Anda di halaman 1dari 1

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk

semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dewasa ini, kerajaan telah agar generasi muda kini menghargai jasa dan
perjuangan tokoh negara di tanah air kita. Oleh itu kerajaan telah menjalankan
berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah
agar dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa.

Ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.


Contohnya, Rumah Kelahiran Mahathir Muhammad iaitu rumah dimana lahirnya
seorang tokoh yang disegani ramai. Ini kerana, beliau merupakan Perdana Menteri
ke-empat yang digelar bapa pemodenan negara yang banyak memberikan
sumbangan dan memberikan dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mencipta
sejarah di persada dunia. Impaknya dalam memulihara bangunan ini masyarakat
akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk memperthankan bangunan-
bangunan bersejarah ini.

Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah


yang menarik untuk dikenang seperti Rumah Tun Dr Mahathir Muammad yang
mengisahkan bagaimana kehidapan beliau pada masa yang lampau. Di bangunan
ini juga merupakan satu tempat penyimpanan barangan yang digunakan oleh
arwah ayah beliau yang mementingkan pelajaran dan sering mangawasi dan
menekankan pelajaran anak-anaknya. Memandangkan arwah ayahanda Tun Dr
Mahathir Muhammad yang merupakan pengetua pertama Kolej Sultan Abdul Hamid,
ayahanda beliau telah masak dangan perangai pelajar pada masa itu dan beliau
juga telah didedahkan dengan kepentingan pendidikan dan pelajaran. Pengajaran
yang dapat kita ambil dari pengalaman Tun Dr Mahathir Muhammad ialah kita mesti
berusaha untuk memajukan diri melalui semangat rajin dan gigih untuk
meningkatkan martabat Negara dan juga bangsa. Kita juga memegang
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai