Anda di halaman 1dari 57

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Hasil tugasan ini adalah hak milik saya dan tiada amalan plagiat dijalankan.

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI)

891116-03-5558

IPKB/PPISMP/JUL/07-001297

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

MT/PJ/BI (II)

JANUARI 2009

1
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Kandungan

Bil . Perkara Muka surat


1. Penghargaan 4
2. Jadual pelaksanaan tugasan 6
3. Objektif 8
4. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 10
5. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 14
6. Persamaan dan perbezaan antaran pertumbuhan dan 17
perkembangan kanak-kanak.
7. Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak 19
8. Faktor-faktor perkembangan kanak-kanak 24
9. Perkembangan fizikal kanak-kanak (6-12 tahun) 30
10. Perkembangan kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) 35
11. Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran 47
12. Rumusan/cadangan 51
13. Refleksi 53
14. Rujukan 55
15. Lampiran 57

3
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Penghargaan

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya
akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi „Perkembangan Kanak-kanak‟. Jutaan
terima kasih saya tujukan buat Encik Zarawi bin Mat Noor selaku pensyarah
Perkembangan Kanak-kanak yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua
ibu bapa saya, Madi bin Hussain dan Sanariah binti Ariffin yang telah banyak memberi
dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan yang banyak
membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa.

Sekian, terima kasih.

Yang menghargai,

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI)

MT/PJ/BI (II)

5
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Jadual Pelaksanaan Tugasan

BIL. TARIKH INPUT & TUGAS


1. 19 Februari 2009 Penerimaan tugasan.
2. 20 Februari 2009 Membuat ringkasan sumber bahan untuk rujukan.
3. 21Februari 2009 Membuat perancangan untuk mencari sumber bahan.
4. 22 Februari 2009 Mencari sumber di perpustakaan.
5. 23 Februari 2009 Memulakan penulisan draf pertama.
6. 24 Februari 2009 Merujuk kepada pensyarah semasa dalam kuliah
berhubung tugasan.
7. 25 Februari 2009 Perbincangan mengenai draf.
8. 26 Februari 2009 Mempelajari cara menghasilkan portfolio.
9. 27 Februari 2009 Menaip segala input yang diperlukan.
10. 28 Februari 2009 Meneruskan tugasan dengan menyiapkan draf akhir.
11. 1 Mac 2009 Merujuk pensyarah berhubung dengan subtopik yang
dimaksudkan.
12. 2 Mac 2009 Menyemak semula hasil tugasan yang telah siap.
13. 3 Mac 2009 Menyempurnakan tugasan.

14. 4 Mac 2009 Membuat semakan terakhir.

7
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Objektif Tugasan

Tugasan ini menyumbang kepada pelbagai manfaat untuk para guru pelatih untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan guru pelatih mengenai pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Tugasan ini berdimensikan kanak-kanak berusia 6-12
tahun.

Ringkasan objektif tugasan ini adalah seperti berikut:

1. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.


2. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
3. Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
4. Prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
5. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
6. Perkembangan fizikal kanak-kanak.
7. Perkembangan kognitif kanak-kanak.
8. Implikasi:
8.1 Perkembangan fizikal;
8.2 Perkembangan kognitif.

9. Rumusan/cadangan

9
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

1.1 Konsep pertumbuhan kanak-kanak.


1.2 Konsep perkembangan kanak-kanak

10
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

1. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi
merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan
pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan
atau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalah
perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut.
Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad pada beberapa faktor.

1.1 Konsep pertumbuhan kanak-kanak


Woolfolk dan Margetts (2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan.
Daripada segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian
badan, ketinggian dan bilangan saraf-saraf otak.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-
perubahan fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan
kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia.
Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa pertumbuhan adalah
perubahan fizikal tubuh badan.

Kesimpulannya, pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat


kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan
perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan
berhenti.

11
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

1.2 Konsep perkembangan kanak-kanak


Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan
perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi
individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan didenifnisikan sebagai
perubahab-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada
tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan
kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia.
Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses
yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep
perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.
Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara
„kualitatif‟ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani,
moral dan sosial.
Karl E. Garrison pula meyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada
tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah
laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula
jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan
sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan
perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur
organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan
pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak
dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana
sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,
perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan
hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja
membawa sesuatu organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan

12
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya,


perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat
sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah
sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang
terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic
adalah serupa.
Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-
benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung
mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan


kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi.
Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan
suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

13
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2.1 Ciri-ciri pertumbuhan kanak-kanak


2.2 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak.

14
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2.1 Ciri-ciri pertumbuhan kanak-kanak

Pertumbuhan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

2.1.1 Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur.


2.1.2 Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar
secara fizikal.
2.1.3 Selain daripada itu, saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah.
Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk
menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif
dan fizikal.
2.1.4 Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan
ibubapa dan persekitaran individu tersebut.
2.1.5 Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu kepada individu dan ia berlaku
peringkat demi peringkat.

15
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2.2 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri


perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

2.2.1 Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang
saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.
2.2.2 Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial.
Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.
2.2.3 Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi.
2.2.4 Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat
serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil
berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan
sebelum berlari.
2.2.5 Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu.
2.2.6 Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan
menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
2.2.7 Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke
arah tertentu serta dijangkakan.
2.2.8 Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan
had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan
mencapai tahap yang maksimum.

16
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

17
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

3. Persamaan dan Perbezaan antara pertumbuhan dan


perkembangan kanak-kanak

Persamaan
Proses ini membabitkan manusia.
Mempunyai corak tertentu.
Susunan sama bagi semua ahli.
Berlaku secaraberterusan
Perbezaan
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani Tinggi, saiz, berat, Kemahiran menggunakan anggota
pertumbuhan gigi, urat daging badan seperti merangkak, berjalan,
dan saraf pancaindera melompat dan berlari.
Mental Keupayaan berfikir bertambah Kemahiran menggunakan bahasa,
termasuk perkara yang angka dan membuat penaakulan.
subjektif.
Emosi Memiliki pelbagai ragam Memahami konsep perasaan,
perasaan sayang, gembira, menguasai dan mengawal perasaan
riang, cemburu, duka, marah ketika marah, takut dan cemburu.
dan takut.
Sosial Kenalan semakin bertambah. Keupayaan memilih kenalan.

Struktur Mengikut pola dari kepala ke Mengikut kematangan dan


kaki dan dari tengah ke sisi. pengalaman pembelajaran

18
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

19
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-


kanak

4.1 Menurut Mook Soon Sang (2009) prinsip-prinsip perkembangan adalah seperti
berikut:
4.1.1 Pertumbuhan berlaku dalam dua arah
4.1.1.1 Dari atas ke bawah.
4.1.1.2 Dari tepi ke tengah.
4.1.2 Pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya.
4.1.3 Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus.
4.1.4 Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya
adalah berbeza pada setiap individu.
4.1.5 Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku
secara berterusan hingga hayat akhir.
4.1.6 Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan
jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani,
emosi dan sosial.
4.1.7 Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut
peringkat-peringkat berikut:
4.1.7.1 Peringkat pralahir (prenatal) (dalam kandung 9 bulan)
4.1.7.2 Peringkat bayi (0-2 tahun)
4.1.7.3 Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
4.1.7.4 Peringkat pertengahan kanak-kanak (6-9 tahun)
4.1.7.5 Peringkat akhir kanak-kanak (9-11 tahun)
4.1.7.6 Peringkat awal remaja (11-15 tahun)
4.1.7.7 Peringkat pertengahan remaja (16-18 tahun)
4.1.7.8 Peringkat akhir remaja (18-21 tahun)
4.1.7.9 Peringkat dewasa (21-60 tahun)
4.1.7.10 Peringkat tua (60 tahun ke atas)
4.1.8 Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.
4.1.9 Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang
lain.

20
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4.2 Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008), prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan
adalah seperti berikut:
4.2.1 Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial manusai berlaku pada kadar
yang berlainan.
4.2.2 Perkembangan seorang manusia adalah disebabkan oleh pertumbuhan
dan kematangan.
4.2.3 Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlaku
secara semulajadi, secara spontan dan tidak berada dalam kawalan
manusia.
4.2.4 Pertumbuhan ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggian
dan pertumbuhan rambut.
4.2.5 Pertumbuhan berlaku daripada umum kapada spesifik.
4.2.6 Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalam
kompleksiti organ dan sistem saraf manusia.
4.2.7 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam satu susunan yang boleh
diramal.
4.2.8 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara perlahan-lahan.

4.3 Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) turut menyatakan bahawa prinsip-prinsip
pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:
4.3.1 Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi
pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak
diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan
juga bermula daripada konkrit kapada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya
dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
4.3.2 Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada
keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh
menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari
tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu
sebelum beransur ke otot-otot halus.

21
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4.3.3 Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akan
menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang
juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
4.3.4 Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Misalnya,
setengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada
yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor
yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat
lihat di dalam sebuah bilik darjah.
4.3.5 Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada
dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan
kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran
adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan
memerlukan usaha.
4.3.6 Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan
potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan
saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu
berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-
cara berenang.

4.4 Mengikut sumber lain, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah


seperti berikut:
4.4.1 Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:
4.4.1.1 Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
4.4.1.2 Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)
4.4.2 Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada
yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum
berdiri atau berdiri sebelum berjalan.

22
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4.4.3 Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya


umum kemudian khusus.
4.4.4 Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa
fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.
4.4.5 Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi
beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang
lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental.
4.4.6 Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak
mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
4.4.7 Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses
perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-
perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan
sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan
tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan
merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-
anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
4.4.7.1 Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
4.4.7.2 Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
4.4.7.3 Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk
perkembangan kognitif;
4.4.7.4 Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara
emosi dan sosial.

23
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

24
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

5. Faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-


kanak

5.1 Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak adalah seperti berikut:
5.1.1 Dua faktor utama yang mempengaruhi perkembangan seorang individu
iaitu baka dan persekitaran.
5.1.2 Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal,
perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia.
5.1.3 Faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, budaya,
teknologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat.
5.1.4 Faktor keluarga terdiri daripada faktor suasana rumah pemakanan dan
taraf status sosio ekonomi serta kebudayaan.
5.1.5 Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam membentuk
pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.

5.2 Mengikut sumber lain, faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak


dihuraikan seperti di bawah:
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan
dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna
mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa
setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-
peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu,
walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal,
kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak
ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka
berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar
perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

25
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah
berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom
berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.
27 MAC 2008

26
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Rajah 1: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan


perempuan

27
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

27 MAC Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan
ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetic
terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu
dari segi fizikal, mental dan emosi.
Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai cirri
fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria
serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal
luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu
bapa.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu
dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan
melahirkan anak yang juga cerdas pintar.
Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi
daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil
dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana
rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui
umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga
melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya;
5.1 Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh
dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

28
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

5.2 Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak


memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.
5.3 Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami
perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.
5.4 Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang
serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,
khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan
intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan
rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
daripada mereka.
Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.

29
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.1 Konsep perkembangan fizikal kanak-kanak;


6.2 Prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak;
6.3 Peringkat-peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak;

30
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.1 Konsep Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

(6-12 tahun)

Menurut Woolfolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan
saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota
badan dan perawakan manusia.
Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian,
berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang
lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978).
Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak
melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam
sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak
disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim,
senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan aspek fizikal seseorang itu.
Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan
lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna
rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip.
Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi
pengaruh baka juga memainkan peranan penting.
Menurut Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004),
kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap
aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri
daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh
yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

31
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.2 Prinsip Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

(6-12 tahun)

6.2.1 Prinsip asas perkembangan fizikal kanak-kanak adalah seperti berikut:


6.2.1.1 Perkembangan bermula daripada kepala hingga kaki bayi.
6.2.1.2 Pertumbuhan bermula daripada bahagian tengah badan.
6.2.1.3 Kebolehan kanak-kanak semakin jelas dan spesifik.
6.2.1.4 Aspek perkembangan fizikal pada peringkat yang berbeza.

6.2.2 Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), prinsip asas perkembangan
fizikal kanak-kanak dihuraikan seperti berikut:
6.2.2.1 Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.
Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti
dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak
dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti
dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal
pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas
lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan
mengangkat badanya menggunakan lengan. Pada usia 6 tahun hingga
12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak,
berdiri dan seterusnya berjalan.
6.2.2.2 Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke
luar.
Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar
badan. Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk
dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki
merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi
selepas kelahiran akan cuba mencapai obkel yang dilihatnya tetapi
gagal kerana masih tidak dapt mengawal otot-otot tnagannya. Selepas
beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk

32
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

menggengam objek sengan sebelah tangan menggunakan jari tanagan


kerana otot tangan sudah berkembang.
6.2.2.3 Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.
Sebagai contoh nya, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi
akan menangis dengan kuat.
Selepas beberapa bulan, jika inseden yang sama berlaku, bayi masih
akan menangis tetapai bolah menunjuk kepada kepala yang sakit.
Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan
memberitahu kepalanya sakit.
6.2.2.4 Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa
peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama.
Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahap
maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul
berkembang dengan lebih perlahan.

33
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.3 Peringkat-peringkat Perkembangan Fizikal Kanak-


kanak (6-12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat
jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiran
psikomotor yang sedia ada.
Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.
Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan
mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula
bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun akan mencapai tahap
kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi
lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh,
kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus
kepada aktiviti atau tugas yang diberi kapada mereka. Perkembanagn otot-otot halus,
koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih
kemas, belajr bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait,
membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki
cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.

34
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.1 Konsep perkembangan kognitif kanak-kanak;


7.2 Peringkat operasi konkrit;
7.3 Teori perkembangan kognitif Jean Piaget;
7.4 Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky.
7.5 Teori-teori metakognisi

35
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.1 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

(6-12 tahun)

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif


merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti
mental seperti ingatan, mengketogeri, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan
hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan rapat
dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau
pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan
rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan
sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal)
serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.
Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada
kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi.

Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak


kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal,
membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Ia juga selari dengan perkembangan
fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut.

36
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.2 Peringkat Operasi Konkrit (6-12 tahun)

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubah


daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin,
1997). Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi
orang lain berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanak
peringkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu?
Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain
jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami
orang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yang
diperolehi oleh kanak-kanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan
secara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara
subordinate atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan
ini dinamakan 'class inclusion'.

37
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

7.3.1Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui


peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama
tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat
persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak,
sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka
secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan
ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan
lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama:
7.3.1.1 Skema (Schema)
7.3.1.2 Penyerapan (Assimilation)
7.3.1.3 Pengubahsuaian (Accomodation) dan
7.3.1.4 Keseimbangan (Equilibrium)
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus
dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah
kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila
seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar
skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema
adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan
mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah
menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya
akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum
dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana
hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat

38
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika
maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai
untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.
Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada.
Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.
Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak
dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema
atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka
tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari
bayi sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat
sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

7.3.2 Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)


Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk
memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan
selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di
dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan
lambing yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria

39
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan


objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

7.3.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)


Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses
kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-
kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.
Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat
menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir
secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak
mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak
dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini,
kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-
objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

7.3.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)


Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif,
dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta
membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.
Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk
menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan
konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah
matematik.

40
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan


pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir
tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti
mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun
semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa
pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi
konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan
mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).

Pengekalan ( conservation )

Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak


mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti
cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di
bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B'
yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep
pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter)
iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan
proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas
yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama
banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B'

41
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Mengklasifikasi

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-


cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada
kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulance. Cirinya beroda
2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT, Putera RT
yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.

Perkaitan Logik

Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih
baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan
"berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami
oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan
membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun
dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat. Mereka juga
berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam
sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih
tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka
yang talah berada di peringkat operasi
konkrit akan boleh memberi jawapan yang
betul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada
Firdaus.

42
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.4 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky

7.4.1 Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli


psikologi Russia. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dan
kemudian beralaih kepada pengajian undang-undang dan pada
masa yang sama mendalami bidang kesususteraan. Penerbitan
dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The
Psychology of Art”.

Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu


berlaku dlam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan
pemikiran individu. Beliau memberi alternatif kapada idea Piaget tentang
perkembanagn kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan
budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Perkambangan mental kanak-kanak
terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang.

Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), pemikiran
kanak-kanak berkembang akibat pergaulan dengan orang lain. Baginya, kanak-kanak
tidak dapat membina pengetahuannya sendiri melainkan dengan interaksi bersama
individu-individu di persekitarannya. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua
peringkat:

7.4.1.1 Peringkat sosial

Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu


dengan individu lain di persekitarannya.

7.4.1.2 Peringkat individu (peribadi)

Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi


daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat yang
diperolehi ini bileh menukar skemata individu.

43
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.4.2 Zon Perkembangan Proksimal

HAD ATAS

Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu


yang lebih mahir.

Contohnya:

Boleh membuat penambahan angka 1-1000 sendiri.


ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Contohnya:

Membuat penambahan angka 1-1000 dengan bantuan.


HAD BAWAH

Kemahiran yang boleh/telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Pengetahuan


sedia ada kanak-kanak.

Contohnya:

Kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1-1000.

7.4.3 Perancah (Scaffolding)

Bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Menurut Santrock


(2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), apabila seseorang
pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin
akan memberi bimbingan penuh tetapi pelajar sudah mula memahami,
bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai
kemahiran tersebut.

44
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza


Hamzah dan Joy N. Samuel (2009),
selain berkomunikasi denagn orang lain,
kanak-kanak sekitar usia 3-7 tahun
berkomunikasi dengan diri mereka
sendiri. Komunikasi ini seterusnya
bertukar kepada suara hati atau
dorongan pemikiran dewasa kelak.
Komunikasi sebegini memberi impak yang positif untuk kanak-kanak tersebut
(Berk & Spuhl, 1995) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009).

45
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.5 Teori Perkembangan Metakognisi

Berdasarkan Mok Soon Sang (2008) antara teori matakognisi adalah seperti berikut:

7.5.1 Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu
proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
7.5.2 Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kibolehan
atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir.
7.5.3 Teori Roger Sperry (1979) nghuraikan otak manusia yang menggunakan
bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara
kreatif.
7.5.4 Mayor (1977) manfsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi mental dalam
sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaiakn masalah.
7.5.5 Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar,
perkataan, pengamatan dan konsep. Melalu pemikiran, rangsangan luar yang
diterima oleh deria akan ditafsirkan dengan peggunakan perkataan atau simbol
untuk membentuk konsep terhadap rangsanagn tersebut.
7.5.6 Beyer (1991) memberi erti pemikiran sebagai operasi mental terhadap input
deria dengan menggunakan maklumat ingatan untuk menaakul, mengadaptasi
dan mengasimilasikannya dengan tujuan membentuk untuk mencari sesuatu
makna.
7.5.7 Menurut pandangan Islam, pemikiran ialah sesuatu proses ynag
menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap
sesuatu keraguan untuk masalah yang tertimbul dengan menggunakan
pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang
logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

46
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8.1 Implikasi perkembangan fizikal terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran;
8.2 Implikasi perkembangan kognitif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran;
8.3 Kesimpulan implikasi perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak
(6-12 tahun).

47
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8.1 Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak

(6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada aktiviti-aktiviti
seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permeianan dan latihan-
latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebh cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk
kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk
kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai yang perlu siterapkan kapada
kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika
kanak-kanak tersebut terlebih berat badan bolh menimbulkan masalah sosial dan
masalah penyesuaian.

8.2 Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-kanak

(6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Implikasi daripada teori Jean Piaget.

8.2.1 Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutamanya untuk mempelajari


kemhiran tertentu.
8.2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek
yang diajar.
8.2.3 Memastikan pembentangan dan pembacaaan adalah rngkas dan tersusun.
8.2.4 Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman
pelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks.
8.2.5 Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang
memerlukan pemikiran logik dan analitik.

Implikasi daripada teori Lev Vygotsky.

8.2.6 Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal


setiap kanak-kanak.

48
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8.2.7 Menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran.


8.2.8 Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.
8.2.9 Mengawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa
menyelesaikan sesuatu masalah.
8.2.10 Memberi arahan yang bermakna.

8.3 Kesimpulan Implikasi Perkembangan Fizikal dan


Kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran.

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia


melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara
satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik
dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus
menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,
pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi
jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

Gambar 1: Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza

49
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya


mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat
kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program
pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan.
Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza
dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam
sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam
keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak
boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di
belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan
serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke
peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran
mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani
aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini
biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara
menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga
mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat
berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-
murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada
secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah
disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka
hadapi.

50
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

51
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

9. Rumusan/Cadangan

Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saiz badan.
Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangan kognitif
dan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspek perubahan.
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat
kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku
dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan
tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke
arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan
membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan
satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata
antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-
beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur
yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
Pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya
harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah
menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Sehubungan
dengan itu, induksi utama yang wajar menuntun kanak-kanak ini adalah ibu bapa dan
guru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampir dengan kanak-kanak tersebut.
Tindakan utama yang harus dilakukan ialah membentuk sahsiah kanak-kanak tersebut
melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Kanak-
kanak ialah individu yang mudah dibentuk. Oleh yang demikian, untuk memastikan
kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang
positif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

52
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

53
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Refleksi

Ringkasan refleksi:
1. Mengenal subjek Perkembangan kanak-kanak;
2. Mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak;
3. Boleh membanding beza antara pertumbuhan dan perkembangan;
4. Mendalami psikologi kanak-kanak;
5. Memantapkan ilmu mengenai kanak-kanak;
6. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak;
7. Persediaan untuk peperiksaan.

Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat
pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengenal subjek perkembangan kanak-kanak
dengan lebih terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai
subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan.
Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin jelas difahami. Saya juga telah
dapat membuat perbandingan antara perkembangan dan pertumbuhan . mengetahui
perbezaannya adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep
sebenar yang telah dipelajari. Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak. Sebagai
seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai psikologi
kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain
mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu
pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa
bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritir, kreatif dan
inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai
kanak-kanak. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada
akhir semesta nanti.

“Berilmu, Beriman dan Bertawakal”

54
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

55
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Rujukan

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak


Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur
: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nor‟aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif


dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan
Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0501&pub=utusan_malaysia
&sec=kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0403&pub=utusan_ma
laysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0405&pub=utusan_ma
laysia&sec=keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive

56
Februari 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

57
Februari 2009