Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENGENALAN
Sebagai seorang guru ataupun pelajar, perkataan kurikulum tidaklah asing lagi. Kurikulum sering dihubungkaitkan dengan kursus, mata pelajaran, sukatan pelajaran, silibus, modul dan pelbagai lagi. Pada asasnya kurikulum adalah apa yang dipelajari oleh pelajar. Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi apa itu kurikulum amnya dan kurikulum kebangsaan dan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional khususnya, unit ini akan memperihalkan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional dari segi pengertian, jenis, reka bentuk, kepentingan, ciri dan perbezaannya dengan kurikulum umum. Unit ini mengutarakan bagaimana membangunkan kurikulum PTV dan strategi membina konten PTV.
Definisi kurikulum boleh dirungkaikan dari pelbagai sudut. Dari sudut rancangan bidang pendidikan,
1. Matlamat untuk dicapai 2. Isi kandungan untuk pencapaian objektif 3. Metodologi untuk menyusun dan melaksanakan pengalaman
Tawner, D & Tanner, L. (1975) mentakrifkan kurikulum sebagai satu pengalaman pembelajaran terancang ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditentukan. Manakala Tyler (1949) terdahulu mentakrifkan kurikulum yang lengkap harus berasaskan kepada objektif dan proses yang mengandungi empat perkara berikut:
4. Penilaian untuk mengukur keberkesanan Dengan asas yang sama, Taba (1962) memperinci dan menambahnya kepada tujuh perkara iaitu. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mengenal pasti keperluan Menggubal objektif Memilih isi kandungan Mengolah isi kandungan Memilih aktiviti pembelajaran Mengolah aktiviti pembelajaran Menentukan apa dan bagaimana dinilai
Berlandaskan kepada definisi-definisi tersebut, intipati takrifan kurikulum boleh dirumuskan kepada empat perkara iaitu. 1. 2. 3. 4. Apakah yang hendak diajar Objektif Apakah pengalaman pembelajaran yang hendak dicapai Tingkah Laku Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh dirancang secara berkesan Kaedah Bagaimanakah cara menentukan hasrat pembelajaran telah dicapai - Penilaian
Dengan merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, terangkan peranan kurikulum dalam konteks kurikulum kebangsaan. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________
Kurikulum Operasional
Kurikulum Ideal/rasmi
JENIS KURIKULUM
Kokurikulum
Kurikulum Tersembunyi
Terdapat empat jenis kurikulum iaitu 1. Kurikulum ideal/rasmi kurikulum formal yang digubal dan dibina oleh Kementerian Pelajaran seperti yang terkandung dalam dua bahan asas kurikulum iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran 2. Kurikulum operasional isi kandungan sebenar untuk guru bagi pembelajaran murid seperti rancangan pengajaran harian 3. Kokurikulum/Kurikulum luar Aktiviti di luar bilik darjah sebagai tambahan kepada kurikulum sedia ada seperti sukan, persatuan, kelab 4. Kurikulum Tersembunyi Kurikulum tersirat tidak formal/langsung yang dilaksanakan secara sisipan dan penyerapan seperti patriotisme, keselamatan dan nilai murni
Teknikal
Intelektual
Sosial
Individual
1. Akademik berfokus kepada bidang ilmu atau disiplin seperti mata pelajaran Geografi dan Bahasa 2. Teknikal berfokus kepada kemahiran bercorak hands-on untuk meningkat kemahiran seperti mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan,Teknologi Kejuruteraan 3. Intelektual berfokus kepada pembentukan dan peningkatan minda dan daya berfikir seperti mata pelajaran Sains, Matematik dan Reka Cipta 4. Sosial berfokus kepada aplikasi ilmu untuk interaksi sosial seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Jasmani 5. Individu berfokus kepada memenuhi keperluan dan minat individu atau kumpulan seperti kursus jahitan dan masakan bagi ahli Kelab Kemahiran Hidup
Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional mengikut konteks pendidikan di Malaysia merangkumi
mata pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang menekankan kemahiran ke arah sesuatu pekerjaan. Kurikulum PTV terdapat dua komponen iaitu teknikal dan vokasional. Kurikulum pendidikan teknikal adalah bercorak teknologi/kejuruteraan yang spesifik manakala pendidikan vokasional merangkumi mata pelajaran bercorak teknologi atau bukan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi kemahiran/pekerjaan yang spesifik. Sesuatu mata pelajaran dikategorikan
sebagai vokasional atau tidak bergantung kepada tujuan kurikulum itu ditawarkan. Jika kurikulum itu bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran bagi sesuatu pekerjaan, kurikulum itu boleh dianggap sebagai vokasional walaupun bentuk kurikulum itu bukan kejuruteraan. Mata pelajaran vokasional mungkin bercorak kejuruteraan/teknologi kejuruteraan atau tidak. Sebagai contoh mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah mata pelajaran teknikal bercorak kejuruteraan manakala mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian dalam program MPV adalah mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian. Apakah perbezaan kurikulum PTV dan kurikulum pendidikan umum? Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum PTV adalah bercorak kejuruteraan/teknikal dan pengajaran dan pembelajarannya memberi fokus kepada aktiviti hands-on. Contoh kurikulum PTV ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup, Ekonomi Rumah Tangga dan Teknologi Kejuruteraan di sekolah menengah harian. Kurikulum pendidikan umum pula adalah kurikulum bercorak akademik dan kemanusian seperti Bahasa Malaysia, Sejarah dan Geografi.
Proses membuat keputusan dalam fasa pertama merancang kurikulum melibatkan dua aspek iaitu keputusan yang membabitkan polisi atau dasar dan operasi. Keputusan yang menyentuh polisi melibatkan halatuju, matlamat, objektif manakala keputusan operasi melibatkan aktiviti rutin harian yang menggerakkan kemajuan kurikulum. Perancang dan penggubal kurikulum perlu melibatkan diri dalam kedua-dua aspek yang memberi kesan langsung terhadap kejayaan sesuatu kurikulum. Kurikulum PTV perlu dirancang dan dilaksanakan berpandu kepada perancangan strategik yang mengambil kira keperluan pelajar dan masyarakat serta kehendak industri. Perancang kurikulum juga perlu mengambil kira pelbagai dasar pembangunan negara sedia ada dan akan datang, falsafah dan pendirian penggubal dasar serta pengaruh luar seperti ahli-ahli politik, badan professional dan bukan kerajaan dalam proses membuat keputusan. Organisasi yang menerajui penggubalan dasar harus mengwujudkan sistem yang sesuai dengan struktur selain menetapkan penanda aras yang realistik bagi mendapat kewajaran dalam keputusan. Maklumat dan data yang melibatkan keperluan guna tenaga, peluang dan permintaan pekerjaan, keperluan pelajar sekolah dan industri, peruntukan kewangan, prasarana dan sebagainya perlu diambil kira. Fasa 2 - Membina Konten Kurikulum Konten kurikulum yang relevan seperti dalam Fasa 2, bagi memenuhi keperluan pelajar dalam pasaran memerlukan strategi yang berkesan di samping mengambil kira konstrain logistik, tekanan pihak luar dan dalam yang berkepentingan, tuju hala kerajaan memerintah. Falsafah perancang dan penggubal kurikulum terhadap PTV juga menjadi asas kepada penentuan konten kurikulum. Apakah falsafah anda terhadap kurikulum PTV di Malaysia. Beri contoh pada ruang berikut.
___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ .
Dacum Approach ialah ________________________________________________ ___________ ______________________________________________________________________________ .
