Anda di halaman 1dari 25

FOLIO PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

PERTOLONGAN CEMAS

Nama: Kelas: No.IC:

NUR AFIRA BINTI MOHD ZAHARI

960311-14-5134

Nama Guru: Tarikh Hantar:

PERKARA

MUKA SURAT

PENGHARGAAN BIODATA OBJEKTIF

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

. . . . . . . . .

3 4 5 6 7 18 21 22 25

. .

PENGENALAN HASIL KAJIAN ARTIKEL

KESIMPULAN LAMPIRAN . RUJUKAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kunrnia-Nya dapat juga saya menyiapkan folio pendidikan jasmani dan kesihatan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Pertolongan Cemas. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Cikgu Mohd Azrul bin Mohd Zamal Abidin kerana memberikan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan,dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang.

Seterusnya, terima kasih jugakepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

Nama: Nur Afira binti Mohd Zahari

No. IC: 960311-14-5134

Tarikh Lahir: 11 Mac 1996

Tempat Lahir: Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Alamat: No.4 Jalan USJ 3/1G, 47600 Subang Jaya, Selangor

Bilangan Adik-Beradik: Empat

Anak Ke: Tiga

Nama Ayah: Mohd Zahari bin Jamaluddin

Pekerjaan Ayah:

Nama Ibu: Juriah binti Ibrahim

Pekerjaan Ibu: Suri rumah

Hobi: Membaca buku

Cita-Cita: Akauntan

1. Mengetahui cara-cara untuk melakukan pertolongan cemas terhadap mangsa. 2. Membantu untuk meringankan beban kesakitan yang dialami oleh mangsa. 3. Menghindarkan keadaan mangsa daripada bertambah teruk. 4. Membolehkan kita melakukan rawatan sampingan sebelum dibawa ke doktor. 5. Sebagai persediaan awal untuk pelajar memberi pertolongan cemas kepada mangsa.

Pertolongan cemas dapat didefinisikan sebagai pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Antara tujuan memberikan pertolongan cemas kepada mangsa ialah a) b) c) d) e) membantu menyelamatkan nyawa mangsa mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera

Antara langkah-langkah melakukan pertolongan cemas adalah a) b) c) d) menilai keadaan menjadikan kawasan tersebut selamat memberi bantuan kecemasan mendapatkan bantuan

Semasa mengandalikan mangsa, kita mestilah memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan. Beri semangat kepada mangsa agar berada dalamkeadaan tenang. Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengansegera. Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut mulut ke hidung mulut kelubang pernafasan di tengkuk Manakala permulihan pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada atau dikenali sebagai external cardiac compression(ECC). Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa. Jika mangsa tidak bergerak, tiada respon, tidak bernafas dan tiada denyutan nadi, kaedah CPR hendaklah dilakukan.

PRINSIP-PRINSIP CPR Hubungi ambulan atau minta tolong Lakukan CPR pada mangsa yang tak bernafas dan tiada nadi Mulakan dengan bantuan pernafasan ECC diberi berselang seli dengan pernafasan Lakukan sehinga pulih atau doktor tiba Setelah pulih, letak mangsa pada kedudukan pemulihan

SITUASI YANG MEMERLUKAN CPR lemas renjatan elektrik panah petir strok sakit jantung rebah tanpa sebab

ECC-EXTERNAL CARDIAC COMPRESSION Kaedah ini digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung(nadi) mangsa. Bertujuan untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan.

PROCEDUR ECC (MANGSA DEWASA) Baringkan mangsa secara terlentang. Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa sebab jantung condong di sebelah kiri memudahkan membuat tekanan. Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa. Tekan dada sedalam lebih kurang 4 5 cm, kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan. Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80 hingga 100 mampatan seminit. (kiraan: one and two and )

KEDUDUKAN PEMULIHAN Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka. Dapatkan bantuan ambulans / doktor. Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin.

PROSEDUR ECC (BAYI BAWAH SATU TAHUN) Ikut prosedur orang dewasa. Guna jari telunjuk dan jari hantu. Letakkan jari-jari di tengah sternum. Tekan pada kadar 120 mampatan seminit. Mampatan dada sedalam 1.5 cm.

