Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Program penilaian kecergasan fizikal ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Guru perlu merancang pengajaran yang meliputi tajuk kecergasan. Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Begitu juga murid di sekolah. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Negara sentiasa memerlukan rakyat yang sihat dan cergas. Oleh itu, murid perlu diberi perhatian serius tentang tahap kecergasan mereka. Kepekaan dan kecergasan akan dapat memberi sumbangan kepada peningkatan produktiviti negara.
KECERGASAN FIZIKAL apa? Definisi Kecergasan Fizikal Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.. Falls, 1980 Komponen Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan; dan Kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor.
KECERGASAN FIZIKAL Komponen Berdasarkan Kesihatan * Daya tahan kardiovaskular * Komposisi * Daya tahan otot * Kekuatan otot * Fleksibiliti
Komponen Berdasarkan Perlakuan Motor * * * * * * Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa respons Kelajuan
KOMPONEN : Daya tahan kardiovaskular UJIAN : Larian/berjalan 12 minit (Ujian Cooper) TUJUAN : Menentukan daya tahan kardiorespiratori TAHAP : Tahun 4 hingga Tahun 6 JANTINA : Lelaki dan Perempuan ALATAN/KEMUDAHAN : 1. Balapan 200m, 300m dan 400m. 2. Jam randik. 3. Wisel. 4. Borang pencatat pusingan dan jarak. 5. Penanda jarak (skital/bendera). PROSEDUR : 1. Penanda jarak diletakkan pada setiap 20 meter dari garis mula (lihat Rajah 1) 2. Murid berpasangan. Murid A akan melakukan larian/berjalan dan murid B mencatatkan pusingan dan jarak. 3. Apabila bunyi wisel pertama dibunyikan, murid A berlari/berjalan di kawasan balapan yang telah ditentukan selama 12 minit. 4. Murid A dikehendaki berhenti di mana mereka berada apabila wisel kedua dibunyikan. 5. Seterusnya murid B mencatatkan jarak larian/berjalan murid A dalam kiraan meter. Jarak kiraan berdasarkan skital yang paling hampir. 6. Ujian diulang semula untuk murid B. PEMARKAHAN : 1. Skor mentah dalam kiraan meter. 2. Pengiraan pencapaian secara persentil (lihat Lampiran 1 atau Lampiran 2) atau lain-lain skala yang sesuai
200 m
Mula
Ujian Balapan
: : : :
Arahan : Tandakan _/
1 11
2 12
3 13
4 14
7 17
8 18
9 18
10 20
Jarak larian/berjalan : _____ meter + _____ meter = ______ meter (pusingan) (tambahan)
KOMPONEN : Daya tahan otot UJIAN : Gantung bengkok siku TAHAP : Tahun 4 hingga Tahun 6 JANTINA : Lelaki ALATAN/KEMUDAHAN : 1. Palang yang boleh diubahsuai ketinggiannya. 2. Jam randik. 3. Tilam. 4. Borang skor. 5. Kerusi atau bangku. PROSEDUR 1. Dengan menggunakan kerusi atau bangku, murid berdiri sehingga dagunya sama paras dengan palang. 2. Murid memegang palang dengan jarak antara tangan seluas bahu 3. Belakang tangan menghala ke muka murid dengan ibu jari di bawah palang. 4. Arahan sedia diberi, alihkan kerusi dan mula mengambil masa. 5. Kiraan masa diberhentikan apabila kedudukan asal berubah. 6. Masa dicatat dalam kiraan saat ke satu titik perpuluhan. 7. Satu perubahan diberi. PEMARKAHAN : Bagi tujuan pelaporan guru boleh menggunakan : 1. Skor dicatatkan dalam kiraan saat. 2. Pengiraan pencapaian secara persentil (lihat contoh Lampiran 1 atau Lampiran 2) atau lainlain skala yang sesuai.
KOMPONEN : Masa Tindak Balas UJIAN : Ujian Nelson Choice-Response-Movement TUJUAN : Mengukur kebolehan untuk merespons TAHAP : Tahun 4 hingga Tahun 6 JANTINA : Lelaki dan Perempuan ALATAN/KEMUDAHAN : 1. Jam randik 2. Pita ukur 3. Pita penanda 4. Lantai yang rata 5. Borang skor PROSEDUR : 1. Murid berpasangan. Murid A sebagai pelaku dan murid B pencatat. 2. Murid berdepan dengan penguji, dalam keadaan mendekam dan bersedia. 3. Penguji memegang jam randek dan luruskan tangan ke atas. 4. Penguji kemudian menggerakkan tangan sama ada ke kiri atau ke kanan serentak dengan kiraan masa. 5. Murid A berlari secepat mungkin mengikut arah isyarat tangan penguji ke garisan tepi. 6. Masa diambil sebaik sahaja murid melepasi garisan. Masa dicatat oleh murid B. Masa dalam kiraan saat dicatat ke satu titik perpuluhan. 7. Jika murid bergerak ke arah yang berlainan dengan isyarat penguji, kiraan masa diteruskan sehingga murid berpatah balik ke arah garisan yang betul. 8. Sepuluh percubaan diberi, lima percubaan ke arah kanan dan lima percubaan ke arah kiri secara rawak. 9. Rehat selama 20 saat antara setiap percubaan. 10. Purata masa 10 larian, diambil kira sebagai skor mentah. PEMARKAHAN : 1. Skor mentah dalam kiraan saat. 2. Pengiraan pencapaian secara persentil (sila lihat Lampiran 1 atau Lampiran 2) atau lain-lain skala yang sesuai.
10 m
10 m
Penguji
RAJAH : Ujian Nelson
KOMPONEN : Kuasa UJIAN : Ujian Lompat Jauh Berdiri TUJUAN : Mengukur kuasa kaki TAHAP : Tahun 1 hingga Tingkatan 5 JANTINA : Lelaki dan Perempuan ALATAN/KEMUDAHAN : 1. Lantai yang rata seperti padang/petak lompat jauh. 2. Penanda 3. Pita Ukur 4. Borang skor PROSEDUR : 1. Murid berdiri di belakang garisan mula. 2. Bengkokkan kaki dan ayun tangan ke belakang. 3. Lompat ke hadapan menggunakan kedua belah kaki serentak sejauh yang boleh. 4. Tiga percubaan diberi dan jarak terbaik dicatatkan sebagai skor. 5. Ukuran diambil di bahagian tumit yang terdekat dari garisan mula. PEMARKAHAN : 1. Skor mentah dalam kiraan sentimeter. 2. Pengiraan pencapaian secara persentil (sila lihat Lampiran 1 atau Lampiran 2) atau lain-lain skala yang sesuai