Anda di halaman 1dari 3

Kesan Pembaziran Air

Penggunaan air yang tidak di rancang dan membazir adalah satu perbuatan dan sikap yang tidak bertangungjawab. Ini kerana air adalah sangat penting dan sangat terhad sumbernya. Cuma kurang daripada 1% sahaja air bersih yang terdapat di muka bumi ini. Pembaziran air secara berterusan akan menyebabkan: 1.Pembaziran wang,membayar bil air yang banyak. 2.Menyebabkan jumlah air di dalam kawasan tadahan di loji - loji air berkurang dengan cepat terutama sekali di musim Kemarau. 3.Mengurangkan tekanan air yang hendak di salurkan ke rumah - rumah. 4.Paip bocor yang tidak di baiki akan menyebabkan pembaziran dan jika kebocoran itu berlaku di jalan raya, ianya boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. 5.Menyebabkan hakisan tanah (paip bocor) di kaki - kaki bukit. 6.Mempercepatkan lagi kadar pengurangan air bersih dunia. 7.Menjadi ikutan anak - anak yang suatu hari nanti akan menjadi pewaris dunia.

Adab-adab masuk tandas

1-masuk dengan kaki kiri 2-keluar dengan kaki kanan 3-tidak membawa sebarang ayat-ayat al-quran 4-duduk bertinggung kekiri ketika menunaikan hajat. 5-tidak menghadap atau membelakangi kiblat. Haram bg yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan,menghadap atau membelakangi kiblat. Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah. 6-menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang. 7-Pilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang. 8-tidak menunaikan hajat: -dalam air yang tidak bergerak atau mengalir, -dalam lubang yang tidak diketahui isinya, -tempat yang berangin, -tempat berkumpul manusia, -di jalanan, -dibawah pokok berbuah 9-tidak bercakap 10-tidak menggunakan air yang bertakung dibawah atau dilantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci 11-selesaikan hajat dan tidak menangguhkannya 12-membaca doa ketika masuk dan keluar. Diterjemahkan sepenuhnya dari kitab minhajuttolibin yang diajarkan oleh sheikh ala di masjid amru bin ass di assofirah,iskandariah mesir. Sumber: http://hassarus.wordpress.com/2010/04/12/adab-adab-masuktandastunai-hajat/