Anda di halaman 1dari 1

Gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.

Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan yang seimbang ,senaman yang konsisten ,kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup.

PENGENALAN Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2012.