Anda di halaman 1dari 1

Tanda Baca

Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.

Semua Jenis Tanda Bacaan: Titik Digunakan pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan. Selain itu, sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk. Ia juga digunakan untuk menunjukkan angka perpuluhan serta pada akhir singkatan dan kependekan nama seseorang. Contohnya, Bapa saya pergi ke pejabat,Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia." ,301.5,Sdn. Bhd. Koma
Digunakanuntuk mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat. Sebelum tanda pembuka kata dan penutup kata dalam cakap ajuk. Di belakang kata penghubung pada awal ayat. Di belakang kata seru. Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza. Contohnya, Ibu membeli ikan, udang dan sayur, "Mereka belum sampai," kata Salmah, Oleh sebab itu, dia tidak datang, Amboi, comelnya kucing ini!, Barang ini mahal, tetapi dapat tahan lama. Sempang Digunakan untuk menyampungkan kata ganda dan kata yang diulang. Contohnya, berbagai-bagai, kupukupu. Tanda Petik Digunakan untuk mengapit petikan langsung. Pada judul karya dan sebagainya. Contohnya, "Dia sudah pulang ke rumah," kata Yosri. "Dilema Melayu"

Koma Bertitik Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza. Pada baris pertama pantun dua
kerat. Contohnya, Saya melawat Sabah; Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau. Banyak udang banyak garam; Banyak orang banyak ragam Titik Bertindih Digunakan pada akhir penyataan yang diikuti oleh rangkaian. Untuk memberikan penjelasan. Contohnnya, Tarikh: 31 Ogos 2006 Masa: 8.00 pagi Tempat: Dewan Negara, Kuala Lumpur Tanda Tanya Digunakan pada akhir ayat tanya. Pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata. Contohnya, "Kamu belum siap?" tanya Ahmad. Tanda Seru Digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan. Contohnya, Aduh, sakitnya kepalaku!