PELUANG MEMULIHKAN MANGSA Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada kadar 2%sahaja. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa

PANDUAN CPR Pastikan kawasan selamat. Panggil mangsa Hello, Hello Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulan atau hubungi ambulan Betulkan kedudukan mangsa Buka saluran pernafasan Lakukan Dengar-Rasa-Lihat untuk 10 saat Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 hembusan perlahan-lahan. Cari tempat tekanan pertengahan tulang sternum. Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan. Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan. Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa batuk, bernafas atau pergerakan. Tunggu kehadiran ambulan.

TERDAPAT PERINGKAT-PERINGKAT TERTENTU YANG PERLU DIIKUTI DALAM RESUSITASI KARDIO PULMONARY. ANTARANYA IALAH:

a) Danger/ Bahaya Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda, pada prisipnya alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya. b) Respons/Tindak Balas Panggil mangsa atau kejutkan beliau, jika tiada tindak balas dari mangsa minta bantuan ambulans c) Airway/Saluran pernafasan. Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau. Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mangsa (head tilt and chin lift) bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa. Lakukan pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. d) Pernafasan Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa. Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa. e) Edaran darah Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadibrachial) bagi bayi. Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti.

10

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Catatan: Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Buang sebarang benda asing dari mulut. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan prnghujung hulu hati. Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali. Segera ulangi langkah 5 hingga 9 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit

11

KAEDAH CPR SEORANG DIRI Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. dapatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. J ika nadi tiada, segera mulakan twkanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: - letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.52 inci untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) - selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) - jika tiada nadi lakukan sehingga bantuan pakar tiba. - Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. - Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada. - Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. - Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit .

12

Luka: Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Pendarahan: Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang menyebabkan keluarnya darah.

JENIS-JENIS LUKA Terdapat dua kategori luka iaitu 1. Luka tertutup a) Luka lebam (contusion) Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

2. Luka terbuka 1. Luka terhiris (incised wound) Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

2. Luka terkoyak (lacerated wound) Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya. 3. Luka tembus (punctured wound) Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

13

4. Luka tembakan (gun shot wound) Luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol.

LUKA TERBUKA LEBIH MERBAHAYA BERBANDING LUKA TERTUTUP KERANA : Mengakibatkan pendarahan Boleh menyebabkan jangkitan Lambat sembuh

KUDUNGAN/AMPUTASI (PUTUS ANGGOTA) 1. Langkah pertama Jika ada, balutkan anggota yang terpisah dengan kain bebat yang bersih, Jika tiada lakukan Langkah Kedua 2. Langkah Kedua Masukkan anggota yang terputus ke dalam sebuah beg plastik atau bekas yang bersesuaian 3. LangkahKetiga Dapatkan sebuah lagi beg plastik atau bekas yangbersesuaian Masukkan ais Jika ada atau air sejuk. Masukkan beg plastik yang berisi anggota yang terputus ke dalam bekas yang mengandungi ais/air sejuk Bawa ke hospital dengan kadar segera bersama dengan mangsa

RAWATAN LUKA-LUKA KECIL bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor cuci luka dari tempat luka kearah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril lekatkan plaster mengikut saiz luka Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka gunakan pembalut untuk memegang plaster

14

RAWATAN LUKA KECIL YANG ADA BENDA ASING Keluarkan benda asing tersebut Jika sukar, jangan keluarkan kerana tindakan tersebut akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan bersihkan tangan anda dengan sabun Jangan sentuh luka dengan tangan kotor cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek bawa mangsa ke hospital.

JENIS-JENIS PENDARAHAN a) Pendarahan dari saluran arteri Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah. Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi.

b) c)

Pendarahan dari saluran vena Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi. Pendarahan dari salur kapilari Darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah Mengandungi kandungan oksigen.

