Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 4 Mac 2011 Kepada, Pn.Zawiyah Bt. Ahmad, Guru Besar Sek.Keb.

Taman Midah ( 2 ), Merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan Bola Baling Zon Pudu Puan, MEMOHON PERUNTUKAN BAGI PERTANDINGAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSWP PERINGKAT ZON PUDU 2011 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. SK Bandar Tun Razak (2) telah dipilih sebagai Pengelola Pertandingan Bola Baling MSSWP bawah 12 tahun Zon Pudu 2011. Justeru pertandingan tersebut dilangsungkan sebagaimana ketetapan berikut: Tarikh Hari Masa Tempat : 4-6 April 2011 : Isnin, Selasa dan Rabu : 7.30 pagi 2.00 petang : Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane

3. Sehubungan itu, kami dengan sukacita memohon peruntukan sebanyak RM 1 110.00 bagi menampung perbelanjaan sepanjang pertandingan tersebut. Bersama ini dilampirkan kertas kerja dan anggaran perbelanjaan untuk maklumat pihak puan. 4. Keprihatinan dan kerjasama pihak puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya Yang Menurut Perintah, __________________________ ( NORIZAN BT HJ. JAMIL ) Guru Besar, SK Bandar Tun Razak (2), Cheras, Kuala Lumpur.