Anda di halaman 1dari 24

1.Nama Dan Alamat Penuh Organisasi Sekolah Kebangsaan Tungou Ranau 2.

AJK Penyelidik ( Ahli Kumpulan ) En Benjamin Darunchok Pn Siti Milia Emmy Giak En Sahidin Yusof 3. Tajuk Kajian Meningkatkan kemahiran penguasaan fakta asas Matematik Tahun 5, SK tungou Ranau dengan menggunakan Kaedah RAJA CONGKAK 4. Refleksi masalah / Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu Berdasarkan hasil kerja yang diperiksa oleh guru, 8 orang murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang berkaitan dengan fakta asas Matematik. Ini menyebabkan markah yang diperolehi oleh murid terlalu rendah dan tidak mencapai tahap penguasaan minimum. 5. Fokus Kajian Melibatkan 8 orang daripada 9 orang murid Tahun 5 yang tidak dapat menguasai fakta asas Matematik 6. Objektif Kajian ( Am Dan Khusus ) 6.1 Objektif Am i ) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak menguasai fakta asas Matematik ii) Mempertingkatkan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan murid 6.2 Objektif Khusus i ) 8 orang murid menguasai dan mengenali simbol fakta asas Mateamatik ii) 8 orang murid yang terlibat dapat menyelesaikan masalah Matematik berdasarkan soalan-soalan yang terdapat dalam RAJA CONGKAK dan melepasi tahap penguasaan minimum. 7. Kumpulan Sasaran Melibatkan 8 orang murid tahun 5 SK Tungou Ranau 8. Tindakan yang dicadangkan i. Mengadakan ujian Diagnostik kepada murid sasaran untuk mengenal pasti masalah . asas murid. ii. Memberi bimbingan kemahiran fakta asas Matematik dengan menggunakan Kaedah dan Bahan Inovasi. iii. Memberi latih tubi menjawab soalan mudah ( Digit 0-9 ) kepada murid-murid

iv. Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana keberkesanan Kaedah dan Bahan Inovasi yang digunakan. v. Membuat analisis data hasil ujian Pos. vi. Membuat Laporan Kajian berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan aktiviti pengajaran dan pembelajarfan. 9. Bahan Dan Anggaran Kos BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 JENIS ALATAN BAHAN Kontena 10 buah Papan Lapis 1 keping Ink pencetak Kertas 4 Rim Double Tape Marker Pen Kad manila 20 keping Gunting JUMLAH KOS RM20.00 RM15.00 RM67.00 RM44.00 RM5.00 RM5.00 RM15.00 RM4.80 RM175.80

10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt BIL 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 AKTIVITI Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan Pembetukan Kertas cadangan Mesyuarat perancangan Kajian Mesyuarat Penyediaan soalan Ujian Pra Pelaksanaan ujian Pra Pemprosesan data Ujian Pra Mesyuarat perancangan untuk Temu Bual Dan Pemerhatian Melaksanakan Pemerhatian Menjalankan sesi Temu Bual Pemprosesan Data Temu Bual Dan Merumus Data Mesyuarat Teknik Rawatan Pelaksanaan Teknik Rawatan Perancangan Dan Pelaksanaan Ujian Pos Pemprosesan Data Ujian Pos Penilaian Kendiri/Renungan/Refleksi Penulisan Laporan Kajian TARIKH 16.06.2008 17.06.2008 18.06.2008 27.06.2008 01.07.2008 04.07.2008 07.07.2008 13.07.2008 15.07.2008 20.07.2007 25.07.2008 28.07.2008 01.08.2008 08.08.2008 11.08.2008 12.08.2008

17 18 19

Pemurnian Laporan Membentang Laopran Kajian Menghantar Laopran kajian ke BTPN sabah

15.08.2008 18.08.2008 22.08.2008

Lampiran 1 : Borang Soal Selidik Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang disediakan. Skala : 1 2 3 4 = Tidak setuju = Kurang setuju = Setuju = Sangat setuju NILAIAN 2 3 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3

BIL ITEM 1 Saya suka membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru 2 Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru Matematik 3 Saya dapat menentukan simbol fakta asas matematik 4 Saya dapat membezakan simbol fakta asas matematik 5 Saya boleh menyelasaikan soalan Matematik yang diberikan oleh guru di dalam kelas 6 Saya selalu membaca sifir 7 Saya boleh mengira nombor sehingga 100 8 Saya merasa susah untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi Bahagi 9 Ibu bapa selalu membimbing saya mengira nombor di rumah 10 Saya suka mengira objek

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

4 4 4 4 4 4 4 4 4 4

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | 1 Comment

Meningkatkan kemahiran murid tahun 4 untuk menjawab soalan Sains bahagian B (Kertas 2) dengan menggunakan kaedah Biasan Aura Minda.
Posted by ilmu on 12th Jun 2008 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi. Sekolah Kebangsaan Tungou, Ranau. 2. Nama / AJK Penyelidik ( Ahli Kumpulan ). Encik Kaparing Tahir ( Ketua ) Encik Jaudin Kontingi Puan Kuinah @ Erus Sahamin 3. Tajuk Kajian. Meningkatkan kemahiran murid tahun 4 untuk menjawab soalan Sains bahagian B (Kertas 2) dengan menggunakan kaedah Biasan Aura Minda. 4. Refleksi Masalah / Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu . Berdasarkan hasil kerja murid yang telah diperiksa oleh guru di dapati 11 orang murid Tahun 4 tidak memahami kehendak soalan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan dengan lengkap. Akibatnya kebanyakan murid memperolehi markah yang rendah. 5. Fokus Kajian/ Isu Keperihalan Yang Dikaji. Melibatkan 11 orang murid Tahun 4 yang tidak dapat menjawab soalan Sains bahagian B kerana tidak memahami kehendak soalan. Soalan bahagian B ini terdiri daripada soalan struktur dan menggunakan istilah Sains yang sukar. 6. Objektif Kajian 6.1 Objektif Am i) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak dapat memahami kehendak soalan. ii) Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah Biasan Aura Minda.

6.2 Objektif Khusus i) Murid dapat mengenali 3 istilah khas yang dapat digunakan untuk memahami kehendak soalan. ii) Murid sasaran dapat menjawab tiga daripada lima soalan struktur dengan betul 7. Kumpulan Sasaran. Melibatkan 11 orang murid Tahun 4 SK. Tungou, Ranau. 8. Tindakan Yang Dicadangkan. i) Mengadakan Ujian Pra kepada kumpulan sasaran untuk mengenal pasti masalah asas murid. ii) Memberi bimbingan memahami kepada murid cara memahami kehendak soalan. iii) Bimbingan rakan sebaya. iv) Memberi latih tubi menjawab soalan kepada murid. v) Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah dan bahan inovasi yang digunakan. vi) Membuat analisis data hasil ujian pos. vii) Membuat laporan kajian berkaiatan kekuatan dan kekurangan aktiviti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 9. Bahan Dan Anggaran Kos.

Bil 1 2 3 4 5

Jenis Alatan/ Bahan Kertas A4 3 rim X RM 13.50 Kos Pencetakan ( ink Pencetak ) 1 set Alat tulis ( marker pen )- 5 kotak X RM 13.00 Kad Manila- 10 Keping X RM 1.00 Double Tape Jumlah

Kos RM 54.00 RM 67.00 RM 65.00 RM 10.00 RM 5.00 RM 134.00

10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt.

Bil 1 2 3 4 5 6 7

Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan Penyediaan Kertas Cadangan Mesyuarat Perancangan Kajian Mesyuarat Penyediaan Soalan Ujian Pra Pelaksanaan Ujian Pra Pemprosesan Data Ujian Pra Mesyuarat Perancangan pemerhatian Melaksanakan Pemerhatian Menjalankan Sesi Temu Bual Dengan Murid Pemprosesan Data Temu Bual Dengan Murid Mesyuarat Teknik Rawatan Pelaksanaan Teknik Rawatan Perancangan dan Pelaksanaan Ujian Pos Pemprosesan Data Ujian Pos Penilaian Kendiri/ Renungan/ Refleksi Penulisan Laporan Kajian Pemurnian Laporan Membentang Laporan Kajian Untuk Temu Bual

Tarikh 20.05.2008 26.05.2008 10.06.2008 17.06.2008 24.06.2008 02.07.2008 dan 09.07.2008

8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

16.07.2008 18.07.2008 21.07.2008 24.07.2008 28.07.2008 29.07.2008 01.08.2008 04.08.2008 05.08.2008 06.08.2008 07.08.2008

19

Menghantar Laporan Kajian Ke BTPN Sabah

20.08.2008

Lampiran 1 : Borang Kaji Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala nilaian yang disediakan. Skala: 1 2 3 4 = Tidak Setuju = Kurang Setuju = Setuju = Sangat Setuju

BIL 1 2

ITEM Saya suka belajar mata pelajaran Sains. Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru Sains. Saya dapat memahami kehendak soalan sains dalam bahagian B. Saya dapat memahami istilah Sains. Saya boleh mengenal pasti istilah Sains yang digunakan dalam soalan Sains Bahagian B. Saya merasa susah untuk menjawab soalan sains dalam bentuk struktur. 1 1

NILAIAN 2 2 3 3 4 4

4 5

1 1

2 2

3 3

4 4

Ibu bapa selalu membimbing saya menjawab saoalan Sains dalam bahagian B.

Sains merupakan satu mata pelajaran yang paling saya 1 minati.

1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi. Sekolah Kebangsaan Tungou, Peti surat 93, 89308 Ranau. 1. Nama / AJK Penyelidik (Ahli Kumpulan) Encik Edburga @ Jerome Agong Puan Jamurah Galitang Puan Sobina bt. Boisi @ Augustinos 1. Tajuk Kajian Meningkatkan kemahiran Menulis Ayat Menggunakan Perkataan Yang Diberi Berdasarkan Gambar dalam penulisan Bahasa Inggeris, Kertas 2, Bahagian C, Tahun 6 dengan menggunakan Kaedah Keretapi Ayat. 1. Refleksi Masalah / Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu. Berdasarkan keputusan markah Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Semester 1, guru telah mendapati bahawa 10 orang murid dalam kelas Tahun 6 telah mendapat markah yang terlalu rendah dalam penulisan Bahasa Inggeris, Kertas 2, terutama sekali dalam bahagian C. Punca yang menyebabkan masalah ini ialah, murid tidak dapat menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul dalam bahagian C.

Sekiranya murid, dapat menguasai kemahiran membina ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar, mereka boleh menulis dan menceritakan peristiwa yang berlaku dalam gambar seterusnya mendapat markah yang tinggi dalam bahagian C. 1. Fokus Kajian/ Isu Keperihalan Yang Dikaji Melibatkan 10 orang dari 14 orang murid Tahun 6 yang tidak dapat menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul. 6. Objektif Kajian (Am dan Khusus ) 6.1 Objektif Am i. Mengenalpasti masalah murid tidak dapat menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar. ii. Membina kemahiran murid menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar. 6.2 Objektif Khusus i. ii. Murid yang terlibat menggunakan tatabahasa yang betul dalam binaan ayat . Murid sasaran dapat menulis lima ayat yang lengkap menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar.

7. Kumpulan Sasaran Melibatkan 10 orang murid Tahun 6, SK Tungou, Ranau. 8. Tindakan Yang Dicadangkan i) Mengadakan ujian diagnostik kepada murid sasaran untuk mengenalpasti masalah asas murid. ii) Memberi bimbingan kemahiran asas menulis ayat menggunakan kaedah Keretapi Ayat. iii) Memberi latih tubi menulis ayat dalam Bahagian C, Kertas 2 kepada murid-

murid yang disasarkan. iv) Membuat ujian pos kepada murid-murid terlibat untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Keretapi Ayat. v) Membuat analisis data hasil ujian pos. vi) Membuat laporan kajian berkaitan kekuatan dan kekurangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Keretapi Ayat. 9. Bahan Dan Anggaran Kos

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Jenis Alatan / Bahan Kertas A4 5 rim X RM13.50 Kos Percetakan Dakwat Printer Alat tulis 4 X 5 batang Kad Manila 20 keping X 60 sen Double tape 2 gulung X RM2.50 Notebook LCD CD kosong Kamus

Kos (RM) 67.00 100.00 10.00 12.00 5.00

JUMLAH

194.00

10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt.

Bil. Aktiviti

Tarikh

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan Pembentukan Kertas Cadangan Mesyuarat Perancangan Kajian Mesyuarat Penyediaan Soalan Ujian Pra Pelaksanaan Ujian Pra Pemprosesan Data Ujian Data Mesyuarat Perancangan Untuk Temu Bual Dan Pemerhatian Melaksanakan Pemerhatian Menjalankan Sesi Temu Bual Dengan Murid Pemprosesan Data Temu Bual dan Merumus Data Mesyuarat Teknik Rawatan Pelaksanaan Teknik Rawatan Perancangan Dan Pelaksanaan Ujian Pos Pemprosesan Data Ujian Pos Penilaian Kendiri/Renungan/Refleksi Penulisan Laporan Kajian Pemurnian Laporan Membentang Laporan Kajian Menghantar Laporan Kajian Ke BTPN Sabah

26/05/08 26/05/08 26/05/08 10/06/08 18/06/08 20/06/08

24/06/08 30/06/08 01/07/08 03/07/08 07/07/08 14/07/08 16/07/08 28/07/08 31/07/08 01/08/08 04/08/08 05/08/08 20/08/08

Lampiran 1: Borang Kaji Selidik Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah inji dan bulatkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala nilaian yang disediakan. Skala: 1 2 3 4 = Tidak Setuju = Kurang Setuju = Setuju = Sangat Setuju

BIL 1

ITEM Saya suka belajar mata pelajaran Bahasa Inggeris menggunakan Keretapi Ayat. Saya dapat memahami pelajaran yang diajar oleh guru Bahasa Inggeris pada hari ini menggunakan Keretapi Ayat. Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru Bahasa Inggeris. Saya dapat menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat. Saya boleh membina ayat tunggal. Saya berasa senang untuk menulis ayat berdasarkan gambar setelah mengikuti proses pembelajaran Keretapi Ayat. Ibu bapa selalu membimbing saya menulis di rumah. Saya suka membaca buku Bahasa Inggeris. Saya dapat memahami cerita berdasarkan gambar. Saya dapat bercerita dalam Bahasa Inggeris menggunakan gambar. 1 2

NILAIAN 3 4

3 4 5 6

1 1 1 1

2 2 2 2

3 3 3 3

4 4 4 4

7 8 9 10

1 1 1 1

2 2 2 2

3 3 3 3

4 4 4 4

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | No Comments

Menulis Kertas Cadangan Kajian Tindakan


Posted by ilmu on 27th Mac 2008 Antara perkara yang perlu ada dalam kertas cadangan ialah; 1 Nama dan alamat penuh organisasi 2 Nama atau AJK Penyelidik (Ahli Kumpulan) 3 Tajuk Kajian 4 Refleksi Masalah/Refleksi P & P yang lalu 5 Fokus Kajian/Isu keperihatinan yang dikaji 6 Objektif Kajian (am dan khusus) 7 Kumpulan Sasaran 8 Tindakan yang dicadangkan 9 Bahan dan Anggaran Kos 10 Jadual Pelaksanaan Kajian/Carta Gantt 1.Nama dan alamat penuh organisasi Nyatakan nama dan alamat penuh organisasi tempat kajian akan dilaksanakan 2.Nama dan AJK Penyelidik (Kumpulan Penyelidik) Nyatakan nama-nama ahli jawatankuasa penyelidik (kumpulan penyelidik) yang akan terlibat secara aktif dalam usaha menjalankan kajian tindakan di organisasi masingmasing. 3.Tajuk Kajian Tidak boleh berbunyi negatif dan mesti ada hala tuju dalam bentuk ayat positif. Contoh Tajuk Kajian Tindakan: i Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-Murid Tahun 4 i . Meningkatkan Kemahiran Murid-Murid Tahun 2 Dalam Operasi Darab dan Bahagi ii . Meningkatkan Penguasaan Konsep Pecahan Di kalangan Murid-Murid Tahun 5 4.Refleksi Masalah/Refleksi P & P yang lalu Maklumat ringkas yang memberi gambaran tentang latar belakang tajuk kajian yang berkaitan dengan refleksi terhadap masalah. Maklumat ini boleh berkaitan dengan tinjauan sejarah, perkembangan, isu, perubahan, keprihatinan penyelidik dan sebagainya. Penyelidik perlu menulis refleksi dalam beberapa perenggan, menceritakan perasaan anda secara umum berkaitan sesuatu perkara/topik pengajaran atau sebarang permasalahan yang anda ingin perbaiki atau cuba selesaikan.Nyatakan tindakan atau sikap pelajar yang membawa kepada pemasalahan tersebut. Penyelidik juga perlu mereflek tentang:-

- diri sendiri (cara pengajaran, pandangan terhadap pelajar dan perkara-perkara lain yang menjadi faktor kepada terjadinya masalah tersebut). Di samping itu, refleksi diri perlu menyatakan:- latar belakang dan pengalaman guru dalam bidang/topik yang diajar 5.Fokus Kajian/Isu keprihatinan yang dikaji -Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar yang ingin dikaji. -Tuliskan dalam beberapa perenggan -Sekiranya banyak masalah yang ditemui, memadai fokuskan kepada:- satu isu kecil / satu tajuk kecil dalam mata pelajaran, dan terangkan masalah yang dihadapi semasa pengoperasian, kenapa ia berlaku dan sekiranya masalah tidak diselesaikan apakah perkara-perkara yang dijangkakan berlaku * Kalau ada tinjauan kajian / sorotan kajian lepas boleh dimasukkan di bahagian ini sebagai bahan sokongan untuk mengukuhkan fokus kajian Contoh pernyataan masalah: (ditulis dalam beberapa perenggan) Contoh: Penyelidik menghadapi masalah ramai pelajar di Tingkatan 1 sekolah ini yang tidak fasih berbahasa Melayu sewaktu berkomunikasi di dalam bilik darjah.Mereka gagal untuk membina satu ayat pun. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tatabahasa lemah, tidak minat, kurang berkomunikasi dan sebagainya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, akan memberi kesan kepada sekolah iaitu kemungkinan keputusan UPSR akan merosot/ jatuh. Untuk mengatasi masalah ini penyelidik akan melaksanakan aktiviti Kembara Bahasa. 6. Objektif Kajian Terdapat 2 jenis objektif kajian iaitu: - am - khusus Objektif Am Menentukan secara keseluruhan apakah tujuan kajian, dan ayat hendaklah berbentuk positif. Contoh; Meningkatkan kemahiran guru-guru menggunakan komputer melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh PSPN. atau Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran guru-guru menggunakan komputer melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh PSPN.