PENDARAHAN DIKLASIFIKASIKAN KEPADA DUA IAITU: Pendarahan dalaman Pendarahan luaran

15

PENDARAHAN LUARAN LEBIH MERBAHAYA BERBANDING PENDARAHAN DALAMAN KERANA BOLEH MENYEBABKAN Jangkitan kuman Lambat sembuh Pengaliran darah keluar boleh menyebabkan mangsa mengalami renjatan

PANDUAN MENANGANI PENDARAHAN Periksa keadaan luka. Jika tidak terdapat sebarang bendasing, beri tekanan secara langsung. Jika terdapat bendasing, gunakan sebarang alat untuk mengelakkan kawasan luka dari terkena tekanan. Tinggikan kawasan luka(jika boleh) melebihi aras jantung

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. Pucat. Pening kepala. Meloya dan kemungkinan muntah. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek -pendek. Kulit badan berpeluh dan sejuk. Hilang kekuatan atau keupayaan. Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: a) Hentikan pendarahan secara langsung mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.

16

b) Secara tidak langsung Menekan urat-urat darah. Menggunakan penjerut Mencatat masa untuk direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit. Setelah darah berhenti cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedarkan diri. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

17

Pertolongan cemas perlu kompeten BANYAK kes kecederaan yang memerlukan bantuan pertolongan cemas. Namun, berapa ramaikah di antara kita yang berpengetahuan dan berkemampuan untuk melakukan pertolongan cemas? Jika kejadian kemalangan berlaku di rumah, sekolah, pusat jagaan, tempat awam, kenderaan, taman permainan, taman rekreasi dan sebagainya, siapakah yang patut memberi pertolongan cemas? Aziz Basiran yang merupakan perunding keselamatan, kesihatan, alam sekitar, motivasi dan pengurusan memberitahu, terdapat kes-kes tertentu di mana pertolongan yang diberikan kepada mangsa kemalangan membawa kepada situasi yang lebih teruk malah hingga membawa kepada punca kematian. Ini kerana mereka yang membantu mangsa kemalangan tidak kompeten. Tambah beliau, perkara yang perlu untuk setiap insan di dunia ini yang sudah dewasa perlulah mempunyai pengetahuan berkaitan pertolongan cemas. "Saya berpendapat setiap orang yang dewasa perlulah menghadiri kursus latihan pertolongan cemas dan latihan persediaan dan tindakan kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain. "Setiap rumah perlulah mempunyai peti pertolongan cemas dan alat pemadam kebakaran. Begitu juga tempat-tempat lain seperti sekolah, taska, dalam kenderaan dan sebagainya. "Antara ciri mereka sebagai orang yang memberi pertolongan cemas perlulah matang, bertanggungjawab, sentiasa tenang sewaktu kecemasan, boleh membantu dengan segera dan mempunyai tubuh badan yang sihat. Kompetensi untuk melakukan pertolongan cemas perlulah ada," jelasnya yang dihubungi MEGA baru-baru ini. Menurut beliau, yang berpengalaman luas dalam bidang keselamatan dan kesihatan, terdapat ramai yang tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan jika terdapat kejadian seperti melecur, terbakar dan sebagainya. "Malangnya, ada terdapat mereka yang menggunakan kicap, ubat gigi dan sebagainya untuk merawat seseorang yang melecur. Perkara ini amat menyedihkan," ujarnya yang berharap agar rakyat Malaysia menjadi rakyat yang lebih prihatin dalam memberikan bantu mula kepada mangsa kemalangan.

Utusan Melayu (M) Bhd

18

Peti pertolongan cemas berguna Teks Kusyi Hirdan ANAK anda tiba-tiba tercalar dan luka! Kelam kabut anda menyuruh suami ke kedai membeli pembalut luka. Tengah malam buta dan jauh pula, di mana hendak mencarinya melainkan menunggu pagi saja. Anak pula menangis sepanjang malam kerana tidak selesa dengan keadaannya. Alangkah elok mempunyai peti pertolongan cemas berserta barangan asas keperluan kecemasan di rumah. Ia untuk membantu perkara yang berlaku tanpa diduga dan boleh diatasi sendiri sebelum mendapat pertolongan seterusnya. Kebanyakan orang tidak mengendahkan kepentingan peti pertolongan cemas di rumah, di dalam kereta atau di pejabat. Pada mereka, harus ada pil pening kepala dan demam yang ringan di rumah, tetapi peti pertolongan cemas dianggap terlalu berlebih-lebihan. Ada juga yang menyangka mereka tidak mungkin memerlukan peti pertolongan cemas kerana sekiranya berlaku kecemasan, pergi saja ke klinik atau hospital.

