Anda di halaman 1dari 17

Judul: Ethnic Groups in Burma Development, Democracy and Human Rights, Pengarang: Martin Smith Tahun : 1994

1.0 Pengenalan Bergenerasi lamanya Myanmar tersembunyi di belakang pintu tertutup. Secara tiba-tiba pada tahun 1988, pintu terbuka dengan keganasan dimana penunjuk perasaan menyerang pihak keselamatan, keadaaan yang menyeramkan itu menjadi tajuk hangat media di seluruh dunia. Kepingan yang dalam adalah umpamaan keadaan politik dan represi sivil yang telah berlaku sejak bertahun-tahun. Setelah sekian lama penindasan telah berlaku keatas penduduk Myanmar sendiri golongan minority. Myanmar adalah sebuah negara yang bangga dengan budaya dan tradisinya bersejarah dan ia kaya dengan sumber asli. Tetapi konflik hampir setengah abad telah meninggalkan Myanmar dengan warisan masalah yang mendalam dan melemahkan keupayaanya untuk menangani masalah baru yang semakin meningkat: kejatuhan ekonomi dan sosial; beribu-ribu pelarian dan penduduk yang bertabur, kemusnahan alam sekitar; narkotik, dan AIDS. Masalah ini menyentuh kehidupan semua rakyat Myanmar. Tetapi kumpulan etnik minoriti adalah kumpula yang menerima kesan yang paling teruk, mereka menderita. Mereka tidak banyak ruang untuk bersuara dan tidak mampu memperjuangkan hak mereka berbanding kumpulan majority Myanmar. Ramai minority makwaan bahawa selepas dasar 'Myanmarnisation' dilaksanakan, di tengah-tengah pergolakan, pencabulan hak asasi manusia telah dilakukan, termasuk pengerahan, buruh paksa, layanan buruk etnik atau membunuh minoriti di zon perang , dan penempatan semula secara paksa seluruh masyarakat.

2.0 Latar Belakang Dan Sejarah

Sejak SLORC berkuasa dari tahun 1988, perebutan untuk mengawal sejarah dan tradisi Myanmar telah menjadi lebih genting. Walaupun pandangan yang berbeza-beza, dan kekurangan fakta yang kukuh, gambaran am etnik Myamar yang kompleks boleh dicantumkan kembali.

Kaum Mon dan sepupunya yang tinggal di atas bukit, kaum Ma dan Palaung di daerah Shan adalah dikenal pasti sebagai kaum terawal keturnan cucu-cicitnya tinggal di Myanmar pada hari ini. Etnik Karen dan Chin adalah berkemungkinan adalah etnik selepas itu yang datang ke Utara Myanmar pada kurun ke 9 dan 10. Pada masa yang sama etnik Shan juga berhijrah ke Asia Tenggara, diikuti dengan orang-orang bukit Tibeto, termasuklah Kachin dna Lahu. Secara amnya, penduduk bukit seperti Chin dan Kachin mengamalkan pertanian pindah, manakala etnik Mon, Shan dan Rakhine menetap di lembah dan dataran, membentuk suatu komuniti yang lebih besar, mereka penanam padi. Banyak peperangan berlaku dan pertukaran kuasa politik berlaku. Hanya pada kurun ke 18, apabila Myanmar di perintah oleh Alaungphaya, ia boleh mengawal kebanyakkan kawasan yang kemudiannya diperintah oleh British.

Walaubagaimanapun, walaupun dengan peperangan ini, terdapat pertukaran etnik dan budaya dalam sepanjang kurun. Ini menimbulkan keraguan yang serius tentang bagaimana menentukan Myanmar dalam terma sejarah dan nasionalis. Kebanyakkan komuniti dan masyarakat yang tinggal di Myanmar adalah jika mengikut sejarah adalah multi etnik. Ini mencadangkan bahawa fakta ini amat penting untuk digunakan untuk membawa kesefahaman didalam bentuk consensus yang baru. Keharmonian etnik terjejas teruk oleh pejajahan British pada kurun ke 19. Pengilhakan telah dilakukan pada 3 perang diantara tahun 1824 dan 1886. Myanmar pada ketika itu adalah Koloni British selama 60 tahun. Pada jangka masa ini, ketegangan kaum yang berbeza disemarakkan dengan pemerintahan pecah dan perintah oleh kerajaan Britsh. Kerajaan British membina dua sistem pentabiran, Golongan yang mentadbir, didominasi oleh majority Myanmar dan kawasan Frontier, kebanyakkannya golongan minority tinggal. Divisi yang ketat ini menentukan set perjalanan politik dan perkembangan ekonomi yang berbeza untuk kaum-kaum ini. Hasilnya, Union of Myanmar baru yang mendapatkan kemerdekaan dari British pada tahun 1948 adalah amat berbeza dengan Negara lain dalam sejarah. Pada Golongan yang mentadbir, system tradisi beraja telah dimusnahkan sama

sekali, dan pada tahun 1920, satu bentuk terhad parlimen Home Rule diperkenalkan. Sehingga tahun 1937, walaubagaimanapun, ,Myanmar ditadbir sebagai wilayah India. Dengan kebimbangan penduduk yang semakin meningkat, terdapat 1 juta pendatang yang sangat banyak dari India, dengan itu bahasa Hindi sebagai contoh, telah menjadi bahasa rasmi Burmese Post Office.

Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1930, pelajar, pekerja dan Sami Buddhah memperjuangkan semangat nasionalis, ini menunjukkan dengan jelas bahawa pentadbiran British tidak diterima oleh majority Myanmar. Keganasan kaum berlaku pada tahun 1930 dan 1931, kemudiannya tahun 1938. Hasilnya, cara pentadbiran barat tentang menangani masalah ini iaitu demokrasi pelbagai parti yang ditulis dalam perlembagaan 1947 dipersoalkan keberkesanannya.

Etnik minority pada kawasan frontier, secara kontras, ditadbir berasingan dengan pentadbiran Myanmar, pada kebanyakkan hal, mereka ditadbir menggunakan nilai tradisional dan ketua kampung. Kebanyakkan askar dan unit bersenjata diambil daripada gologan kaum majority seperti Karen, Kachin dan Chin, dengan itu etnik regimen dibentuk. Walaupun pengkaji sejarah menyatakan bahawa golongan minority lebih disebelahi oleh British, pentabiran kolonial telah secara sama telah merosakkan aspirasi golongan minority. Banyak tanah orang minoriti telah dibahagikan kepada beberapa bahagian politik dan tidak ada satu pun ditadbir secara asas nasionalis. Ditambah lagi dengan kawasan yang berbukit, kebanyakkan minority menderita akibat diabaikan secara ekonomi.

Banyak tanah hak milik golongan minoriti telah dibahagikan kepada daerah politik yang berbeza dan tidak ada satu pun ditadbir berdasarkan ideology nasionalisme.Ditambah lagi dengan kekurangan geografinya yang berbukit bukau, golongan golongan ini juga terpaksa manunggung keabaian ekonomi. Apabila British dengan cepat menambah bilangan padi dan beras, dan juga balak serta petroleum dalam Golongan yang Mentadbir, Kawasan Frontier semakin dipinggirkan dan dilupakan. Tidak ada atau hanya sedikit pelaburan yang dilakukan keatas kawasan gunung dan bukit.

Walaupun dengan pengasingan yang dilakukan British, terdapat sedikit harapan menunjukkan akan terdapat hubungan yang baik diantara etnik pada tahun 1930. Namun hararapan untuk

kemajuan yang berterusan terhapus dengan perang dunia kedua. Penahanan etnik yang berlaku sehinggalah hari kemerdekaan merupakan puncan utama berlakunya peperangan tahun-tahun akan datang. Beribu orang terkorban di kebanyakkan kawasan dan kerja membaik puli tidak dapat dilaksanakan.

3.0 Unsur-Unsur Hubungan Etnik Secara Harmoni Yang Digalakkan atau Terancam Myanmar merupakan salah satu Negara yang mempunyai etnik yang berbilang kaum di dunia. Ini adalah kerana Myanmar terletak diantara sempadan Bangladesh, India, Tibet,China, Laos dan Thailang. Sejak bertahun lamanya, penduduk berbilang bangsa telah berhijrah dan menjadi penduduk Myanmar. Pada hari ini, golongan minoriti menjadi 1 per 3 daripada 45 juta jumlah penduduk Myanmar. Walaubagaimanapun sempadan wilayah danstatistik populasi seringkali dipertikaikan. Tidak pernah ada percubaan yang tepat untuk mengira servai etnik sejak sensus British dalam tahun 1931, yang mana penuh dengan kesilapan. Pengiraan statitisk ini semakin tidak tepat disebabkan pertambahan populasi yang banyak ketika perang dunia kedua dan perang sivil pada tahun 1948. Perlembagaan 1974 (pada masa kini dikaji semula) mengenal pasti 7 kawasan etnik minority. Chin, Kachin, Karen, Kayah, (dahulunya Karenni), Mon, Rakhine (atau Arakan) dan Shan dan 7 divisi yang secara besarnya tidak didiami oleh majoriti populasi Myanmar. Peta hanyalah ringkasan politik. Lebih 100 dialek dan bahasa yang berbeza telah dikenal pasti di Myanmar, dan ada etnik unik masih terselamat memasuki abad ke 20. Kaum-kaum unik ini adalah seperti kaum Kayan(Padaung) yang tinggal di sempadan Shan/Karenni, dimana kaum panjang leher memakai rantai yang luar biasa, kaum, Salun gipsi laut dari sub tropical Tenasserim dan pemburu kepala kaum Naga pada masa dahulu disepanjang frontier India. Undang-undang Negeri dan Kaunsil Pengembalian Aturan, yang telah memerintah Myanmar sejak tahun 1988, telah menggelarnya 135 kaum dari Myanmar, tetapi telah menghasilkan data dan nama yang boleh diharap. Secara am, etnik-etnik di Myanmar telah di ringkaskan secara longgar oleh ahli antropologi dan bahasa kepada empat keluarga: Tibeto-Burmese, Mon-Khmer, Shan (atau Tai) dan Karen. Untuk cuba meningkatkan semangat nasional Identiti Burma, kerajaan telah menumpuhkan pada kesamaan sejarah dan agama Myanmar pada semua etnik. Ketumaan kesamaan yang

dilakukan adalah agama Buddha Theravadah yang dianuti 80 peratus daripada populasi. Bekas perdana menteri U Nu juga pernah menjadikan Buddha sebagai agama rasmi Myanmar tetapi di halang oleh protes etnik minoriti. Dibawah kerajaan Party Program Sosialis General Ne Win (1962-1988), bahasa kaum etnik minoriti secara terang-terangan di turun taraf dan dasar tersirat asimilasi untuk etnik, bangsa dan agama yang dilaksanakan oleh pemerintah. Teori Kaum Famili Burma keluarga yang berkongsi satu darah dan satu keturunan. Pandangan ini masih diteruskan dan diringkaskan oleh pengerusi SLORC, iaitu General Than Shwe pada ulang tahun ke 46 Hari Myanmar, 12 Febuari, 1993: Dalam Myanmar Union dimana bangsa nasional tinggal, kaum, tradisi dan adat, bahasa dan social system mungkin berbeza, tetapi secara akarnya ia berasal dari Union Kinship dan Union Spirit seperti buah-buah daripada dahan yang samaTidak kira apa yang telah berlaku, kaum nasional kita telah bersatu dalam Union Myanmar sejak bermulanya masa.

Interpretasi tentang sejarah Myanmar tidak disenangi oleh kebanyakkan parti politik etnik minoriti, ada yang mengangkat senjata untuk meminta kawalann penuh kawasan mereka. Untuk Wilayah Shan an Karenni yang tidak diduduki, mereka berhak untuk menuntut berpisah seperti yang tertakluk pada perlembagaan pertama tahun 1947. Banyak kumpulan minoriti masih menggelar kaum dan tanah mereka sebagai koloni atau Negara. Kerajaan selepas kemerdekaan, mereka berhujah, hanya mengambil mesin-mesin penjajah dan tidak pernah bertindak secara adil dan autonomi yang telah dibina.

Ramai ahli sejarah juga amat sangsi dengan tuntutan unitari oleh orang yang berkuasa di Rangoon. Wilayah Myanmar secara relatifnya masih baru. Oleh itu, banyak kumpulan etnik tidak menyokong dengan menyatakan bahawa sebelum British berundur mereka tidak pernah di perintah oleh kerajaan Orang Myanmar.

Perspektif antarabangsa juga sangsi dengan ketepatan sejarah atau pemisahan Myanmar. Beberapa kerajaan Negara jiran telah menuntut kepada kawasan etnik minoriti pada masa yang lalu. Walaupun selepas kemerdekaan Myanmar pada tahun 1948, contohnya, kerajaan komunis China dan Kuomintang Taiwan meneruskan tuntutan terhadap 77 000 batu persegi kawasan utara timur Myanmar, yang besarnya dari daerah kachin.

Dalam keadaan politik masa kini, sebarang pengunduran sempadan Myanmar adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi beberapa kumpulan etnik ditemui dibeberapa kedua-dua tanah di sekeliling Myanmar, Chin (Mizo) dan Naga wujud di India, Kachin, Wa dan Shan di China, Karen, Mon dan Shan di Thailand, dan Rakhine dan Muslim Rohingnya di Bangladesh. Komuniti yang lebih kecil dari Lahu, Akha dan Lisu terbahagi sepanjang 4 sempadan moden, yang dipisahkan oleh Myanmar, China, Loas dan Thailand.

4.0 Penyelesaian Efektif Yang Dicadanggkan Keamanan adalah aspek yang paling penting untujalan ke kemajuan, demokrasi dan hak asasi manusia, tettapi hanya itu tidak akan menyelesaikan masalah kumpulan minoriti yang telah lama. Menjelang tahun 1994 4 kumpulan utama telah menjelma sebagai wakil politik di Myanmar, Liga Demokrasi National dan parti pembangkang demokrasi yang lain, parti politik minoriti yang disahkan, dan kumpulan bersenjata.

Walaupun terdapat kemahuan bersama untuk berubah, setiap mereka menpunyai idea dan agenda reformasi tersendiri oleh itu terdapat juga perpesahan dalaman. Walaubagaimanapun ia menandakan kontras poparizasi masah lampau dimana terdapatnya kesamaan dan dialog yang berterusan diantara antogonis. Pertambahan dialog diantara SLORC dan kumpulan etnik bersenjata menunjukkan mood baru untuk menyelesaikan masalah yang telah lama berlarutan sejak dahulu.

Untuk kesemua pihak walaubagaimanapun, mereka banyak antara mereka masih berdiri teguh dengan pendirian yang mendalam. Kerisauan menuju dialog yang berterusan dibimbangkan dengan dua keadaan; keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ketua tentera yang semakin uzur, General Ne win yang bersifat oktogarian. Ramai ahli politik menyamakan keadaan di Myanmar seperti di Yugoslavia selepas General Tito Nampak seperti ekstrim, namun yang pasti, sesiapa sahaja yang memerintah pasti akan menghadapi keadaan yang sangat sukar.

4.1 Cadangan

Hanya undi demokrasi tidak mencukupi untuk menukar Myanmar kepada Negara dimana hak asasi manusia, individu dan kumpulan secara saksama di hormati. Untuk mencapai ini, ia mesti mempunyai spectrum luas dalam hak asasi, civil dan politik serta ekonomi, social dan hak budaya. Anti penghambaan manusia antarabangsa mengakui masalah Myanmar adalah amat kompleks, oleh itu sejak tahun 1948, terdapat pemberontakan banyak bersenjata terhadap kerajaan pusat. Setiap etnik perlu memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak sekian lama dan menentukan halatuju Negara mereka sendiri. Walaubagaimanapun, ASI percaya terdapat nilai universal dan standard dimana boleh diaplikasikan untuk semua, tidak kira Negara, kaum, agama dan tempat. Tambahan pula sebagai ahli bangsa-bangsa bersatu, Myanmar tertakluk dengan Deklarasi Universal Hak Asasi manusia dan instrument has asisi UN lain yang telah digubah.

ASI juga menegaskan bahawa pencabulan hak asasi manusia telah dilakukan oleh kumpulan pembangkang sehingga ke kerajaan pusat, kelakuan pencabulan hak asasi manusia ini harus dihentika untuk semua kumpulan; tidak boleh adalah layanan double standar.Perkembangan baru-baru ini menunjukkan SLORC sanggup mendengar pendapat antarabangsa. Dengan itu, komuniti antarabangsa mempunyai peranan untuk memujuk pihak berkuasa Myanmar mengambil jalan menuju pembangunan. ASI menyarankan kerajaan Myanmar untuk:

1. Membebaskan kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan kerana menyuarakan pendapat politik, agama dan kepercayaan etnik; 2. Membenarkan debat secara umum tentang perlembagaan baru Negara; buat percubaan positif untuk menangani rasa tidak puas hati etnik minoriti; 3. Hentikan serta-merta buruh paksa dan patuhi peraturan konvensyen ILO yang mana telah ditandatangani oleh mereka; 4. Dengan segera megurangkan operasi Four Cuts dan tindak balas terhadap penduduk kawasan awam yang mana kumpulan bersenjata dipercayai aktif; 5. Hormati hak setiap penduduk untuk tinggal di tanah mereka sendiri dan hentikan rampasan tanah dan penempatan semula. 6. Ikut kesemua konvensyen antarabangsa tentang hak asasi yang mana mereka telah setujui.

7. Ambil langkah untuk menyertai konvensyen hak asasi maunusia yang utama, minta khidmad nasihat dari United Nations Centre for Human Rights. 8. Maktubkan hak asasi manusia dan hak etnik didalam perlembagaan dan pastikan ia diperhatikan; 9. Benarkan penerbitan buku ilmiah etnik minority dalam bahasa mereka sendiri. Agensi inter kerajaan, syarikat multinasional, dan NGO semakin aktif dan beroperasi di Myanmar. SLORC semakin secara bantuan dan kerjasama pelabur asing. Ia secara terbuka menjemput NGO dalam keadaan tentative untuk memperbaiki keadaan yang disebabkan perang. Ada diantara NGO yang merasakan mereka keberatan untuk bekerja di Myanmar sehinggalah terdapat perubahan kemanusian, politik dan ekonomi secara siknifiken.

Bagi sesiapa yang ingin melakukan kerja-kerja dan ingin melakukannya tanpa melakukan kerosakan, terdapan prinsip yang boleh digunakan:

1. Kontrak atau persetujuam tidak boleh mempunyai unsure-unsur pelanggaran hak asasi manusia; 2. Kumpulan etnik minoriti harus diberi penerangan tentang projek yang mungkin akan menjejaskan mereka, mereka harus diberikan galakakkan dan dibantu didalam penyediaan diri neghadapi sesuatu kemungkinaan. 3. Bantuan khidmat nasihat harus tersedia kepada kumpulan etnik minoriti yang mungkin memerlukan bantuan untuk mengukuhkan keupayaan mereka sebagai suartu kumpulan; 4. Program mengimbangi ketidaksamarataan ekonomi dan diskriminasi kaum sejak dahulu harus dijalankan kerana ketidak seimbangan ini adalah punca ketidak stabilan diantara kaum majority dan minoriti.

Menyelesaikan masalah di Myanmar tidak akan berlaku dalam sehari, tetapi dengan perbincangan yang berhati-hati, dimana semua pihak menyokong penyelesaian melalui dialog, hak asasi manusia yang merupakan kunci kepada penyelesaian perlu dikekalkan dan diiktiraf.

4.2 Perspektfi pembaca (Myanmar pada masa kini)

Keadaan di Myanmar adalah titik utama ketegangan di Asia Tenggara. Dasar-dasar kerajaan yang telah digubah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai menindas dan telah menghalang pembentukan perjanjian kerjasama. Ia menjadi keutamaan junta Yanmar untuk mengekalkan kuasanya, selalunya dengan pertumpahan darah. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Myanmar telah mengalami cabaran di kalangan rakyatnya sendiri. Ia adalah penting bahawa masalah di negeri ini perlu dihadapi oleh ASEAN. Banyak kritikan tentang keengganan pihak berkuasa Myanmar mengenai keengganannya melaksanakan hakhak asasi manusia. Ini telah menyebabkan banyak negera luar tidak menyokong dan mengehad interaksi dengan negara ini. Masalah yang signifiken telah berlaku di kalangan ahli-ahli ASEAN. Satu contoh boleh dilihat dalam usaha baru-baru dalam mengesahkan Piagam ASEAN. Piagam ini bertujuan sebagai perlembagaan yang bertindak bagi kumpulan serantau. Walau bagaimanapun, ketigatiga negera, Indonesia, Filipina dan Thailand, telah menolak pengesahan dokumen sehingga Myanmar membuat komitmen yang lebih besar untuk melaksanakan prinsip demokrasi. Dalam negara, dasar-dasar junta tentera telah mencetuskan tunjuk perasaan di kalangan rakyat. Pada tahun 2007, motivasi tambahan datang dengan kos sarah hidup meningkat di negara ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh harga minyak yang lebih tinggi. Pada 7 Ogos, pegawai ekonomi menyuruh rakyat mendemonstrasi di seluruh negara sebagai tindak balas kepada keadaan ekonomi yang semakin teruk. Ini mencetuskan bantahan tidak ganas yang pertama di seluruh negeri. Pergerakan ini yang dianjurkan oleh pemimpin anti-kerajaan, mengakibatkan penangkapan lebih daripada 150 individu, termasuk Min Ko Naing (juga dirujuk sebagai "Penakluk-Raja"). Berikutan bantahan tersebut, bantuan Palang Merah untuk mereka yang ditahan tidak dibenarkan. Laporan telah menunjukkan bahawa sesetengah daripada mereka yang telah ditahan diseksa. Pada 19 September, sebanyak 2000 sami Buddha dan paderi berarak dijalan Sittwe, menyeru bantuan kerana harga komoditi yang tinggi dan pembebasan tahanan politik. Dalam masa beberapa hari selepas demonstrasi awal ini, pergerakan yang sama bermula di bandar-bandar lain. Orang awam yang menyertai bantahan ini. Anggaran akhir orang berdemonstratsi adalah antara 10,000 hingga 100,000, menjadikannya bantahan antikerajaan terbesar di Myanmar dalam hampir dua dekad (Amnesty International, 2007). Kerajaan menunjukkan kekangan tindak balas dengan membenarkan bantahan terus sehingga 25 September sebelum campur tangan. Junta bertindak bermula dengan melaksanakan

perintah berkurung dan menyekat keluar masuk kawasan di bandar-bandar utama, termasuk Yangon. Pada hari dalam bulan September, biara dijadikan sasaran oleh pihak berkuasa negeri, sami ditahan dan dipukul. Dengan mensasarkan pemimpin agama, yang mempunyai kedudukan unik dalam sosial masyarakat, junta dapat melemahkan pergerakan dan menyebabkan saki baki kumpulan penunjuk perasaan untuk bersurai. Berikutan tempoh demonstrasi, kerajaan menggubal dasar mengenal pasti dan menahan mereka yang terlibat. Sami sentiasa disasarkan oleh pihak berkuasa, menyebabkan ketegangan meningkat di negera ini. Dalam bulan Oktober dan November 2007,beberapa bantahan kecil telah berlaku di pelbagai kawasan di Myanmar, walaupun impak dan saiznya tidak sama dengan tunjuk perasaan Ogos dan September. Sesetengah pemerhati telah membuat spekulasi bahawa dasar kerajaan yang mensasarkan sami-sami Buddha telah memburukkan imej junta di mata orang-orang Myanmar dan ahli-ahli tentera (International Crisi Group, 2008). Masyarakat antarabangsa juga melibatkan diri dalam ketegangan awam di Myanmar.BangsaBangsa Bersatu melantik duta khas, Setiausaha Agung Ibrahim Gambari, untuk memerhati dan melaporkan keadaan. Walaupun usaha-usaha dilakukan oleh Ketua Setiausaha Gambari untuk memupuk resolusi demokratik dan aman untuk menangani ketegangan, banyak pemerhati antarabangsa telah meyifatkan kerja-kerjanya sebagai tidak berjaya. KepimpinanASEAN telah menyuarakan pandangan yang berbeza tentang usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyuarakan kepercayaan bahawa peranan antarabangsa telah menyediakan bantuan yang penting dalam resolusi situasi ini (UN, 2007). Selain bantahan rakyat, Myanmar telah dipaksa untuk menghadapi kuasa alam dalam tahun sebelumnya. Cyclone Nargis melanda kawasan padat penduduk pada 2 Mei 2008. Ribut menyebabkan kerugian harta benda, kehilangan nyawa dan anjakan manusia secara besarbesaran. Kiraan jumlah bilangan kematian rasmi negara telah dihentikan untuk menghadkan kerosakan politik. Ketidaktepatan menjadi lebih buruk apabila penyakit dan kebuluran menyebabkan kematian tambahan selepas ribut. Cyclone Nargis mencetuskan masalah ekonomi yang signifikan. Banyak kerosakan ribut berpusat di Delta Irrawaddy, rantau yang bertanggungjawab mengeluarkan sebahagian besar makanan Myanmar. Ribut dan banjir yang bertanggungjawab bagi kemusnahan 600,000 hektar tanah pertanian, sebahagian besarnya diperuntukkan bagi pengeluaran beras. Sebanyak lima puluh peratus daripada haiwan ternakan mati dan banyak peralatan pertanian dan

memancing telah hilang. Selain itu, infrastruktur telah terganggu dan majoriti kemudahan penjagaan kesihatan dan sekolah telah rosak atau musnah (Association of Southeast Asian Nations, 2008). Kesan ribut telah diburukkan lagi oleh dasar-dasar kerajan junta Myanmar, yang menyukarkan sebarang bantuan. Pada hari-hari selepas taufan itu, kerajaan secara rasmi meminta bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia sukar bagi pekerja-pekerja bantuan antarabangsa untuk mencapai ke kawasan yang paling terjejas kerana dasar kerajaan yang sukar. Salah satu kesukaran utama ini ialah kesukaran kakitangan bantuan untuk mendapatkan visa. Beberapa peranan antarabangsa telah menawarkan bantuan selain Bangsa-Bangsa Bersatu. Antara negara-negara yang menyediakan bantuan perubatan dan kewangan adalah Amerika Syarikat,United Kingdom, dan India. Usaha-usaha bantuan tambahan telah disediakan oleh Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Save the Children dan Doktor Tanpa Sempadan, CARE dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.Walaupun bilangan negara bersedia untuk memberikan sokongan, kerajaan Myanmar menghadkan jenis bantuan ia terima seperti makanan, ubat-ubatan, bekalan, dan wang. ia juga melarang pekerja bantuan asing dan anggota tentera daripada memasuki negeri ini. Dunia dengan cepat mengutuk dasar sekatan oleh junta. Pada Mei 19,kerajaan bersetuju untuk membenarkan pekerja bantuan daripada ahli-ahli ASEAN. Tidak lama selepas itu, semua larangan telah ditarik balik oleh kerajaan (CNN, 2008).

Dalam tempoh Cyclone Nargis, kerajaan Myanmar meneruskan usaha-usaha untuk meluluskan referendum perlembagaan yang menggalakkan demokrasi di dalam negara. Referendum, yang telah diadakan pada 10 Mei dan 24 Mei, menjadi subjek utama oleh pengambil peranan tempatan dan antarabangsa. Ramai pengkritik antarabangsa melihat referendum ini sebagai mengalih perhatian dari bantuan kemanusiaan yang lebih penting daripada taufan Nargis. Kritikan ini telah umbi disebabkan dakwaan terdapatnya penipuan pilihan raya. Referendum perlembagaan telah disebut-sebut sebagai satu set ke arah demokrasi yang lebih besar, menyediakan pilihan raya pelbagai parti bermula pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, banyak peruntukan lain jelas disasarkan kepada memastikan kesinambungan

kawalan junta tentera, seperti menyimpan dua puluh lima peratus kerusi parlimen yang dikhaskan untuk perwakilan tentera dan larangan terhadap mereka yang berkahwin dengan warga asing untuk bertanding presidensi. Peruntukan kedua adalah bertujuan untuk menghalang pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi daripada mendapatkan kepimpinan negeri (BBC 2008). Pada tahun-tahun lalu, kerajaan Myanmar telah mengalami kesusahan yang ketara. Kesan daripada ketidakstabilan politik, tunjuk perasaan dan kemusnahan Taufan Nargis memperlihatkan kelemahan yang dikenal pasti dalam kerajaan junta tentera yang memerintah serta menarik kritikan antarabangsa. Ramai yang menyatakan bahawa masalah baru-baru ini hanyalah ujian untuk Myanmar dimasa akan datang. Ahli-ahli ASEAN mula menyatakan kebimbangan mengenai polisi-polisi menindas kerajaan Myanmar dan meyuruh untuk berubah. Dalam usaha rantau Asia Timur untuk membangunkan sebagai pemain global yang kukuh, negara anggota perlu mengambil tanggungjawab diantara satu sama lain. Ia adalah penting untuk keadaan diMyanmar diberi perhatian serius demi rantau dan rakyatnya.

5.0 Persoalan lain: Keganasan dialami etnik muslim Rohingnya Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu negara bukanlah hal yang baru. Sejarah telah membuktikan usaha penghapusan sebuah kaum sudah terjadi sejak lama, hal ini disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan bakal kebangkitan atau pengaruh daripada kaum tersebut. Peristiwa penghapusan kaum yang terjadi di alaf 21 ini adalah usaha penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar. Usaha penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi sehingga saat ini, akan tetapi tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau oleh negara adikuasa seperti Amerika, walaupun secara nyata-nyata kerajaan Myanmar telah melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Terdapat pelbagai faktor diantaranya faktor politik yang menyebabkan seolah-olah dunia berdiam diri terhadap nasib kaum Rohingya. Kajian yang dibuat ini adalah sebuah kajian konseptual menggunakan kaedah rujukan bagi tujuan mengenalpasti awal mula dan punca terjadinya penghapusan kaum Muslim Rohingya di Myanmar. Menurut sejarah, adalah diketahui bahawa usaha penghapusan kaum Rohingya telah lama terjadi di Myanmar. Dalam konteks ini termasuklah peranan Kerajaan Myanmar, masyarakat

