Anda di halaman 1dari 39

Hidangan

sepinggan lengkap boleh disediakan secara berikut:

Bergoreng

mi goreng, makaroni goreng, nasi goreng Berkuah tomyam, mi rebus, sup ayam, soto Makanan segera kebab, burger, sandwich

Hidangan sepinggan lengkap cara timur: Hidangan ini merupakan hidangan utama di negara kita yang digemari oleh semua kaum. Hidangan seperti nasi lemak, mihun goreng sering dihidangkan sebagai sarapan pagi atau semasa berkelah. Kebiasaannya disediakan secara menggoreng (mi goreng, nasi goreng) dan merebus (mi sup dan mihun sup).

Hidangan sepinggan lengkap cara barat: Banyak hidangan makanan kita dipengaruhi oleh masakan cara barat. Di negara kita makanan cara barat mudah di dapati seperti di kedai Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Burger King. Dalam menyediakan makanan ini, antara bahan utama yang sering digunakan ialah tepung gandum, sos tomato, mentega, susu dan keju. Roti burger, spageti dan makaroni adalah contoh hidangan sepinggan lengkap cara barat.

Hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya setempat: Hidangan ini adalah mengikut budaya setempat dan terkenal mengikut sesuatu negeri atau daerah. Kebiasaannya ia menjadi hidangan kegemaran penduduk setempat. Dalam penyediaan hidangan ini, mereka banyak menggunakan rempah-ratus seperti kulit kayu manis, ketumbar, kunyit, buah pelaga dan sebagainya. Nasi kerabu, laksa Johor, nasi dagang adalah contoh hidangan sepinggan mengikut budaya setempat.