Anda di halaman 1dari 8

Tajuk Projek : Galeri Bahan Sumber Bahasa Melayu

1.1

CADANGAN PROJEK Projek ini merujuk kepada aktiviti penyediaan dan pembentukan sebuah galeri khusus untuk menyediakan dan memuatkan bahan-bahan sumber Panitia Bahasa Melayu, selain daripada sebagai pusat operasi panitia. Di samping itu, penubuhan galeri ini bertujuan untuk memudahkan guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu mendapatkan sumber-sumber untuk membina proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, berkualiti, dan menarik para pelajar.

1.2

OBJEKTIF PROJEK Projek ini diharapkan akan dapat: i. Membantu mempelbagaikan sumber-sumber bahan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu secara menyeluruh dan bersepadu bagi memenuhi keperluan para guru matapelajaran Bahasa Melayu. ii. Sebagai pusat pengkalan maklumat atau data, bahan audio-visual, pusat ilmu serta pengetahuan dan kepakaran untuk kegunaan rujukan ahli Panitia Bahasa Melayu dan para pelajar. iii. Sumber rujukan dan panduan bagi guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu mendapatkan idea dalam membentuk dan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui bahan-bahan sumber yang dikumpulkan di dalam galeri. iv. Mewujudkan suatu suasana kerja berpasukan di kalangan guru-guru Bahasa Melayu bagi membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran melalui pembelajaran berterusan. v. Sebagai pusat aktiviti dan gerak gempur Panitia Bahasa Melayu. vi. Menjadikan Panitia Bahasa Melayu sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang aktif dan efektif.

1.3

LATAR BELAKANG Abdul Rahim Selamat (1998) menyatakan bahawa bahan sumber terdiri daripada pelbagai bahan, sesuatu bahan boleh disampaikan dengan berbagai-bagai cara. Umpamanya sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, carta yang diletakkan pada slaid dan dipancarkan pada layar. Bahan-bahan tersebut dinamakan bahan sumber dalam pengajaran. Menurut Sharifah Alwiah (1979), bahan sumber pengajaran melibatkan

konteks pengajaran melalui penglihatan serta pendengaran seseorang pelajar. Secara langsung, bahan sumber dapat memberikan rangsangan kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelajaran yang dipelajari. Kajian yang dibuat oleh Gagne (1970) mendapati bahawa bahan sumber merangkumi teks bercetak, rakaman audio dan video, gambar slaid dan bahan-bahan yang digunakan bagi menyampaikan pengajaran. Menurut Beswick (1972), sumber adalah secara meluas meliputi bahanbahan pendidikan yang melibatkan bahan bercetak dan bukan becetak iaitu apa sahaja bahan yang boleh mendatangkan pengetahuan atau pun yang menimbulkan minat atau mendorong murid termasuklah buku, dokumen, surat khabar, model, carta, gambar, rajah, pita, filem, slaid, filem jalur, kit aneka media dan lain-lain objek yang diperolehi dalam kehidupan seharian. Bahan-bahan sumber pengajaran Bahasa Melayu dapat diklasifikasikan seperti dalam Jadual 1 di bawah: Jenis 1. Audio Jenis alat Radio, pita rakaman, audio, piring hitam. 2. Bahan bercetak Kad, carta, peta, graf, kit. Bahan sumber Petikan bunyi haiwan, suasana, senikata nyanyian, petikan cerita. Sedutan sajak, pantun nyanyian, sedutan teks,

sedutan novel, sedutan cerpen, 3. Audio dan bercetak 4. Visual Kedua-dua bahan dan alat 1 dan 2 Filem slaid, lut sinar dan OHP, filem, filem jalur, 5. Objek fizikal 6. Audio dan visual 7. Komputer gambar. Benda sebenar, model TV dan rakaman Disket dan hasil cetakan sedutan rencana. 1 dan 2 Penjelasan, ilustrasi, kata kunci atau penunjuk. Kota kata ayat. 1 dan 4 Seperti 2 dan 4

Jadual 1 : Klasifikasi bahan sumber Bahasa Melayu.

