Anda di halaman 1dari 3

TERHAD

2621/2

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013


PENDIDIKAN MUZIK KERJA KURSUS
Kertas 2 Februari 2012 Julai 2013

2621/2

1. 2. 3.

Kertas ini mengandungi dua tugasan. Tugasan ini khusus untuk Unit Aktiviti III: Portfolio. Calon dikehendaki memilih sama ada Tugasan 1 atau Tugasan 2.

Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 2621/2 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD ARAHAN KEPADA CALON

2621/2

Calon hendaklah merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Muzik 2621/2. 1. Calon SPM yang mendaftar untuk Pendidikan Muzik wajib melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Muzik. Calon yang tidak melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Muzik akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran 2621 Pendidikan Muzik. Calon dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Muzik dari bulan Februari Tingkatan 4 tahun 2012 hingga bulan Julai Tingkatan 5 tahun 2013. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan Unit Aktiviti III : Portfolio. Calon mesti melaksanakan setiap aspek kerja kursus dan berusaha untuk mencapai skor 4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul maklumat Pendidikan Muzik untuk aktiviti portfolio. Calon boleh menjalankan kajian aktiviti portfolio secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. Maklumat Pendidikan Muzik yang dikumpul bagi aktiviti porfolio hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan kajian. Laporan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 20 halaman. Hasil kerja aktiviti portfolio hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Hasil kerja aktiviti portfolio hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.

2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.

9.

10. Hasil kerja aktiviti portfolio calon mestilah hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan kerja aktiviti portfolio. 12. Penilaian proses semua aktiviti akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 13. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek. Penggredan hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai Tingkatan 5 tahun 2013.

2621/2

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 1

2621/2

Alat muzik perkusi adalah adalah satu satudaripada daripadakeluarga keluargamuzik muzik orkestra yang mempunyai orkestra yang peranan yang penting dalam persembahan orkestra. orkestra. mempunyai peranan yang penting dalam persembahan Hasilkan kajian mengenai alat muzik perkusi dalam orkestra. Kajian mestilah merangkumi perkara berikut: (a) Penerangan dan teknik permainan alat muzik perkusi. (b) Jenis-jenis alat dalam muzik perkusi. (c) Latihan-latihan untuk meningkatkan kemahiran bermain alat muzik perkusi. (d) Fungsi alat muzik perkusi dalam permainan dan persembahan. (e) Biodata dan pencapaian seorang pemain perkusi yang terkenal di Malaysia. (f) Lampirkan bahan sokongan seperti skor lagu, gambar, foto, ilustrasi, rakaman audio dan video kajian yang dijalankan. ATAU TUGASAN 2 Muzik Rock merupakan satu daripada genre muzik yang digemari remaja di seluruh dunia. Muzik Rock adalah kesinambungan daripada muzik Rock and Roll yang lahir pada era 50-an. Hasilkan kajian mengenai muzik Rock di Malaysia. Kajian mestilah merangkumi perkara berikut: (a) Sejarah dan perkembangan muzik Rock. (b) Elemen melodi dan ritma dan gaya persembahan yang terdapat dalam muzik Rock. (c) Alat muzik yang digunakan. (d) Pilih satu kumpulan muzik Rock di Malaysia yang anda kagumi dan pilih satu karya kumpulan muzik Rock tersebut sebagai bahan kajian anda. (e) Lampirkan bahan sokongan seperti skor lagu, gambar, foto, ilustrasi, rakaman audio dan video kajian yang berkaitan.

TUGASAN TAMAT [Lihat halaman sebelah TERHAD

2621/2

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia