Anda di halaman 1dari 2

APA ITU YOUTUBE

BY JAMES MARCH 17, 2013 POST A COMMENT

DEFINASI YouTube merupakan laman web perkongsian video di mana pengguna boleh memuat naik dan berkongsi video yang dihasilkan sendiri.

SEJARAH Pada Februari 2005, tiga orang pekerja PayPal telah mereka Youtube. Setahun setengah kemudian, Google Inc telah membeli YouTube, LLC dengan harga $1.65 puluh juta, dan kini beroperasi sebagai cabang tambahan Google. Syarikat yang beroperasi di California ini menggunakan teknologi Video Adobe Flash untuk memainkan kandungan video yang dihasilkan oleh pengguna, termasuk klip video dan video muzik, dan juga kandungan amatur seperti blog video dan video asal singkat.

FORMAT VIDEO Adobe Flash Player membenarkan laman memainkan video dengan berkualiti berbanding dengan pemain video lain yang lebih membangun seperti Windows Media Player, Quick Time dan Real Player, yang biasanya memerlukan pengguna memuat turun dan memasang kemasukan pelayar web terlebih dahulu untuk menonton video. Walaupun syarikat media menawarkan beberapa bahan mereka melalui tapak sebagai sebahagian daripada program kerjasama dengan YouTube, kebanyakan kandungan YouTube dimuat naik secara individu. Pengguna yang tidak berdaftar boleh melihat video, manakala pengguna yang berdaftar dibenarkan untuk memuat naik video tanpa had. Video yang kandungannya dianggap boleh menyinggung hanya untuk pengguna berdaftar yang berusia di atas 18 tahun. YouTube tidak membenarkan video yang mengandungi unsur-unsur lucah, fitnah, keganasan dan pelanggaran hak cipta dimuat naik. Akaun pengguna berdaftar dipanggil saluran. Video yang dimuat naik di YouTube oleh pemegang akaun piawai terhad kepada sepuluh minit dan saiz fail sebanyak 2GB. Ketika YouTube mula-mula dilancarkan

(2005), video yang lebih lama boleh dimuat naik. Namun, pada bulan Mac 2006, had sepuluh minit ini diperkenalkan apabila YouTube mendapati kebanyakan video yang melebihi sepuluh minit seperti pertunjukan televisyen dan filem, di muat naik secara tidak sah. Akaun pasangan dibenarkan untuk memuat naik video melebihi sepuluh minit, atas kebenaran YouTube. YouTube membenarkan video dimuat naik dalam kebanyakan format termasuk .WMV, .AVI, .MOV,MPEG,.MP4,.MKV, DivX,.OGG dan .FLV. Ia juga menyokong 3GP dan membenarkan pengguna memuat naik video melalui telefon bimbit.

KUALITI VIDEO Pada mulanya, YouTube menawarkan video hanya dalam satu format, namun kini mempunyai tiga format utama termasuk format bimbit, untuk menonton menggunakan telefon bimbit. Format asal kini dilabelkan sebagai kualiti piawai. Video berkualiti tinggi pula diperkenalkan pada Mac 2008, menawarkan video yang lebih berkualiti berbanding kualiti piawai.

Anda mungkin juga menyukai