Kajian penggunaan sumber dalam pengajaran Bahasa Melayu amat kurang jika dibandingkan dengan kajian secara umum tentang penggunaan sumber untuk semua mata pelajaran. Menurut Fatimah Abu Bakar (1980), penggunaan bahan sumber dapat merangsang pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk membuat perbandingan, rumusan, pemerhatian, pengelasan, keputusan, pentafsiran, sintesis dan sebagainya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Secara langsung, guru yang mengajar Bahasa Melayu bukan sahaja bercakap dan menulis, tetapi perlu menggunakan bahan sumber yang bercetak dan bukan bercetak untuk mencapai tahap komunikasi yang bermutu, berkesan, dan menarik dalam proeses pengajaran dan pembelajaran. Komoski (1979) menyatakan bahawa pengetahuan akan lebih mudah diserap jika dipelajari daripada pengalaman yang melibatkan penggunaan berbagai deria melalui berbagai-bagai bahan sumber pengajaran. Manakala, Chisholm dan Ely (1976) pula, menyatakan bahawa alat dan bahan pengajaran telah mempengaruhi peningkatan pembelajaran dan keberkesanannya. Dalam kajian itu, didapati keberkesanan bagi kumpulan pelajar yang diajar dengan menggunakan audio-visual

adalah 38% lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang diajar secara tradisional tanpa menggunakan bahan sumber pengajaran. Sebenarnya, para pelajar memang memerlukan penggunaan bahan sumber dalam pengajaran Bahasa Melayu. Semasa proses pengajaran berjalan, pelajar perlu menggunakan segala deria yang ada pada mereka seperti deria rasa, deria dengar dan sebagainya untuk menggunakan kemahiran berbahasa (Skinner, 1968). Jadi, sudah sepatutnya guru yang mengajar Bahasa Melayu meninggalkan amalan tradisional iaitu hanya bercakap dengan menggunakan kapur yang melibatkan satu deria sahaja iaitu deria mendengar. Sudah sampai masanya, guru matapelajaran Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai bahan sumber pengajaran yang sesuai, menarik, dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua deria pelajar dilatih untuk pengajaran berkesan. Kemp, J.E. (1989) telah menegaskan bahawa bahan-bahan sumber dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat memudahkan para pelajar memahami dalam mengingati pelajaran yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan sumber perlu sesuai dengan objektif pengajaran guru. Oleh itu, guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai bahan sumber pengajaran agar pengajaran lebih berkesan. Mengikut klasifikasi bahan sumber, Mat Jizat Abdol (1985) menyatakan bahawa guru hanya merupakan salah satu daripada sumber bahan (media) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau mencadangkan agar guru menggunakan pelbagai bahan sumber dalam pengajaran matapelajaran Bahasa Melayu yang sesuai dengan proses pengajaran yang berpusat kepada pelajar. Buat masa kini, ramai guru menggunakan buka teks untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, tetapi buku teks jarang dapat berkomunikasi dengan para pelajar menghubungkan pengalaman pembelajaran. 1.4 RASIONAL PROJEK bagi mengembangkan dan

