Anda di halaman 1dari 6

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut

Matang dan Selama.

Tarikh : 27 dan 28 Febuari hingga 1 Mac 2009

Tempat : Bukit Bertam

Aktviti : Kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Bertam

Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam telah diadakan


pada 4 April 2009 di Padang Kampung Tua, Batu 6. Majlis telah dirasmikan oleh Encik
Suhaimi bin Syamsuddin, Penolong Pegawai Daerah Larut Matang Selama. Ramai ibu bapa
dan penjaga turut hadir memeriahkan majlis.

Acara bermula pada pukul 9.30 pagi dengan acara perbarisan dan lintas hormat
semua pasukan rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah
Kuning.

Acara sukan dimulakan dengan acara balapan dan diikuti dengan acara sukaneka
dan acara belia. Selepas itu, acara sukaneka untuk murid-murid Pendidikan Khas bersama
murid Pra dimulakan. Acara belia turut diadakan selepas itu dengan penyertaan ibu bapa
yang menggalakkan.
Suasana temasya sukan bertambah meriah dengan sorakan murid kepada ibu bapa
mereka.

Selepas ucapan oleh Penolong kanan Encik Mohammad Nor bin Mohammad,
ucapan perasmian telah disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Suhaimi bin Syamsuddin,
Penolong Pegawai Daerah Larut Matang Selama.

Seterusnya tetamu kehormat dijemput ke kantin untuk santapan tengahari. Manakala


murid-murid menjamu selera di Padang Kampung Tua.

Acara penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Yang Berhormat dan juga para
jemputan utama di sepanjang kejohanan sukan berlangsung. Kejohanan olahraga tahunan
sekolah tamat pada pukul 1.30 tengah hari.
Antara acara sukan yang telah disertai oleh murid-murid ialah :

ACARA PADANG
- Lompat Tinggi Tahun 4, 5, 6
- Lelaki dan Perempuan
- Lompat Jauh Tahun 3, 4, 5 dan 6 Lelaki dan Perempuan
- Lontar Peluru Tahun 5 & 6 Lelaki dan Perempuan.
SUKANEKA & PRA SEKOLAH & PEND.KHAS
- Memasukan air dalam botol
- Menarik bola dengan gelung
- Mencari gula-gula dalam tepung.
Antara acara sukan yang telah disertai oleh ibu bapa ialah :

ACARA BELIA (TERBUKA)


- Boling Kelapa
- 4 X 100m

Anda mungkin juga menyukai