru profesional mempunyai ciri-ciri berikut (Mohammad Sani, 1998): SAHSIAH: Bertaqwa Berakhlak Berperibadi mulia Mempunyai komitmen Bersopan santun Bersikap positif Berkebolehan memimpin Mengamalkan budaya ilmu

KETERAMPILAN Merancang P&P Mengurus P&P Memilih strategi Merangsang P&P Kemahiran teknologi Kemahiran generik Kemahiran kaunseling Menilai P&P

ILMU Isi kandungan mata pelajaran Pengetahuan kandungan pedagogi Bahan Kaedah Teknologi

sekian

Elemen-Elemen Yang Menjejaskan Profesiolisme Perguruan


Elemen elemen berikut telah menjejaskan profesionalisme perguruan (Mohd Salleh, 2000; Sufean Hussin, 1996): Elemen elemen berikut telah menjejaskan profesionalisme perguruan (Mohd Salleh, 2000; Sufean Hussin, 1996):

Perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana hasil proses pengajaran adalah lambat berbanding profesion lain. Dalam konteks pendidikan Malaysia, selepas peperiksaan PMR ataupun SPM, barulah dapat dilihat hasilnya. Peranan guru dalam kejayaan pelajar kurang jelas kerana wujudnya faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan seperti kecerdasan pelajar, penglibatan ibu bapa, kelas tambahan atau tuisyen. Tugas guru banyak dan pelbagai, ini memaksa para guru menumpukan perhatian, masa dan tenaga kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran serta peningkatan profesionalisme.

Autonomi guru dalam menjalankan tugas agak terbatas. Guru boleh memilih isi pelajaran yang diajar cuma berlandaskan kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ramai guru tidak berpeluang mengikuti program dan kursus perkembangan staf. Program ini boleh meningkatkan profesionalisme guru. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga terhad.

Profesion perguruan dianggap suatu tugas yang murni oleh masyarakat. Apabila berlaku peristiwa atau kejadian yang tidak diingini, perkara ini boleh menjejaskan peribadi guru dan juga imej profesionalisme perguruan.

Memupuk Profesionalisme Perguruan


Upacara kemasukan guru pelatih kod pemakaian, hari sambutan terhadap guru pelatih boleh meningkatkan kesedaran mereka terhadap profesion.

Penyelidikan dalam pendidikan.


Pertubuhan guru mesra ahli, mengadakan banyak aktiviti seperti forum, seminar, konvensyen dan penyelidikan.

Bimbingan pengurusan atasan pendidik guru atau pengetua wajar adalah mental model. Mereka harus menampilkan perkara yang baik dan berkualiti agar dapat dicontohi oleh guru permulaan dan guru pelatih. Teladan yang baik kualiti kerja, penyelesaian masalah yang sistematik, komitmen, dedikasi dan ikhlas. Seminar dan kursus dalam pendidikan memperbanyakkan ilmu yang berhubung rapat dengan pendidikan seperti sosiologi, kepimpinan dan isu semasa.