Myanmar dan yang menyedihkan, termasuk juga pemuka agama Buddha di sana yang mengizinkan atau menyetujui penyingkiran atau penghapusan Kaum Muslim Rohingya. Mereka memandang bahawa kaum ini bakal memberi masalah atau menguasai Myanmar di kemudian hari sehingga menghilangkan ciri-ciri, budaya dan agama asal Myanmar di masa hadapan. Pelbagai usaha oleh kumpulan NGO dari seluruh dunia telah dilakukan untuk menghentikan penindasan dan dan penganiyaan terhadap Kaum Rohingya ini akan tetapi usaha mereka itu sia-sia sahaja. Dari aspek Viktimologi ( Jan,1997) konflik antara dua entity dalam suatu hubungan masyarakat mengakibatkan pihak yang lemah menjadi mangsa akibat di aniaya oleh perbuatan pihak yang lebih agresif atau hebat dari segi fizikal dan kekuasaan. Maka tindakan oleh kerajaan Myanmar ini terhadap rakyat nya sendiri dari etnik yang berbeza dari arus perdana adalah suatu institutional victimization. Hal ini juga pernah berlaku di zaman Peperangan Dunia Kedua di mana pihak Nazi melakukan ethnic cleansing terhadap etnik Yahudi di negara Jerman. Tragedi keganasan yang dialami oleh etnik Rohingya pada masa ini telah terjadi semenjak 1938, dan seramai 30,000 Muslim Rohingya telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Kejadian yang sama telah berulang pada tahun 1942, 1968, 1992, dan 2012 (Macan-Markar, 2012). Penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar bermula pada tahun 1982 ketika secara tiba-tiba etnik Rohingya diisytihar pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang Myanmar Citizenship Law of 1982 yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi. Undang-undang ini telah diluluskan oleh Kerajaan Junta Myanmar pada tahun 1982, dan mengakibatkan Etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, bahkan telah diisytiharkan sebagai pendatang di tanah air sendiri. Sejak diluluskannya Myanmar Citizenship Law of 1982 ini, kanak-kanak Etnik Rohingya telah dinafikan hak pelajaran mereka dan mengakibatkan kanak-kanak ini tidak dapat menyambung pelajarannya serta mendapat pelbagai tekanan seperti tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaandan lain sebagainya (Macan-Markar, 2012). Keadaan semakin teruk dan menyedihkan apabila kaum wanita Etnik Rohingya tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai diantara mereka yang ditindas, mengalami diskriminasi, dirogok dan pelbagai tindak kekerasan lain. Selain itu, masyarakat Rohingya juga dinafikan daripada hak mendapat jagaan kesihatan atau perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik. Mereka dipaksa membayar harga perubatan yang terlalmpua tinggi

dibandingkan masyarakat Myanmar lainnya (Macan-Markar, 2012). Lebih menyedihkan lagi, Etnik Rohingya tidak dibenarkan menunaikan Haji atau pun menjalankan ibadah kurban semasa menyambut Aidil Adha. Dengan kata lain, Etnik Rohingya tidak memiliki kebebasan untuk menjalankan ajaran agamanya (Islam) (Macan-Markar, 2012).Penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya terjadi dalam pelbagai bentuk seperti perampasan rumah, tanah ternakan, pemusnahan dan arahan untuk tidak memperbaiki Masjid, penggantian Masjid dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, penangkapan dan penyiksaan tanpa bicara, rogol, dan pemaksaan keluar dari Islam dan menganut Buddha (Macan-Markar, 2012). Keadaan semasa ini di Myanmar menyebabkan ramai Kaum Rohingya yang menjadi pelarian di beberapa negara seperti Bangladesh (400,000 orang), Thailand (60,000 orang), Pakistan (150,000 orang), Malaysia (40,000 orang), dan masih banyak lagi di beberapa negara lain. 5.1 Selepas perang Pihak Mujahid telah diasaskan oleh Rohingya tua-tua yang menyokong pergerakan Jihad di utara Arakan pada tahun 1947. Tujuan pihak Mujahid adalah untuk mewujudkan sebuah negara Islam Autonomi di Arakan. Mereka lebih aktif sebelum rampasan kuasa 1962 d'etat oleh Jeneral Ne Win. Ne Win yang dijalankan beberapa operasi ketenteraan yang mensasarkan mereka sepanjang tempoh dua dekad. Yang termasyhur ialah "Operasi Raja Naga" yang berlaku pada tahun 1978; hasilnya, banyak umat Islam di rantau ini melarikan diri ke negara jiran Bangladesh sebagai pelarian. Namun begitu, Burma mujahidin (militan Islam) adalah masih aktif dalam kawasankawasan pedalaman Arakan. Persatuan Burma mujahidin dengan mujahidin Bangladesh signifikan, tetapi mereka telah meluaskan rangkaian mereka ke peringkat negara dan antarabangsa, pada tahun-tahun kebelakangan ini. Mereka mengutip derma, dan menerima latihan ketenteraan agama di luar Myanmar. Di samping itu ke Bangladesh, sebilangan besar daripada Rohingya juga telah berhijrah ke Karachi, Pakistan (Aye Chan, 2005).

