Anda di halaman 1dari 8

APA PERLU ADA DALAM PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN Apakah Itu Kertas Cadangan/Usulan/Proposal?

Penyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki. Proposal mengandungi sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili atau berkaitan dengan permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan kaedah yang akan digunakan. Proposal mengandugi: i. Pendahuluan ii. Takrifan/Penyataan masalah/Isu kajian iii. Tujuan/Objektif iv. Sorotan/tinjauan/susastera v. Teori dan definisi konsep. Susunan teoretis dan skema konsepsi adalah nadi kepada proposal. Apakah yang pengkaji lain kata mengenai bidang yang hendak anda kaji. Apakah teori yang berkaitan. vi. Implikasi kajian. Adakah kajian ini relevan/ signifikan/penting/membri faedah vii. Kesimpulan viii. Rancangan Penyelidikan (Milestone) ix. Rujukan A. Pendahuluan Pengenalan ringkas mengenai isu yang hendak ditangani. Mengapa anda pilih isu tersebut. Adakahbisutersebut penting untuk diselesaikan B. Takrifan Masalah/Penyataan Masalah/Isu Kajian Penyataan masalah merujuk kepada satu penyataan yang jelas, tepat dan ringkas kepada persoalan atau isu yang diselidiki dengan tujuan untuk mencari jawapan atau penyelesaian. Ia merupakan sebarang situasi yang ada pada ruang antara tahap yang sebenar dan tahap yang dihajati (Sekaran 2000). Penyataan masalah ini perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas (Majid 2005). Apakah isu yang hendak anda tangani atau apakah isu yang timbul sehingga mendorong anda hendak membuat projek. Bagaimana anda tahu isu itu wujud dan perlukan kajian Penyelidikan memerlukan permasalahan atau isu. Permasalahan ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang penyelidikan. Permasalahan ini memerlukan penyelidikan khusus sebagai usaha mencari jawapan sebenar. Permasalahan kajian adalah kesulitan yang menggerakkan penyelidik untuk menyelesaikannya. Permasalahan dalam penyelidikan perlu memiliki ciri-ciri yang menggerakkan penyelidik untuk membahaskankan bagi mendapatkan manfaat daripadanya. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian, penyelidik perlu mempunyai pandangan yang ktiris dan selektif. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian anda perlu bertanya soalan seperti:

i. Adakah permasalahan yang dipilih berguna untuk diselesaikan? Adakah permasalahan yang anda pilih merupakan permasalahan yang penyelesaiannya boleh memberi manfaat atau kesan yang penting? ii. Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk penyelesaian kepada permasalahan tersebut? iii. Anda perlu bijak memilih cara/kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan permasalahan. Pengetahuan mengenai pembentukan sampel, maksud korelasi koefisien, pengiraan deviasi piawaian dan khi kuasa dua adalah diperlukan. iv. Adakah permasalahan yang dipilih menarik untuk diselesaikan? Ada masalah yang boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat dan ada yang hanya boleh diselesaikan oleh penyelidik lain. Perlu ada iltizam untuk menyelesaikan permasalahan yang mungkin tidak mendapat sokongan rakan/masyarakat. v. Adakah data yang secukupnya diperlukan atau data yang mencukupi didapati untuk menyelesaikan permasalahan? vi. Adakah anda mempunyai tenaga, wang dan masa. vii. Permasalahan perlu dibatasi supaya penyelidikan tidak kabur dari segi istilah atau konsep berkaitan. viii. Tidak terlalu menyempitkan masalah sehingga permasalahan mungkin kehilangan pengertian sebagai masalah penyelidikan. C. Tujuan/Matlamat Tujuan kajian juga dikenali sebagai matlamat. Ia adalah sesuatu yang hendak dicapai atau tujuan melaksanakan kajian tersebut. Tujuan atau matlamat adalah jangkaan umum hasil daripada sesuatu aktiviti atau proses (Majid 2005). D. Objektif/Sasaran Kajian Apakah yang hendak anda capai atau benar-benar lakukan dalam projek. Objektif mesti boleh diukur. Sesuatu yang khusus yang ingin dicapai (Kamus Dewan 2005). Objektif adalah khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Objektif kajian merupakan penyataan mengenai sasaran yang hendak dicapai, yang boleh dicerap dan diukur (Khalid 2003) sebagai hasil daripada aktiviti penyelidikannya. Fungsi objektif terbahagi kepada 2 iaitu pertama, objektif umum (bertindak untuk merangka kefahaman yang tepat tentang topik kajian dengan menstrukturkan semula ayat yang diguna dalam topik kajian. Fungsi kedua ialah menerangkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan menerusi penyataan objektif khusus (Khalid 2003). Apakah sasaran khusus yang ingin dicapai? Adakalanya bahagian ini dibahagikan ke beberapa sub bahagian yang merangkumi sasaran utama dan sasaran tambahan atau ada penekanan/perhatian utama dan perhatian sekunder. Dalam hal ini susun sasaran dari yang penting kepada yang kurang penting. Tidak ada had bagi objektif penyelidikan. Jumlah itu ditentukan oleh keluasan penyelidikan, minat penyelidik, waktu, biaya dan tenaga. Namun adalah kurang bijak jika

penyelidikan mempunyai banyak objektif kerana ini menyebabkan penyelidik menghadapi masalah untuk merangkumi kesemua objektif tersebut. Objektif yang banyak juga menyebabkan kemunculan skema teoretis yang sukar. Lazimnya objektif kajian ditulis seperti berikut: i. mereka bentuk/membangun (Objektif yang lazim untuk pembangunan) ii. mengenal pasti/ meramal iii. menganalisis/ meramal iv. menilai/ menguji E. PERSOALAN KAJIAN Merupakan perincian kepada penyataan masalah yang dibentuk dan dibuat secara berurutan mengikut langkah demi langkah penyelesaian kajian (Khalid 2003). Persoalan kajian menyatakan dengan ringkas dan jelas masalah yang cuba diselesaikan dalam kajian. F. KERANGKA TEORI Merupakan asas kepada keseluruhan projek penyelidikan (Sekaran 2000). Ia adalah satu model konsepsi yang membolehkan pengkaji mengemukakan teori atau pendapat yang logik terhadap hubungan antara beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai penting kepada masalah yang dikaji. Menurut Khalid (2003) kerangka konsep memberi huaraian pertalian antara teori, model atau dapatan kajian lepas dengan masalah yang dikaji. G. SKOP i. Apakah skop projek yang hendak dilakukan lakukan. Projek mesti ada batasan skop supaya tidak terlalu luas. ii. Skop yang kecil memudahkan pembangunan/kajian. H. METOD i. Bagaimana hendak menyelesai masalah kajian. Apakah cara atau kaedah yang anda guna bagi menyelesai masalah atau membangun projek. ii. Model apa yang anda guna untuk bangunkan projek I. REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan. Reka bentuk melibatkan strategi untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu reka bentuk kajian boleh ditulis menggunakan tajuk seperti (G) dan (H)

J. ANALISIS DAN SPESIFIKASI KEPERLUAN UNTUK JALANKAN PROJEK iii. iv. v. vi. vii. viii. Spesifikasi Fungsian Sistem (Modul) Spesifikasi Keperluan Sistem (Keperluan Perisian dan Perkakasan) Bahasa yang digunakan Keperluan Prestasi Apakah yang perlu ada bagi menyelesaikan masalah atau membangunkan projek Nyatakan adakah anda perlu melakukan soal selidik atau temubual untuk kutip data sebelum bangunkan sistem (jika berkaitan).

K. REKA BENTUK SISTEM Huraikan dengan ringkas sistem/ projek yang hendak anda bangunkan Nyatakan reka bentuk data dan pangkalan data yang terlibat Nyatakan reka bentuk seni bina Nyatakan reka bentuk antara muka L. SOROTAN SUSASTERA Sorotan susastera merupakan ground-clearing exercise semasa melakukan projek penyelidikan. Ia membantu untuk mencapai 3 perkara: 1. Analisis kritis mengenai susastera sedia ada mengenai subjek kajian. 2. Melakukan sorotan susastera membantu proses menjelas dan merangka persoalan kajian kerana anda tahu apa yang sudah dilakukan terlebih awal daripada kajian anda. 3. Dapat mengetahui perbandingan dari segi kesesuaian, faedah dan kelemahan sesuatu kaedah penyelidikan yang dipilih oleh penyelidik lampau dan yang sedang dipertimbangkan dalam menyelidiki sesuatu topik (merupakan aspek tersembunyi sorotan susastera). Aspek 1 & 2 dimuatkan/terkandung dalam bab sorotan susastera/ulasan karya/ tinjauan literatur. Aspek 3 pemilihan pendekatan kajian dan metod tertentu bab metod/kaedah kajian. Percubaan dilakukan bagi menjelas dan memberi justifikasi penggunaan pendekatan kajian dan teknik tertentu dalan penyelidikan. Setelah kajian dijalankan, susastera dirujuk semula kerana anda perlu merujuk kembali ketika membuat perbincangan mengenai penemuan kajian dan bagaimana ia berkait dengan susastera sedia ada. Dalam melakukan sorotan susastera anda turut melakukan 3 aspek di bawah:

1. Nilai kaji. Menilai kaji bermakna anda perlu meneliti atau menyedia rumusan. Ini bermakna sorotan susastera haruslah: menyeluruh (meliputi sebanyak mungkin susastera yang ada) relevan (nilai kaji tidak hanya membincangkan penyelidikan semata-mata kerana anda telah membacanya dan anda tidak mahu membazirkan maklumat yang anda peroleh, menarik atau kerana semata-mata hendak mempamerkan keupayaan anda membuat analisis)

2. Nilai kaji seharusnya melibatkan kajian dan penyiasatan kritis. Ini bermaksud: kenal pasti sama ada sesuatu karya itu baik atau lemah, adakah berkaitan/relevan dengan penyelidikan anda bandingkan beberapa buah buku dan rencana dengan perspektif topik penyelidikan anda lakukan penilaian terhadap karya bagi tujuan memenuhi keperluan penyelidikan anda.

3. Matlamat sorotan susastera ialah merumus secara menyeluruh karya yang relevan. Ini bererti: fokus (jangan melencong dari isu utama) Ringkas dan padat ketika mengekstrak tema atau isu yang berkaitan dengan penyelidikan anda Menyediakan rumusan karya yang berkaitan dengan penyelidikan anda Kenal pasti sebarang karya yang mungkin relevan tetapi tidak boleh diperoleh semasa menyelesaikan penyelidikan.

Peringkat dalam proses pencarian susastera 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Apakah persoalan kajian yang diberi tumpuan? Apakah kata kunci yang relevan untuk melakukan pencarian? Apakah kata kunci yang tidak sesuai/dirangkumi? Apakah prosedur pencarian bibliografi yang sesuai? Buku/jurnal apa? Buku/jurnal mana? Jika guna CDROM istilah yang mana? Adakah bahan mencukupi atau perlu perluaskan skop persoalan/penyelidikan? Adakah tesis yang relevan? Adakah matlamat penulis/pengarang/penyelidikan boleh dikenal pasti dengan jelas? 10. Sudahkah maklumat yang penting diuruskan pencariannya berbanding dengan maklumat yang kurang penting? Anda mungkin memberi perhatian kepada maklumat yang kurang penting sebab anda berminat dengan maklumat tersebut. 11. Adakah ulasan (review) mensintesis (apa yang anda peroleh/pelajari) susastera yang terpilih dan berkait dengan tumpuan penyelidikan dan persoalan.

12. Adakah cara persembahan itu: - berpadu (cohere) - dapat membangunkan satu tema - jelas berkait dengan masalah yang hendak dikaji - menunjukkan pendirian yang kritikal terhadap susastera yang ada (di mana berkaitan) M. KESIMPULAN Mengungkapkan sama ada projek berjaya mencapai matlamat. Apakah kekuatan projek/sistem yang anda bangunkan Apakah kelemahan Apakah masalah yang anda hadapai semasa melakukan projek Apakah kebaikan/faedah yang diperoleh dari projek atau yang diberikan oleh projek Berikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan. Bolehkah projek dikembangkan pada masa hadapan N. SENARAI RUJUKAN i. Jurnal ii. Buku iii. Kertas kerja persidangan/ seminar iv. Laporan penyelidikan v. Tesis/latihan ilmiah Rujukan: 1. Uma Sekaran. 2. Babbie, Earl. 3. Parmjit Singh, Chan Yuen Fook, Gurnam Kaur Sidhu. 2006. A comprehensive Guide ti Writing A research proposal. Batu Caves: Venton

Untuk kajian yang melibatkan pengutipan data melalui kaedah tinjauan C. Hipotesis

Sesetengah penyelidikan memerlukan hipotesis manakala sebahagian lagi tidak memerlukannya. Jika diperlukan, hipotesis hendaklah dirumus setelah permasalahan kajian dikenal pasti serta mempunyai potensi dan nilai untuk dimulakan kajian. Hipotesis adalah satu penyataan sementara tentang sesuatu yang kebolehpercayaannya tidak diketahui. Hipotesis terbahagi kepada 3 itu (Ha) i. Hipotesisi Penyelidikan Hipotesis penyelidikan/kerja/alternatif diambil drp teori penyelidikan tentang suatu fenomenon. Penyelidik percaya bahawa hipotesis penyelidikan adalah benar atau merupakan penyataan yang teliti tentang keadaan permasalahan yang diselidiknya iaitu selagi teori yang menjadi sumbernya memadai. Contoh: Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh. ii. Hipotesis Nul (Ho) Merupakan penyataan sesuatu perkara tetapi menolak penyataan yang ditunjukkan oleh hipotesis penyelidikan. Hipotesis penyelidikan mengatakan Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh hipotesis Nul mengatakan Kenakalan kanak-kanak bukan dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh. iii. Hipotesis Statistik

Penyataan tentang populasi statistik (perangkaan) yang didasarkan pada maklumat daripada data yang diteliti diusahakan oleh seseorang penyelidik untuk diterima atau ditolak Contoh: Kelompok A dan kelompok B tidak berbeza pada umur Gunakan X1 untuk umur kelompok A dan X2 untuk kelompok B. Oleh itu hipotesis kerja yang diwakilkan sebagai H1: Xi = X2 D. 1. 2. 3. 4. Strategi Penyelidikan Kajian Lapangan Penyelidikan Tinjauan Eksperimen Analisis Kandungan

E.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan. Reka bentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan perkaitan sebab-akibat. Reka bentuk juga menetapkan unit analisis, populasi, persampelan, angkubah, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data. Reka bentuk penyelidikan bertujuan menjawab soalan tertentu yang ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang telah dikenal pasti. Oleh itu reka bentuk perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelidikan tersebut dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan.

PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (Untuk kajian tinjauan) Kertas cadangan penyelidikan ialah penyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki. Proposal mengandungi sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili atau berkaitan dengan permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan metod yang akan digunakan. Proposal mengandugi: x. Pendahuluan xi. Penyataan masalah xii. Tujuan/Objektif xiii. Sorotan/tinjauan/susastera xiv. Susunan teoritis dan skema konsepsi. Teori merupakan sekumpulan konstruk (konsep), definisi dan dalil yang saling berkait bagi menghadirkan suatu pandangan yang sistematis tentang fenomena serta menetapkan hubungan antara beberapa angkubah dengan maksud menjelaskan dan meramalkan fenomena. Susunan teoretis dan skema konsepsi adalah nadi kepada proposal. xv. Hipotesis xvi. Kaedah. Populasi yang diselidiki, jenis persampelan, ukuran sampel, jenis instrumen, statistik yang digunakan (khi kuasa dua, Korelasi Pearson dsb) xvii. Bantuan persembahan (grafik, jadual, peta, gambar) xviii. Implikasi teoretis dan Implikasi substantif (Sejauh manakah kajian ini relevan dan signifikan?)

Anda mungkin juga menyukai