Anda di halaman 1dari 18

2

Ramadhan 1432H / Ogos 2011M



Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak
cipta mana-mana syarikat
mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali,
dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih

3
Ramadhan 1432H / Ogos 2011M
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak
mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan
mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali,
dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih
dahulu

Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak
percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan
mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali,
dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih

4





` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` .

Sesungguhnya pujian itu bagi Allah. Kita memuji-Nya, kita
memohon kepada-Nya dan kita meminta ampun kepada-Nya. Kita
memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan
keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang diberikan petunjuk
oleh Allah, maka dia tidak akan menjadi sesat. Barangsiapa yang Dia
sesatkan, maka tidak ada pemberi petunjuk untuknya. Saya bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Dan bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.


` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` `

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah.
Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Dan
seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan. Dan semua yang
diada-adakan adalah bidah. Dan semua bidah adalah sesat. Dan
semua kesesatan adalah di dalam neraka. - Hadith riwayat Imam Al-
Nasai dalam Sunannya, Kitab Solat Al-Idain, no. 1560.






5








.;..| ,. .:.| .;..| ,. .:.| .;..| ,. .:.| .;..| ,. .:.| ) )) ) .--..| .--..| .--..| .--..| ( (( (
..-.| _:.| ... ..-.| _:.| ... ..-.| _:.| ... ..-.| _:.| ...
.-..| _~.| .,. _, .| .,. .-..| _~.| .,. _, .| .,. .-..| _~.| .,. _, .| .,. .-..| _~.| .,. _, .| .,.

Zikir Zikir Zikir Zikir- -- -Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut
Al Al Al Al- -- -Syaikh Al Syaikh Al Syaikh Al Syaikh Al- -- -Muhaddith Muhaddith Muhaddith Muhaddith
`Abdullah `Abdullah `Abdullah `Abdullah Bin `Abdulrahman Bin `Abdulrahman Bin `Abdulrahman Bin `Abdulrahman Al Al Al Al- -- -Sa`d Sa`d Sa`d Sa`d


Diterjemah & ditakhrij hadithnya oleh: Mohd Adli Abdul Khalim
Diselia & disunting oleh: Muhammad Fathi Ali






6



Zikir pertama:

` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, Ya Allah! Engkau adalah
Zat yang memberi keselamatan, dan daripadaMu segala keselamatan,
Maha Besar Engkau wahai Zat Pemilik kebesaran dan kemuliaan
1




1
Matan hadith:

` `
` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` .

Daripada Tsauban [radhiyallahu `anhu], katanya: Adalah Rasulullah shallallahu `alaihi
wasallam, apabila selesai solat baginda beristighfar sebanyak 3 kali, dan baginda
mengucapkan: Ya Allah! Engkau adalah Zat yang memberi keselamatan, dan
daripadaMu segala keselamatan, Maha Besar Engkau wahai Zat Pemilik kebesaran dan
kemuliaan Kata Al-Walid [salah seorang perawi hadith]: Aku bertanya kepada Al-Auza`i:
"Bagaimana [cara mengucapkan] istighfar?" Jawab Al-Auza`i: "Engkau ucapkan:
Astaghfirullah, Astaghfirullah"

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 22365],
Muslim [no. 591], Ibnu Majah [no. 928], Abu Dawud [no. 1513], Al-Tirmizi
[menurut penomboran Al-Albani dan Syu`aib Al-Arna'uth no. 300], Al-Nasai [no.
1337], Ibnu Khuzaimah [no. 737, 738], Ibnu Hibban [no. 2003].
Dalam bab ini ada juga riwayat daripada `Aisyah [radhiyallahu `anha].

Komentar penyunting:
Berkata Al-Tirmizi sejurus mengeluarkan hadith ini: Hadith ini Sahih.

7



Zikir kedua:

` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
' ` `
Tiada sembahan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa
atas segala sesuatu. Ya Allah! Tiada yang dapat menahan apa yang
Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberikan apa yang Engkau
tahan. Tidaklah bermanfaat kekayaan dan harta benda daripadaMu
bagi pemiliknya
2


2
Matan hadith:


` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ' `

Daripada Warrad, maula Al-Mughirah bin Syu`bah, katanya: Al-Mughirah [radhiyallahu
`anhu] pernah menulis surat kepada Mu`awiyah bin Abi Sufyan [radhiyallahu `anhuma]:
Adalah Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, selepas memberi salam setiap kali solat
baginda mengucapkan: Tiada sembahan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu
bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala
sesuatu. Ya Allah! Tiada yang dapat menahan apa yang Engkau berikan, dan tiada yang
dapat memberikan apa yang Engkau tahan. Tidaklah bermanfaat kekayaan dan harta
benda daripadaMu bagi pemiliknya

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 18183],
Al-Bukhari [no. 844, 1477, 2408, 5975, 6330, 6473, 6615, 7292], Muslim [no.