___________________________________________________________________ ___________ Task Analysis ialah ______________________________________________________________ __________________________________________________________________ ____________ ______________________________________________________________________________ . Critical Incident Technique ialah ________________________________________ ____________ _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ Delphi Technique ialah ______________________________________________ ______________ __________________________________________________________________
__________________________________________________________________ .
Membuat keputusan adalah satu kemahiran beraras tinggi yang perlu dibuat dengan rapi dan amat berhati-hati dengan mengambil kira impaknya yang besar dan kesannya yang berpanjangan kepada masyarakat dan negara. Dalam menentukan sama ada satu kurikulum baru itu hendak ditawarkan, mengubahsuai kurikulum sedia ada atau mengekalkan kurikulum sedia ada, seorang perancang dan penggubal kurikulum harus mengambil kira pelbagai faktor dan implikasinya sebelum membuat keputusan. Menentu dan memilih konten yang relevan, bermakna dan berguna bagi memenuhi keperluan pelajar dan kehendak industri adalah satu langkah yang bukan mudah dilakukan di samping mengambil kira pelbagai konstrain seperti pelajar, tenaga pengajar, prasarana, kewangan, rangka kurikulum dan peluang pekerjaan. Sebagai input dalam membuat sesuatu keputusan, Analisis SWOT boleh diguna pakai. Adakah anda mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Analisis SWOT? Cuba terangkan di bawah.
dalam bentuk yang boleh diukur dan dinlai. Pembinaan hasil pembelajaran mengambil kira skop, turutan dan pemeringkatan tajuk dan aktiviti amali, strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan bengkel dan peralatan, waktu peruntukan dan penanda aras. Fasa 3 Melaksana Kurikulum Dalan Fasa 3 yang melibatkan pelaksanaan, dokumen konten disediakan dalam dua jenis bahan asas kurikulum iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Dua bahan asas kurikulum ini menjadi garis panduan untuk menyediakan bahan-bahan sokongan kurikulum seperti buku teks, buku modul, buku sumber dan buku panduan guru. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran juga di guna untuk menerbitkan projek brif alat kemudahan bengkel dan makmal, senarai dan perincian peralatan dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya penyampaian tentang maklumat kurikulum, bahan-bahan kurikulum perlu disebar luas dengan berkesan kepada pelaksana kurikulum seperti pengetua dan guru. Keberkesanan kurikulum baru yang dilaksanakan perlu juga dinilai berasaskan kepada matlamat dan objektif serta penanda aras yang telah ditetapkan. Maklum balas dari penilaian ini akan menjadi input untuk penambahbaikan pembangunan di masa hadapan. Dengan merujuk kepada senarai mata pelajaran dalam sistem kurikulum kebangsaan, kenal pasti dan senaraikan mata pelajaran yang boleh dikategorikan sebagai pendidikan teknikal dan vokasional. Pendidikan Teknikal 1. __________________ 2. __________________ 3. __________________ 4. __________________ Pendidikan vokasional 1. __________________ 2. __________________ 3. __________________ 4. __________________
Bolehkah anda terangkan konsep Transformasi Pendidikan Vokasional yang dilancar oleh Timbalan Perdana Menteri pada 6 Jun 2011?
Transformasi Pendidikan Vokasional adalah satu inisiatif bagi merekayasa (reengineering) pelbagai aspek pendidikan vokasional iaitu kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia supaya lebih berdaya maju dan berdaya saing untuk menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Perekayasaan sistem pendidikan vokasional ini dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011-2020 yang melibatkan tiga fasa. 1. Fasa lonjakan ( Tahun 2011-2013) 2. Fasa peningkatan (Tahun 2014-2016) 3. Fasa pemerkasaan (Tahun 2017-2020)
K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 10
Antara objektif utama yang digubal bagi menggerakkan setiap fasa ialah menghasilkan lepasan pendidikan rendah yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan pensijilan kebangsaan dan juga bersedia melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi lepasan sekolah menengah atas pula, mereka memiliki sijil atau diploma yang boleh berdaya saing dalam dunia pekerjaan. Pendidikan vokasional merangkumi dua jenis kurikulum utama iaitu 1. kurikulum kolej vokasional (KV) dan 2. kurikulum pendidikan asas vokasional. Kurikulum KV melibatkan 53 jenis kursus kemahiran dalam 12 bidang kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional yang mengambil alih beransur-ansur 88 sekolah menengah vokasional/teknik mulai tahun 2011. Kurikulum kolej vokasional digubal mengikut standard kompetensi bekerja yang ditetapkan oleh organisasi standard pekerjaan dan aras pembelajaran menepati Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga tahap 4. Kurikulum KV mempunyai ciri-ciri utama. 1. Pembelajaran berorientasikan pekerjaan yang mengandungi tiga aspek kompetensi bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah 2. Nisbah komponen akademik-vokasional ialah 30:70 3. Mengandungi empat eleman ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi 4. Merentasi tiga domain jati diri (hearts-on), ketajaman minda (minds-on) dan kecekalan (handson) 5. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modular Struktur kurikulum KV mengandungi tiga modul iaitu 1. Modul akademik meliputi pengajian pelbagai bahasa, sains, matematik, sejarah dan pendidikan agama/moral 2. Modul vokasional dalam bentuk kluster program kemahiran vokasional 3. Modul kompetensi kompetitif yang meliputi kompetensi keusahawanan, kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah. Bagi mendapatkan maklumat Pendidikan Asas Vokasional, boleh dirujuk di Unit 3 modul ini.
