Anda di halaman 1dari 1

Contoh Tugasan 2: Esei ; ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan

bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam


kalangan rakyat Malaysia?

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen


dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang
bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula,
pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan
pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “…
kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula
mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan
tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat


dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita
dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan
mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa
ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan,
bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan
bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam
ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan
bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat


menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk.
Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti
ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli
masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk
seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah


juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi
Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar
serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia
yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan


sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan
secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran
bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan
menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Anda mungkin juga menyukai