Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


ARAS 1 & 7, BLOK E13, KOMPLEKS E Tel : 03-88849314
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Fax : 03-88849342-
62604 PUTRAJAYA Laman-web : http://www.emoe.gov.my

KP(BS-SPPK)602/ 12 ( )

Oktober 2008
Syawal 1429H

Semua Pengarah Pelajaran


Jabatan Pelajaran Negeri

Y. Bhg Dato’ / Datin/ Tuan/ Puan,

ASAS PENGGUNAAN 10 % MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT


KEMASUKAN KE IPTA SESI 2009 BAGI CALON-CALON SPM, STPM DAN STAM

Dengan hormatnya keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006


berhubung dengan perkara di atas adalah dirujuk. Seperti tahun lalu, Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertanggungjawab sepenuhnya
untuk merumuskan kaedah permarkahan kokurikulum bagi calon-calon yang
menduduki SPM, STPM dan STAM yang memohon untuk meyambung pengajian ke
IPTA. Justeru itu, pihak pentadbir sekolah (menengah) adalah bertanggungjawab
untuk menyediakan maklumat markah murid-murid yang terlibat. Oleh itu, pihak
sekolah (menengah) diberi tanggungjawab penuh untuk mengira dan menentukan
markah kokurikulum calon-calon tersebut sama ada dari segi keesahan dan
kebolehpercayaannya.

2. Sehubungan itu, seperti tahun 2007 & 2008 KPM telah/akan mengadakan sesi
penerangan semula di semua peringkat melibatkan Pengurusan Tertinggi KPM,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Pengarah-Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Wakil-wakil
Kesatuan Guru.

3. Oleh itu, bahagian ini memohon kerjasama dan jasa baik Y. Bhg Dato’ /Tuan
/Puan untuk menyampaikan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Penolong
Kanan Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah di negeri masing-masing. Pihak
sekolah diminta supaya mengambilkira perkara-perkara berikut:

3.1. Markah kokurikulum hendaklah disediakan sebelum 15 Januari 2009


3.2. Markah kokurikulum calon SPM, STPM dan STAM hendaklah dihantar
kepada Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum melalui JPN dan
Pejabat Pelajaran Daerah/ Gabungan.
3.3. Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2009 jumlah markah yang
dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi empat tahun terakhir
(2005, 2006, 2007 dan 2008 ).

3.4. Senarai ringkas markah kokurikulum bagi setiap sekolah perlu dihantar
bersama.
3.5. Pihak sekolah diminta menyediakan Sijil Pencapaian Kokurikulum
kepada setiap calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bagi
memudahkan mereka menunjukkan bukti pencapaian.
3.6. Penilaian adalah berdasarkan “Buku Panduan Penilaian Kokurikulum
Sekolah Menengah - Edisi 2007” yang disediakan oleh KPM (semua
sekolah diwajibkan menggunakan sistem penilaian ini dan perubahan
berdasarkan surat-surat makluman)
3.7. Bersama-sama ini disertakan juga beberapa keputusan berkaitan
perkara berbangkit yang dialami oleh pengurusan sekolah bagi penilaian
yang dibuat tahun 2007 (rujuk Lampiran 1).
3.8. Semua bantahan oleh calon hendaklah diselesaikan di peringkat sekolah
dan sebarang perubahan markah hanya boleh dilakukan oleh Pengetua
Sekolah dan diajukan terus ke Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
serta salinan ke JPN.

4. Suka diingatkan kepada semua pentadbir sekolah, cara dan kaedah


menentukan keesahan dan kebolehpercayaan markah kokurikulum calon SPM, STPM
dan STAM adalah tanggungjawab pihak sekolah kerana KPM beranggapan “Sistem
Penilaian Kokurikulum di Sekolah Menengah” adalah ”Penilaian Berasaskan
Sekolah”. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum hanya bertanggungjawab
menganalisis keseluruhan keputusan dan menghantarnya kepada Bahagian
Kemasukan IPT, KPTM, melalui Bahagian Sumber Maklumat, KPM.

Sokongan dan kerjasama Y. Bhg Dato’/ Datin / Tuan/Puan adalah amat dihargai serta
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

DATO’ HAJAH NOOR REZAN BT. BAPOO HASHIM


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.
1. Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pelajaran
2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
4. Pengarah-Pengarah Bahagian

Anda mungkin juga menyukai