Contoh objektif am:Meningkatkan kebolehan mengingat definisi istilah Biologi atau Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan mengingat definisi istilah Biologi Objektif Khusus Ditulis seperti biasa,iaitu; a. b. c. Objektif khusus bertujuan untuk:-mengubah sikap atau pembelajaran murid -perubahan kepada sikap atau pengajaran guru -perubahan cara guru menghadapi murid Sambungan Contoh Objektif Khusus :1.Murid boleh mengingat definisi istilah Biologi dengan lebih cepat 2.Guru boleh mengendalikan pengoperasian TV Pendidikan dengan cara yang terancang dan sistematik dalam P & P di kelas 3.Membantu guru menguasai kemahiran menggunakan Perisian Kursus Pendidikan (PKP) dengan cara yang betul 4.Membantu guru merancang aktiviti-aktiviti P & P yang boleh menarik minat murid melalui penggunaan Pusat Sumber Sekolah yang aktif 5.Membantu guru meningkatkan minat pelajar untuk membaca dengan menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah Pastikan objektif kajian boleh diukur / dinilai,dibuktikan, boleh dilaksana, relevan dan menepati / menjawab masalah yang dikaji (mengakibatkan perubahan tingkah laku murid dan guru) Semua objektif hendaklah diukur / dinilai semasa dan selepas menjalankan kajian supaya boleh dilihat sejauhmana objektif telah tercapai 7.Kumpulan Sasaran Dalam penulisan kertas cadangan, perlu dinyatakan tentang kumpulan sasaran yang akan dijadikan subjek kajian

Contoh kumpulan sasaran ialah seperti:- kakitangan PSPN, Penyelaras PKG, Guru Pusat Sumber dan sebagainya. Sekiranya pelajar sekolah yang dijadikan sampel kajian,langkah yang perlu dibuat ialah: - kecilkan skop kajian berdasarkan kepada satu kumpulan pelajar atau satu kelas sahaja - satu kumpulan / satu kelompok pelajar yang anda kaji dan bukan seluruh pelajar sekolah itu Contoh: - Pelajar Tingkatan 2 Mawar yang terdiri daripada 25 orang pelajar - Kumpulan sasaran ialah kumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan 8.Tindakan yang dicadangkan Menyatakan pendekatan yang difikirkan dapat mengatasi masalah, memberi impak atau menghasilkan penambahbaikan terhadap amalan yang selama ini dilakukan. Tindakan yang dicadangkan boleh berbentuk sama ada dalam bentuk kaedah, langkahlangkah, aktiviti-aktiviti dan sebagainya yang difikirkan sesuai. 9.Bahan dan Anggaran Kos - Penyelidik mestilah menyenaraikan keperluan kajian iaitu alatan atau bahan yang akan digunakan. Contoh-contoh alatan atau bahan ialah alat tulis, buku catatan, disket, kad manila dan sebagainya. - Anggaran kos kajian hendaklah dinyatakan secara terperinci dari segi : Jumlah bahan yang diperlukan Harga bagi satu unit bahan Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan Anggaran Perbelanjaan: BIL JENIS ALATAN/BAHAN JUMLAH KOS 01 Kertas A4 20 rim x RM5.00 RM100.00 02 Marker Pen 10 set x RM6.00 RM 60.00 03 Disket 5 keping x RM4.00 RM 20.00 04 Dakwat Printer 2 x RM95.00 RM190.00 05 Kad Manila 40 x RM1.00 RM 40.00 06 Gunting 5 x RM4.00 RM 20.00 07 Buku Nota Guru 3 x RM4.00 RM 12.00 JUMLAH RM442.00

10. Jadual Pelaksanaan Kajian/Carta Gantt Dalam kertas cadangan kajian elok dinyatakan perancangan jadual masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan kajian. -Tujuannya ialah untuk merancang kajian dengan lebih sistematik dan dalam tempoh masa yang tertentu mengikut kesesuaian. (sekiranya kajian dilakukan di tempat kerja masing-masing) -Tujuannya ialah untuk merancang kajian dengan mengambil kira tempoh masa pengajaran di sekolah dan kesesuaian masa dengan takwim tahunan atau semester di sekolah. (sekiranya kajian dilakukan melibatkan pihak sekolah) Contoh Jadual Pelaksanaan Kajian BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 01 Menulis kertas cadangan kajian 10 Januari 02 Merancang tindakan 11 Januari 03 Melaksanakan tindakan 1 aktiviti 13 Januari 04 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 1 14 Januari 05 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 15 Januari 06 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 2 16 Januari 07 Melaksanakan tindakan 3 aktiviti 3 17 Januari 08 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 3 18 Januari 09 Melaksanakan tindakan 4 aktiviti 4 19 Januari 10 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 4 20 Januari 11 Penilaian ( Ujian utk mengesan pencapaian murid) 21 Januari 12 Refleksi kajian untuk keseluruhan kajian 22 Januari 13 Menulis laporan kajian 23 Januari Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | No Comments

Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan


Posted by ilmu on 20th Mac 2008 KUMPULAN 2 1. RAMBLET HJ. RAZALI ( PKG KUCHING ) 2. MOHD. MEERAJ ABDUL RAHMAN ( BTPN SARAWAK) 3. JIMMY NGINDANG ( PTPB LIMBANG ) 4. JELIA ROBERT GIOM ( PKG BAU ) 5. AWANGKU MOHIDIN PG. KAHAR ( PKG LAWAS ) Abstrak Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan dan menaikkan lagi minat guru dalam penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenal masalah-masalah yang menyebabkan kekurangan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah luar bandar dan cara temubual yang dilakukan ke atas murid untuk mendapat maklumbalas berkaitan pengajaran guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. ISU-ISU A. Tajuk Mempertingkatkan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah luar Bandar, Daeraah Bau. B. Penyataan masalah: i. guru kurang menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap1. ii. Guru kurang berminat menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap1. C. Objektif Kajian: i. mempertingkatkan keberkesanan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah luar Bandar. ii. mengenalpasti kaedah untuk meningkatkan minat guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. iii. mengenalpasti bahan-bahan pengajaran yang sesuai bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran melalui Radio Pendidikan. iv. mengenal pasti punca kekurangan minat guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. v. menjalankan latihan untuk guru Bahasa Inggeris yang dikenalpasti tentang penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Tahap 1. D. Refleksi: Radio Pendidikan merupakan sesuatu program yang dijalankan sebagai kesinambungan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tinjauan mengenai program ini pada tahun-tahun lepas mendapati ramai guru di sekolah luar Bandar bukan sahaja kurang menggunakan, malah kurang berminat menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian daripada dapatan ini menyatakan bahawa jadual dan nota guru lewat diterima mengakibatkan kesukaran untuk menyesuaikan dalam jadual waktu persekolahan. Dari dapatan ini juga mendapati pihak

pengurusan kurang memberi galakan terhadap penggunaan Radio Pendidikan. Selain itu juga, guru kurang berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam menyampaikan pengajaran mereka dalam memberi arahan dan tugasan menggunakan Radio Pendidikan di dalam kelas. Masalah-masalah yang dihadapi menjadikan guru kurang berminat dalam menyampaikan isi-isi pengajaran mereka. Untuk itu, langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah ini daripada berpanjangan perlu dilaksanakan agar dapat memupuk dan meningkatkan minat guru-guru menggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. E. Sasaran Kajian ini dibuat ke atas 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1 daripada 5 buah sekolah rendah Luar Bandar, Daerah Bau, Kuching. F. Fokus Kajian - Kajian ini hanya memfokuskan sasaran kepada 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1 dan 25 orang murid tahap 1 daripada 5 buah sekolah di luar Bandar. - Tempoh pelaksanaan kajian ialah dari bulan Mac 2008 hingga Jun 2008. G. Alat /Instrumen kajian i. Borang soal-selidik - skala Likert : 1, 2, 3, 4 ( 1 Tidak setuju , ..4 setuju ) Tujuan Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada para guru berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 menggunakan Radio Pendidikan. ii. Temubual - dilakukan ke atas murid, bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan pengajaran guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. I. Lampiran Lampiran A BORANG SOAL SELIDIK Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik guru yang dilampirkan. Skala: 1 = Sangat Tidak Setuju