5.1 Kesenyapan Barat

Sering kali terjadi negara-negara barat akan bersatu untuk membantu rakyat tertindas jika kaum penindas menepati acuan sebagai "manusia jahat", contohnya campur tangan di Rwanda, Bosnia dan Somalia. Kuasa-kuasa Barat bersama dengan NATO dan Bangsa-bangsa bersatu untuk membina naratif yang "baik" berbanding "jahat" adalah dibenarkan. Sebelum munculnya kes keganasan baru-baru ini di Myanmar, mereka telah mengeluarkan berita positif untuk "peralihan demokrasi." Sepanjang tahun lepas, Presiden Thein Sein telah mencapai kemajuan ke arah keterbukaan dan memulakan sistem demokrasi di Myanmar. Sikap ini meraih pujian daripada masyarakat antarabangsa dan dikalangan pemimpinpemimpin dari Amerika dan Eropah. Dalam paradigma baru demokratik ini, Isu dan masalah Rohingya seolah-olah tidak mendapat tempat (Moshahida, 2012). Pegawai tinggi dan aktivis di Myanmar mempunyai pemikiran dan sikap yag sama terhadap kaum Rohingya iaitu menunjukkan perasaan tidak senang kepada kumpulan ini. Bahkan presiden Myanmar sendiri secara terbuka berkata Rohingya tidak dialu-alukan di negara beliau. Berikutan pengisytiharan ini, aktivis demokrasi Burma di Jepun menyuarakan sokongan mereka terhadap pendirian presiden ini. Mungkin yang paling menggemparkan adalah sikap senyap terhadap sikap penghapusan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar, peraih anugerah Nobel dan aktivitis demokratik Myanmar, Aung San Suu Kyi. 5.2 Tidak Memiliki Tanah Air Sendiri Kebebasan mobiliti, identiti, dan yang terpenting adalah akses kepada hak mereka sebagai suatu bangsa. Ketiadaan tanah air seperti yang biasa dituntut oleh beberapa negara berdaulat, menimbulkan tanggapan masyarakat kalau mereka yang tidak memiliki tanah air sendiri seperti bangsa yang terbelakang atau ketinggalan zaman dalam dunia moden ini. Isu ketiadaan kewarganegaraan dan tanah air adalah hal yang biasa bagi orang Islam seperti penderitaan rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel. Dibandingkan rakyat Palestin, kaum Rohingya lebih menderita dan tidak dapat menikmati hak sivil mereka. Seramai 800,000 Rohingya di Myanmar dinafikan taraf kewarganegaraan oleh kerajaan tentera junta, tanah mereka secara rutin dirampas, anak-anak mereka dinafikan peluang mendapat pendidikan, orang dewasa dinafikan peluang untuk mendapat pekerjaan di luar kampung mereka , dan mereka tidak diizinkan berkahwin tanpa mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan (Kurt 1999). 6.0 Penutup

Myanmar atau dahulu dikenali sebagai Burma merupakan sebuah Negara yang unik dan diduduki dengan pelbagai suku kaum yang menarik. Penduduknya terbahagi kepada dua iaitu penduduk Minoriti yang tinggal di pergunungan dan penduduk majoriti yang tinggal di lapangan dan dataran. Masalah hubungan etnik di Myanmar bermula disebabkan tidak ada pentabiran seragam oleh penjajah British, wilayah-wilayah dipecahkan dan ditadbir bukan berdasarkan semangat nasionalisme. Selepas pemergian British, disebabkan bentuk muka bumi, intregrasi kaum di Myanmar dan jurang ekonomi diantara kaum minoriti dan majority semakin bertambah, ini menyebabkan kaum minoriti semakin dilupakan dan mereka mengangkat senjata untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Diburukkan lagi dengan kedegilan pihak berkuasa junta untuk bertolak ansur dan menamatkan pencabulan hak asasi manusia, krisis dan masalah di Myanmar belum ada penghujungnya. Masalah di Myanmar secara tidak langsung melemahkan perjalanan ASEAN untuk mengukuhkan piagamnya. Masalah pencabulan hak asasi di Myanmar mendapat perhatian dan liputan berita daripada seluruh dunia. Aung San Suu Ki menjadi ikon demokrasi yang menjadi tawanan rumah oleh kerajaan junta. Penghapusan etnik Rohingnya, menindas sami dan menangangni bencana alam tidak effisyen merupakan isu-isu hangat yang diperkatan oleh dunia. Akhirnya, semua etnik di Myanmar perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak sekian lama melalui dialog dan mematuhi peraturan hak asasi manusia serta mempercepatkan proses demokrasi, dengan ini, Myanmar dapat maju kehadapan sebagai 1 negara dan member ruang negara serantau membantu bersama-sama mengukuhkan piagam ASEAN.

RUJUKAN Amnesty International.( 2007). Amnesty International Report 2007-Myanamr. <http://report2007.amnesty.org/eng/Regions/Asia-Pacific/Myanmar> International Crisis Group . (2008). Burma/Myanmar: After the Crackdown.. Asia Report, No 144. January 31, 2008. http://www.ciaonet.org.www.library.gatech.edu:2048/wps/icg10469/icg10469.pdf UN.(2007).UNs Myanmar Envoy Holds Talks with Regional Leaders in Singapore. <http://www.un.org/apps/news/story.asp?NewsID=24743&Cr=myanmar&Cr1=> Association of Southeast Asian Nations. (2008) Joint ASEAN-UN Press ReleaseComprehensive Assessment of Cyclone Margis Impact Provides Clearer Picture of Relief and Recovery Needs. <http://www.aseansec.org/21765.htm> CNN International. (2008) Myanmar Agrees to Accept ASEAN Cyclone Aid. http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/05/19/myanmar.aid/index.html BBC. (2008). Burma Approves New Constitution. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asiapacific/7402105.stm Jan JM (1997). Introduction Victimology. Victory Park, CA:Sage. Moshahida Sultana Ritu (2012). "Ethnic Cleansing in Myanmar". The New York Times. Macan-Markar, Marwaan (2012). "Ethnic Cleansing of Muslim Minority in Myanmar?". Inter Press Service. Kurt Jonassohn .(1999). Genocide and gross human rights violations: in comparative perspective. Transaction Publishers.New York Aye Chan (2005). "The Development of a Muslim Enclave in Arakan (Rakhine) State of Burma (Myanmar)". SOAS Bulletin of Burma Research, Vol. 3, No. 2,