Anda di halaman 1dari 2

Nama Matrik Program Pengkhususan

: SSPANIMALAR : P69112 : PENDIDIKAN MATEMATIK

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan dapat menarik perhatian para pendidik masa kini (Wang, 2008). Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008) pula, kecanggihan komputer dalam menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia dapat mewujudkan suasana belajar yang lebih menyeronokkan dan banyak mempengaruhi corak pembelajaran masa kini.

Pengajaran Bahasa Melayu juga dipengaruhi teknologi maklumat dan komunikasi. Malah, terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu (Yahya dan Roselan 2007). Contohnya, seorang murid tidak berupaya membina kefahaman tentang teks yang dibacanya kerana dia tidak memahami apa yang dibacanya dengan sempurna(Korabiak dan Mete 2004).

Maka, penggunaan komputer dalam pengajaran bacaan dapat memberikan impak terhadap permasalahan penguasaan bacaan dan memahami teks (Yahya dan Roselan 2007). Menurut Lewin (2000) pula, penggunaan komputer seperti komputer, CD-ROM dan buku cerita interaktif juga meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid, khususnya murid sekolah rendah.

Nama Matrik Program Pengkhususan

: SSPANIMALAR : P69112 : PENDIDIKAN MATEMATIK

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan dapat menarik perhatian para pendidik masa kini. Kecanggihan komputer dalam menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia dapat mewujudkan suasana belajar yang lebih menyeronokkan dan banyak mempengaruhi corak pembelajaran masa kini.

Pengajaran Bahasa Melayu juga dipengaruhi teknologi maklumat dan komunikasi. Malah, terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu. Contohnya, seorang murid tidak berupaya membina kefahaman tentang teks yang dibacanya kerana dia tidak memahami apa yang dibacanya dengan sempurna. Maka, penggunaan komputer dalam pengajaran bacaan dapat memberikan impak terhadap permasalahan penguasaan bacaan dan memahami teks. Penggunaan komputer seperti komputer, CD-ROM dan buku cerita interaktif juga meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid, khususnya murid sekolah rendah.