Anda di halaman 1dari 5

Bahan-bahan: 200 ml air 5 ulas bawang kecil dihiris 2 biji peria katak dipotong nipis 2 sudu besar ikan

an bilis dibersihkan sudu teh serbuk lada hitam sudu makan air asam jawa Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Masak kesemua bahan sehingga pekat. b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan. Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan. AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan: 200 ml air 3 5 helai daun pegaga dihiris 3 ulas bawang kecil dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar) Seketul halia dimayang halus sudu teh serbuk lada hitam sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas. Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

SUP AYAM

Bahan-bahan: 250 ml air 2 ketul ayam sudu teh serbuk lada hitam Halia sebesar ibu jari dimayang Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan. Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit. ULAM PEGAGA

Cara menyediakan: a) Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi. Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin. SUP IKAN HARUAN

air asam jawa lada hitam halia Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak. DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan: 500 gm daging lembu

1 biji bawang besar - dihiris 5 ulas bawang putih - dicincang halus 2 sudu makan minyak jagung 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 1 sudu makan kicap manis Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan. b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat. c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan. PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan: 1 biji buah peria - dihiris 200 ml air 100 gm ikan bilis - dibersihkan 2 ulas bawang putih - dicincang halus 2 batang serai - diketuk 1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 1 sudu teh serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk lada sulah Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan. b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih. c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk. d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering. HARUAN BAKAR

Ikan haruan dibakar dan hanya boleh dimakan dengan air asam jawa pekat, bawang besar dan lada hitam. Ulam boleh ditambah iaitu ulam pegaga.

AYAM LADA HITAM 3 ketul ayam 1 labu bwg putih..hiris halus 2 inci halia-hiris halus 3 sudu lada hitam tumbuk minyak utk tumis tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas. SOS LADA HITAM

bahan-bahan: lada hitam kunyit hidup garam bawang putih 1 ulas sikit cuka garam semua bahan ni mesin dan gaulkan simpan dan bila nak makan ....hidangkan. IKAN HARUAN LADA HITAM

1 ekor ikan haruan 1 cawan santan 1 biji bawang besar dihiris 1 sudu makan lada hitam ditumbuk 1 sudu makan minyak masak Garam secukup rasa Bahan hiris halus 4 ulas bawang putih 1 cm kunyit hidup 1 cm halia Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam. 2. Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa. 3. Masak sehingga pekat. Hidangkan.

IKAN KUKUS
Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal putih ( boleh juga ikan lain yang tidak gatal seperti ikan tenggiri) 2 cm halia muda (dihiris nipis dan memanjang) 2 cm kunyit hidup (dihiris nipis dan memanjang) 2 ulas bawang putih (dihiris nipis) 1 cawan air asam jawa Lada hitam secukupnya (ditumbuk halus) Garam secukup rasa

Cara Membuat: 1. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus.