Anda di halaman 1dari 15

Wo bist du, O Those Who Dosen denken?

Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Isnin

Selasa Rabu

23-May 3:40 ptg 24-May 25-May 26-May 27-May 28-May 29-May 30-May 31-May 01-Jun 02-Jun 03-Jun 04-Jun 05-Jun 06-Jun 07-Jun 08-Jun 09-Jun 8:34 pagi 9:42 pagi 11:46 pagi 10-Jun 12:11 tgh 12:37 tgh 2:58 ptg 11-Jun 12-Jun

Sdr Jamil

JPK

Hibernate

Dr Azman Sdr Rashid Sdr Ramlan Sdr Mohd N H Prof Wan Sdr Safee Dormant

JPK Cuti belajar JPK JIP JIP JPK

Sebelum sakratul maut, in sya Allah kebanyakan kita akan dapat email berikut dari agen Malikat Izrail di UTHM, Sdr Misman Ramly (baca ayat ini dari sudut postif) Assalamualaikum / Salam Sejahtera Y.Bhg Prof. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan, MAKLUMAN STAF YANG TIDAK LAGI BERKHIDMAT DI UTHM Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa staf berikut tidak lagi berkhidmat di Universiti ini: (fill in the blank)
BIL NAMA / NO.STAF JAWATAN / GRED PTJ

3. Sehubungan itu, perkhidmatan beliau dengan pihak Universiti adalah terputus dan segala kemudahan yang diberikan kepada beliau sebagai staf sepanjang berkhidmat di Universiti ini adalah ditamatkan. 4. Pihak Universiti juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah beliau berikan semasa berkhidmat di Universiti ini dan mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya beliau di masa hadapan. Sekian, Terima Kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar, MISMAN BIN RAMLY Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia b/p Pendaftar 2 Sebelum sakratul maut, dan sebelum, sebelum menerima email/surat seumpama di atas, taburlah bakti, bekal hari kemudian. 3 Orangtua kita berpesan, kalau kali panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. 4 Ikhlaskan niat, dan curahkanlah segala kebijaksanaan tuan untuk membangun fakulti, kalaupun gugur, baktimu gemerlapan secerah suria pagi.

Yang tidak layak menyelia

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENYELIDIKAN, TUGAS PENYELIAAN DAN PENILAIAN KAJIAN Monday, 10 June, 2013 2:58:38 PM From: "Mohd Safiee Idris" safiee@uthm.edu.my Alhamdulillah.... Saya seronok mengikuti perkembangan terbaru ini. Semua buah fikiran adalah untuk kebaikan FPTV dan productnya. Teruskan dengan idea2. Pada saya bercanggah pendapat adalah satu pencerahan. TQVM TQVM Assalamualaikum...

Monday, 10 June, 2013 12:37 PM From: "Prof Dr Wan Mohd Rashid Wan Ahmad" mdrashid@uthm.edu.my Semua Rakan, Satu cadangan yang baik serta ideal. Sebelum apa apa saya nak ingatkan kepada semua rakan bahawa PS sebenarnya adalah satu project paper dan bukan nya thesis. Tidak ada istilah VIVA utk Project...istilah ini hanya utk thesis kerana ianya bertepatan dengan beban penulisan tersebut. Penilaian yg dibuat dipanggil penilaian 1 dan penilaian 2...ini telah di endorsed pada mesy JKSF pada tahun 2004 lagi...Oleh yang demikian saya rasa prosidur sekarang dah sepadan beban project paper. Saya juga minta supaya semua pensyarah jangan lagi gunakan istilah VIVA kerana ianya tidak bertepatan...jika kita guna... mindset kita pun jadi lain...standard pun makin tinggi. Saya rasa biarlah istilah ini diguna dalam kalangan pelajar saja. Banyak universiti hanya perlu hantar project paper kpd penyelia saja...tiada penilaian macam kita buat. Kita nak maintain prosidur yg kita amalkan kerana ianya dirasa memunafaatkan pelajar tetapi janganlah kita bagi 'xtra nice to have load' pula kpd pelajar. Dari segi pentadbiran samada mesyuarat atau penyelarasan juga perlu difikirkan secara realistic...berasaskan kekuatan dan kemampuan kepakaran, sumber manusia dan masa yang ada. Saya harap rakan rakan semua bersetuju dengan saya supaya hasrat dan cadangan yag baik itu kita akan realisasikan sedikit demi sedikit secara realistik.

Monday, 10 June, 2013 12:11 PM From: "Mohd Noor Hashim" mohdnoor@uthm.edu.my Terima kasih Dr. Azman Hasan & En Jamil kerana membangkitkan dilemma Projek Sarjana, termasuk PSM di FPTV. Saya berpendapat kita tidakl perlu saling menuding jari, sebaliknya marilah kita memahami konsep sebenar PS/ PSM dan Tesis di FPTV, dan berusaha mencari penyelesaiannya. 1. Saya berpendapat semua tenaga akademik FPTV perlu capai kata sepakat seragam mengenai (1) Garispanduan skop Projek Sarjana untuk program kerjakursus peringkat Sarjana, PSM untuk projek peringkat Sarjana Muda, (2) Seliaan : Konsep & Proses: tanggungjawab Penyelia. (3) Pentaksiran : Skop dan Proses Pemarkahan Panel Penilai. 2. Standard: Sewaktu menggubal program Sarjana (MBE: Kerjakursus) dan Sarjana Muda PTV (BBE), seingat saya yang berkaitan; Sarjana PTV adalah satu program IKHTISAS PERGURUAN pada peringkat Sarjana untuk kelayakan IKHTISAS PERGURUAN. Pemegang kelulusan Sarjana layak dilantik menjadi Guru KPM dan layak menyambung ke peringkat PhD PTV. Kursus-kursus Sarjana PTV tertumpu kepada kursus-kursus IKHTISAS PERGURUAN kerana Model MBE Top Up Program ie. memberi kelayakan ikhtisas Perguruan. Program UNIK mengikut komen Allayarham Datuk Dr. Shukor (mantan Ketua Pengarah KPM). Program Sarjana Muda PTV pula dirumuskan untuk mengeluarkan Guru SMV berkelayakan ikhtisas yang fleksibel, boleh mengajar lebih dari satu bidang teknikal, (pada masa itu). Pada masa itu para penggubal bersetuju bahawa program MBV (kini MBE) ditawarkan melalui 2 saluran; kerjakursus sepenuhnya untuk berikan kelayakan ikhtisas (Pre-Service), manakala saluran penyelidikan (KBV) sebagai program Latihan Dalam Perkhidmatan (In-Service) untuk golongan berpengalaman menjadi Guru Bertauliah. SKOP MBE dan KBV tidak sama, dan tidak boleh ditaksir mengikut standard yang sama. MBE menghasilkan Projek Sarjana (tidak mencapai taraf tesis) manakala KBV menghasilkan Tesis pada peringkat Sarjana. Standard tidak sama taraf antara MBE dan KBV, dan jangan keliru antara keduanya, tiada kompromi. 3. SKOP projek sarjana dan PSM sepatutnya selari dengan nama program dan tahap program, iaitu tertumpu kepada ikhtisas dalam bidang pengkhususan PTV yang pelajar ada kelayakan (Bidang Pengkhususan Sarjana Muda) atau dilatih untuk mengajar (BBE dalam bidang PTV yang dipilih). Bidang pilihan pelajar pula adalah sama ada kajian Sains Sosial atau kajian berasaskan produk dalam bidang ikhtisas perguruan, seperti ABBM, penambahbaikan ABBM sedia ada, atau rekabentuk berkaitan bidang ikhtisas PTV atau bidang PTV yang bakal diajar oleh pelajar. Jangan terpengaruh dengan standard yang digunapakai di Fakulti Kejuruteraan, FPTV lebih mengkhusus kepada ABBM atau penambaikan kepada sistem PTV itu sendiri. 4. STATUS: Projek Sarjana dan PSM ditadbir secara kerjakursus, bermakna pelajar perlu hadir minimum 80 % sama seperti kurus lain. Kehadiran pelajar perlu perlu konsisten mengikut 14 minggu (termasuk pentaksiran + ujian) dan senarai tampal perlu ditampalkan pada akhir minggu ke-14. Jumlah hari dan jam interaksi seliaan sepatutnya berpandukan RPP MBE 12302 dan RPP 22804. Progress pelajar juga berpandukan kepada RPP tersebut, dan pelajar dibekalkan dengan

senarai semak (checklist), untuk menggambarkan progress pencapaian semasa masing-masing. Pensyarah penyelia perlu mengeluarkan amaran bertulis menyedarkan status kehadiran atau pencapaian bab demi bab oleh pelajar. Amalan kini di FPTV, interaksi PS/PSM tidak dimasukkan dalam. Jadual Waktu adalah untuk memberikan fleksibiliti kepada pensyarah dan juga pelajar. Pensyarah dan juga pelajar, kurang sedar mengenai peraturan kehadiran 80 % ini. Jika ini menjadi punca kepada segala masalah yang berbangkit, maka adalah dicadangkan waktu seliaan PS/PSM ditentukan dan digazetkan dalam. Jadual Waktu. Jika ini berlaku, semua pensyarah dan pelajar perlu berinteraksi dalam waktu tersebut, dan Urusetia (Dr. Mimi Mohaffyza) mengambil catatan dan memantau interaksi. Contoh, amalan masa kini setiap petang Rabu, tetapi petang Rabu telah digunakan untuk pelbagai agenda. Apakah pendirian FPTV dalam aspek ini? 5. KRITERIA MARKAH: Kriteria markah TIDAK BOLEH SAMA dengan KBV atau PhD, kerana ada staf berpendapat PS/PSM tidak boleh dicite. Instrumen Borang PS.04/02/2011(a1) untuk PS1, PS.04/02/2011 (a2) untuk pembentangan, dan PS.04/02/2011(b1) untuk PS2, ada disediakan, tetapi tidak dapat mengekang penyelia dan panel penilai dari dipengaruhi oleh bias kepada kriteria KBV dan PhD. Saya berpendapat jika PS/PSM tidak boleh dicite, maka kriteria pemarkahan juga mestilah lebih cair/ cetek (shallow) dari kriteria KBV atau PhD. Apakah FPTV setuju dengan pendapat ini? Jika FPTV bersetuju, maka satu rubrik instrumen yang lebih tekal dan sah perlu dibangunkan, atau adakah kita perlu menambahbaik penggunaan instrumen pemarkahan sedia ada? 6. INPUT MBE 12104 : Saya berpendapat Kursus MBE 12104 Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan perlu menjadi kursus yang ditailormade untuk memudahkan pelajar menempuh MBE 12302 PS1 dan MBE 22803 PS2. Pada akhir kursus MBE 12104 pelajar sepatutnya sudah bersedia dengan proposal dan mencari pensyarah penyelia yang sesuai. Dalam aspek ini pihak urusetia perlu bangunkan satu NORM atau Quota untuk mengelakkan satu-satu pensyarah mempunyai terlalu ramai pelajar kerana lebih dikenali oleh pelajar. Sebagai contoh UiTM, ada membangunkan norm nisbah untuk seliaan projek dan tesis mengikut gred pensyarah.Saya mencadangkan agar FPTV turut wujudkan norm ini, kerana ini salah satu soalan ditanya oleh MQA. Saya juga mencadangkan diadakan satu sesi interaksi pensyarah dengan pelajar baru pada awal semester untuk berbual mengenai tajuk dan bidang yang diminati. Salah satu elemen utama perlu diberitahu sewaktu interaksi pelajar baru adalah bahawa pelajar kerjakursus juga tidak boleh terkecuali dari membuat projek penyelidikan. Sebelum ini, pihak FPTV ada berusaha mewujudkan pensyarah mentor untuk penulisan proposal MBE12104, tetapi tidak diteruskan ke MBE 12302, kerana pelajar menerima lantikan penyelia lain untuk MBE 12302. Akhir sekali lagi saya enam perkara di atas bukanlah untuk mencari kesalahan sesiapa, sekadar perkara tadbir urus PS/PSM untuk dibaiki oleh fakulti. Wassalam. ALQuran Buruk

Monday, 10 June, 2013 11:46:49 PM From: "Ramlan Zainal Abidin" ramlan@uthm.edu.my Assalamualaikum, Apa yang sebenarnya dibicarakan. Nampaknya berliku-liku dan keliru bagi kami yang tidak tahu apa-apa. Nampaknya apa yang dibicarakan oleh Tn Hj Jamil, Dr Azman dan pandangan Tn Hj Md Noor Hashim tidak ada titik pertemuan dengan apa yang dilontarkan oleh Dr Azman dan Tn Hj Jamil. Sebaik-baiknya apa yang yang tersirat dipemikiran Tn Hj Jamil dan Dr Azman eloklah kita bersemuka apa masalahnya. Apa yang dibicarakan oleh Prof Dr Wan Rashid itu tepat dan perlu diambil perhatian oleh semua. Kita hendaklah membezakan diantara laporan projek dan tesis. Soalnya sekarang ialah apa yang tersirat dipemikiran mereka ialah pelaksanaan penilaian untuk PS dan VIVA untuk penyelidikan sepenuh masa. Soalnya ialah etika dan beretika dalam pelaksanaan penilaian. Maksudnya beretika antara panel penilai dengan penyelia dan mempamerkan profesionalisme dan beretika dihadapan pelajar. Rasanya itulah maksud Tn Hj Jamil dan Dr Azman. Saya kagum dengan PM Dr Ahmad Isa sebagai ketua panel yang saya sebagai panel penilai PS 1. Dia mula dengan bicara yang cukup beretika dan meyakinkan pelajar. Dia berjaya menjana motivasi kepada pelajar dan setiap teguran cukup berfakta dan bertetika dan alangkah baiknya jika penyelia pelajar berkenaan berada bersama. Mungkinkah ini yang diperlukan oleh Tn Hj Jamil dan Dr Azman. Walaupun saya dianggap marhaen tapi saya juga sayangkan pembangunan Fakulti. Pelajar itu aset kepada fakulti. Ada pelajar wujudlah fakulti dan berdirilah kita di sini. Oleh itu saya sangat mengharapkan kita semua akan menjadi penyelia, penilai dan pembimbing yang beretika supaya lebih ramai lagi pelajar akan berguru dengan staf kita. Jika kita tidak memelihara etika dan beretika perasaan dendam dan berdendam antara kita akan bertambah subur dalam fakulti kita. Oleh itu kita jadilah pendidik untuk mendidik dan jadilah guru untuk digurui. Sekian sebuah nukilan yang tidak ditujukan kepada sesiapa tetapi sebagai renungan untuk merungkai kekusutan jika ada.

