Anda di halaman 1dari 21

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN BIODATA DIRI PENGENALAN DIRI PANDANGAN UMUM DEFINISI KERJAYA CIRI-CIRI PERIBADI SYARAT-SYARAT KELULUSAN LATIHAN KEPAKARAN PERSEDIAAN TENTANG KERJAYA . REFLEKSI

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, atas kurniaan kurnian dan hadrat dari-Nya, folio kerjaya ini berjaya saya siapkan dengan selengkap-lengkapnya. Banyak kelebihan yang telah saya dapati sepanjang melakukan folio kerjaya ini. Namun begitu, saya tidak mungkin mampu menyiapkan folio ini tanpa sokongan dari beberapa pihak. Oleh yang demikian, di sini saya ingin ibu memberikan bapa saya, yang

penghargaan ke atas langsung mahupun

pihak-pihak yang telah terlibat secara tidak. atas Antaranya, dan dorongan sokongan

diberikan olehmereka sepanjang saya menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, . saya yang banyak membantu dalam menyediakan informasi-informasi yang diperlukan untuk dimasuki dalam folio ini. jasa yang telah beliau taburkan sentiasa terpahat dalam hati ini. Akhir sekali , saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada yang sudi disoaljawab oleh saya secara online

bagi menyempurnakan folio ini selengkapnya.

BIODATA DIRI

Nama : hannan Tarikh Lahir : 22 Julai 1995 Tempat Lahir : Jitra , Kedah Nama ibu : Pekerjaan : Guru Nama ayah : . Pekerjaan : Penolong Pengurus Bank Rakyat Cita-cita : Pilihan 1-doktor gigi (perdiatrik) Pilihan 2-pakar mata (oftalmologi) Pilihan 3-akauntan *tertakluk kepada tawakal selepas berusaha Motto hidup : You Will When You Believe

PENGENALAN DIRI
Saya telah berazam dan bercita cita untuk menjadi seorang doctor gigi (dentist) . Berdasarkan ujian SDS iaitu dikenali jua sebagai Kod Kerjaya Holland yang telah saya ambil semasa kelas sivik sekolah saya, saya telah mendapati bahawa saya saya seorang yang cenderung kepada kod Investigation, Social dan, Artistic. Sememangnya kod-kod ini serba sedikit telah membuktikan bahawa diri saya sesuai untuk bekerja sebagai seorang doctor gigi pada suatu hari. Untuk seorang kod investigation kecerdasan menggambarkan persekitaran yang bahawa saya saya

yang

mengendalikan

dengan aktiviti-

menggunakan

memanipulasikan

aktiviti yang melibatkan penyiasatan secara pemerhatian sistematik dan kreatif terhadap fenomena-fenomena biologi ,fizikal dan budaya.Bagi kod social menggambarkan saya seorang yang mampu berinteraksi dengan golongan yang ramai iaitu dengan mengendalikan persekitaran saya dengan menggunakan kemahiran-kemahiran perhubungan individu. Manakala ,kod artistic pula menggambarkan bahawa saya seorang yang lebih cenderung dengan aktiviti yang realistic. Selain daripada ujian SDS itu juga, dengan sifat-sifat positif yang ada dalam diri saya membuatkan saya berasa bahawa saya mampu untuk Antara menjadi sifat-sifat seorang positif doctor gigi yang adalah professional. lain-lain. tersebut

bertanggungjawab, amanah ,penyayang bertimbang rasa dan

PANDANGAN UMUM
Saya berasa amat bersyukur kerana apa-apa jua cita-cita saya,ianya disokong sepenuhnya oleh ibu dan bapa saya. Dalam hal yang sebegini, merekalah yang banyak member kata-kata motivasi dan kata-kata perangsang agar saya terus berusha unutk mencapai cita-cita saya ini. Selain itu, melalui pandangan saudara mara pula, mereka berkeyakinan bahawa saya mampu mencapai target saya untuk menjadi seorang doctor yang berkaliber pada suatu hari nanti. Ibu saudara saya , Kamariah Ali ,yang merupakan doctor gigi yang mempunyai kliniknya sendiri amat berharap supaya saya boleh menyambung kariernya apabila saya dewasa kelak. Pada pandangan guru-guru saya pula, mereka mengatakan bahawa saya mampu mencapai apa-apa jua impian saya asalkan saya gigih berusaha daripada sekarang agar keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia saya kelak dalam kategori yang cemerlang. Mereka banyak member tunjuk ajar kepada saya . Terima kasih cikgu! Oleh yang demikian, saya berasa bangga untuk mengatakan bahawa saya mempunyai ramai sokongan dari belakang sama ada dari ahli keluarga saya sendiri, guru-guru mahupun rakanrakan saya secara tidak langsung.

DEFINISI KERJAYA
Di antara bidang profesional yang penting tetapi masih kurang di negara ini ialah profesion pergigian. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga Disember 1995, terdapat 1750 doktor pergigian di negara ini. Daripada jumlah itu, seramai 1002 berkhidmat di sektor swasta sementara 748 berkhidmat di sektor awam. Jumlah itu memberikan nisbah 1 doktor pergigian kepada kirakira 12 000 penduduk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah doktor pergigian kepada pada 2000. Untuk mencapai sasaran itu lebih ramai doktor pergigian perlu dilatih sama ada di dalam atau di luar negara. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan perkhidmatan pergigian yang selesa kepada rakyat di negara ini. Setiap orang inginkan gigi yang sihat, bersih dan kuat. Kita perlu menjaga 32 khazanah yang berharga itu dengan baik. Tanpa mempunyai gigi sudah tentu kita tidak makan atau kadar 1:5000. Kementenian penduduk ialah menetapkan Kesihatan

sasaran 1 doktor pergigian kepada 7212 duduk pada tahun

mengunyah makanan dengan sempurna. Untuk mengekalkan kesihatan gigi, kita memerlukan pemeriksaan rawatan danipada doktor gigi. Sekurang-kurangnya dalam setahun untuk memeriksa dan menjaga gigi kita. Sejarah pengajian akademik di bidang pergigian di negara bermula apabila kumpulan pertama seramai 32 orang penuntut bagi sesi 1972/73 diterima masuk ke Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM). Program ini bertujuan melatih pelajar untuk menjadi doktor pergigian di negara ini seterusnya meramaikan bilangan mereka. Pelajar yang mengikuti program ini dididik supaya menganggap pesakit bukannya kes pergigian, bahkan sebagai orang yang layak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat dan memerlukan rawatan pergigian demi kesejahteraannya sendiri. Kemudahan rawatan pergigian boleh diberikan kepada semua yang memerlukan. Pengajian pada tahun pertama dan kedua dikhususkan kepada pengajian tentang struktur fungsi yang normal tidak normal terhadap badan manusia dengan pengkhususan kepada aspek yang berkaitan dengan amalan pergigian. Sementara pada tahun tiga dan empat pelajar dikehendaki menumpukan perhatian kepada rawatan pesakit, pengajian rawatan diagnosis dan pencegahan penyakit pergigian dan mulut. Pelajar juga akan dilatih di klinik-klinik mana mereka akan merawat pesakit-pesakit di bawah pengawasan rapi pensyarah.Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang cukup baik dan meluas dengan pendapatan yang

lumayan dengan gaji permulaan sekitar RM1,600 serta insentif lain di sektor kesihatan kerajaan seperti hospital dan klinik. Sementara RM2,500. sektor Mereka swastamenawarkan juga boleh gaji lebih kurang menjalankan perkhidmatan

pergigian dengan membuka klinik secara persendirian. Kerjaya sebagai doktor gigi tidak sahaja mencabut dan menampal gigi, sebaliknya lebih daripada itu. Doktor gigi bertugas merawat dan memeriksa semua jenis penyakit, kecederaan serta masalah berkaitan mulut dan rahang gigi. Doktor gigi juga boleh membantu membaiki keadaan gigi yang tidak lurus, merawat gusi yang berpenyakit, menjalankan pembedahan pada mulut dan rahang, selain membuat dan memasang gigi palsu.

CIRI-CIRI PERIBADI
(i) (ii) Berminat dengan profesion ini Mempunyai pengetahuan tentang perubatan dan kemahiran klinikal (iii) Mempunyai minat untuk bekerja dengan orang ramai tanpa mengira usia dan latar belakang (iv) Sihat tubuh badan, mempunyai ketangkasan penglihatan yang baik serta pintar (v) Mempunyai kemahiran menjalinkan hubungan dengan orang ramai

(vi) Memiliki sikap yang menyenangkan (vii) Mempunyai minat di bidang biologi, kimia dan fizik (viii) Mempunyai kemahiran dan ketangkasan menggunakan tangan (ix) Bersikap peramah dengan pesakit

SYARAT-SYARAT KELULUSAN
SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Untuk menjadi seorang doktor pergigian, individu itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Petama daripada universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan. Mereka juga perlu mendapat pengiktirafan dana Majlis Pergigian Malaysia terlebih dahulu sebelum mempraktik sebagai doktor gigi yang sah.

SYARAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Antara universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).Selain itu, juga boleh diikuti di universiti-universiti luar negara seperti di Republik Ireland, England, Australia, New Zealand, Kanada, Amerika Syarikat, Pakistan, Bangladesh, India dan Taiwan.

SYARAT YANG DIPERLUKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN Terdapat dua cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini universiti-universiti tempatan: Cara pertama: Pelajar perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran lain. Calon akan ditawarkan ke peringkat matrikulasi atau sains selama satu setengah tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan dipiih mengikuti program pergigian.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui program khas negara khususnya di United Kingdom akan memilih pelajr-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang di dalam matrikulasi/asasi sains dan universiti tempatan melanjutkan pengajian di bidang pergigian di negara tersebut di atas. Cara kedua: Pelajar akan ditawarkan terus ke peringkat sarjana pertama. Pelajar perlu lulus SPM (aliran sains) dengan kepujian dalam bahasa Melayu serta lulus dalam peperiksaan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran pengajian am/kertas am, biologi dan kimia. Mereka yang memiliki Diploma Sains dan Diploma Mikrobiobogi dari UiTM juga boleh memohon. Oleh kerana jumlah pengambilan pelajar oleh universiti tempatan untuk mengikuti program ini adalah kecil, maka hanya mereka yang mempunyai kelayakan yang cemerlang sama ada di peringkat STPM atau matrikulasi/asasi sains atau diploma berpeluang untuk dipilih.Program pergigian yang dijalankan di universiti tempatan selama lima tahun.Sepanjang tempoh itu, pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus perubatan pergigian meliputi peringkat praklinikal dan klinikal. Selain dari yang di atas,biasanya memang kena masuk matriks dulu baru boleh masuk UM ke UKM ke USM ke etc.Selain dari matriks boleh juga ambil STPM.Lepas SPM sahaja tidak boleh pergi masuk terus universiti. Untuk mengambil course dentistry, perlu masuk matriks bahagian sains dulu. Untuk qualify, seperti dalam laman web bahagian matrikulasi, syarat minimum ialah: 1) 6C Bahasa Melayu 2) 6C Bahasa Inggeris 3) 4B Matematik 4) 6C Matematik Tambahan 5) 6C Kimia 6) 6C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: i. Fizik ii. Biologi

* Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran teknik perlu mendapat 6 C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran daripada berikut: i. Fizik ii. Biologi iii. Mata Pelajaran Teknik (PKA / PKM / PKE / TK) Selepas masuk matrikulasi, kena lulus dan dapat sekurangkurangnya Grade B ( CGPA 3.0 dalam Biologi dan juga dapat sekurang-kurangnya Grade B dalam mana-mana kombinasi ( Kimia, fizik, matematik). Jadi, untuk jadi dentist, pertama bahasa inggeris, bahasa melayu, sains subjek kena power. Lepas tu paling penting matriks punya result kena power. Baru boleh masuk dental school di UM, UKM, USM dan sebagainya ( UITM, MMU, USIM semua tu bakal ada ambil pelajar utk jadi dentist)

LATIHAN KEPAKARAN

Negara kita masih kekurangan pakar-pakar di bidang pergigian seperti pakar pergigian kanak-kanak, pembedahan mulut, ortodontik, periodontik, patologi mulut, kesihatan pergigian dan prostodontik. Untuk melanjutkan ke peringkat profesional individu perlu mengikuti kursus antara satu hingga tiga tahun. Bidang-bidang pengkhususan yang boleh diikuti adalah seperti berikut: 1. General dentisrty yang ni biasanya berkaitan dengan rawatan biasa seperti tampalan, cabutan, pencucucian gigi 2. Prosthodontic yang ini pula ada dua jenis. Yang pertama removable seperti pembuatan gigi palsu penuh dan juga separuh. Yang kedua pula fix seperti crown, bridge, implant 3. Periodontic yang ni berkaitan dengan gusi dan tulang gigi, macamana nak pulihkan tulang yang dah turun, atau macam mana nak baikkan gusi yang dan turun. 4. Pedodontic- yang ini berkaitan dengan segala rawatan utk kanak-kanak 5. Orthodontic yang ini berkaitan dengan rawatan nak jadikan gigi tersusun dgn pakai braces 6. Oral Surgery yang ini pula berkaitan dengan pembedahan mulut. Biasanya kita boleh belajar nak membuang gigi secara pembedahan, nak membetulkan rahang, tulang pipi atau apa sahaja tulang pada muka yang patah. Ia juga merangkumi rawatan utk pesakit kanser mulut. 7. Oral pathology and oral medicine yang ini biasanya berkaitan dengan pengkajian peringkat sel. Biasanya ia menentukan apa jenis kanser mulut yang orang itu dapat dan sebagainya. Biasanya bidang ni banyak kerja di lab dan dengan mikroskop. 8. Forensik dentistry yang ni pulak, kaji pasal bahagian muka orang yang dah takde lagi dalam dunia ni. Biasanya utk orang nak kenal pasti umur, jantina dan juga mayat yang tak dikenali

PERSEDIAAN
TEMPAT-TEMPAT PENGAJIAN Di negara kita ini terdapat hanya dua buah universiti yang menawarkan kursus ijazah di bidang pergigian iaitu Universiti Malaya (UM) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)

TEMPOH PENGAJIAN Pengajian pada tahun pertama dan kedua dikhususkan kepada pengajian tentang struktur fungsi yang normal tidak normal terhadap badan manusia dengan pengkhususan kepada aspek yang berkaitan dengan amalan pergigian. Sementara pada tahun tiga dan empat pelajar dikehendaki menumpukan perhatian kepada rawatan pesakit, pengajian rawatan diagnosis dan pencegahan penyakit pergigian dan mulut. Pelajar juga akan dilatih di klinik-klinik mana mereka akan merawat pesakit-pesakit di bawah pengawasan rapi pensyarah. Oleh itu secara keseluruhannya, tempoh pengajian bagi doctor gigi ini adalah sebanyak 5 tahun. Jika ditambah tempoh pengajian di matriks, maknanya, selama 6 tahun tempoh mengaji untuk menjadi doctor gigi yang berkaliber.

TENTANG KERJAYA
->Hasil soal jawab bersama Dr Leen<-secara online

PENDAPATAN Gaji bagi doctor gigi biasanya tengok pendapatan klinik. Kalau ramai pesakit, banyakla yang dapat..kalau sikit..sikit la dapat. Ada klinik beri pendapatan tetap..biasanya RM4500 ke atas ada pula yang macam pesakit..yang tu biasanya dapat 40% daripada pendapatan klinik. CABARAN-(KELEBIHAN/KESERONOKAN)TANGGUNGJAWAB Kata Dr Leen : Pengalaman yang tidak saya lupakan semasa bertugas di sini ialah saya dikehendaki membuat pemeriksaan gigi ke atas mayat yang tidak dikenali. Memang termasuk di dalam tugas doktor gigi yang bertugas di hospital untuk memeriksa mayat yang tidak dikenali untuk mengagak umur mayat tersebut berdasarkan gigi. Saya memang kecut perut semasa masuk ke dalam bilik mayat itu. Nasib baik ia hanyalah rangka dan bukannya mayat. Saya mengambil acuan gigi atas dan bawah dan juga memeriksa gigi tengkorak tersebut dan mengisi borang yang disediakan. Kita boleh mengagak umur seseorang dari giginya. Kita biasanya melihat jika gigi geraham bungsu ada atau tiada, selain itu kita melihat keadaan gigi sama ada ada penyakit gusi atau tidak, keadaan permukaan gigi samada

masih tajam atau telah tumpul dan macam-macam lagi. Ada rakan saya yang pernah membuat pemeriksaan ke atas mayat yang terbakar, mayat yang telah reput dan berulat dan sebagainya. Barulah saya tahu yang tugas doktor gigi bukan hanya setakat membuat rawatan pergigian tetapi banyak lagi. Semasa di Canada, saya tidak didedahkan sangat tentang tugas di hospital kerana di sana selepas anda menamatkan pengajian, anda akan terus bekerja di klinik sahaja. Sekiranya anda mahu menjadi pakar bedah mulut, barulah anda bertugas di hospital. Berlainan pula di Malaysia, doktor gigi di sektor kerajaan perlu membuat lebih dari itu. Saya sekarang telah bekerja di klinik swasta. Pengalaman yang saya dapati semasa bekerja di klinik dan hospital kerajaan amatlah berguna. Mungkin selepas ini saya akan menceritakan pengalaman bekerja di klinik swasta. Terdapat banyak benda yang saya tidak sangka akan dibuat tetapi dibuat di klinik swasta. Jangan sangka semua klinik swasta itu sentiasa bagus, dan klinik kerajaan itu tidak bagus dan juga sebaliknya. Samada klinik swasta atau kerajaan ada baik dan ada buruknya Cita-Cita Asal Dr Leen Berminat menjadi guru ataupun doctor . Syukur, cita-cita sebagai doctor akhirnya tercapai. PEKERJAAN LAIN yang boleh dilakukan guna KEMAHIRAN YANG SAMA :

Apa dan bagaimana?: Pekerjaan lain yang menggunakan kemahiran yang sama adalah membuka perniagaan sendirilah. Misalnya, buka klinik gigi sendiri.Inilah untungnya. Biasanya apabila rasa sudah bersedia dari segi pengetahuan dan juga duit boleh buka bilabila masa sahaja.Biasanya kena kerja dengan kerajaan selama 3 tahun.Bagi yang tiada ikatan apa-apa.Selepas 3 tahun boleh berhenti dan ada yang buka terus. BIasanya semasa kerja dengan kerajaan tu buatlah locum.Oleh itu dapat banyak experience dan nanti nak buka tiadalah takut sangat. BIasanya kalau bukak klinik tu masa mula2 pesakit memang tidak ramai.Jadi ramai juga kawan2 yang tiada gaji masa tu sebab duit cukup2 nak bayar bill etc. Jadi, kena bersedia dari segi kewangan juga la.Sebenarnya nak kena berani.Kalau berani bila-bila sahaja boleh buka. NASIHAT BAGI BERMINAT: Q: Apa nasihat dr. leen mengenai minat ataupun kecemerlangan yang penting kerana kalau saya,saya sangat berminat unutk profession ini.
A: Alhamdulillah, memang bagus jika adik berminat utk jadi dr gigi. Bukan senang nak cari orang yang memang berminat. Tetang minat atau kecemerlanganhmm..sebenarnya dua2 penting. Kecemerlangan tu penting supaya kita dapat tempat dalam course dentistry. Sebab faktor kita diterima atau tidak masuk ke uni bergantung pada result SPM jugak. Jika result kita ok dan melayakkan diri mengikuti course ni then selepas tu minat juga penting. Ada kawan2 saya yang memang pandai..result memang bagus tapi tak berminat dengan course ni, so they all tak dapat mengikuti sepenuhnya dan fail. Jika kita minat sesuatu tu, tentu kita akan berusaha bersungguh2 utk mencapai apa yang kita minat betul tak?

Banyak dah bukti yang pelajar2 university yang pandai2 tapi tak grad, terkantoi tengah jalan..tu semua kerana mereka tak berminat utk belajar. Ada pula pelajar yang kira average la..tapi berjaya juga akhirnya menamatkan pelajaranPaling penting sini ialah jika awak betul2 berminat, teruskan. Banyak universiti yang menawarkan program dentistry nikerajaan ada, swasta ada, luar negara pun ada. Usaha je la yejangan give up..:)

PELUANG MASA HADAPAN


Peluang sangat cerah pada masa hadapan jika meneruskan profesion dalam bidang doctor gigi ini. Ini antara bidang profesional yang penting tetapi masih kurang di negara ini ialah profesion pergigian. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga Disember 1995, terdapat 1750 doktor pergigian di negara ini. Daripada jumlah itu, seramai 1002 berkhidmat di sektor swasta sementara 748 berkhidmat di sektor awam. Jumlah itu memberikan nisbah 1 doktor pergigian kepada kira-kira 12 000 penduduk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan nisbah doktor pergigian kepada penduduk ialah pada kadar 1:5000. Kementenian Kesihatan menetapkan sasaran 1 doktor pergigian kepada 7212 duduk pada tahun 2000.

REFLEKSI
Q : Mengapa pekerjaan ini sesuai untuk saya? Berdasarkan ujian SDS serta ciri-ciri peribadi yang ada pada saya. Maklumat lanjut pada muka surat pengenalan diri.

Q: Apakah yang merunsingkan anda untuk menceburi bidang ini?

Saya berasa sedikit risau dengan cabaran-cabaran yang perlu saya hadapi sepanjang melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Namun saya percaya saya mampu lakukankannya dengan sokongan dari masyarakat sekeliling saya dan sokongan Allah swt. Jika nasib saya tidak menyebelahi saya unutk terus melanjutkan dalam bidang ini saya akan teruskan dengan bidang yang bersesuaian dengan saya.

LAMPIRAN
Siapa Dr Leen?

Dr Leen atau nama penuhnya Dr Mazleen Abdul Rahman ialah seorang doktor gigi yang telah

mendapat ijazah doktor gigi (DDS) daripada Dalhousie University, Canada pada tahun 2002. Dr Leen mempunyai pengalaman bekerja sebagai doktor gigi di klinik-klinik kerajaan, hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. Dr leen telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki yang comel. Dr Leen sekarang telah membuka kliniknya sendiri: Klinik Pergigian Dr. Leen di Reko Sentral, Jalan reko kajang. Anda boleh menghubungi Dr Leen dengan menghantar e-mail ke alamat doktorleen@gmail.com KLINIK PERGIGIAN DR. LEEN No 27-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, off Jalan Reko, 43000 Kajang. 03-87394039 / 014-6345676 Waktu Rawatan: Isnin- Jumaat : 10 pagi -9.30 mlm ( rehat: 1.30 2.30, 7.157.45) Sabtu : 10 pagi - 6 ptg ( rehat : 1.30-2.30ptg) Ahad dan cuti am : tutup Rawatan yang disediakan: Tampalan, scaling (cuci gigi), cabutan, rawatan saraf, crown, bridge, denture, whitening, rawatan kanak-kanak, orthodontic treatment ( braces ) dan implant

SOAL JAWAB SECARA ONLINE DI


http://drleen.wordpress.com/2007/05/29/kerjaya-sebagai-doktor-gigi-di-malaysia/

Anda mungkin juga menyukai