P. 1
Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

Teks Pengacara Majlis Tadarus Al-quran Negeri Perak 2009

1.0

|Views: 3,015|Likes:
Dipublikasikan oleh Ahmad Rusli

More info:

Published by: Ahmad Rusli on Apr 26, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUP MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2009M/1430H DI SM TEKNIK GERIK

, PERAK DARUL RIDZUAN 25 APRIL 2009
TINDAKAN TEKS PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT MAKLUMAN AWAL Para hadirin sekalian. Makluman kepada semua peserta Majlis Tadarus Al-Quran. Sekiranya anda diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil hadiah di atas pentas, sila gunakan tangga sebelah kanan pentas dan turun di sebelah kiri pentas. Manakala untuk Johan, mohon ada seorang pengiring yang ikut bersama pemenang naik ke atas pentas membantu membawa piala yang akan disampaikan. Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. RUSLI Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih. SETELAH DIBERI ISYARAT UCAPAN PENGUMUMAN RUSLI Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dan Dif-dif Jemputan. PERARAKAN MASUK PERASMI & VIP SETELAH PERASMI DAN VIP DUDUK RUSLI Hadirin dipersilakan duduk.

RUSLI

1

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫السلم عليكم ورحمة الله وبركاته‬ ‫الحمد لله رب العالمين والصلوة السلم‬ ‫على اشرف النبياء والمرسلين‬ .‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬ ‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬ .‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar Pengarah Pelajaran Perak Yang Berusaha Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H Yang Berusaha En. Abdul Rahim bin Ismail Pengetua Sekolah Menengah Teknik Selaku Tuan Rumah Yang Berusaha En. Rosli bin Hashim Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Ketua-ketua Sektor Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Pengetua-pengetua Guru-guru Besar Jawatankuasa Pengelola Guru-guru Pengiring Ibu bapa

2

Para Peserta dan seterusnya Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka kata.

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutup Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M bersamaan 1430H ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutup Majlis Tadarus Al-Quran Sekolahsekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M bersamaan 1430H pada tengahari ini.

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

SHAHZATUL

‫المدل. نمده و نشكره على إردتكه وبإذن ال تعال، نتمككن ان‬ ‫نت مع ف هذه الجل يس البار كة اي ملس الختتام للمجلس تدرس‬ ‫القرءان الدارس الوزرة التعل يم الاليز يا بالدر جة الول ية القياق سنة‬ .‫الفي وتسعون تساوي الف اربع مائة و ثلثون هجرية‬ ‫الشكرو تقديرلضورالحترم الكِرام، كيد ك كد كي ب ن‬ ‫الس الج مم راض ك‬ ‫عبد البار، مدير التعليم بولية الفياق ال ملسنا اليوم. اهل وسهل‬ .‫ومرحبا بكم‬
Dengan tema kali ini iaitu Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang,

RUSLI

3

semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sedari malam tadi hinggalah sebentar tadi 5 acara iaitu Tilawah Al-Quran, Tahfiz Al-Quran, Syarahan Agama, Bercerita Kisah Dari Al-Quran dan Kuiz Agama yang melibatkan 160 orang peserta mewakili setiap daerah telah dipertandingkan dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak kali ini.

SHAHZATUL

‫وبلعتماد ان القرءان نتاج النسكان متفوقكا، نتمنك بذالجلس‬ ‫سكُيدْفنُ مبكة و مودة بكلمكة ال، وبالتال سكيتفع مراتكب القرءان‬ ِ ‫بالرا تب العل يا. وعلي نا ان ُقَْتطِ ُ كل د ّ ٌ من در ٌ العلم مَدى هذا‬ ‫ُرة ُ َر‬ ‫ي ف‬ .‫الجلس‬ ،‫و من ال مس 5 م سابقات اي تلوة القرءان، تف يظ القرءان، خط بة‬ ‫حكايكة قصكة القرءان والختيبار التك تشارك مكن مائة و سكتي‬ .‫مشاركون والذي مّل من كل منطقة بولية الفياق‬ ‫ث‬
Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Tuan Haji Zamri bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa.

RUSLI

SHAHZATUL

،‫أيها الستمعون الكرام‬ ‫نستمر ملسنا بالبكة والعافية، نقدملكم الفاضل السيد الج زمري‬ .‫بن زكري لقراءة الدعاء. فنتفضل مشكورا‬
4

RUSLI

Dipersilakan... BACAAN DOA Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Zamri bin Zakaria di atas bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dimuliakan.

RUSLI

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H untuk menyampaikan ucapan aluan.

SHAHZATUL

...‫السيد والسيدات العزاء‬ ‫والن كل الحترم دكتور ك دمنهوري ب ن ابراهي م، موظ ف‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫احد‬ ‫نتفض‬ ‫التعليكم بالنطقكة هولو قياق اي رئيكس لنكة ُبَرْمِجك ملس تدرس‬ ُ ‫م‬ ‫القرءان الدارس الوزرة التعل يم الاليز يا بالدر جة الول ية القياق سنة‬ ‫الف ي وت سعون ت ساوي الف ار بع مائة و ثلثون هجر ية. َبّ غَ كلم‬ ‫ل‬ .‫ترحيب‬ ...‫فنتفضل مأجورا‬
Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

RUSLI

RUSLI Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak di atas ucapan aluan itu tadi. Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak untuk menyampaikan ucapan & perasmian penutup Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H.

5

SHAHZATUL

...‫وأما الن أيها الضور الكرام‬ ‫نسكتمع القكى اختتام رسكيا للمجلس تدرس القرءان الدارس الوزرة‬ ‫التعل يم الاليز يا بالدر جة الول ية القياق سنة الف ي وت سعون ت ساوي‬ ‫الف ار بع مائة و ثلثون هجر ية. نتق ضل الحترم الكرام ال سيد ال ج‬ .‫ممد راضي بن عبد البار، مدير التعليم بولية الفياق‬ ...‫فنتفضل مأجورا‬
Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian,

RUSLI

RUSLI

Kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H. Tetapi sebelum itu, mari kita sama-sama mendengar ulasan jemaah hakim mengenai pertandingan yang dijalankan. Untuk itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad bin Haji Yahya, Pengerusi Jemaah Hakim untuk menyampaikan Ulasan Penghakiman Pertandingan.

SHAHZATUL

...‫السيد والسيدات العزاء‬ ‫كة كابقات‬ ‫كم النتيجك السك‬ ‫والن بالدراك والنتظار طويل، نقدملكك‬ ‫للمجلس تدرس القرءان الدارس الوزرة التعليكم الاليزيكا بالدرجكة‬ ‫الول ية القياق سنة الف ي وت سعون ت ساوي الف ار بع مائة و ثلثون‬ .‫هجرية‬
6

‫وق بل ذلك، نق ضل الحترم ال سيد ال ج م مد بن ال ج ي ي، رئ يس‬ .‫لنة الكماء للمسابقات عَلقَ خلصة النتيجة‬ ّ
..‫فنتفضل مشكورا‬
RUSLI Dipersilakan... ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM Terima kasih diucapkan. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah dan cenderamata. Untuk menyempurnakan majlis ini, dijemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dengan diiringi oleh Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak naik ke pentas untuk menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.

RUSLI

SHAHZATUL

‫وحاليًكا، نقدملككم افراح البلغ الائزة. وبذلك، نقضلوا الحترم‬ ‫الكرام ال سيد ال ج م مد را ضي بن ع بد البار، مد ير التعل يم بول ية‬ ‫الفياق وسيافقه الحترم دكتور احد دمنهوري بن ابراهيم، موظف‬ ‫التعليكم بالنطقكة هولو قياق ال مِنَصكةُ ا ُول وسكُبَل ُ جائزة لفرقكة‬ ‫َي ّغ‬ ‫ّ ل‬ .‫النطقة والشاركون والفائزون لذا الجليس‬ ...‫فنتفضل مشكورا‬
Dipersilakan... PERASMI & PPD NAIK KE ATAS PENTAS Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada tuan rumah. Dijemput En. Abdul Rahim bin Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Gerik naik ke atas pentas untuk menerima cenderamata daripada Tuan Pengarah.

RUSLI

RUSLI

SHAHZATUL

‫ونبداء، بإبلغ الدية التقدير للمضِيْ فُ اليَوم. إذن، نفضل السيد عبد‬ ُ
7

.‫الرحيم بن اساعيل مدير الدرسة الثنوية التكنيقية بالكريق‬ ...‫فنتفضل مشكورا‬
Dipersilakan.. RUSLI Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada setiap ketua kontinjen. Untuk itu dipersilakan ketua-ketua kontinjen untuk menerima cenderamata.

SHAHZATUL

‫ون ستمر، بإبلغ الد ية التقد ير لفر قة النطي قة على تشارك هم. إذن‬ .‫نفضل ُمَرَاءُ الفرقة النطقة‬ ‫ا‬ ...‫فنتفضل مشكورا‬
Kita mulai dengan daerah: 1. Batang Padang 2. Hilir Perak 3. Perak Tengah 4. Manjung 5. Kinta Utara 6. Kinta Selatan 7. Kuala Kangsar 8. Larut Matang Selama 9. Kerian 10. dan akhir sekali tuan rumah, Hulu Perak. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kini sampailah saat yang ditunggu-tunggu, pengumuman pertandingan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. keputusan

RUSLI

Keputusan telah berada di tangan kami. ................................................... PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG RUSLI Tahniah diucapkan kepada para pemenang Majlis Tadarus Al-Quran Sekolahsekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009/1430H kali ini. Dan terima kasih kepada Tuan Pengarah kerana sudi menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang. Sebagai penghargaan pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

8

Yang Berusaha Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak. Dipersilakan. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGARAH Terima kasih sekali lagi Tuan Pengarah Pelajaran Perak dan terima kasih juga kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak kerana sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi. RUSLI Acara penutup tengahari ini ialah __________________________________, Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________________________________________

SHAHZATUL

‫ك ال الشاركون والفائزون ك الجلس تدرس القرءان‬ ‫فك‬ ‫ألف تانك‬ ‫الدارس الوزرة التعلي م الاليزي ا بالدرج ة الولي ة القياق كنة ك‬ ‫س الفي‬ ‫ك ك‬ ‫ك‬ ‫ك‬ .‫وتسعون تساوي الف اربع مائة و ثلثون هجرية‬ .‫الشكروالتقدير على رغبتهما ف إبلغ الائزة‬ __________________________‫وبالخر، نقدم‬ ...‫فنتفضل مأجورا‬
Terima kasih diucapkan. Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Tadarus Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Alhamdulillah.. Dengan persembahan ________________________ sebentar tadi maka Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H pada kali ini sampai ke penghujungnya.

RUSLI

9

Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini. Terima kasih juga kepada semua dif-dif jemputan, pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perak, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negeri Perak, Guru-guru, para peserta yang mengambil bahagian, Jawatankuasa Pengelola dan seluruh pihak yang telah menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009M/1430H ini.

‫المدل..نوصككل ال طرف الجلس تدرس القرءان الدارس الوزرة‬ ‫التعل يم الاليز يا بالدر جة الول ية القياق سنة الف ي وت سعون ت ساوي‬ .‫الف اربع مائة و ثلثون هجرية‬ ‫الشكروالتقدير على رغبة الحترم الكرام السيد الج ممد راضي بن‬ .‫عبد البار، مدير التعليم بولية الفياق ف الضور ملسنا اليوم‬
SHAHZATUL

‫وأي ضا، نشكر كم جي عا ال كل دعوات والوا ظف من ق سم التعل يم‬ ‫بوليكة الفياق والشاركون والشاركات ولنكة ُبَرْمِجك وايضكا ككل‬ ٌ ‫م‬ ‫شخكص مكن اشخاص التك تشارك ليتكب الجلس تدرس القرءان‬ ‫الدارس الوزرة التعلي م الاليزي ا بالدرج ة الولي ة القياق كنة ك‬ ‫س الفي‬ ‫ك ك‬ ‫ك‬ ‫ك‬ .‫وتسعون تساوي الف اربع مائة و ثلثون هجرية متفوقا‬
RUSLI Seterusnya.. Dijemput kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abd Jabar, Pengarah Pelajaran Perak dengan diiringi oleh Dr. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak dan dif-dif jemputan ke jamuan makan tengahari. Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi. Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat.

10

SHAHZATUL

.‫و ف امن ال وإل اللقاء، مع السلمة‬
Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr. Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT. PENGUMUMAN Kepada semua ketua kontinjen diharap dapat mengambil saguhati bagi acara yang tidak mendapat tempat Johan, Naib Johan atau ketiga dibelakang pentas selepas ini menerusi Jawatankuasa Hadiah. Terima kasih.

RUSLI

RUSLI

Teks disediakan oleh : USTAZ AHMAD RUSLI BIN HAJI ABDUL GANI & USTAZAH SHAHZATUL FAKHRIAH BT HJ SHAARANI SK SRI ADIKA RAJA, GERIK, PERAK APRIL 2009 ahmad_rusli@yahoo.com

11

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->