8



Zikir ketiga:

` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` `
Tiada sembahan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa
atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan
[pertolongan] Allah. Tiada sembahan melainkan Allah, dan kami tidak
beribadah melainkan kepadaNya. Dialah Pemilik segala kenikmatan,
segala kurnia dan segala pujian yang baik. Tiada sembahan melainkan
Allah, dengan memurnikan ketaatan kepadaNya, walau pun golongan
kafir tidak menyukai
3


593], Abu Dawud [no. 1505], Al-Nasai[no. 1341, 1342], Ibnu Khuzaimah [no.
742], Ibnu Hibban [no. 2005, 2006, 2007].

Komentar penyunting:
Sahih, riwayat Al-Bukhari & Muslim dalam Al-Sahihain
Disebut riwayat Al-Bukhari & Muslim dan bukannya Muttafaqun `Alaih
kerana sanadnya berbeza sedikit antara Al-Bukhari dan Muslim, istilah
Muttafaqun `Alaih adalah sekiranya sanad dan matannya sama semuanya
tanpa perbezaan.

3
Matan hadith:

` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
.


9



Zikir keempat:

` ` ` `
Ya Tuhanku! Peliharalah aku daripada seksaanMu pada hari Engkau
bangkitkan atau Engkau kumpulkan hamba-hambaMu
4


Daripada Abu Al-Zubair, katanya: Ada pun Ibnu Al-Zubair [radhiyallahu `anhu], selepas
memberi salam setiap kali solat dia mengucapkan: Tiada sembahan melainkan Allah
satu-satunya, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan
[pertolongan] Allah. Tiada sembahan melainkan Allah, dan kami tidak beribadah
melainkan kepadaNya. Dialah Pemilik segala kenikmatan, segala kurnia dan segala
pujian yang baik. Tiada sembahan melainkan Allah, dengan memurnikan ketaatan
kepadaNya, walau pun golongan kafir tidak menyukai Dan kata Ibnu Al-Zubair: "Ada
pun Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam selalu menguatkan suara dengan bacaan ini
setiap kali selesai solat."

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 16122],
Muslim [no. 594], Abu Dawud [no. 1506, 1507], Al-Nasai [no. 1339, 1349], Ibnu
Khuzaimah [no. 740, 741], Ibnu Hibban [no. 2008, 2009, 2010].

Komentar penyunting:
Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami Al-Sahih

4
Matan hadith:


` ` ` ` ` `

Daripada Al-Bara' [radhiyallahu `anhu], katanya: Apabila kami solat di belakang
Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, kami lebih suka berada di sebelah kanan baginda,
kerana baginda menghadapkan wajahnya ke arah kami. Kata Al-Bara': Aku mendengar
baginda mengucapkan: Ya Tuhanku! Peliharalah aku daripada seksaanMu pada hari
Engkau bangkitkan atau Engkau kumpulkan hamba-hambaMu


10



Zikir kelima:

` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
Ya Allah! Ampunilah aku atas apa yang telah aku lakukan, dan apa
yang belum aku lakukan, apa yang aku sembunyikan, dan apa yang
aku zahirkan, dan apa yang aku lakukan secara berlebih-lebihan, dan
apa yang Engkau lebih tahu daripada diriku. Engkau Yang
mendahulukan dan Engkau Yang mengakhirkan. Tiada ilah (Tuhan)
kecuali Engkau
5


Takhrij:
Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 18553],
Muslim [no. 709], Ibnu Khuzaimah [no. 1563, 1565].

Komentar penyunting:
Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami Al-Sahih

5
Matan hadith:

` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` `
` ` ` `

Daripada `Ali bin Abu Thalib, katanya: Ada pun Nabi shallallahu `alaihi wasallam,
apabila mengucapkan salam selepas solat, baginda mengucapkan: Ya Allah! Ampunilah
aku atas apa yang telah aku lakukan, dan apa yang belum aku lakukan, apa yang aku
sembunyikan, dan apa yang aku zahirkan, dan apa yang aku lakukan secara berlebih-
lebihan, dan apa yang Engkau lebih tahu daripada diriku. Engkau Yang mendahulukan
dan Engkau Yang mengakhirkan. Tiada ilah (Tuhan) kecuali Engkau

Takhrij:

11



Zikir keenam [tatacara pertama]:

` ` 10x ` ` 10x 10x
[Subhanallah] sebanyak 10 kali, [Alhamdulillah] sebanyak 10 kali,
[Allahu Akbar] sebanyak 10 kali
6


Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 729],
Muslim [no. 771], Abu Dawud [no. 760, 1509], Al-Tirmizi [menurut penomboran
Al-Albani no. 3423, dan Syu`aib Al-Arna'uth no. 3721], Ibnu Hibban [2025].
Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam
mengucapkan doa ini antara tasyahhud dan salam.

