Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Yang Dihormati Guru Besar Sk Inanam Dua Encik Ismail Bin Hj Dulamit

Yang Berusaha, Guru penolong kanan 1 Puan Roslin Bt Jamil

Yang Berusaha, Guru penolong kanan HEM Puan Junaidah Bt Yasin

Yang Berusaha, Guru penolong kanan kokurikulum Puan Maznah Hj Bilu

Penceramah Jemputan kita, Ustaz Mohd Zamri Bin Kautis Abdullah Sektor Pendidikan Islam JPN Sabah

Panatia-Panatia Subjek, guru-guru serta para murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan Terbuka SK Inanam Dua bagi satu majlis ilmu, iaitu meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013 bersamaan dengan 1434 tahun hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan kita Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1434 Hijrah; Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Bagi

memberkati

lagi

majlis

kita

pada

pagi

ini,

majlis

dengan

segala

hormatnya

menjemput

__________________________________untuk bacaan doa.

Amin,amin ya robalalamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang dihormati En.Ismail Bin Hj Dulamit, Guru Besar SK Inanam Dua untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Guru Besar atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya, pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan, Yang dihormati, Al-fadzil Ustaz Mohd Zamri Bin Kautis Abdullah dari sektor Pendidikan Islam JPN Sabah.

Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini.

Nama : Umur : Asal : Stasus /Keluarga : Jawatan terkini :

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan penceramah kita untuk menyampaikan ceramahnya.

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Zamri Bin Kautis Abdullah.

Majlis kita pagi ini akan diteruskan lagi dengan selingan irama nasyid buat halwa telinga yang akan disampaikan oleh murid-murid yang terdiri daripada tahap 2.

Mereka akan menyampaikan 2 buah lagu NASYID yang bertajuk: 1)________________________ 2)_________________________ Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah,

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman keputusan pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SK Inanam Dua bagi tahun 2013.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Ismail Bin Hj Dulamit Guru Besar SK Inanam dua untuk menyampaikan hadiah dengan diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Inanam Dua Pn Roslin Bt Jamil. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya sekali lagi mempersilakan ____________________untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada penceramah jemputan kita Al-fadzil Ustaz Mohd Zamri Bin Kautis Abdullah atas kesudian beliau menyampaikan ceramah kepada kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas kesudian menyampaikan hadiah dan cenderahati sebentar tadi. Begitulah tadi berakhirnya acara penyampaian hadiah. Pihak Majlis ingin mengucapkan tahniah kepada pemenangpemenang dan bagi yang kurang berjaya jangan berputus asa,teruskan usaha di masa yang akan datang.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis kita pada siang hari ini. Saya sebagai pengacara majlis pada hari ini, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sehingga kita bertemu lagi di lain kesempatan. Sekian Wasalamualaikum wbt.