Anda di halaman 1dari 6

SAYANG AYAH Omar Mamat Sinopsis Cikgu Bustam meminta para pelajarnya menyediakan sebuah karangan yang bertajuk

SAYA SAYANG AYAH.. Angamah, salah seorang murid tahun enam Kenanga tidak dapat menyiapkan karangan seperti dikehendaki oleh Cikgu Bustam.Hal ini kerana dia keliru dengan sikap ayahnya yang bengis dan sering memukulnya.Keganasan ayahnya selama ini tidak pernah diceritakannya kepada orang lain.Walau bagaimanapun, kesengsaraan yang dialaminya itu berakhir apabila ayah tirinya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerjanya.Peristiwa ini menyerlahkan kasih sayang Angamah terhadap ayah tirinya yang sering menyeksanya itu apabila dia menjerit ungkapan SAYA SAYANG AYAHHHHH.

Tema * KASIH SAYANG Kasih sayang seorang anak yang begitu mendalam terhadap ayahnya. Walaupun ayahnya itu ialah ayah tiri yang sering mendera dan memukulnya. Angamah tetap menyayanginya selayaknya sebagai seorang ayah. Kanak-kanak seperti Angamah yang bersih dan suci hatinya masih dapat memaafkan segala perlakuan ayahnya itu terhadap dirinya, apatah lagi apabila dia menerima khabar kematian tragis ayahnya itu. Persoalan 1. Tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa. Contoh: 2. Kepentingan pendidikan. Contoh: 3. Keganasan dalam keluarga. Contoh: 4. Kemiskinan yang membelenggu kehidupan. Contoh: Watak dan perwatakan Watak utama Angamah kanak-kanak berbangsa India sering dipukul oleh ayah tirinya belajar dalam darjah enam Kenanga anak sulung dalam keluarga sering ponteng sekolah kerana menderita kesakitan dan malu kerana dipukul oleh

ayahnya serta ditugaskan menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Tidak suka hal peribadinya diketahui umum kerana akut dimarahi oleh ayahnya hidup dalam ketakutan dan kesedihan bijak dalam pelajaran bertanggungjawab penyayang walaupun kerap dipukul dan dimarahi oleh ayah tirinya tetapi angamah tetap menyayangi lelaki tersebut pendiam dan suka termenung rajin Watak sampingan Cikgu Bustam berusia dalam lingkungan empat puluhan guru kelas dan guru Bahasa Melayu Angamah penyayang bertanggungjawab berusaha untuk menyelesaikan masalah Angamah prihatin terhadap masalah murid-muridnya disayangi oleh murid-muridnya Ayah ayah tiri Angamah Berbadan sasa, berwajah bengis Garang terhadap Angamah Tidak berperi kemanusiaan Tiada belas kasihan Pemabuk Pernah bekerja sebagai pemandu lori dan kini sebagai buruh binaan Mati akibat kemalangan di tempat kerja Emak Ibu kandung Angamah Tiada sifat keibuan Sering membiarkan Angamah didera oleh suaminya Menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak yang masih kecil kepada Angamah Telah berpisah dengan ayah Angamah dan berkahwin lain Bekerja membantu suami demi memenuhi keperluan hidup Guru Besar bertanggungjawab mudah diajak berunding bersimpati dengan nasib yang menimpa Angamah

baik hati Dahlan ketua Kelas Enam Kenanga patuh akan arahan guru bertanggungjawab terhadap tugas Jamiliah,Judith dan Anwar rakan sekelas Angamah berbangga dengan ibu bapa masing-masing aktif dalam perbincangan dalam kelas Plot 1. Permulaan: Cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menulis karangan yang bertajuk Saya Sayang Ayah Angamah mendiamkan diri apabila diajukan soalan tentang perasaannya terhadap ayah 2. Perkembangan: Angamah gelisah kerana dia tidak tahu menulis karangan seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Bustam Ingatannya melayang kepada peristiwa semalam dan sebelumnya. Ayahnya sering memukul Angamah. Ketua Kelas Angamah memungut buku karangan , Angamah tidak menghantar buku dan dipanggil oleg Cikgu Bustam Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang bengkak. Cikgu Bustam membawa Angamah berjumpa guru besar untuk mengetahui puncanya. 3. Perumitan: Angamah memberitahu Cikgu Bustam dan guru besar bahawa dia selalu dipukul oleh ayah tirinya 4. Puncak Cerita: Angamah menerima berita tentang kemalangan yang menimpa ayahnya di sekolah Angamah dibawa ke hospital Ayah tiri Angamah meninggal dunia Angamah menjerit menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya

5. Peleraian Cerita: mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah Angamah sedar bahawa dia tidak akan didera lagi Walau bagaimanapun, Angamah tetap menyayangi ayahnya.

Latar Latar tempat bilik darjah tahun Enam Kenanga tempat Angamah menerima ilmu dari Cigku Bustam tempat di mana Angamah diminta oleh Cikgu Bustam menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya rumah Angamah tempat Angamah selalu didera oleh ayahnya bilik guru Cikgu Bustam memanggil Angamah untuk bertanyakan sebab mengapakah tangannya bengkak bilik guru besar hal Angamah dibawa ke pengetahuan guru besar hospital ayah Angamah dibawa ke hospital setelah ditimpa kemalangan Latar masa berlangsung lebih kurang tiga hari bermula pada suatu hari di dalam kelas tahun Enam Kenanga ketika cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menyiapkan sebuah karangan. berakhir pada suatu hari ketika mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah Latar masyarakat masyarakat yang bertanggungjawab terhadap manusia di sekelilingnya sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Cikgu Bustam ketika membantu Angamah apabila mengetahui yang Angamah sentiasa didera masyarakat pelajar yang patuh akan arahan dan teguran guru mereka murid-murid tahun enam Kenanga yang patuh pada arahan guru mereka Cikgu Bustam segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab walaupun terhadap ahli keluarganya sendiri Sikap ibu dan ayah Angamah yang sentiasa meletakkan beban menjaga adik-adiknya yang masih kecil sehingga terpaksa mengabaikan pendidikan Gaya Bahasa 1. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami 2. Terdapat penggunaan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini Simile: 1. Ayah macam dirasuk syaitan 2. Jalur biru yang lurus itu seperti berombak 3. Suara yang bagaikan halilintar

Personifikasi: 1. Suara guru itu menyentuh cuping telinga 2. Kelas jadi hidup 3. Wajah cikgu Bustam menari-nari di ruang matanya 4. Matahari telah condong ke darat 5. bola matanya beralih ke arah jalan 6. tali pinggang sebesar dua jari hinggap ke punggungnya 7. seorang anak gadis yang sedang meniti ke alam remaja Hiperbola: 1. Tengking ayah bagaikan halilintar 2. Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak telinganya 3. Ayah memandang dengan bola mata yang berapi Perulangan: 1. Saya sayang ayah 2. Dia tidak mahu Sinkof: 1. nangis 2. tak 3. nak Simpulan bahasa 1. kurus melidi 2. ekor kuda metafora 1. bola mata 2. ayah selaku payung dalam rumahtangga 3. malam yang semakin larut Nilai Murni 1. Kasih sayang Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya Angamah tidak berdendam walaupun sering didera oleh ayahnya Angamah mengenang jasa ayah tirinya membesarkannya 2. Bertanggungjawab Cikgu Bustam menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menghulurkan bantuan kepada Angamah sebaik sahaja mengetahui bahawa anak muridnya itu sering menjadi mangsa dera ayahnya.

3. Bersimpati Warga sekolah yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Angamah 4. Patuh Angamah patuh pada arahan ibunya agar menjaga adik-adiknya yang masih kecil di rumah sepanjang masa ibu dan bapanya keluar bekerja walaupun terpaksa ponteng sekolah 5. Baik hati Angamah yang cukup mulia hatinya kerana tidak menaruh dendam terhadap ayahnya yang sering memukul dan memarahinya tanpa sebab. Pengajaran 1. Kita hendaklah sentiasa sayang dan berbaik sesama kita 2. Kita harus bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini 3. Kita harus sentiasa patuh akan nasihat dan kata-kata ibu bapa 4. Kita mesti prihatin dan bersimpati serta bersedia untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan 5. Ibu bapa merupakan orang yang harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan melindungi dan menumpahkan kasih-sayang kepada anak-anak