2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4 = Sangat Setuju BIL ITEM NILAIAN 1 Permulaan rancangan Radio Pendidikan menarik perhatian saya 1 2 3 4 2 Rancangan Radio Pendidikan ini penting saya ikuti hingga selesai 1 2 3 4 3 Mutu rancangan Radio Pendidikan telah membantu saya untuk mengikutinya 1 2 3 4 4 Cara persembahan rancangan Radio Pendidikan menggalakkan saya memberi perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4 5 Siaran ulangan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menyebabkan saya berasa bosan 1 2 3 4 6 Pelbagai jenis soalan dan latihan telah membantu saya untuk terus menumpukan perhatian terhadap siaran rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4 7 Teknik persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4 8 Isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ini sukar sehingga susah bagi saya memberi perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4 9 Saya pasti isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ada hubungkait dengan perkaraperkara yang sudah saya ketahui. 1 2 3 4 10 Ada beberapa bahagian dalam rancangan Radio Pendidikan mengandungi terlalu banyak maklumat sehingga sukar bagi saya untuk memilih dan memahami butir-butir yang penting. 1 2 3 4 11 Maklumat-maklumat yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menarik 1 2 3 4 12 Terdapat cerita atau contoh dalam rancangan Radio Pendidikan ini penting . 1 2 3 4 13 ini mendorong saya untuk memahami topik ini 1 2 3 4 14 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan ini ada kaitan dengan minat saya 1 234 15 Teradapat penjelasan atau contoh mengenai bagaimana seseorang menggunakan pengetahuan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4 16 Persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4 17 Latihan dalam rancangan terlalu sukar 1 2 3 4 18 rancangan Radio Pendidikan mempunyai perkara-perkara yang merangsangkan sikap ingin tahu saya. 1 2 3 4 19 Gaya persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini memberi gambaran bahawa isi kandungannya sangat bermanfaat 1 2 3 4 20 Melalui rancangan Radio Pendidikan ini saya mempelajari sesuatu yang menakjubkan dan diluar jangkaan saya 1 2 3 4 21 Saya tidak memerlukan rancangan Radio Pendidikan ini kerana saya sudahpun tahu hampir semua isi kandungannya 1 2 3 4 22 Saya dapat menghubungkaitkan isi kandungan rancangan Radio Pendidikan dengan perkara yang pernah saya lihat, lakukan atau fikirkan dalam kehidupan saya. 1 2 3 4 23 Terlalu banyak latihan dalam rancangan Radio Pendidikan sehingga ia kurang menyenangkan. 1 2 3 4 24 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan berguna kepada saya kelak 1 2 3 4 25 Sebenarnya saya tidak memahami sebahagian maklumat yang disampaikan dalam

rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4 26 Apabila saya menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya rasa pelajaran ini mudah 1 2 3 4 27 Isi kandungan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini lebih sukar difahami daripada yang saya jangkakan. 1 2 3 4 28 Selepas mengikuti bahagian pengenalan, saya berasa yakin bahawa saya tahu apa yang akan saya pelajari daripada rancangan Radio Pendidikan ini 1 2 3 4 29 Sejurus selepas menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya yakin bahawa saya boleh lulus ujian tentangnya. 1 2 3 4 30 Persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membantu dan menambahkan keyakinan saya mempelajari pelajaran seterusnya. 1 2 3 4 31 Kejayaan saya menjawab soalan-soalan latihan dalam rancangan Radio Pendidikan ini memberi saya satu kepuasan 1 2 3 4 32 Saya berasa seronok kerana telah menamatkan pelajaran dengan jayanya 1 2 3 4 33 Saya amat menyukai rancangan Radio Pendidikan sehingga saya ingin tahu dengan lebih mendalam topik ini 1 2 3 4 34 Saya berbangga dapat belajar melalui rancangan Radio Pendidikan ini yang telah diterbitkan dengan baik 1 2 3 4 35 Saya telah mendapat faedah yang setimpal dengan usaha saya mengikuti rancangan Radio Pendidikan ini 1 2 3 4 36 Saya berasa seronok menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4 Lampiran B T E M U BUAL Soalan-Soalan Untuk Guru: Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah? Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda? Soalan 3 Berapa kali anda mengikutinya dalam sebulan?? Soalan 4 Bila anda menggunakan Radio Pendidikan? Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pengajaran yang disampaikan? Soalan-Soalan Untuk Murid: Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah? Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda? Soalan 3 Berapa kali anda dibawa mengikutinya? Soalan 4 Siapa yang selalu membawa anda mengikuti Radio Pendidikan? Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pemahaman anda dalam pengajaran yang disampaikan? Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | 1 Comment

Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Posted by ilmu on 20th Mac 2008 Kajian Tindakan Zon Sarawak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Harbour View Hotel, Kuching_3 6 Julai 2007 KUMPULAN 4 1. SENIN RAMPING (BTPB SARIKEI) 2. ROMAYNE BONIFACE NUGI (PKG LUBOK ANTU) 3. MOHD.SAFWAN (PKG BINTULU) 4. MOHD. HATTAR ABET (PKG SIBU) ISU 1. Menggunakan Pusat Sumber Sekolah untuk menambahkan keberkesanan proses P&P di kalangan guru dan pelajar. Tajuk 1. Keberkesanan penggunaan PSS dalam membantu meningkatkan proses P&P di kalangan guru dan pelajar. 2. Keberkesanaan penggunaan PSS dalam membantu meningkatkan tahap pembacaan pelajar Tahap 1 dan 2. Persoalan Masalah 1. Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam meningkatkan proses p&p di kalangan guru denan pelajar. 2. Guru tidak menggunakan bahan rujukan di pss sepenuhnya untuk meningkatkan proses p&p 3. Kurangnya promosi bahan-bahan rujukan di kalangan guru kepada pelajar. Objektif Kajian:1. Mengenalpasti punca utama Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak guru dan pelajar. 2. Mengenalpasti kaedah yng sesuai untuk mempertingkatkan penggunaan pusat sumber sekolah di kalangan guru dan pelajar. 3. Mengenalpasti bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah untuk rujukan pihak guru dan pelajar . 4. Mengenalipasti bahan-bahan rujukan yang ada dan cara promosi bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah digunakan sepenuhnya oleh para guru dan pelajar. Senario Sebahagian besar para guru menganggap Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah bilik penyimpan bahan pembelajaran-pengajaran sekolah tanpa mengetahui kepentingan dan cara menggunakan bahan-bahan tersebut dengan maksimum dan kreatif. Refleksi Pada umumnya, kebanyakkan Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam

membantu guru untuk meningkatkan pencapaian akademik semasa proses P&P pelajar. Ada juga Pusat Sumber Sekolah tidak diurus dengan sempurna sehingga gagal menarik minat guru dan pelajar ke Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan maklumat dan bahan rujukan. Keadaan fizikal bilik dan bangunan Pusat Sumber Sekolah yang telah uzur juga membuat guru dan pelajar kurang berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Di tambah pula, bahan rujukan yang ada merupakan bahan yang telah ketinggalan zaman serta bilangan yang ada dalam jumlah yang sedikit. Lantaran itu, langkah awal pihak sekolah adalah dengan menggalakkan guru Pusat Sumber Sekolah menceriakan suasana serta mengemaskini agar keadaannya lebih selesa dan menarik Kumpulan Sasaran Pentadbir Sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah. Manakala 5 orang guru termasuk 10 pelajar Tahun 2 dan 10 pelajar Tahun 4. Staf sokongan seramai 2 orang juga dilibatkan sama untuk melihat bagaimana mereka dapat memainkan peranan dalam mempertingkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Alat / Instrumen Kajian 1. Borang Soal-Selidik 1.1 Skala Likert:1,2,3,4 ( 1 sangat tidak setuju 4 sangat setuju ) 1.2 Jenis Thurston: Ya / Tidak 2. Temubual 3. Pemerhatian Penghargaan Pihak kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih kami atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutama sekali kepada pihak Guru Besar, Penolong Kanan, guru dan pelajar serta staf sokongan sepanjang kajian tindakan ini dibuat. Contoh Alat / Instrumen Kajian Soal selidik Jenis Thurston Untuk Guru Sila _/ pada ruang berkenaan Bil. Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda menggunakan Pusat Sumber Sekolah 2 Adakah anda menggunakan bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah 3 Adalah anda menggunakan bahan-bahan di Pusat Sumber sekolah untuk membantu dalam proses pengajaran-pembelajaran. 4 Bolehkah penggunaan Pusat Sumber Sekolah yang berkesan mampu meningkatkan

prestasi pencapaian pelajar. 5 Adakah bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah mencukupi untuk rujukan. Untuk Murid Bil. Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda suka ke Pusat Sumber Sekolah? 2 Adakah anda suka membaca buku0buku di Pusat Sumber Sekolah 3 Adakah anda ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari buku-buku rujukan latihan yang diberikan oleh guru? 4 Adakah buku-buku di Pusat Sumber Sekolah menarik untuk dibaca? 5 Adakah anda suka ke Pusat Sumber Sekolah semasa waktu lapang untuk membuat rujukan dan membaca? Borang Soal Selidik Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik murid yang dilampirkan. Skala: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4 = Sangat Setuju BIL ITEM NILAIAN 1 Pusat Sumber Sekolah memberi banyak manafaat kalau digunakan dengan berkesan. 1 234 2 Pusat Sumber Sekolah harus digunakan untuk perbincangan dan bengkel dengan guru lain berkenaan dengan