Monday, 10 June, 2013 9:42:42 AM From: "Abdul Rasid Abdul Razzaq" rasid@uthm.edu.my Salam pada sahabat sahabat semua.. isu yang dibangkitkan oleh En Jamil dan Dr Azman pada saya merupakan satu perkembangan yang sangat positif pada FPTV khususnya berkaitan dengan penyelidikan.. mungkin inilah yang berlaku di universiti-unversiti yang telah well established.. kita mula concern dan sensitif pada pada proses dan hasil research terutamanya pada pelajar kita Namun mungkin terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaik pada sistem yang sediada di fakulti dalam memastikan proses penyeliaan dan penilaian pelajar-pelajar post graduate terutamanya dari aspek research dapat ditingkatkan lagi. 1. Cadangan panel penilai-sebaik-baiknya dikemukakan oleh penyelia tiga nama kepada jawatankuasa berdasarkan justifikasi yang tertentu seperti kepakaran dan sebagainya seperti yang diamalkan oleh beberapa buah univeristi di Malaysia. Namun keputusan muktamad adalah jawatankuasa. Ini penting pada saya sebab contoh kalau pelajar membuat kajian menggunakan `kualitatif approach' perlu sekurang-kurangnya seorang ahli panel yang mempunyai kepakaran berkaitan aproach tersebut atau pernah membuat kajian menggunakan mixed method kerana kuantitatif dan kualitatif merupakan dua paradigm yang berbeza. 2. Penyelia dibenarkan masuk dalam sesi perbentangan seperti yang diamalkan bukan sahaja beberapa univeristi di Malaysia tetapi di US, German dan banyak lagi universiti di dunia. Namun penyelia tidak boleh `menggangu sesi' perbentangan.

3.Kriteria penilaian oleh penilai-kriteria-kriteria lulus tanpa pembetulan,lulus dengan pembetulan, perbentangan semula dan sebagainya dan penilai perlu berpandukan kepada kriteria tersebut dalam membuat keputusan status pelajar. Keadaan ini membolehkan penilai juga `selamat' dan tiada argumen dari pihak lain terutamanya pelajar atau penyelia walaupun saya percaya penilai mempunyai justifikasi yang kukuh dalam membuat keputusan mereka. 4. Mekanisma penilaian report- Penilai yang dilantik perlu membuat laporan berdasarkan dokumen iaitu tesis atau proposal yang telah dihantar oleh pelajar berdasarkan borang yang telah disediakan oleh fakulti dalam memastikan tidak timbul isu `penilai tidak sempat membaca' atau lain-lain persepsi kerana pada saya ianya juga unfair kepada penilai. 5. Lazimnya mana-mana pelajar yang bercadang untuk bentangkan samada proposal atau tesis perlu mendapat keputusan jawatankuasa siswazah fakulti. Jadi apa maksud jawatankuasa telah `meluluskan' atau tidak `membenarkan membuat perbentangan' perlu diperincikan supaya tidak wujud salah faham. Skop penilaian oleh jawatankuasa ini juga perlu dilihat semula. 6. Apakah mekanisma yang wujud di peringkat fakulti samada pada penyelia atau jawatankuasa bagi memastikan pelajar telah `bersedia' untuk dibenarkan membuat perbentangan. Perkara ini penting bagi memastikan `failure rate' adalah minimum. Pelajar gagal dalam perbentangan atau perlu membuat

perbentangan semula perlu dipandang serius oleh fakulti dan pada saya perlu dibincangkan samada dlm mesyuarat J.Kuasa Akademik/atau siswazah kerana ianya memberi persepsi negatif kepada pelajar sediada dan `potential' candidate. Sebagai contoh mungkin pelajar perlu membuat perbentangan pertama (pre) pada panel atau jawatankuasa tertentu sebelum mereka dibenarkan untuk membuat perbentangan sebenar seperti diamalkan oleh UKM dan beberapa buah universiti lain.

Semua cadangan tersebut hanyalah sekadar pandangan peribadi bagi tujuan penambahbaikan pada sistem yang sediada. Mungkin ada antaranya telah wujud tetapi sejauhmana ianya benar-benar dilaksanakan. Marilah sama-sama berusaha untuk majukan dan tingkatkan kualiti penyelidikan di fakulti kita dari masa ke semasa. Perbezaan padangan seharusnya sesuatu yang membina. Saya yakin penyelia menyelia dengan sebaik yang mungkin dan penilai juga membuat teguran yang konstruktif... semuanya kerana satu tujuan iaitu memastikan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar adalah berkualiti. Saya suka menyatakan apa yang perlu saya dengar dari rakan-rakan yang belajar di luar negara seperti US di mana sistem mereka sekiranya pelajar gagal.. pertamanya penyelia akan dipersoalkan , kedua sistem dan ktiga barulah pelajar... Sekian. terima kasih.

Monday, 10 June, 2013 8:34:25 AM From: "Dr Azman Hasan" <azmanh@uthm.edu.my> Assalamualaikum w.b.t Y.Bhg. Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik Terlebih dahulu, saya memohon jutaan maaf di atas kiriman email ini kepada warga FPTV, sahabatsahabat sekalian yang agak panjang dan berjela. Ianya tidak bermaksud apa-apa, hanya sedikit maklum balas email En.Jamil serta sekadar ingin berkongsi pandangan dan cetusan minda bagi kepentingan ilmu dalam memartabatkan akademik di FPTV. Minggu penilaian Projek Sarjana telah pun berlangsung. Tahniah kepada pelajar dengan kejayaan, syabas kepada penyelia yang mendidik dan menyelia serta penilai yang memberi bimbingan. Walau bagaimanapun, terhadap juga pelajar yang berdukacita, putus asa dan kecewa dengan hasil pembentangan yang telah dilalui dan ada yang tidak sanggup lagi meneruskan pengajian. Banyak komen pelajar yang diperoleh yang pasti kita dengar dengan pelbagai gaya persembahan dan versi. Mereka menyatakan yang mereka telah melalui suatu pengalaman ngeri yang tidak ingin mereka rasai lagi. Kenapa ayat-ayat seperti boleh berlaku kepada pelajar? Sedangkan mereka ini budak baru belajar dan tidak pernah melakukan penyelidikan dalam pendidikan dengan erti yang sebenar. Adakah kita sebagai penyelia perlu menyalahkan pelajar sepenuhnya? Bagi saya, penyelia yang perlu muhasabah diri dahulu.. Perkara ini menjadikan saya terfikir sejenak tentang peranan saya sebagai penyelia seperti:1 Apakah peranan saya sebagai penyelia kepada pelajar? 2 Adakah saya membimbing pelajar dengan benar-benar bimbingan kearah melaksanakan penyelidikan yang sebenar? 3 Adakah saya faham bentuk, gaya dan kaedah penyelidikan dalam pendidikan? 4 Adakah pendekatan penyelidikan yang digunakan boleh diterima? 5 Adakah saya layak menyelia pelajar? Persoalah ini sering bermain diminda..kerana apa? Kerana kita telah dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang penyelidikan dalam pendidikan. Salah corak contengan kita maka salahlah pegangan pelajar. Selain sebagai penyelia, kita juga dipertanggunajawabkan sebagai penilai. Salah corak contengan saya, salahlah bimbingan saya kepada pelajar yang saya nilai. Setiap kali sebelum pembentangan pelajar, saya juga sering terfikir 1 Adakah kita faham dan membaca sepenuhnya laporan penyelidikan pelajar sebelum kita menilai mereka di sidang Viva? Saya percaya, dan melalui dari pengalaman sebagai penilai, mungkin terdapat penilai yang tidak sempat membaca atau hanya membaca laporan penyelidikan pelajar semasa pelajar membentang. Jika perkara ini berlakuadakah ini adil bagi pelajar kerana, dengan hasil pembacaan kita yang agak terhad, kemudian kita memberi komen yang kadang kala terasar jauh

dari maksud sebenar pelajar serta penyelia yang telah menyelia pelajar hampir sepanjang hari dan sepanjang minggu sesemester. Saya juga percaya, sukar untuk kita memahami kehendak penyelidikan pelajar dalam masa yang terhad kerana pelajar pasti gugup dan tak mampu untuk menerangkan dalam keadaan yang agak gemuruh.

2 Adakah teguran/bimbingan yang kita berikan kepada pelajar yang kita nilai adalah sama seperti pelajar yang kita selia. Kadang kala saya sebagai penilai agak teliti dengan hasil penyelidikan pelajar yang dinilai walaupun hanya baru seminggu paling lama membaca hasil kerja mereka. Tapi, adakah kita teliti dengan hasil kerja pelajar yang kita selia selama berminggu-minggu? 3 Adakah kita memahami dalam erti kata sebenar matlamat kajian serta pendekatan penyelidikan yang digunakan oleh pelajar sebelum kita memberi komen kepada pelajar? 4 Apakah matlamat sidang Viva? Adakah sidang viva adalah untuk mencari kesalahan dan kesilapan pelajar dengan memarahi pelajar atau membantu pelajar dan membimbing mereka untuk melaksanakan penyelidikan dengan kaedah yang betul? Kenapa pelajar perlu digagalkan/ulang sidang Viva proposal? Apa sebab pelajar digagalkan atau diminta untuk ulang siding viva? Adakah sebab salah ayat dalam penulisan? Adakah sebab salah pendekatan penyelidikan? Adakah sebab pelajar tak mampu menerangkan apa yang hendak dikaji? Atau memang pelajar tersebut langsung tidak layak untuk menjalankan penyelidikan? Atau memang isu, focus dan tajuk kajian pelajar tersebut benar2 sampah.

5.

Walau bagaimanapun, jika difikir dari sudut yang lain, mungkin kita akan terfikirkomen pelajar mungkin telah ditambah ajinomoto untuk dilaporkan kepada penyelia. Selain itu, penyelia pasti akan terfikir, dari sudut apakah yang perlu diperbaiki sedangkan pelajar kadangkala ada yang tidak faham apa yang perlu diperbaiki. Oleh yang demikian, saya ingin memberikan sedikit pandangan supaya perkara2 seperti di atas tadi boleh dimurnikan kotinsyaAllah Walau bagaimanapun, ini hanyalah satu pandanga 1 Saya agak bersetuju dengan cadangan En.Jamil dengan mencadangkan supaya, penyelia dibenarkan untuk melihat dan mendengar pelajar di bawah seliaanya membentangkan penyelidikannya. Ini bagi tujuan, penyelia tahu dan faham apa yang perlu diperbaiki dan tidak hanya tertakluk kepada laporan daripada pelajar. Penyelia juga akan mengetahui kondusi sebenar pembentangan pelajar supaya tidak ada salah sangka yang boleh mengakibatkan balas dendam terhadap pelajar penilai yang akan dinilai. 2 Mengadakan bengkel pemantapan dan penyelarasan kepada pensyarah yang baru nak belajar macam saya dari aspek kaedah penyelidikan, penulisan penyelidikan dan pendekatan dalam penyelidikan pendidikan terkini. 3 Memerlukan suatu kriteria penilaian dan ketetapan yang lebih jelas dan laporan awal penilai sebelum sidang viva dijalankan. 4 Mungkin juga, perbincangan ilmiah boleh dilakukan seperti isu penginovasian penyelidikan yang dinamik dalam pendidikan dan penilaian penyelidikan.?

Akhir kata, jutaan kemaafan dipohon kepada semua, jika terkasar bahasa, terlanjur katanamun ini hanyalah kupasan dan pandangan dari luahan-luahan pelajar yang berduyun2 tidak henti2 hadir bertemu kita untuk menagih ilmu dan pastinya mereka dahagakan bimbingan. Niat hanya satuuntuk kebaikan..Terima kasih.

Dr.Azman Hasan Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tel : +60127080150

Thu, 23 May 2013 15:40:59 +0800 (MYT) From: Jamil Abd Baser <jamil@uthm.edu.my> ASSALAMUAL AIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Y.BHG. PROF/PROF MADYA/DR/TUAN/PUAN/CIK CADANGAN PENEMBAHBAIKAN PENYELIDIKAN, TUGAS PENYELIAAN DAN PENIALAIAN PROJEK SARJANA MUDA, SARJANA DAN PHD Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak fakulti khususnya Jawatankuasa Penyelidikan, Sarjana Muda, Sarjana dan PHD terhadap beberapa perkara di bawah. Tujuan utama saya ialah menyahut cadangan dan respond Y.Bhg. Dekan tempohari bagi meningkatkan kualiti dan seterusnya menjadikan penyelidikan ini satu satu budaya, signifikan serta yang lebih utama ialah memainkan peranan sebagai penyumbang utama Kertas Penyelidikan yang berkualiti tinggi terhadap Universiti dan negara. Antara cadangan saya ialah: 1. Perbengkelan perlu dilaksanakan bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mendalami ilmu penyelidikan. Kita lantik mana-mana pensyarah yang pakar dalam bidang penyelidikan atau jemput individu luar. Ini memandangkan ada kalangan Professor / Pensyarah kita yang menjadi editor jurnal di peringkat antarabangsa dan kita patut bangga dengan pencapaian mereka, seperti Dr Azman Hasan yang pakar dalam bidang pembangunan instrumen kajian. 2. Galakkan penyelidik/ahli akademik untuk membentangkan semula setiap kertas kerja seminar yang dihadiri / berkongsi penulisan jurnal dsb pada kolokium yang disertai oleh semua warga fakulti. Jadikan Hari Rabu (contoh) sebagai hari menjalankan aktiviti ini. 3. Berikan ganjaran / penganugerahan seperti sijil, rekod perkhidmatan (merit) yang boleh dijadikan sebagai motovasi kepada penyelidik. Mungkin kita boleh adakan satu majlis khas untuk menghargai jasa mereka yang aktif dalam penyelidikan, penulisan dan sebagainya seperti Dr Ahmad Rizal Madar yang banyak mengharumkan nama Fakulti dan Universiti dalam bidang inovasi dan pengkormesialan, PM Dr Hj Ahmad Esa yang terkenal dengan ideanya menulis di surat khabar. 4. Diadakan satu bilik khas seperti galeri penyelidikan yang menempatkan semua hail kerja ahli akademik / fakulti seperti produk, jurnal dsb. 5. Wujudkan dan perkasakan sistem mentor mentee yang diamalkan oleh universiti lain di mana beberapa ahlinya adalah dalam kalangan ahli akademik dan diketuai oleh seorang Professor atau Professor Madya bagi membudayakan penyelidikan. 6. Bekerjasama erat dengan Juruteknik kerana mereka ini memang pakar dalam bidang masingmasing yang boleh membantu dalam penyelidikan. 7. Penyelarasan perlu dilakukan untuk tujuan keseragaman penyeliaan, penilaian, pembentangan kajian serta perkara berbangkit yang biasa timbul dalam kalangan pelajar dan pensyarah di peringkat sarjana muda, sarjana dan phd. 8. Laporan teknikal (+- 10 muka surat) tidak perlu dikemukakan kepada panel penilai kerana biasanya pensyarah lebih tertumpu kepada laporan penuh dan ini agak membebankan pelajar PSM dan PS.

9. Penyelia utama dan penyelia kedua (jika ada) dibenarkan untuk masuk bersama pelajar dalam sesi pembentangan yang bertujuan untuk keseragaman penilaian dan penyelia akan lebih peka terhadap kekuatan dan kelemahan yang dilakukan oleh pelajar. TETAPI PENYELIA TIDAK BOLEH MEMBERI SEBARANG KOMEN ATAU BERCAKAP DEMI MENGHORMATI KEPUTUSAN PANEL PENILAI. Ini telah diamalkan oleh universiti lain seperti UTM, Johor. Saya mohon maaf sekiranya cadangan ini tidak menepati kehendak fakulti, namun dengan rasa rendah diri dan keikhlasan hati, saya menyeru kepada semua sahabat sahabat saya Y.Bhg. Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/ sama-sama memikirkan halatuju dan matlamat selari dengan kelastarian penyelidikan pendidikan. Sekian, terima kasih. Yang benar, JAMIL BIN ABD BASER Pensyarah JPK FPTV, UTHM