Projek ini perlu dilaksanakan berasaskan pertimbangan dan perbincangan di peringkat atasan sekolah dan Panitia Bahasa Melayu. Antara rasional yang telah dikenalpasti adalah: i. Pengajaran dan pembelajaran masa kini masih bertumpukan kepada penggunaan buku teks, atau dikenali sindrom buku trks (Asiah Abu Samah, 1987). Kepelbagaian bahan sumber boleh mengatasi masalah tersebut (Komoski, 1979) kerana mewujudkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. ii. Panitia Bahasa Melayu perlu diberi peluang untuk membentuk kerja berpasukan bagi mewujudkan pembelejaran peringkat organisasi panitia secara berterusan agar guru-guru Bahasa Melayu dapat mengenalpasti kekuatan yang perlu dimiliki oleh mereka. iii. Galeri bahan sumber Bahasa Melayu diwujudkan atas desakan keperluan Panitia Bahasa Melayu yang semakin meningkat untuk menyimpan bahan sumber secara sistematik, mengakses maklumat dan pengetahuan yang berkaitan, sebagai sebuah pusat mesyuarat dan aktiviti percambahan idea dan pemikiran khususnya berkenaan penghasilan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, dan juga sebagai pusat gerak gempur Panitia Bahasa Melayu. iv. Dengan kewujudan galeri bahan sumber Bahasa Melayu akan menjimatkan masa, tenaga, dan kewangan guru-guru Bahasa Melayu kerana tidak perlu lagi bergerak ke pusat sumber lain sama ada di dalam atau di luar sekolah untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran. v. Menggurangkan pertindihan dalam penggunaan bahan sumber dengan panitia-panitia matapelajaran lain khususnya melibatkan bahan audiovisual, komputer dan bahan bercetak (seperti carta dan buku-buku) kerana dengan adanya galeri bahan sumber Bahasa Melayu akan memberikan segala kelengkapan yang diperlukan. vi. Kewujudan galeri ini sebagai satu kaedah bagi membantu guru-guru memperlengkapkan diri dan mempertingkatkan prestasi diri dalam

penguasaan dan pengayaan Bahasa Melayu untuk persediaan menghadapi pengaruh dan penyerapan bahasa asing. 1.5 VISI Kami guru-guru Bahasa Melayu beriltizam mempertingkatkan martabat Bahasa Melayu melalui tradisi kecemerlangan ilmu berasaskan infrastruktur yang serba lengkap dan canggih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu di dalam dan luar bilik darjah menjadi lebih menarik, berkualiti, dan berkesan. 1.6 MISI Misi yang telah dikenalpasti dalam menjayakan projek adalah: i. Mewujudkan dan terkini. ii. Menyediakan prasarana yang lengkap dengan kemudahan ICT, audio-visual serba canggih, dan bahan bercetak yang berkualiti dan terkini untuk kegunaan para guru Bahasa Melayu. iii. Menyediakan guru-guru Bahasa Melayu yang berdaya fikir, kreatif dan inovatif dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan berdasarkan bahan sumber yang telah disediakan. iv. Membina perkongsian maklumat secara bijaksana antara guru-guru Bahasa Melayu, dan antara Panitia Bahasa Melayu dengan panitia matapelajaran yang lain. v. Menjadikan Panitia Bahasa Melayu sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang aktif dan berkesan dalam menyokong ke arah mencapai visi dan misi sekolah. vi. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi prestasi akademik dalam Bahasa Melayu berteraskan guru-guru Bahasa Melayu yang berkomitmen tinggi, berkeyakinan, berkemahiran, berpengetahuan, dan berketrampilan. proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokan berteraskan sumber bahan yang berkualiti, berkesan, menyeluruh,

RUJUKAN

Abdul Rahim Selamat, 1998, Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Rahman Rashid, 1990, Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa., Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Arfah Abdul Aziz, Fatimah Ibrahim, Mohd. Dahlan Ramli, 1992, Literasi Medai; Ke Arah Kecemerlangan Pengajaran Bahasa , Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beswick. N., 1977, Organizing Resources, London: Heinemann Educational Books. Chisholm, M.E., & Ely, D.P., 1976, Media Personnel in Education; A compentency Approach. London: Prentice-Hall, Inc. Fatimah Abu Bakar, 1980, Educational Media in Secondary Schools, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Gagne, R.M., 1970, The Conditions of Learning, Ed. 2, Holt: Rinehart & Wilson. Kemp, J.E., 1989, Planning and Producing Instructional Media, Ed. 5, New York: Harper and Row Inc. Komoski, P.K., 1979, Technology and the Classroom, Educational Leadership, Jilid 25, m.s. 73-81. Mat Jizat Abdol, 1985, Pusat Sumber Sekolah: Antara Perancangan dan Pelaksanaannya di Sekolah, Seminar Konvensyen Teknologi Pendidikan 1995. Richard, J.C. & Rodgers, T.S., 1990, Approaches and Methods in Language Teaching, London: Cambridge University Press. Skinner, B.F., 1968, The Technology of Teaching, Appleton: Century-Crofts

Anda mungkin juga menyukai