Komentar penyunting:
Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami Al-Sahih.
Dan berkata Al-Tirmizi dalam Al-Jami Al-Mukhtasar: Hadith ini Sahih, beramal
akan hadith ini disisi Al-Syafie dan sebahagian ashab kami, dan berkata
sebahagian ahli ilmu (iaitu ahli hadith) dari kalangan ahli kufah dan selainnya:
dibaca - zikir - ini dalam solat Al-Tatawwu (iaitu solat sunat) dan bukannya
dalam solat Al-Maktubah (iaitu solat fardhu)

6
Matan hadith:






Daripada Abu Hurairah [radhiyallahu `anhu], katanya: Orang ramai berkata: Wahai
Rasulullah! Golongan yang kaya pergi dengan membawa darjat dan kenikmatan yang
berterusan. Baginda bertanya: Bagaimana boleh terjadi seperti itu? Para sahabat
menjawab: Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berjihad sebagaimana kami
berjihad, dan mereka memiliki kelebihan harta untuk bersedekah sedangkan kami tidak
mempunyai harta yang lebih. Maka baginda bersabda: Mahukah kalian aku khabarkan
suatu perkara yang tidak akan menyamai golongan sebelum kalian, dan tidak pula akan
didahului oleh golongan selepas kalian, dan tiada yang mendapatkannya kecuali orang

12



Zikir keenam [tatacara kedua]:

` ` 25x ` ` 25x 25x 25x
[Subhanallah] 25 kali, [Alhamdulillah] 25 kali, [Allahu Akbar] 25 kali,
[La ilaha illallah] 25 kali
7


yang melakukan perkara yang sama? Hendaklah kalian bertasbih [mengucapkan
Subhanallah] selepas setiap kali solat sebanyak 10 kali, bertahmid [mengucapkan
Alhamdulillah] sebanyak 10 kali, dan bertakbir [mengucapkan Allahu Akbar] sebanyak 10
kali

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari [6329].

Komentar penyunting:
Sahih, dikeluarkan Al-Bukhari dalam kitabnya Al-Jami Al-Sahih.

7
Matan hadith:





.

Daripada Ibnu `Umar [radhiyallahu `anhuma], katanya: Seorang lelaki Ansar bermimpi,
dan dalam mimpinya dia ditanya: Apakah yang Nabi kalian perintahkan kepada kalian?
Dia menjawab: Baginda memerintahkan supaya kami bertasbih [mengucapkan
Subhanallah] sebanyak 33 kali, bertahmid [mengucapkan Alhamdulillah] 33 kali, dan
bertakbir [mengucapkan Allahu Akbar] 34 kali, maka genaplah 100 kali. Kata orang yang
bertanya: Bertasbihlah kalian 25 kali, bertahmidlah 25 kali, bertakbirlah 25 kali, dan
bertahlillah [mengucapkan La ilaha illallah] 25 kali, maka genaplah 100 kali. Apabila
menjelang pagi, lelaki Ansar tersebut menceritakan mimpi tersebut kepada Nabi

13




Zikir keenam [tatacara ketiga]:

` ` 33x ` ` 33x 34x
[Subhanallah] 33 kali, [Alhamdulillah] 33 kali, [Allahu Akbar] 34 kali
8


shallallahu `alaihi wasallam. Lalu Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda:
Lakukanlah sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki Anshar ini.

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Al-Nasai [no. 1351].
Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Zaid bin Tsabit [radhiyallahu `anhu].

Komentar penyunting:
Sahih, dikeluarkan Al-Nasai dalam kitab Sahihnya Al-Mujtaba, tanpa komentar
dan isnadnya sahih.

8
Matan hadith:





Daripada Ka`b bin `Ujrah [radhiyallahu `anhu], katanya: Daripada Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam, sabdanya: Beberapa amalan yang tidak akan merugikan orang yang
mengucapkannya atau pun mengamalkannya di penghujung solat fardhu: 33 kali
tasbih [mengucapkan Subhanallah], 33 kali tahmid [mengucapkan Alhamdulillah], dan
34 kali takbir [mengucapkan Allahu Akbar]

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Muslim [no. 596], Al-Tirmizi [menurut penomboran Al-Albani
no. 3412, dan Syu`aib Al-Arna'uth no. 3711], Al-Nasai [no. 1349], Ibnu Hibban
[no. 2019].