Sebenarnya peti pertolongan cemas sangat berguna terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan berkeluarga.

Ada dua jenis pertolongan kecemasan iaitu pertama, kecemasan yang memerlukan tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa. Kedua, kecemasan yang memerlukan tindakan segera, tetapi membabitkan kecederaan ringan atau sakit yang boleh dilakukan di rumah tanpa bantuan perubatan profesional. Contohnya membasuh luka atau calar ringan yang berlaku pada anak-anak kita yang lasak bermain. Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecederaan pada waktu dan tempat yang tidak diduga? Dalam situasi sebegitu, peti pertolongan cemas sangat berguna. Sekiranya dalam perjalanan kembara, balik kampung, berkelah atau ke mana saja, idea yang baik untuk kita membawa bersama peti pertolongan cemas. Jangan anggap ia sebagai beban kerana apabila tiba masanya kita perlu menggunakannya, kita akan berterima kasih kerana sudah bersedia. Berikut antara beberapa barang yang perlu ada di dalam peti bantuan kecemasan. Perlu diingat, pertolongan cemas adalah bersifat sementara dan bertujuan mengelakkan mangsa mengalami kecederaan yang lebih teruk. Sekiranya keadaan bertambah teruk, dapatkan bantuan daripada pakar perubatan profesional.

kanak-kanak ketika bermain. Sekiranya berlaku di dalam kereta dan kita di dalam perjalanan, mungkin sukar mendapatkan air bagi membasuh luka sebegitu. Jadi pembersih antiseptik cecair khas amat berguna.

19

emasan. Elok mempunyai kain berukuran besar kemudian boleh dipotong mengikut keperluan.

motong kain kasa pengelap, pita pelekat dan seumpamanya. Dalam keadaan kecemasan dan memerlukan semua perkara dilakukan cepat, gunting amat berguna. Beli gunting perubatan yang melengkung dan tumpul di hujungnya. an pelapik kain kasa pada kulit.

batu. Beli beberapa bungkus kerana ia hanya boleh digunakan sekali saja. rung tangan ini berguna untuk semua pihak sama ada mereka yang sakit atau mereka yang merawat pesakit. Ia boleh juga digunakan sekiranya perlu membersihkan sesuatu contohnya lampin yang kotor.

r untuk menyukat kepanasan badan.

-ubatan ringan pil untuk meredakan sakit kepala.

Pastikan barangan kecemasan disimpan dalam bekas yang sesuai. Ia harus mudah dicapai, lengkap tetapi ringan dan mudah dibawa serta mengandungi barangan asas saja. Peti kecemasan biarlah berada di tengah rumah supaya mudah diambil orang dewasa. Elok mempunyai peti kecemasan yang berbeza di rumah dan kereta. Kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sama. Untuk peti kecemasan ketika kembara, selain barangan asas yang dinyatakan itu, paling penting mempunyai telefon bimbit dan peralatan mengecas. Ia sangat berguna untuk menghubungi perkhidmatan perubatan sekiranya keadaan bertambah serius. Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/29

20

Alhamdullilah, akhirnya saya dapat menyiapkan projek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini dengan berjayanya. Semua berkat dan doa daripada kedua ibu bapa saya, saya bersemangat untuk menyiapkan projek ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi maklumat tentang projek ini. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang telah mengajar saya selama ini untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa guru siapalah saya di muka bumi ini.

Diharapkan guru dapat menerima hasil titik peluh saya menyiapkan kerja atau projek pendidikan jasmani dan kesihatan ini dengan hati yang terbuka. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.

21

PROSEDUR ECC BAGI MANGSA DEWASA

KAEDAH KEDUDUKAN PEMULIHAN

22

23

KEDUDUKAN TANGAN DI ATAS STERNUM

24

INTERNET: http://www.scribd.com http://www.jpkn.sabah.gov.my http://www.slideshare.net http://www.ppdhl.net http://www.utusan.com.my http://www.hmetro.com.my

BUKU: First Aid Manual

25