RUMUSAN
Kurikulum memberi maksud pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah bagi memenuhi hasil pembelajaran murid yang ditentukan. Kurikulum merangkumi tiga aspek utama iaitu (a) (b) (c) (d) Objektif - apa yang hendak pelajari Tingkah laku apakah pengalaman perlu dilalui Kaedah - bagaimanakah pengalaman dikuasi dengan berkesan Penilaian bagaimana cara menentukan hasrat pengalaman telah dicapai
K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 11
Kurikulum boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu kurikulum ideal/rasmi, kurikulum operasional, kokurikulum dan kurikulum tersembunyi Reka bentuk kurikulum boleh dibahagikan kepada lima aspek kategori akademik, teknikal, intelektual, sosial dan individu. Kurikulum PTV dalam konteks Malaysia merangkumi mata-mata pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan teknologi yang menekankan kemahiran untuk menyediakan peringkat awal murid ke alam pekerjaan. Ini berbeza dengan mata pelajaran bercorak umum/akademik seperti Bahasa, Sains, Matematik. Mata pelajaran itu dianggap vokasional jika tujuannya untuk membekalkan murid dengan kemahiran yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan. Kurikulum PTV mempunyai ciri-ciri orientasi, justifikasi, fokus, standard kejayaaan sekolah, standard kejayaan luar sekolah, hubuingan sekolah-komuniti, penglibatan pihak berkuasa, keprihatinan, logistik, bajet dan perbelanjaan. Kurikulum PTV membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi berguna untuk pekerjaan dan juga bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. Pada masa sekarang, Malaysia memerlu lebih ramai murid sekolah mengikuti PTV. Terdapat tiga fasa utama bagi membangun dan membentuk kurikulum PTV yang melibatkan aktivit-aktiviti berikut. FASA 1- MERANCANG KURIKULUM - . Wujudkan proses membuat keputusan;. Mengumpul dan menilai maklumat dan data keperluan guna tenaga, prasarana, bajet, pelajar sekolah, industri FASA 2- MEMBINA KONTEN KURIKULUM - Laksanakan strategi menentukan konten; . Menentukan Konten; Menggubal matlamat dan tujuan kurikulum FASA 3- MELAKSANA KURIKULUM - . Mengenal pasti dan memilih bahan;. Membina bahan kurikulum;. Memilih strategi penyampaian;. Menilai kurikulum Penentuan konten kurikulum boleh dilaksanakan dalam beberapa strategi iaitu Introspection, Dacum Approach, Task Analyses, Critical Inciudent Technique dan Delphi Technique. Analisis SWOT boleh digunakan sebagai alat membuat keputusan dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum PTV Transformasi pendidikan vokasional merangkumi dua jenis kurikulum iaitu kurikulum kolej vokasional dan kurikulum asas pendidikan asas vokasional KV akan mengambil alih sekolah menengah teknik/vokasional beransur-ansur mulai tahun 2011. Kurikulum KV berfokus kepada kompetensi pekerjaan, pengajaran dan pembelajaran modular, kerja amali dan menerapkan kompetensi keusahawanan dan insaniah
K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 12
PETA KONSEP
KURIKULUM Akademik/Umum
KURIKULUM Definisi, jenis dan reka bentuk Membangun KPTV KURIKULUM Pendidikan Teknikal dan Vokasioanl (KPTV) Membina Konten KPTV Kepentingan KPTV CIri-Ciri KPTV
Pengertian KPTV
KATA KUNCI
Maksud kurikulum Jenis dan reka bentuk kurikulum Kurikulum Kebangsaan Pengertian kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional Kepentingan kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional Ciri-ciri kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional Merancang, membina dan melaksana kurikulum Strategi membina konten pendidikan teknikal dan vokaional Introspection Dacum Approach Task Analysis
K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 13
PENILAIAN KENDIRI
1. Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu pengalaman pembelajaran ______________ ke arah pencapaian hasil ____________ yang ditentukan. 2. Kurikulum boleh dirumuskan kepada empat intipati perkataan iaitu ___________ , ____________, ___________ dan _____________. 3. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran adalah I. II. III. IV. A. B. C. D. bahan kurikulum asas contoh kurikulum rasmi bahan kurikulum sokongan bahan kurikulum operasional I dan II I dan III II dan III III dan IV
4. Ahli-ahli Kelab Ekonomi Rumah Tangga menganjur kursus memasak nasi tomato memenuhi reka bentuk kurikulum A. B. C. D. teknikal sosial individu akademik
5. Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional sering dikaitkan dengan perkataan berikut I. II. III. IV. A. B. C. D. Learning by doing Aktiviti hands-on Minds-on Keciciran I, II dan III II, III dan IV I, II dan IV I, III dan IV
K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 14
6. Proses membuat keputusan dalam perancangan dan penggubalan kurikulum melibatkan dua aspek iaitu ___________ dan ____________ . 7. Strategi menentukan konten kurikulum menerusi pemantauan kemajuan program sedia ada; mendapatkan pandangan dan idea daripada guru dan jurulatih yang telah terlibat dala program; merujuk kepada laporan dan maklum balas program adalah ______________ . 8. Strategi mendapatkan maklumat tentang sikap dan dedikasi pekerja terhadap sesuatu tugasan dalam satu jenis pekerjaan menerusi pemerhatian adalah _______________ 9. __________ dibentuk dalam pernyataan yang umum tetapi tuju hala yang jelas manakala objektif pembelajaran lebih _________ dan boleh diukur dan dinilai. 10. Faktor utama membezakan sesuatu kurikulum itu bercorak vokasional atau bukan vokasional ialah dari segi _____________ kurikulum itu ditawarkan. 11. Mengendalikan kursus Bahasa Inggeris Komunikasi kepada staf pejabat agar mereka boleh berinteraksi dengan pelanggan luar negara dianggap sebagai kursus berbentuk A. B. C. D. vokasional teknikal bukan vokasional hobi
12. Seorang pembina kurikulum PTV harus memberi _____________ yang kukuh dalam menentukan keupayaan lepasan pelajarnya dalam mendapatkan pekerjaan. 13. Manakah pernyataan berikut menerangkan ciri-ciri kurikulum KV I. II. III. IV.
A. B. C. D.
Pendekatan modular Berfokus kepada kompetensi pekerjaan Nisbah komponen akademik-vokasional 70:30 Menyerapkan elemen keusahawanan
I, II dan III I, III dan IV II, III dan IV I, II dan IV
RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Finch, Curtis R & Crunkilton, John R. (1999). Curriculum Development in Vocational and Technical Education: Planning, Content, and Implementation. 5 th Edition. Needhams Heights, MA: Allyn & Bacon.
K u r i k u l u m P e n d i d i k a n T e k n i k a l d a n V o k a s i o n a l | 15
Mok Song Sang (2002). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Edisi Kedua. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ________________ (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur. _____________ (2011). Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. Info Ringkas. Bahagian Pendidkan Teknik dan Vokasional: Kuala Lumpur.