14


Komentar penyunting:
Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami Al-Sahih
Berkata Al-Tirmizi sejurus mengeluarkan hadith ini: ` ` ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ' ` ` `
` ` ` ` Hadith ini Hasan, dan `Amru bin Qays Al-Mula-iy adalah
Thiqah Hafiz, dan meriwayatkan Syubah akan hadith ini dari Al-Hakam tanpa
me-rafa-kannya (iaitu dengan jalur yang tidak marfu kepada Nabi) manakala
meriwayatkan Mansur bin Al-Mutamir dari Al-Hakam secara marfu (iaitu dengan
jalur yang bersambung kepada Nabi).
Perlu diketahui bahawa istilah Hasan oleh Al-Tirmizi dalam kitabnya Al-Jami
Al-Mukhtasar secara umumnya bermaksud hadith itu Dhaif statusnya, dan ia
adalah isyarat lemah dan bermasalahnya sesuatu hadith itu, apabila Al-Tirmizi
ingin menyatakan hadth itu terdapat kelemahanan dan bermasalah maka beliau
akan menyebut Hasan.
Namun dalam beberapa kes yang sedikit, Al-Tirmizi turut menggunakan istilah
Hasan bukan dengan maksud status hadith, tetapi beliau ingin menyatakan
bahawa hadith itu padanya masalah kecacatan dalam riwayat isnadnya, namun
kecacatan itu tidaklah sampai menyebabkan hadith itu menjadi Dhaif statusnya,
ia bukanlah satu kecacatan yang merosakkan kekuatan riwayat hadith itu, ini
dinamakan sebagai `Ilah Ghairu Qadilah.
Kes sebegini ini dapat dilihat apabila beliau menggunakan istilah Hasan untuk
hadith yang jika disemak turut terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih
Muslim sebagaimana yang yang sedang kita bincangkan ini.
Jika kita lihat akan hadith ini, kita akan dapati bahawa hadith ini mempunyai
masalah dari segi riwayat isnadnya iaitu diperselisihkan samada ia marfu atau
tidak, Syubah meriwayatkan hadith ini dari Al-Hakam tanpa rafa (iaitu dengan
jalur yang tidak marfu kepada Nabi) manakala meriwayatkan Mansur bin Al-
Mutamir dari Al-Hakam secara marfu (iaitu dengan jalur yang bersambung
kepada Nabi), namun yang rajihnya ialah riwayat yang marfu, dan kecacatan
(iaiitu perselisihan samada marfu atau tidak itu tadi) sama sekali tidak
mencacatkan kesahihan hadith dan ini kita namakan `Ilah Ghairu Qadilah.
Bahkan Al-Tirmizi sendiri setelah menyebut bahawa hadith ini Hasan beliau
menyatakan `Ilah Ghairu Qadilah untuk hadith ini dan beliau sendiri mentarjih
bahawa yang kuat ialah ia marfu dengan mengeluarkan hadith ini dari jalur yang
marfu.
Contoh yang lain pula ialah hadith yang menggalakkan untuk solat sunat (solat
nafil) itu dilakukan di rumah, iaitu bahawa Rasulullah bersabda: Afdal solat-solat

15



Zikir keenam [tatacara keempat]:

` ` 33x ` ` 33x 33x ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` 1x
[Subhanallah] sebanyak 33 kali, [Alhamdulillah] sebanyak 33 kali,
[Allahu Akbar] sebanyak 33 kali, [La ilaha IllAllah wahdahu la
syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa `ala kulli syaiin
qadir] sebanyak 1 kali
9


kamu dilakukan di rumah-rumah kamu, kecuali solat fardhu - `
` ` ` hadith no. 450, pada hadith ini Al-Tirmizi menyatakan
perbezaan yang terdapat dalam riwayatnya, iaitu: sesetengah meriwayatkan
kata-kata itu daripada Nabi secara marfu, dan sesetengah yang lain
meriwayatkannya daripada Sahabat Nabi (tidak marfu). Setelah beliau
menyatakan perselisihan ini, beliau menyebutkan istilah Hasan pada hadith
tersebut, dan beliau sendiri kemudiannya mentarjihkan bahawa riwayat yang
bersambung (marfu) adalah lebih tepat. Sedang perselisihan itu sendiri (yang
disebutkan tadi) bukanlah satu kecacatan yang merosakkan kekuatan riwayat
hadith itu, ini disebut sebagai 'Ilah Ghairu Qadilah.
Saya telah menjelaskan secara terperinci berkenaan istilah Hasan dengan
maksud Dhaif dan dengan maksud `Ilah Ghairu Qadilah serta istilah-istilah lain
bagi Al-Tirmizi dalam buku saya: Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi &
Manhajnya, untuk memahami manhaj Al-Tirmizi dengan lebih mendalam
dianjurkan untuk pembaca menelaah buku tersebut.

9
Matan hadith:


` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` `


16



Zikir ketujuh:

Membaca ayat al-Kursi
10


Daripada Abu Hurairah [radhiyallahu `anhu], katanya: Daripada Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam: Sesiapa yang bertasbih kepada Allah [mengucapkan Subhanallah] di
penghujung setiap solat sebanyak 33 kali, dan bertahmid kepada Allah [mengucapkan
Alhamdulillah] sebanyak 33 kali, dan bertakbir [mengucapkan Allahu Akbar] kepada
Allah sebanyak 33 kali, maka yang demikian jumlahnya 99 kali, dan kata baginda lagi:
Genapkanlah dengan menjadi 100 dengan ucapan: Tiada ilah (Tuhan) melainkan Allah
satu-satunya, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan
Dia adalah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka diampunkan segala
kesalahannya, walau pun kesalahannya sebanyak buih di laut

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 8834],
Muslim [no. 597], Ibnu Khuzaimah [no. 750], Ibnu Hibban [no. 2016].

Komentar penyunting:
Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami Al-Sahih

10
Matan hadith:




Daripada Abu Umamah Al-Bahili [radhiyallahu `anhu], katanya: Sabda Rasulullah
shallallahu `alaihi wasallam: Sesiapa yang membaca ayat Al-kursi di penghujung setiap
solat fardhu, tiada yang menghalangnya antaranya dan syurga melainkan maut

Takhrij:
Diriwayatkan Al-Nasai [no. 100] dalam `Amal Al-Yaum wa Al-Lailah, Ibnu Al-
Sunni [no. 121] `Amal Al-Yaum wa Al-Lailah.


Komentar penyunting:

17




Zikir kelapan:

Membaca Al-Mu`awwizat (Al-Mu`awwizatain iaitu surah al-Falaq dan
surah al-Naas)
11


Hadith Abu Umamah ini isnadnya Hasan
Ayat Al-Kursi ialah ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah, berbunyi: ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ' ' ` ` `
` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` ` '
` ' ` ` ` ` ` ` Maksudnya: Allah, tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-
lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan
tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa
yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan
Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Ayat Al-Kursi mempunyai banyak fadhilat, dan boleh dikatakan setiap Muslim
telah menghafaznya sejak dari kecil, bahkan menurut Ibn Kathir ia adalah antara
ayat yang paling agung dalam Al-Quran.

11
Matan hadith:



Daripada `Uqbah bin `Amir [radhiyallahu `anhu], katanya: Rasulullah shallallahu `alaihi
wasallam memerintahkanku untuk membaca Al-Mu`awwizatain di penghujung setiap
solat

Takhrij:
Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi [menurut penomboran Al-Albani 2903, dan Syu`aib
Al-Arna'uth no. 3127].

18



Sebahagian riwayat yang lain menggunakan lafaz Al-Mu`awwizat, bukannya Al-
Mu`awwizatain sebagaimana dalam riwayat Al-Tirmizi di atas.
Menurut syaikh `Abdullah Al-Sa`d, kalimah Al-Mu`awwizat di sini bermaksud
surah Al-Falaq dan surah Al-Naas. Ada pun surah Al-Ikhlas, hadithnya tidak sahih
di sisinya. Wallahu a`lam.

Komentar penyunting:
Berkata Al-Tirmizi: Hadith Gharib, iaitu Dhaif.
Namun hadith ini mempunyai jalur lain yang berbeza daripada jalur Al-Tirmizi,
antaranya yang dikeluarkan Abu Daud, Al-Nasai dengan lafaz berbeza iaitu (
Telah memerintahkanku -
iaitu `Uqbah - oleh Rasulullah untuk membaca Al-Mu`awwizat di penghujung
setiap solat ) dan jalur Abu Daud dan Al-Nasai ini isnadnya Sahih.
Bahkan telah membuat bab khas dalam hal ini oleh Al-Nasai katanya:
Bab diperintahkan membaca Al-Mu`awwizat
selepas memberi salam dari solat.

Anda mungkin juga menyukai