Anda di halaman 1dari 41

Luluhawa

Luluhawa merupakan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ. Pemecahan atau penguraian batuan ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, mikroorganisma ke atas batuan sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit, dan sebagainya. Luluhawa terbahagi kepada tiga jenis iaitu luluhawa kimia, luluhawa fizikal, dan luluhawa biologi. Luluhawa kimia banyak berlaku di kawasan tropika lembap dan dikenali juga sebagai luluhawa dalaman manakala luluhawa fizikal pula dominan di kawasan gurun panas dan kawasan artik, luluhawa ini dikenali juga sebagai luluhawa mekanikal. Luluhawa biologi pula berlaku akibat tindakan tumbuhan dan ia seringkali dominan di kawasan hutan tebal seperti di kawasan Hutan Hujan Tropika khususnya di kawasan Khatulistiwa.

Luluhawa Kimia atau Luluhawa Dalaman

Istilah luluhawa dalaman di kawasan tropika lembap disamaertikan dengan luluhawa kimia. Oleh sebab itu, takrifan luluhawa dalaman adalah sama dengan takrifan luluhawa kimia. Ia merujuk kepada semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertinak balas dengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder. Dengan perkataan yang lebih mudah, ikatan antara mineral-mineral batuan akan terurai akibat tindak balas agen-agen luluhawa seperti air, asid, dan ion. Seterusnya batuan tersebut mengalami susutan, semakin mengecil dan menghasilkan bahan-bahan baru yang sama sekali berbeza dengan batuan asalnya seperti kejadian tanah laterit, tanah liat, dan lain-lain lagi. Luluhawa dalaman atau luluhawa kimia amat berkesan di kawasan tropika lembap. Ini boleh dibuktikan melalui kewujudan lapisan regolit yang terhasil atau lebih ikenali sebagai zon terluluhawa. Zon terluluhawa dalaman adalah merujuk kepada ketebalan lapisan-lapisan batuan yang menerima kesan luluhawa kimia. Ia terdiri daripada lapisan tanah-tanah laterit, lapisan tanah liat atau profil-profil regolit yang dikira ari lapisan atas permukaan tanah.

Misalnya lapisan regolit yang dikaji oleh Kajian oleh Berry dan Ruxton (1957) di Hong Kong, mendapati setebal 60 meter yang merupakan zon terluluhawa dalaman di kawasan batu granit. Humus daripada cacing tanah membantu dalam proses luluhawa dalaman

Proses-proses luluhawa kimia atau luluhawa dalaman [sunting] Terdapat enam proses utama yang terlibat dalam luluhawa kimia atau luluhawa dalaman iaitu: Proses larutan (solution) Proses pengkarbonan (carbonations) Proses hidrolisis Proses penghidratan (hydration) Proses pengoksidaan (oxidation) Proses chelasi Proses larutan (solution) [sunting] Larutan merupakan proses asas dalam luluhawa dalaman. Terjadi akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur) menjadi hasil larutan. Kuantiti hasil larutan ini bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar kelarutan setiap mineral yang membentuk batu. Contohnya kalsium, natrium, dan magnesium mempunyai kadar kelarutan yang lebih tinggi berbanding dengan silika dan seskuioksida. Oleh sebab itu ia mudah dilarut dan tersingkir daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan. Proses pengkarbonan (carbonations) [sunting] Pengkarbonan merupakan sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara dan membentuk asid karbonik. Persamaan tindak balas kimia seperti di bawah. H2O + CO2 H2CO3

(Air) + (Karbon Dioksida) (Asid Karbonik) Asid karbonik inilah yang berupaya menguraikan batuan apabila ia bertindak balas dengan kalsium karbonat (batu kapur) menghasilkan larutan kalsium bikarbonat. Persamaan tindak balas kimia seperti di bawah. H2CO3 + CaCO3 Ca(HCO3)2 (Asid Karbonik) + (Kalsium Karbonat) (Kalsium Bikarbonat) Oleh sebab itu batu kapur lazimnya mudah mengalami luluhawa seumpama ini. Batuan lain juga mudah dikarbonkan seperti Dolomit dan kalium silikat atau potasy-felsfar. Proses hidrolisis [sunting] Hidrolisis merupakan tindak balas antara ion hidrogen (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan. Proses ini bertanggungjawab menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat kedua) yang berlainan sama sekali dengan sifat mineral asalnya. Ion hidrogen atau ion hidroksil yang menjadi agen peluluh ini dibekalkan oleh air hujan. Bagi mineral pembentuk batuan yang tidak stabil biasanya mudah diuraikan menerusi proses ini untuk membentuk kaolinit (tanah liat). Tindak balas hidrolisi bagi menghasilkan tanah liat boleh diringkaskan seperti berikut: Orthoclase Feldsfar + Asid Karbonik + Air Kalsium Karbonat + kaolin (Tanah Liat) + Kuartza Dalam keadaan biasa tindak balas ini sukar diterbalikkan. Ertinya hasil proses hidrolisis adalah stabil dan kekal lama. Proses penghidratan (hydration) [sunting] Proses penghidratan merujuk kepada sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contohnya besi oksida (ferum oksida) menyerap air menjadi besi hidroksida (ferum hidroksida). Contoh yang paling baik ialah penglibatan proses hidrasi ini ialah dalam kejadian limonit daripada hematit. Hematit yang berwarna merah akan bertukar menjadi limonit berwarna kuning apabila menyerap air. Persamaan kimianya seperti berikut: 2FeO2 + 3H2O 2FeO2.3H2O

(Hematit Merah) (Limonit Kuning) Proses pengoksidaan (oxidation) [sunting] Proses pengoksidaan merupakan tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan mineral tersebut teroksida. Contohnya: 4Fe + 3O2 2Fe2O3 (Ferum) + (Oksigen) (Ferum Oksida) 2Mg + O2 2MgO (magnesium) + (Oksigen) (Magnesium Oksida) Proses pengoksidaan juga bukan sahaja melibatkan tindak balas antara unsur oksigen dengan mineral batuan. Sekiranya terdapat penyebatian sesama mineral di dalam batuan tersebut sehingga terdapat penyebatian daripadanya teroksida ia juga dipanggil sebagai pengoksidaan. Contohnya paduan antara ferum dengan sulfur menjadi ferum sulfid.

Proses chelasi Chelasi merupakan proses pembendungan satu ion antara agen-agen luluhawa chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan seperti ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yang hidup di permukaan batuan seperti lumut dan kulampair. Semasa menyerap makanan dan zat galian menerusi akar higroskopnya tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sejenis asid yang dikenali sebagai asi chelasi. Asid ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral batuan menyebabkan mineral tersebut mengalami penguraian. Luluhawa Fizikal atau Mekanikal Luluhawa fizikal atau mekanikal ialah proses pnyepaian atau pemecahan batuan akibat tindak balas unsur-unsur iklim yang menyebabkan batuan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimianya. Apa yang berubah hanya dari segi saiz batuan sahaja. Satu mekanisma umum yang membolehkan batuan itu mengalami pemecahan ialah kehadiran daya tegasan yang secukupnya. Daya tegasan ditakrifkan

sebagai daya yang dikenakan ke atas satu unit keluasan seperti dindingdinding rekahan sehingga dinding tersebut mengalami ketegangan dan akhirnya penyepaian berlaku ke atas rekahan batuan berkenaan. Luluhawa fizikal berlaku menerusi beberapa cara seperti pengembangan dan pengecutan batuan akibat perubahan suhu yang ekstrem, pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun atau fros, penghabluran garam, dan perlepasan tekanan. Pengembangan dan pengecutan akan dialami oleh batuan sekiranya terdapat julat(perbezaan) suhu harian yang besar di sesebuah kawasan seperti kawasan gurun panas. Di kawasan gurun panas, suhu lazim pada waktu siang ialah antara 35C hingga 40C sedangkan waktu malamnya pula menurun dengan mendadak sehingga 5C atau 0C. Perubahan suhu sekitar yang ekstrem ini akan turut mengimpak batuan. Pada waktu siang suhu yang tinggi akan memanaskan batuan sehingga mineral-mineral batuan mengalami pengembangan manakala waktu malamnya pula suhu yang sejuk akan menyejukkan batuan an mineral-mineral batuan akan mengalami pengecutan. Pengembangan dan pengecutan yang berlaku berulang kali membolehkan mineral-mineral batuan itu pecah dan tersepai dari jisim asalnya.

Luluhawa Biologi

Luluhawa biologi merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma, dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan batuan. Luluhawa biologikal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu tindakan tumbuhan, tindakan organisma, dan tindakan manusia. Tindakan tumbuhan Akar-akar pokok khususnya sistem akar runjang boleh menjalar ke dalam tanah dan memasuki rekahan batuan. Apabila akar ini membesar di dalam rekahan maka ia akan menekan dinding-dinding rekahan, melebar, dan memecahkannya. Tindakan ini seumpama tindakan bebaji akar. Pada masa yang sama rekahan yang dimasuki oleh akar tumbuhan turut mempercepatkan proses kemasukan air untuk luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.

Tindakan organisma Tindakan haiwan yang menggali lubang seperti tikus, arnab, dan cacing tanah turut melemahkan struktur batuan yang membolehkan agen-agen luluhawa lain memasuki rekahan batuan untuk bertindak. Disamping itu mikroorganisma seperti lumut dan bakteria yang hidup di permukaan batu akan mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari dalam batu tersebut. Tindak balas asid organik seperti asid chelasi dengan mineral batuan akan mempercepatkan lagi penguraian batuan berkenaan

Tindakan manusia
Tindakan manusia melombong telah membantu mempercepatkan kadar luluhawa Aktiviti manusia juga boleh membantu mempercepatkan kadar luluhawa batuan. Menerusi aktiviti penyahutanan, pembinaan jalan raya, dan perlombongan yang akan mendedahkan batuan di dalam kepada agen-agen luluhawa khususnya sinaran matahari dan air hujan. Oleh itu batuan lebih cepat dipecah dan diuraikan. Aktiviti pertanian dan perindustrian pula membebaskan bahan-bahan kimia seperti baja, racun serangga atau pelepasan bahan pencemar udara dan sisa toksik. Bahan-bahan ini akan berasid di dalam air hujan (hujan asid) atau air tanih untuk bertindak balas dengan mineral batuan dan meluluhawakan batuan tersebut. Sebagai contoh tindak balas antara hujan asid yang mengandungi asid nitrat, asid sulfurik, dan asid karbonik ke atas mineral batuan seperti batu kapur dan rioli

Apakah dia kerak bumi ?

Bumi terdiri daripada beberapa lapisan sfera yang sepusat. Lapisan yang di luar sekali di namakan kerak bumi atau lithosfera. Ketebalannya antara 5 km - 65 km.

Kerak bumi terdiri daripada dua lapisan yang nyata di mana di bahagian atasnya terdiri daripada batu-batu granit yang membentuk benua-benua. Bahan-bahan logam utama yang terdapat di dalamnya ialah silika dan aluminium lalu keseluruhannya dinamakan sial. Ketumpatan bandinganya ialah 2.6 - 2.7. Manakala di bahagian lapisan bawah terdiri daripada batu-batu basalt yang lebih tumpat dan membentuk dasar lautan. Bahan-bahan logam utama yang terdapat di dalamnya ialah silika, magnesium dan besi lalu keseluruhannya dinamakan sima.Ketumpatan bandinganya ialah 2.8 - 3.0

GUNUNG Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu : 1. Gunung lipat - Gunung ini terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan mengecilkan lagi kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun. 2. Gunung bongkah - Gunung ini terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa yang memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya. 3. Gunung berapi - Gunung ini terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahan-rekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair, bara api, abu, debu dan lumpur cair.Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung berapi. 4. Gunung sisa - Gunung jenis ini terjadi sebagai hasil daripada proses gondolan. Apabila aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen gondolan, maka sesetengah kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan menjadi gunung sisa. Gunung sisa juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.

DATARAN TINGGI Dataran tinggi adalah tanah tinggi yang terangkat dan yang mempunyai permukaan rata yang luas dan biasanya menurun dengan curam ke kawasan rendah di sekelilingnya. Berdasarkan asal pembentukkan dan sifat-sifat fizikalnya, dataran tinggi boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu : 1. Dataran tinggi tektonik - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada pergerakan bumi yang menyebabkan berlakunya penimbulan. Biasanya dataran tinggi ini mempunyai saiz yang besar dan seragam tingginya. . Ini termasuklah bongkahbongkah benua seperti Dataran Tinggi Deccan di India. Apabila dataran tinggi di kelilingi oleh gunung-gunung lipat, maka dataran tinggi itu dikenal sebagai dataran tinggi antara gunung. 2. Dataran tinggi gunung berapi - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada lava cair melimpah keluar dari kerak bumi dan mengalir di permukaan bumi lalu membentuk beberapa lapisan yang dinamakan lava basol . Lava yang beku ini membentuk dataran lava . 3. Dataran tinggi berkelar-kelar - Dataran tinggi yang luas sedikit demi sedikit akan terhakis akibat dari proses luluhawa dan hakisan yang terus-menerus dilakukan oleh air yang mengalir, ais dan angin. Oleh yang demikian, permukaan dataran itu menjadi tidak sama rata. Di kawasan dataran tinggi yang beriklim lembab, sungai dan kadangkala glasier menyebabkan lurah-lurah yang dalam dan sempit terjadi, dataran tinggi yang mengalami kejadian seperti ini dinamakan dataran tinggi berkelar-kelar. Di negeri-negeri yang beriklim kering, hakisan menegak yang dilakukan oleh sungai dan geselan yang dilakukan oleh angin akan memecahkan dataran itu dan membentuk bongkah-bongkah seperti meja yang bertebing curam yang disebut mesa dan butte. Kawasan ini diselang-seli oleh kanyon yang dalam. TANAH PAMAH Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. Tanah pamah merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian. Tanah pamah boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya : 1. Dataran bentuk bumi - Ia merupakan kawasan yang telah terlekuk dari segi bentuk muka buminya lalu menjadi kawasan dataran semula jadi yang paling luas di dunia. Dataran ini terbentuk daripada batu-batan yang mendatar dan boleh dikatakan tidak tersentuh oleh pergerakan kerak bumi. 2. Dataran mendap - Dataran jenis ini terbentuk daripada bahan-bahan mendapan yang dibawa oleh berbagai-bagai anasir pengangkutan. Dataran ini boleh dikatakan rata tetapi semakin meninggi hala ke kawasan tanah tinggi. Kesuburan dan perkembangan ekonomi kawasan ini banyak bergantung kepada jenis-jenis mendapan yang terkumpul. Beberapa dataran mendap yang paling luas dibentuk

oleh sungai-sungai yang besar. Hakisan yang pesat di bahagian hulunya menyebabkan sungai-sungai itu banyak membawa lanar ke bahagian hilirnya. Lanar itu dimendapkan sehingga menjadi dataran lanar, dataran mendap dan dataran delta yang Iuas. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling subur di dunia dan digunakan untuk pertanian secara giat. Penduduknya juga sangat padat. Glasier dan litupan ais juga dapat memendapkan lapisan pasir dan batu kelikir yang bercampur-aduk lalu membentuk dataran lanar ais. Glasier juga dapat menimbunkan lanar batu tongkol, iaitu campuran di antara batu-batu tongkol yang berbagai-bagai rupa dengan lanar lalu membentuk satu dataran lanar batu tongkol. Dataran lanar ais selalunya merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuhtumbuhan tetapi lanar batu tongkol pula mungkin merupakan satu kawasan pertanian . Di kawasan pula pantai, ombak dan angin biasanya menyeret bahan-bahan pantai seperti lumpur, pasir atau batu lada ke kawasan dataran pantai. Bahanbahan ini dimendapkan di dataran pantai dan terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah pasang surut dan tanah pamah muara. Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul. Angin mungkin membawa butir-butir halus yang dinamakan loes. Bahan ini dibawa dari kawasan gurun pedalaman atau kawasan tandus dan ditimbunkan di bukit-bukit, lembah-lembah atau di dataran- dataran hingga membentuk dataran tinggi loes, seperti di barat laut negara China dan tanah pamah loes, seperti di kawasan Pampas di Argentina. Tanah loes ini meratakan kawasan yang beralun dengan cara menimbunkan kawasan-kawasan lurah dan lekukan. Kebanyakan kawasan yang diliputi oleh bahan loes di dunia ini merupakan kawasan pertanian yang subur. 3. Dataran hakis - Dataran ini dibentuk oleh agen-agen hakisan. Hujan, sungai, ais dan angin dapat meratakan permukaan bumi yang tidak rata. Dalam jangka masa yang panjang iaitu berjuta juta tahun lamanya, gunung yang tinggi sekali pun akan diruntuhkan hingga menjadi satu dataran rendah yang beralun. Dataran gondolan ini dinamakan peneplain yang hampir menyerupai dataran. Sungai yang mengalir dari hulu ke hilir akan memperdalam lembah dan melebarkan tebingnya. Susuh-susuh bukit yang menganjur ke sungai akan terpenggal dan ini meluaskan lagi kawasan rata di tebing sungai itu hingga menjadi rendah. Di samping itu tanah tinggi yang terletak di antara sungai itu lamakelamaan akan menjadi rendah. Bagi kawasan yang telah mengalami tindakan glasier, dan litupan ais telah menggesel dan meratakan muka bumi dan membentuk dataran hakis ais. Sekarang lekukan-lekukan yang dibentuk oleh glasier itu telah menjadi tasiktasik. Di kawasan kontang dan hampir kontang, sebahagian besar daripada bahan yang telah terhakis diterbangkan oleh layangan angin. Oleh kerana itu aras kawasan itu menjadi rendah lalu membentuk dataran luas, umpamanya dataran kontang berbatu kelikir atau berbatu-batu yang disebut reg di Afrika Luluhawa mekanikal di kawasan kontang dan hampir kontang telah meluruhkan cerun-cerun yang tinggi hingga menjadi pediplain

Bagaimana batuan di kelaskan ?

Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c) batuan metamorfosis.

Batuan Igneus Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan. 2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian

daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

Batuan Enapan Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifatsifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuhtumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu : l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu. 2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.

3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama. Batuan Metamorfosis Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran

semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

Kepentingan Batuan Setiap batu-batan mempunyai kepentingannya sendiri. Batu-batan boleh mempengaruhi bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan corak petempatan. Terdapat dua pengaruh besar batu-batan kepada kehidupan manusia iaitu dari segi ekonomi dan bentuk muka bumi. Ekonomi Tanah Dan Bekalan Air Pertanian dan pembangunan sesuatu kawasan bergantung pada tanah di kawasan tersebut. Jenis tanih ditentukan oleh jenis batu induk. Kawasan yang mempunyai batu-batan yang keras dan telah mengalami sedikit hakisan tidak sesuai untuk pertanian dan penduduknya juga kurang. Batu-batan muda menghasilkan tanih yang subur dan sangat sesuai untuk pertanian serta secara tidak langsung akan menarik lebih ramai penduduk ke kawasan ini. Sifat batu-batan juga mempengaruhi bekalan air di sesuatu kawasan. Faktor-faktor seperti jenis rekahan di dalam batu batan, ketelapan, jenis lapisannya dan batu induk akan mempengaruhi peredaran air dalam tanahy pembentukan mata air dan saliran kawasan itu. Kawasan yang mempunyai air dalam tanah yang banyak sesuai untuk petempatan. Kolam air buatan atau semula jadi hanya boleh dibina di lembangan lembangan yang mempunyai batu md keras di bawahnya untuk mengelakkan tirisan. Bahan Api Kandungan galian dan organan di dalam batu batan menyebabkannya sangat bernilai daripada segi ekonomi. Batu-batan yang boleh digunakan sebagai bahan api ialah gambut, arang batu perang (lignit), bitumen dan arang batu wap, antrasit dan minyak galian. Bahan api ini dijadikan sebagai sumber haba dan tenaga di rumah dan di kilang kilang. Pengkarbonan arang batu menghasilkan arang kok dan gas arang batu. Arang kok digunakan di relau bagas, manakala gas aran batu di unakan di rumah untuk memasak. Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000 hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan bahan letupan. Minyak galian pula menghasilkan petroleum yang sangat penting untuk perusahaan pengangkutan dunia. Plastik adalah hasil sampingan petroleum yang boleh dijadikan berbagai barang kerana ia ringan dan tahan lama. Pembinaan Terdapat banyak batu batan yang boleh digunakan sebagai bahan

pembinaan. Contohnya granit, batu kapur, batu pasir, marmar dan slat. Granit (batu igneus keras) digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu penggiling dan batu pengasah. Batu kapur digunakan sebagai baja, untuk membina jalan raya, membuat gelas dan simen. Batu kapur, pasir, lumpur, kapur dan tanah liat penting sebagai bahan mentah membuat simen. Pasir juga digunakan di dalam relau bagas dan untuk membuat gelas. Tanah liat digunakan untuk membuat periuk belanga. Perusahaan Batu-batan mengandungi berbagai jenis garam yang boleh digunakan dalam perusahaan. Garam-garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak. Contohnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia, kalium karbonat (potash) di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama. Garam terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat dan pantai Laut Mati. Logam Batu batan juga kaya dengan kandungan logam. Bijih logam lazimnya didapati di celahan atau alur di dalam rekahan dan lubang batu-batan. Bijih logam boleh dihasilkan daripada haba yang kuat dan pemampatan. Haba ini diperolehi dari tindakan gas yang sangat panas, magma dari jalar dalam gunung berapi. Bijih logam juga terdapat dalam magma yang cair. Apabila magma ini keluar dan memasuki lubang lubang batu, ia akan menyejuk perlahan-lahan mem~ bentuk alur bijih atau celahan. Perlombongan bijih logam dijalankan di kawasan- kawasan yang mempunyai logam yang banyak dan boleh didapati dengan mudah dan murah. Contohnya, di Afrika Selatan, Perisai Kanada, Daerah Katanga di Congo dan Australia Barat dan Tengah. Terdapat galian-galian seperti bijih besi dan bauksit yang menggalakkan pembentukan perusahaan-perusahaan besar seperti di Timurlaut Amerika Syarikat dan Pennsylvannia. Terdapat juga bijih logam yang dihanyutkan dari tanah tinggi ke dasar sungai. Contohnya timah aluvium, emas dan platinum. Sifat terpilih pengangkutan dan pemendapan air telah mengasingasingkan bijih dan dimendapkan di dasar-dasar aluvium atau kelikir. Pengasingan ini dipanggil lampan bijih. Contohnya timah aluvium di sepanjang kaki bukit barat Semenanjung Malaysia dan emas aluvium di sungai-sungai di barat daya Amerika Syarikat. Terdapat juga bijih logam yang berpadu dengan unsur-unsur lain. Logam yang berpadu dengan oksigen menjadi oksid timah. Contoh oksid timah seperti kasiterit, mangganam oksid dan feras oksid (limonit, hematit dan magnetit). Batu Permata Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk membuat barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima, nilam dan zirkon. Bentuk Muka Bumi Batu-batan lembut seperti tanah liat dan kapur menghasilkan keadaan tanah yang beralun kerana tidak tahan kepada hakisan dan luluhawa manakala batu-batan yang boleh telap air dan larut seperti batu kapur dan kapur mewujudkan permukaan bumi yang gersang dan tandus. Batu-batan keras seperti granit dan batu pasir menghasilkan bentuk muka bumi yang kasap kerana tahan kepada hakisan dan luluhawa dan batu-batan yang berlapis-lapis dengan jaluran jaluran

keras dan lembut pula menghasilkan pemandangan darat yang bertingkat-tingkat.

Tindakan Ombak Bentuk pinggir laut sentiasa berubah disebabkan oleh tindakan ombak, pasang surut dan arus yang sentiasa berlaku di sini. Pada hari yang tenang apabila angin kencang tidak bertiup, maka ombak tidak banyak merosakkan pinggir pantai. Sebaliknya ombak itu mungkin akan membina pantai dan bentuk-bentuk pemendapan yang lain. Ombak paling banyak membinasakan pinggir pantai pada waktu ribut. Pasang surut dan arus yang melanda pantai tidak banyak melakukan kerosakan kepada pinggir pantai. Pasang surut mempengaruhi hakisan laut manakala arus pula membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya sebagai kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai. Ombak adalah agen hakisan dan pemendapan yang penting mengubah bentuk sesuatu pinggir laut. Ombak terjadi akibat tiupan angin di permukaan laut. Tiupan angin ini menyebabkan permukaan laut beralun. Alunan-alunan ini dipanggil gelombang. Tiupan angin yang kuat akan menghasilkan gelombang-gelombang yang lebih besar. Bila gelombang bertembung dengan kawasan daratan ia akan pecah dan menghasilkan ombak. Gelombanggelombang juga akan pecah bila sampai ke kawasan yang cetek. Kekuatan hakisan ornbak bergantung kepada kedalaman air dan sifat batuan di pinggir laut. Di kawasan air yang cetek, gelombang-gelombang pecah sebelum sampai ke daratan sementara kawasan batuan keras adalah lebih kukuh menahan tindakan ombak. Hakisan ombak boleh berlaku melalui beberapa cara termasuk tindakan hidraul, lelasan, lagaan, perlanggaran dan larutan. Ombak yang melakukan hakisan dikenal juga sebagai ombak pembinasa.Tindakan hakisan ombak menghasilkan beberapa bentuk muka bumi pinggir laut. Ombak boleh bertindak sebagai agen pemendapan. Ombak ini dipanggil ombak pernbina. Bila tenaga ombak berkurangan atau lemah bahan-bahan terhakis akan dimendapkan. Pemendapan ombak berlaku sama ada di dalam lautan ataupun di kawasan pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di antara air surut dan air pasang penuh. Pemendapan di kawasan pesisir menghasilkan pantai.

Cara-cara Hakisan Laut Berlaku Ombak merupakan kuasa hakisan laut yang kuat sekali dan terjadi disebabkan oleh tiupan angin di permukaan air yang membentuk satu siri alunan gelombang yang bergerak ke hadapan. Ha.l ini menyebabkan gelombang-gelombang ini menjadi lebih tinggi dan lebih deras. Ombak biasa di lautan lepas mungkin berukuran setinggi 6 m (20 kaki) sahaja (ukuran tegak di antara puncak dan lekung ombak) dan panjangnya 120 m (400 kaki), jarak gelombang atau jarak melintang di antara dua puncak ombak. Ukuran-ukuran ini akan bertambah bila ribut berlaku. Ini bergantung pula kepada kelajuan dan lamanya angin itu bertiup. Setibanya di perairan cetek dekat pinggir laut kelajuannya berkurangan dan ombak akan melengkung atau membias merentang jajaran pantai. Di perairan cetek, bila dalamnya kurang daripada ketinggian ombak, akan mengurangkan kemaraan ombak. Puncaknya akan bergulung dan memecah di pantai seperti kumpulan buih sebagai ombak pecah. Air yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puinpuin batu-batan ke daratan dinamakan damparan atau gedebur. Air itu akan turun semula ke laut sebagai ombak undur atau basuhan balik.. Satu lagi unsur hanyutan ke pinggir pantai ialah arus seret yang mengalir di bahagian dasar dari pinggir pantai ke laut. Arus ini mempunyai kuasa tarikan yang boleh membahayakan orang-orang yang mandi-manda di tepi laut. Ombak melakukan aktiviti hakisan di pinggir laut melalui beberapa cara iaitu : l. Lelasan. Ombak yang mengandungi puin-puin batu-batan yang berbagai saiz dan bentuk akan menghempas dasar-dasar cenuram dan menghakisnya secara lelasan. Arus dan pasang surut akan menyempurnakan kegiatan ini dengan memindahkan bahan-bahan terhakis itu ke laut. 2. Hakisan laga. Ombak yang sentiasa melanda pinggir laut itu membawa bahan-bahan yang terdapat di pantai yang berbagai bentuk dan saiz seperti batu tongkol, batu kelikir, batu lada dan pasir halus. Bahan-bahan itu berlaga sesama sendiri lalu pecah menjadi serpihan-serpihan yang lebih kecil dan halus. Bahan-bahan yang dilagakan oleh ombak ke tebing cenuram dan sesama sendiri itu merupakan satu-satunya faktor utama yang telah menghasilkan pasir halus yang telah membentuk pantai-pantai yang biasanya merupakan tempat peranginan pantai yang baik. 3. Tindakan hidraul. Bila ombak memukul pantai, ombak ini mungkin memasuki celah-celah retakan dan rekahan batuan pada dinding-dinding cenuram. Udara yang terperangkap di dalamnya akan sertamerta menjadi mampat. Apabila ombak rnengundur semula, udara yang mampat ini mengembang dengan serta-merta dan terjadi suatu letupan. Proses ini berlaku secara berterusan menjadikan retakan-retakan semakin besar dan serpihan-serpihan batu-batan akan menjadi pecah. 4. Tindakan larutan. Di pantai-pantai batu kapur, tindakan air laut terhadap kalsium karbonat menyebabkan satu perubahan kimia berlaku pada batu kapur tersebut. Akhirnya batu-batan ini akan luluh. Pembebasan karbon dioksida oleh rumpair menambahkan keasidan air laut dan membantu proses

larutan. Proses ini hanya berlaku di kawasan-kawasan pantai batu kapur sahaja. 5. Pelanggaran Pelanggaran air di kaki cenuram menghasilkan suatu daya yang kuat yang boleh menghancurkan muka cenuram tersebut. Hakisan ombak ini boleh menghasilkan bentuk muka bumi seperti teluk dan tanjung, gua, batu tunggul dan tunggul sisa. Kadar hakisan laut bergantung kepada sifat batu-batuan, banyaknya bahagian-bahagian batuan yang terdedah kepada laut, kesan-kesan tindakan pasang surut dan arus serta struktur geologi. Pengaruh-pengaruh lain juga perlu dipertimbangkan. Umpamanya, pengaruh kegiatan gunung berapi, pengglasieran, pergerakan bumi dan pemendapan bahan-bahan organan di pantai.

Cara-cara mendapan Laut Berlaku Seperti agen-agen penggondolan yang lain, ombak juga melakukan proses pemendapannya. Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung. Biasanya di pinggir laut begini, halaju ombak berkurangan kerana angin yang bertiup adalah lemah. Keadaan sedemikian menyebabkan terjadinya ombak membina. Ombak membina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut kerana damparannya lebih kuat daripada basuhan balik. Dengan itu, bentuk-bentuk muka bumi seperti pantai, tetanjung dan beting pasir terbentuk di pinggir laut.

Bentuk muka bumi hakisan ombak Hakisan ombak telah menyebabkan perubahan pada bentuk muka bumi di pinggir laut dan menghasilkan pandang darat pinggir laut yang pelbagai rupa.

Antara bentuk muka bumi di pinggir laut yang terbentuk ialah tanjung dan teluk, cenuram dan pelantar hakisan ombak, gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa, geo dan lohong ombak. Tanjung dan teluk Tanjung dan teluk terjadi secara serentak. Tindakan ombak terhadap batuan yang tidak sama kerasnya di kawasan pinggir laut yang terdedah menyebabkan hakisan ombak yang tidak sama kadarnya. Ini jelas kelihatan bila batuan keras seperti granit dan batu kapur berselang-seli dengan batuan lembut seperti pasir dan batu tanah liat. Batuan lembut akan terhakis dengan cepat lalu menjadi serokan, anak teluk atau teluk. Batuan keras pula kekal di tempatnya menjadi tanjung, atau tanjung tinggi. Contoh-contoh yang baik terdapat di sepanjang pantai Dorest di selatan England, Teluk Swanage dan Tanjung Tinggi Durlston. Kawasankawasan yang terdiri daripada sejenis batuan pun masih mempunyai bentuk-bentuk pantai yang tidak sekata disebabkan oleh perbezaan-perbezaan dalam batuan itu sendiri. Oleh itu, Pulau Pinang yang terdiri daripada batu granit, mempunyai banyak teluk-teluk dan tanjung-tanjung. Kawasan teluk biasanya mempunyai air yang tenang kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan sesuai untuk dijadikan pelabuhan semulajadi. Teluk-teluk yang besar seperti Teluk Parsi atau Teluk Benggala, terbentuk oleh sebab-sebab lain seperti penenggelaman atau pergerakan bumi.

Cenuram dan pelantar hakisan ombak Biasanya tebing batuan yang curam di pinggir pantai menjadi cenuram. Kadar pengundurannya bergantung kepada struktur geologi, iaitu perlapisan, rekahan serta daya tahannya menerima pukulan ombak. Jikalau lapisan-lapisannya condong curam ke arah laut, tebing-tebing tinggi yang terbina akan mempunyai bentuk bertangga-tangga yang dikenali sebagai teres pesisir dan jikalau lapisannya condong hala ke daratan, cenuram ini akan lebih tahan daripada dihakis oleh ombak. Di antara cenuram yang terkemuka ialah tebing tinggi batu kapur di Selat Inggeris. Ini termasuklah juga Tanjung Tinggi Beachy dan tingginya 150 meter, Seven Sisters dekat kuala Cuckmere dan Tebing Tinggi Putih di Dover. Laut akan membentuk satu takikan (notch) di kaki cenuram. Takikan ini akan menjadi lebih besar hingga cenuram itu akhirnya runtuh. Semasa cenuram itu mengundur ke darat maka terbentuklah satu dasar yang terhakis, yang dinamakan pelantar hakisan ombak. Bahagian yang berhampiran dengan daratan akan terdedah pada masa air surut dan pelantar ini bercerun landai menuju laut. Puinpuin batuan dari cenuram yang mengundur itu berselerak di permukaannya. Hakisan lelasan terus berlaku hingga batuan kelikir itu hanyut ke laut. Bahan-bahan terhakis itu kemudiannya dimendapkan di teres-teres pinggir pantai. Apabila pelantar hakisan itu menjadi lebih luas, umpamanya 48 km bagi pelantar hakisan ombak Strandflat di pinggir Norway Barat, maka seluruh permukaannya diliputi oleh air. Ini menyebabkan hakisan yang selanjutnya terhadap cenuram tidak begitu berkesan.

Gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa Hakisan ombak di kaki cenuram yang terus-menerus berlaku akan mengorek lubang di bahagian-bahagian yang lembut. Lubang yang besar terbentuk di cenuram dan di tebing tanjung ini dinamakan gua. Contoh gua yang terjadi akibat daripada tindakan hihraul ini ialah gua-gua di Pulau Langkawi dan di Elamborough Head, England. Apabila terdapat dua buah gua berdekatan dan sebelah menyebelah pada sebuah tanjung dan gua-gua tersebut bertemu dan bercantum maka terbentuklah sebuah gerbang laut. Contohnya, Neddle Eye dekat Wick di Scotland dan Batu Berkaki Tiga di Sabah. Hakisan ombak yang selanjutnya akan meruntuhkan gerbang laut itu. Bahagian tanjung arah ke laut menjadi tiang batu yang dinamakan batu tunggul. Satu contoh batu tunggul yang terbaik ialah "The Old Man of Hoy" di Orkneys. Batu ini ialah batu pasir tua yang berwarna merah, tingginya 137 meter. Contoh lain yang terkenal juga ialah batu tunggul Needles di Isle of wight. "The Needles" ini merupakan sekumpulan batu-batu tunggul yang terdiri daripada batu kapur dan saiznya semakin mengecil arah ke laut. Lamakelamaan batu-batu tunggul ini akan terhakis juga. Batu-batu tunggul yang tegak ini akan terhakis menjadi tunggul-tunggul sisa yang sedikit sahaja kelihatan di atas aras air laut. Contohnya, kumpulan St. Kilda, yang berhampiran dengan Outer Hebrides di Scotland. Geo dan lohong ombak Walaupun gua telah terbentuk, hakisan ombak yang sekali-sekala memukul bumbung gua cenuram boleh membesarkan rekahan-rekahan yang terdapat di dalamnya disebabkan oleh mampatan udara di dalamnya. Sebuah lohong akan terbentuk dan akhirnya akan tembus ke permukaan bumi di bahagian darat. Ombak memukul masuk ke gua-gua ini akan memaksa air atau recikan-recikan air ataupun hanya udara sahaja keluar dari lubang itu . Lubang-lubang serupa ini dinamakan lohong ombak atau gloup (nama yang didasarkan kepada bunyi air dalam lubanglubang tersebut). Satu contoh lohong ombak terdapat di Holborn Head di Caithness, Scotland. Bila lohong-lohong ombak itu menjadi semakin bertambah besar dan ombak terus bertindak, maka hal ini akan melemahkan lagi bumbung gua itu. Bila bumbung gua itu runtuh sedikit demi sedikit maka satu serokan yang panjang dan sempit atau corok terbina di pantai tersebut. Serokan-serokan itu dinamakan geo dan adakalanya lebih dari 30 meter dalamnya dan panjangnya begitu juga. Contohnya ialah "Wife Geo" dekat dengan Duncansby Head di Scotland. Bentuk muka bumi hasil pemendapan di pinggir laut Seperti agen-agen penggondolan yang lain, ombak juga melakukan proses pemendapannya. Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung. Biasanya di pinggir laut begini, halaju ombak berkurangan kerana angin yang bertiup adalah lemah. Keadaan sedemikian menyebabkan terjadinya ombak pembina. Ombak pembina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut

kerana damparannya lebih kuat daripada basuhan balik. Dengan itu, bentukbentuk muka bumi seperti pantai, tetanjung dan beting pasir terbentuk di pinggir laut. Pantai. Pantai merupakan satu bentuk muka bumi utama di pinggir laut. Pantai terbina hasil daripada pengangkutan dan pemendapan pasir dan batuan kelikir dari kawasan daratan dibawa oleh ombak dan ditimbunkannya di sepanjang pinggir laut. Inilah satu-satunya kegiatan pembentukan yang utama dilakukan oleh laut. Bahanbahan yang terhakis itu dibawa ke sepanjang pantai melalui beberapa cara yang nyata. Hanyutan pesisir memanjang yang melanda pantai secara serong membawa partikal-partikal pasir itu di sepanjang pinggir pantai mengikut arah tiupan angin di kawasan itu. Di samping itu, kegiatan basuhan balik akan membawa sebahagian daripada bahan-bahan tersebut ke laut di sepanjang dasar laut itu. Bahan-bahan ini akan dimendapkan di atas teres-teres pinggir pantai atau lebih jauh lagi ke laut. Bahan-bahan yang lebih halus seperti kelodak dan lumpur dimendapkan di perairan cetek di bahagian pantai yang terlindung. Tindakan ombak yang berterusan dengan sendirinya mengasing-asingkan timbunan pinggir pantai mengikut peringkat-peringkatnya. Batuan yang lebih kasar (batu bundar dan batu tongkol) dilonggokkan oleh ombak di bahagian darat pantai. Bahan-bahan yang lebih halus pula (batu-batu kelikir dan biji-biji pasir) diseret olieh ombak dan dilonggokkan lebih hampir ke laut. Di kawasan tanah pamah yang rata, pantai mungkin terus menganjur hingga beberapa kilometer seperti yang terdapat di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tetapi di kawasan-kawasan tanah tinggi di mana daratan menurun dengan tiba-tiba ke laut, seperti pantai di Chile, pantaipantai yang panjang jarang terdapat. Anak tanjung dan betir pasir Semua puin yang dihakis oleh ombak dibawa terus-menerus oleh hanyutan sisir pantai. Bahan-bahan ini akan berterusan dimendapkan di kawasan-kawasan serokan di tepi pantai, seperti di kuala sungai atau teluk-teluk. Oleh kerana bahanbahan ini semakin bertambah maka bahan-bahan ini akan bertimbun menjadi satu permatang atau benteng batu lada. Ini akan membentuk sebuah anak tanjung. Satu hujungan anak tanjung ini bercantum dengan daratan dan yang sebelah lagi menganjur ke laut. Contohnya Tanjung Calshot di Southampton Water, England, atau anak-anak tanjung yang terdapat di sepanjang pantai Kelantan. Ombak yang menyerong akan melengkungkan bentuk anak tanjung itu menjadi anak tanjung taji atau anak tanjung berkeluk. Sekiranya permatang batu lada itu merentangi kuala sungai atau bahagian hadapan teluk, maka timbunan ini dinamakan beting pasir. Contohnya yang terkenal ialah Chesil Beach di Dorset, England, yang menganjur sejauh 26 km lebih di sepanjang pantai itu. Beting itu menghubungkan Isle of Portland dengan tanah besarnya dan mengelilingi sebuah lagun yang bernama Fleet. Beting yang menghubungkan dua kawasan daratan lebih dikenal sebagai tombolo. Kukup dan Paya Masin

Kukup dan paya masin adalah hasil daripada pemendapan di kawasan lindung seperti di antara beting pasir dan daratan atau di muara sungai. Air pasang dan sungai membawa bahan-bahan enapan seperti lanar dan kelodak dan meinendapkannya di kawasan lindung tersebut apabila air surut. Pemendapan yang berterusan akan membentuk dataran lumpur yang dikenal sebagai kukup. Dalam jangka panjang, tumbuh-tumbuhan yang tahan air masin akan tumbuh subur di kawasan kukup ini dan membentuk paya masin. Contoh kukup dan paya masin dapat dilihat muara sungai Kelang dan di Teluk Morecambe, England. Di kawasan tropika, kukup akan menjadi paya bakau. Bukit-bukit pasir laut dan kawasan bukit pasir. Dengan adanya tiupan angin ke daratan maka sebahagian besar dari pasir pantai diterbangkan ke darat. Kejadian ini akan membentuk bukit bukit pasir laut yang luas. Bukit-bukit ini akan membentuk kawasan-kawasan bukit pasir. Kemaraannya ke pedalaman mungkin akan menyebabkan ladang-ladang, jalan jalan raya, malahan seluruh kawasan perkampungan terkambus oleh bukit pasir ini. Bukit-bukit pasir Landes, di barat daya Perancis, meliputi kawasan yang seluas 15 600 km persegi dan puncaknya setinggi 40 meter. Puncak bukit-bukit pasir ini biasa terdapat di kawasan pantai Belgium, Denmark dan Belanda. Untuk menyekat kemaraan bukit-bukit pasir ini, rumput-rumput dan pokok-pokok kecil jenis yang boleh mencengkam pasir seperti rumput marram dan pokok pain telah ditanam di kawasan tersebut. Jenis-jenis pantai [ Pinggir pantai tenggelam Pinggir pantai timbul ]

Pinggir pantai boleh dibahagi kepada dua jenis yang utama iaitu : l. Pinggir pantai tenggelam - Ini terbentuk akibat penenggelaman kawasan daratan atau naiknya aras laut. Di antara pantai jenis ini termasuklah pinggir pantai ria, pantai fiord, pantai muara dan pantai dalmatia atau pinggir laut membujur. 2. Pinggir pantai timbul - Ini terbentuk akibat penimbulan bumi atau penurunan aras laut. Pinggir pantai jenis ini tidak banyak terdapat dan digambarkan oleh pinggir laut pamah timbul dan pinggir laut tanah tinggi timbul. Pinggir Pantai Tenggelam l. Pinggir pantai ria - Ais banyak yang tersimpan pada zaman ais dahulu. Sebahagian besar ais ini mencair apabila iklim berubah menjadi lebih panas. Sebagai akibatnya, air laut semakin bertambah banyak dan aras laut pun bertambah tinggi. Di setengah-setengah kawasan, aras laut ini dianggarkan naik hampir 90 meter tingginya. Di pinggir-pinggir laut tanah tinggi, gunung-ganangnya menganjur lalu membentuk sudut tepat dengan laut, iaitu melintang atau

menganjur ke pinggir laut Jadi aras laut yang naik akan meneng,gelamkan kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang diceraikan oleh tanjung-tanjung tinggi. Bentuk ini berbeza dari bentuk fiord tentang dua segi yang penting. Bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala ke laut. Pinggir laut ria merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti yang terdapat di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland, Devon dan Cornwall. Pantai Ria biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhanpelabuhan perdagangan yang terdapat di sini walaupun kawasan perairannya dalam dan boleh melindungi kapal-kapal yang berlabuh. Sungguhpun begitu kawasan-kawasan ini telah digunakan dengan luasnya untuk pelabuhan perikanan dan pangkalan angkatan laut seperti di Plymouth dan Brest. 2. Pinggir pantai fiord - Pantai Fiord merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U yang telah tenggelam. Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari kawasan tanah tinggi. Tebing-tebingnya curam dan biasanya naik terus dari laut. Fiord mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah permatang batuan yang dinamakan tubir. Di luar kawasan fiord banyak terdapat pulau atau pulau kecil. Pulau-pulau kecil ini adakalanya 60 meter sahaja dalamnya dan menyebabkan pelayaran di pinggir laut sukar jika terdapat pula tubir cetek. Hampir semua pinggir laut fiord terletak di kawasan garis lintang yang lebih tinggi di kawasan-kawasan hawa sederhana yang pernah mengalami tindakan glasier. Contohnya terdapat di Norway, Alaska, British Columbia, Chile Selatan dan Pulau Selatan New Zealand. Setengah-setengah fiord yang besar sangatlah panjang dan dalam pula. Umpamanya, Fiord Sogne di Norway panjangnya 177 km, 6 km lebar dan dalamnya hampir 1220 meter di bahagian tengahnya. Walaupun kawasan perairannya dalam dan terlindung tetapi pelabuhanpelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya yang bergunungganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan kawasan ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan. Usaha-usaha pertanian hanya terhad kepada kawasan-kawasan kipas delta yang telah terbina di kawasankawasan sungai yang turun mengalir ke fiord. Beberapa bandar yang ada di sini menjadi pusat perikanan ataupun pusat pemasaran. Misalnya Trondheim hanya penting di kawasan itu sahaja. 3. Pinggir pantai Dalmatia - Pinggir pantai ini mempunyai sistem pergunungan yang selari dengan pantai. Nama ini berpunca dari pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia yang terletak di sepanjang Laut Adriatic. Di sini pinggir laut yang tenggelam menghasilkan anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaianrangkaian pulau yang selari dengan pinggir laut. Pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya merupakan kemuncak banjaran-banjaran gunung lama, dan selat-selat sempit itu pula merupakan lurah-lurahnya yang memanjang. Jenis pinggir pantai Dalmatia ini juga merupakan sifat yang biasa terdapat di pinggir laut Pasifik di mana banjaran-banjaran gunungnya selari dengan pantai. Contohnya ialah pinggir laut barat Amerika Utara dan Selatan tetapi pinggir laut di sini lebih lurus keadaannya. Seperti dengan pinggir-pinggir pantai fiord dan ria keadaannya yang

bergunung-ganang menyebabkan perhubungan dengan kawasan pedalaman sukar dilakukan. Kawasan ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang dalam dan terlindung. Sungguhpun demikian pelabuhan-pelabuhan yang baik tidak terdapat di sini. Walaupun begitu terdapat juga beberapa buah pelabuhan penting di pinggirpinggir laut Pasif ik. 4. Pinggir pantai muara. - Di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai telah tenggelam. Dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muara-muara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak terhalang oleh beting pasir. Umpamanya muara-muara Sungai Thames, Eibe dan Plate telah menjadi tapak bina pelabuhan-pelabuhan yang besar seperti London, Hamburg dan Buenos Aires. Pelabuhan ini menjadi lebih baik kalau ada pengaruh pasang surut. Bahkan kalaupun ada terdapat pemendapan kelodak di sini jentera-jentera pengorek moden dapat membuka pelabuhan-pelabuhan ini sepanjang masa. Pinggir Pantai Timbul 1. Pinggir pantai tanah pamah terangkat - Rusuk benua yang terangkat menjadi sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai. Air di luar pinggir lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin dan kukup. Pantai dan bukit pasir laut akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada pasir dan batu kelikir. Pelabuhan-pelabuhan yang dahulunya terletak di pinggir laut sekarang ini telah menjadi bandar di pedalaman. Antara contoh tanah pamah pinggir pantai timbul termasuklah kawasan tenggara Amerika Syarikat, Finland Barat, Sweden Timur dan sebahagian daripada pinggir laut Argentina yang terletak di sebelah selatan Rio de La Plata. 2. Pinggir pantai tanah tinggi timbul.- Gelinciran dan gerakan bumi mungkin menaikan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan. Pinggir laut terangkat merupakan bentuk yang terkemuka kerana kawasan ini tidak dapat lagi dipengaruhi oleh tindakan ombak, tetapi tetap mempunyai sifat-sifat lamanya seperti gerbang laut, batu tunggul dan bentukbentuk pinggir pantai yang lain. Pinggir Iaut tanah tinggi terangkat ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang curam dan kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombak-ombak masih belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun membina pelantar hakisan ombak di situ. Kawasan ini tidak berguna untuk dijadikan pelabuhan yang baik. Contoh-contoh pinggir laut tanah tinggi timbul terdapat di Scotland, pinggir laut barat Deccan di India dan pinggir laut barat Arab yang menghadap Laut Merah.

LULUHAWA

Konsep luluhawa Luluhawa merupakan proses pemecahan, peleraian ,pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu menyebabkan berlakunya perubahan fizikal atau kandungan kimia batuan oleh agen-agen luluhawa seperti iklim ( suhu, hujan dan fros ) serta biotik

Kata kunci

Proses pemecahan, pereputan dan penguraian batuan Menyebabkan berlakunya perubahan fizikal atau kandungan kimia batuan

Agen-agen luluhawa seperti iklim ( suhu , hujan dan fros ) serta biotik

Faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa batuan

Faktor semulajadi

Bentuk muka bumi Aktif di kawasan bercerun berbanding dengan kawasan yang bentuk muka buminya rata. Batuan di kawasan bercerun sentiasa terdedah kepada agen-agen luluhawa kerana bahan-bahan regolit yang terluluhawa tidak kekal lama di kawasan tersebut ( sentiasa dipindahkan oleh agen hakisan seperti air mengalir, glasier ) . Sebaliknya di kawasan yang bentuk muka buminya rata, bahan-bahan regolit hasil kegiatan luluhawa sentiasa melitupi bahagian batuan daripada terdedah dan keadaan ini menyebabkan kegiatan luluhawa terganggu. Cerun yang menghadap angin lazim akan menerima jumlah hujan tahunan yang lebat berbanding cerun yang membelakangi arah tiupan angin. Hujan yang lebat akan menggalakkan berlakunya luluhawa kimia di kawasan cerun yang mengadap angin lazim tersebut tersebut. Iklim Unsur-unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa ialah suhu, bahangan matahari, hujan dan fros. ( a ) Bahang matahari dan suhu Mempengaruhi kegiatan luluhawa sama ada luluhawa kimia ataupun luluhawa

fizikal/mekanikal. Di kawasan gurun panas julat suhu harian yang tinggi menyebabkan berlakunya luluhawa fizikal/mekanikal melalui proses pengembangan dan pengecutan. Pada waktu siang bahang matahari yang diterima di kawasan gurun panas adalah tinggi menyebabkan suhunya tinggi (lebih daripada 40 C ) dan keadaan ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengembang. Pada waktu malam suhu di kawasan ini jatuh secara mendadak ( kurang daripada 10 C ).Penurunan suhu secara mendadak ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengecut. Proses kembang-kecut yang berlaku secara berulangkali dalam tempoh yang lama menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengelupas dan akhirnya pecah. Suhu juga mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika lembab. Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 C ) menyebabkan kegiatan luluhawa kimia aktif sepanjang tahun . Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %. ( b ) Hujan Membekalkan sumber air untuk sebarang proses luluhawa.

Semua proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis memerlukan air untuk tindak balaskimia. Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm menyebabkan proses luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut. ( c ) Fros Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal. Pada waktu siang air hujan akan memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan pada waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan tersebut akan membeku. Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya. Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya pecah. )

Jenis batuan Batuan yang berbeza mempunyai daya ketahan yang berbeza terhadap luluhawa. Batuan yang lembut daripada jenis enapan seperti batu kapur dan batu pasir lebih mudah terluluhawa misalnya melalui proses larutan dalam luluhawa kimia. Batuan yang lebih keras seperti feldspar, dan kuarza lebih tahan terhadap luluhawa sama ada luluhawa kimia atau fizikal. Ketahanan sesuatu batuan itu terhadap luluhawa bergantung kepada kandungan mineral, warna dan struktur rekahan yang terdapat pada batuan tersebut. ( a ) Kandungan mineral Ketahanan mineral yang terdapat dalam batuan terhadap luluhawa adalah berbeza-beza. Batuan yang mengandungi bahan yang boleh menyerap air akan mengalami luluhawa kimia melalui tindakan penghidratan. Antara kandungan kimia batuan yang biasanya mengalami penghidratan ialah kalsium sulfat ( anhidrit ), feldspar dan mika. Batuan yang mengandungi banyak sebatian besi ( ferum ) akan mudah terluluhawa melalui tindakan pengoksidaan. ( b ) Warna batuan Batuan yang berwarna gelap biasanya mengalami tindakan luluhawa yang lebih giat kerana lebih banyak menyerap dan menyimpan haba bahang matahari berbanding batuan yang berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan haba. Contoh batuan gelap ialah gabro, olivin, augit dan biotit menyerap lebih banyak bahang daripada matahari berbanding batuan yang mempunyai permukaan yang lebih cerah seperti felsfar, kuarza, dan muskovit yang lebih memantulkan balik sebahagian bahang matahari yang diterimanya. ( c ) Struktur rekahan Struktur retakan dan rekahan yang wujud di permukaan batuan akan memudahkan air dan hablur ais ( fros ) bertindak ke atas batuan tersebut. Proses beku dan cair ( pengembangan ) yang berlaku dalam struktur rekahan batuan menyebabkan rekahan tersebut bertambah membesar dan akhirnya pecah kerana isipadunya bertambah sebanyak 10 %. Struktur retakan dan rekahan pada permukaan batuan juga penting dalam menggalakkan berlakunya luluhawa kimia ke atas batuan. Apabila berlakunya hujan, air hujan tersebut akan masuk ke dalam rekahan

tersebut dan berlakulah tindakan luluhawa kimia secara pengkarbonan dan larutan seperti mana yang berlaku ke atas batu kapur. Tumbuh-tumbuhan Tumbuh- tumbuhan membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan tindakan balas kimia terhadap batuan. Contoh karbon dioksida yang dilepas ke udara akibat pepeluhan tumbuhan akan dilarutkan oleh air hujan lalu membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik lemah ini amat sangat diperlukan dalam proses pengkarbonan, dan larutan yang bertindak balas dengan batuan seperti batu kapur dan dolomit. Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal. Pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan. P. Birot ( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu meter panjang apabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar akan berupaya untuk menggerakkan satu bongkah batuan seberat 10 tan. Tindakan hidupan dalam tanah Tindakan hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat membantu kegiatan luluhawa. Hidupan dalam tanah sentiasa melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan. Apabila berlakunya hujan air akan masuk jauh ke dalam tanah melalui lubanglubang ini dan kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah. Mikroorganisma Terdapat mikroorganisma daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut. Masa Batuan yang lebih keras seperti batu daripada kumpulan igneus memerlukan masa yang lebih lama untuk terluluhawa berbanding batuan lemah dan lembut daripada kumpulan enapan. Faktor Aktiviti manusia- aktiviti pembangunan

JENIS-JENIS LULUHAWA Luluhawa batuan secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu luluhawa mekanikal/ fizikal, luluhawa kimia / dalaman, dan luluhawa biologi

LULUHAWA FIZIKAL

Konsep luluhawa fizikal Luluhawa mekanikal/fizikal merupakan proses pemecahan dan peleraian batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa fizikal seperti iklim ( suhu, hujan dan fros ) serta biotik dengan tanpa mengubah kandungan kimia batuan.

Kata kunci Proses pemecahan dan peleraian batuan Agen-agen luluhawa mekanikal/fizikal seperti iklim ( suhu , hujan dan fros ) serta biotik Tanpa mengubah kandungan kimia batuan

PROSES LULUHAWA FIZIKAL

Pengembangan hablur garam. Proses ini berlaku secara meluas di kawasan gurun panas.

Pemanasan matahari yang melampau di kawasan ini menyebabkan air di bawah tanah ditarik ke atas oleh daya rerambut ( capillary force ) dan tersejat ke permukaan. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam akan tertinggal di dalam rongga atau retakan batuan ( batu pasir ).

Proses sejatan yang berterusan akan menyebabkan kuantiti hablur garam dalam rongga atau rekahan batuan bertambah dan mengembang . Tekanan yang diwujudkan oleh pertambahan kuantiti hablur garam ini akan menyebabkan batuan tersebut tersepai. Tindakan fros

Tindakan Fros yang berulang

Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal. Pada waktu siang, air hujan yang memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan pada waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan tersebut akan membeku. Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya. Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya pecah. Tindakan fros ini akan menghasilkan serpihan yang bersegi-segi dan serpihan batuan itu akan terkumpul di kaki gunung sebagai talus.

Pelepasan tekanan


Gambar menunjukkan Luluhawa secara pemecahan bongkah Pelepasan tekanan merujuk kepada proses pengurangan tekanan pada batuan.

Semasa bongkah batuan tersebut tertanam di dalam bumi , tekanan batuan yang terletak di atasnya menyebabkan bongkah batuan tersebut berada dalam keadaan kecut. Apabila tanah lapisan atas batuan tersebut di hakis oleh agen-agen hakisan menyebabkan batuan tersebut terdedah ke permukaan bumi. Proses pendedahan ke permukaan bumi ini dikenali sebagai pelepasan tekanan. Pendedahan ini menyebabkan batuan tersebut mengembang akibat daripada tekanan yang berkurangan. Batuan ini kemudiannya merekah dan retak.

Proses pengembangan yang berterusan akan menyebabkan kepingan-kepingan besar batuan akan terpisah daripada batuan induk. Proses pelepasan tekanan ini biasa berlaku ke atas batuan igneus seperti granit.

Tindakan basah dan kering Berkesan di kawasan tropika yang mengalami musim hujan dan kering yang nyata. Semasa musim hujan batuan akan basah dan mengembang manakala semasa musim kering sejatan akan berlaku ke atas batuan tersebut menyebabkan batuan tersebut mengecut. Proses basah dan kering yang berlaku secara yang berulang dalam tempoh tertentu akan menyebabkan batuan tersebut merekah dan akhirnya pecah.


Gambar menunjukkan batuan yang mengalami kelupasan

Proses basah kering juga berlaku di kawasan pinggir laut tropika lembap.

Semasa air pasang batuan di kawasan pinggir pantai akan basah dan mengembang manakala semasa air laut surut batuan pinggir pantai akan terdedah kepada pancaran matahari yang terik menjadikannya kering semula. Proses basah kering ini akan berlaku secara berulangkali dan akhirnya menyebabkan batuan pinggir pantai merekah dan kemudiannya pecah dan relai.

Tindakan Kembang- kecut

Luluhawa Akibat Perubahan Suhu Yang Berulang Tindakan kembang dan kecut berlaku dengan giat di kawasan yang mengalami perubahan suhu yang ekstrem seperti di kawasan gurun panas. Di kawasan gurun panas julat suhu hariannya sangat besar. Pada waktu siang pemanasan oleh matahari ( suhu tinggi ) menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepat daripada bahagian dalam batuan tersebut. Sebaliknya pada waktu malam suhunya rendah menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat daripada bahagian dalam bataun tersebut.

Proses ini kembang kecut akan berlaku secara berulang-ulang dan keadaan ini menyebabkan bahagian luar batuan akan merekah dan pecah secara mengelupas lapisan demi lapisan. Tindakan biologi Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal.

Pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan. P. Birot ( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu meter panjang apabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar akan berupaya untuk menggerakan satu bongkah batuan seberat 10 tan.

LULUHAWA KIMIA Konsep luluhawa kimia Luluhawa kimia merupakan proses pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa kimia seperti iklim ( suhu, dan hujan ) serta biotik dengan mengubah kandungan kimia batuan.

Kata kunci Proses pereputan dan penguraian batuan Agen-agen luluhawa kimia seperti iklim ( suhu dan hujan ) serta biotik Mengubah kandungan kimia batuan

PROSES LULUHAWA KIMIA Hidrolisis Hidrolisis merupakan satu proses kimia yang melibatkan tidak balas antara mineral ( galian ) yang terdapat dalam batuan dengan air lalu menyebabkan mineral

tersebut menjadi lemah. Contoh tindak balas antara air dengan bahan mineral dalam batu granit iaitu felsfar dan mika. Melalui proses hidrolisis ini felsfar telah membentuk tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin. Kaolin banyak terdapat di kawasan batuan granit di kawasan tropika lembap.

Penghidratan Penghidratan ( hydration ) berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan telah menyerap air lalu mengubah bahan mineral tersebut kepada bahan mineral yang baru. Contoh bahan mineral anhidrit atau kalsium sulfat yang bertindak balas dengan air dan kemudian menyerapnya lalu membentuk mineral baru yang dikenali sebagai gipsum. Melalui proses penghidratan bahan mineral yang terdapat dalam batuan bukan sahaja berubah daripada segi kandungan kimia malah melibatkan perubahan isipadu.

Pengoksidaan Pengoksidaan ialah proses tindak balas antara mineral batuan dengan air dan oksigen yang terdapat dalam udara. Proses pengoksidaan paling giat berlaku terhadap batuan yang mengandungi mineral besi (ferum ) lalu melemahkan struktur batuan tersebut. Batuan daripada kumpulan igneus yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi sulfida ( pirit ), ferus oksida( magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend ) apabila terdedah kepada air dan oksigen di udara akan bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya. Proses pengoksidaan kerap berlaku di kawasan tropika lembap di mana batuan yang mengandungi besi yang terluluhawa telah menghasilkan tanih laterit. Larutan Larutan ialah proses di mana mineral yang terdapat dalam batuan akan menjadi cair apabila bertindak balas dengan air. Larutan biasanya berlaku ke atas batuan yang mudah larut seperti batu kapur

dan dolomit.

Bentuk muka bumi Batu Kapur akibat Luluhawa Kimia

Air hujan atau asid karbonik telah melarut permukaan batu kapur tersebut lalu menghasilkan larutan kalsium bikarbonat .

Pengkarbonan

Proses pengkarbonan berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan bertindak balas dengan karbon dioksida di udara dan air hujan atau asid karbonik. Contoh tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan atau asid karbonik akan menghasilkan kalsium bikarbonat.

Proses ini kerap berlaku di kawasan batu kapur dengan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang menarik. FAKTOR- FAKTOR LULUHAWA KIMIA / DALAMAN LEMBAP DI KAWASAN TROPIKA

( i ) Iklim ( a ) Hujan

Membekalkan sumber airuntuk tindak balas kimia dalam semua proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis. Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm )dan turun sepanjang tahun mengalakkan proses luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut. ( b ) suhu Mempengaruhi kadar luluhawa kimiakhususnya di kawasan tropika lembab.

Suhuyang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 C ) menyebabkan kegiatan luluhawa kimia aktif sepanjang tahun . Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %. ( ii ) Biolog (a) Peranan tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan yang banyak di kawasan tropika lembap membekalkan bahan-bahan organik melalui pereputan ranting-ranting atau daun-daun yang gugur. Bahan-bahan organik yang mereput akan menghasilkan asid organik seperti asid humik dan asid fulvik yang bertindak balas terhadap batuan di samping membantu mempercepatkan tindak balas kimia terhadap batuan. (b) Hidupan dalam tanah dan mikroorganisma

Iklim di kawasan tropika lembap yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan pembiakan hidupan dalam tanah seperti cacing dan tikus yang membantu melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan.

Apabila berlakunya hujan, air dan gas-gas tertentu akan masuk jauh ke dalam tanah melalui lubang-lubang tersebut dan kesannya luluhawa kimia akan berlaku jauh ke dalam tanah. Mikroorganisma jenis kulat yang hidup di kawasan tropika lembap mengeluarkan asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut. BENTUK MUKA BUMI HASIL TINDAKAN LULUHAWA KIMIA Pandang darat batu kapur ( karst ) Pandang darat batu kapur ( karst ) merupakan bentuk muka bumi paling biasa ditemui di kawasan tropika lembap hasil daripada tindakan luluhawa kimia atau dalaman. Terhasil melalui pengkarbonan. tindakan luluhawa kimia melalui proses larutan dan

Tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan ( asid karbonik ) akan menghasilkan kalsium bikarbonat lalu membentuk muka bumi di kawasan gua batu kapur yang mengandungi stalatktit, stalakmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah dan sebagainya. Contoh gua yang mempunyai bentuk muka bumi batu kapur ( karst )ialah Gua Niah dan Mulu di Sarawak,dan Batu Caves di Selangor. Pembentukan tanah laterit Kewujudan tanah laterit berkait rapat dengan proses pengoksidaan dalam luluhawa kimia. Batuan igneus yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi sulfida ( sulferit ), ferus oksida ( magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend ) apabila terdedah kepada air dan oksigen di udara akan bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya.

Pembentukan tanah liat putih ( kaolin ) Tanah liat putih ( kaolin ) adalah hasil tindakan luluhawa kimia melalui proses hidrolisis. Mineral ( galian ) yang terdapat dalam batuan akan menyerap air dan bertindak balas dengannya lalu menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah.

Contoh tindak balas antara air dengan mineral dalam batu granit iaitu felsfar telah membentuk tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin. Pembentukan tors dan bornhard Tors merujuk kepada tunggul-tunggul sisa yang telah mengalami proses gondolan sama ada oleh luluhawa dan hakisan. Luluhawa kimia yang bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan bukit yang kemudiaan dihakis dan diangkut ke tempat lain oleh air yang mengalir. Sisa-sisa batuan keras yang tahan kepada luluhawa dan hakisan akan tertinggal dalam bentuk bonjolan dikenali sebagai tors. Bentuk muka bumi tors banyak terdapat di kepulauan Sulawesi dan cerun Banjaran Titiwangsa di Malaysia. Bornhard pula merujuk kepada tonjolan-tonjolan batuan yang timbul dari dalam bumi setelah batuan di sekitar kawasan tersebut terluluhawa dan kemudiaannya di hakis dan diangkut oleh air. Bonjolan ini akan timbul dipermukaan bumi dan dikenali sebagai bornhard.

Terdapatnya bahan regolit yang tebal Regolith merujuk kepada lapisan tanah di bahagian atas permukaan bumi yang longgar atau peroi akibat aktiviti luluhawa kimia di kawasan tersebut. Semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin aktif luluhawa kimia di kawasan tersebut. Kajian yang dijalankan di Hong Kong mendapati regolith setebal 60 meter ditemui di kawasan tersebut ,manakala di hutan hujan tropika di Kepulauan Borneo menjumpai lapisan regolith setebal antara 50-100 meter. Keadaan ini menunjukkan bahawa di kawasan-kawasan tersebut kegiatan luluhawa kimia berlaku jauh ke dalam bumi.

LULUHAWA BIOLOGI

Konsep luluhawa biologi Luluhawa kimia merupakan proses batuan pereputan ,penguraian dan pemecahan

di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa biotik seperti tindakan akar tumbuhan, lumut, kulampair dan hidupan dalam tanah seperti cacing , tikus dan mikroorganisma.

Kata kunci * * Proses pereputan ,penguraian dan pemecahan batuan agen-agen luluhawa biotik seperti tindakan akar tumbuhan, lumut, kulampair dan hidupan dalam tanah seperti cacing , tikus dan mikroorganisma.

PROSES LULUHAWA BIOLOGI


Tindakan akar Tumbuhan ( a ) Tindakan akar tumbuh-tumbuhan Pembesaran akar-akar tumbuhan khususnya akar tunjang boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan. Akar tumbuhanapabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar secara perlahan-lahan akan berupaya untuk batuan yang terdapat di kawasan tersebut. Proses ini juga dikenali sebagai bajian akar.

(b)

Tindakan haiwan dalam tanah

Hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat membantu kegiatan luluhawa. Hidupan dalam tanah melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan. Lubang-lubang yang diwujudkan oleh haiwan ini membolehkan air hujan dan gasgas tertentu jauh ke dalam tanah kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah.

(c)

Mikroorganisma

Tumbuhan daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI TINDAKAN LULUHAWA KEPADA AKTIVITI MANUSIA

( a ) Kegiatan pertanian - bahan regolith yang tebal subur untuk kegiatan pertanian - tanah laterit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

( b ) Kegiatan perindustrian - Tanah liat ( kaolin ) industri tembikar - Batuan Kapur untuk industri Simen.

( c ) Kegiatan pelancongan - Pandang darat karst Pemandangan yang menarik dan unik

Anda mungkin juga menyukai