Anda di halaman 1dari 3

AYAT SAMA MAKSUD

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 1 Bersihkanlah meja makan itu,suruh ibu kepada Ziana. A Ziana menyuruh ibunya membersihkan meja makan itu. B Ibu Ziana menyuruh Ziana membersihkan meja makan itu. C Ibu Ziana menyuruh meja membersihkan Ziana makan itu. D Ziana menyuruh ibu Ziana membersihkan makan meja itu. Susunkan buku-buku itu di atas rak, suruh guru kepada Zaiton. A Guru menyuruh Zaiton menyusun buku di atas rak. B Zaiton menyuruh gurunya menyusun buku di atas rak. C Zaiton menyuruh rak menyusun buku di atas rak. D Buku disuruh susun oleh Zaiton di atas rak. Arnie memuji Lilian yang berpakaian menarik. A Pakaian saya menarik, kata Arnie kepada Lilian. B Pakaian awak sangat menarik, kata Arnie kepada Lilian. C Pakaian awak sangat menarik, kata Lilian kepada Arnie. D Pakaian awak sangat menarik, kata Lilian. Jurulatih itu berkata,Kamu semua haruslah bekerjasama untuk mencapai kemenangan. A Jurulatih itu menasihatkan supaya pemainpemainnya bekerjasama untuk mencapai kemenangan. B Jurulatih itu menyuruh pemain-pemainnya bekerjasama untuk menang. C Jurulatih itu memaksa pemain-pemainnya bekerjasama untuk menang. D Jurulatih itu menasihatkan dirinya agar bekerjasama dengan pemain-pemain untuk memenangi perlawanan. 5 Ilmu pengetahuan amat penting untuk memajukan bangsa dan negara kita,kata Perdana Menteri. A Perdana Menteri mengumumkan bahawa ilmu pengetahuan sangat penting kepada bangsa dan negara. B Perdana Menteri menyatakan bahawa bangsa dan negara yang maju perlu mendapat ilmu pengetahuan. C Perdana Menteri menyatakan bahawa ilmu pengetahuan sangat penting untuk memajukan bangsa dan negara. D Perdana Menteri memberitahu bahawa negara dan ilmu pengetahuan tidak dapat dipisahkan. Nani, tolong saya edarkan buku latihan ini kepada rakan-rakan sekelas kamu, kata Cikgu Raziah. A Cikgu Raziah menolong Nani mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya. B Cikgu Raziah meminta pertolongan Nani untuk mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya. C Cikgu Raziah mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya dengan bantuan Nani. D Cikgu Raziah menerangkan kepada Nani bahawa buku latihan itu akan diedarkan kepada rakan-rakan sekelasnya. Salah satu punca masalah disiplin di kalangan pelajar ialah kurangnya tumpuan yang diberikan kepada mereka. A Mereka kurang memberikan tumpuan kepada pelajar menyebabkan masalah disiplin di kalangan pelajar berlaku. B Kurangnya tumpuan pelajar ialah punca berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar . C Tumpuan yang kurang terhadap pelajar merupakan satu punca berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar. D Masalah disiplin di kalangan pelajar berlaku adalah salah satu punca.

Peristiwa sedih itu masih terbayang di ingatan saya sehingga kini, kata Juita. A Juita masih mempunyai ingatan sehingga kini untuk mengingati peristiwa sedih itu. B Juita masih bersedih kerana terbayang akan peristiwa dalam ingatan itu. C Juita masih mempunyai ingatan yang kuat untuk membayangkan peristiwa sedih itu. D Juita tidak dapat melupakan peristiwa yang sedih itu sehingga kini. Siti, ini Mei Ling. Kami tinggal sekampung dan berkawan sejak kecil lagi, kata Azma. A Azma memperkenalkan Siti kepada Mei Ling, sahabatnya sejak kecil dan jiran sekampungnya. B Mei Ling memperkenalkan dirinya kepada Azma sebagai jiran sekampung dan teman Siti sejak kecil. C Azma diperkenalkan kepada Siti oleh Mei Ling, iaitu jiran sekampung dan teman sejak kecil mereka. D Azma memperkenalkan Mei Ling, sahabat baiknya dan jiran sekampungnya kepada Siti.

11 Kata Salwa,Janganlah menuduh saya. Saya sebenarnya tidak tahu. A Salwa menuduh bahawa dia tidak tahu sebenarnya jangan saya. B Salwa berharap supaya dia tidak dituduh kerana sebenarnya dia tidak tahu. C Salwa berharap supaya sebenarnya dia tidak tahu janganlah dia dituduh. D Salwa sebenarnya berharap dia janganlah dituduh walaupun dia tahu. 12 Kata pegawai polis itu, Awak akan ditangkap sekiranya didapati bersalah. A Pegawai polis itu menyatakan bahawa dia bersalah dan akan ditangkap. B Pegawai polis itu bersalah dan dia akan dituduh dan ditangkap. C Pegawai polis itu menyatakan dia akan ditangkap sekiranya didapati salah. D Pegawai polis itu menyatakan kepadanya bahawa dia akan ditangkap sekiranya didapati bersalah. 13 Penghulu menggalakkan Salim supaya menanam tebu di kebunnya. A Penghulu berkata kepada Salim, Tanamlah pokok tebu di kebun awak. B Penghulu berkata kepada Salim, Makanlah tebu di kebun awak. C Penghulu berkata kepada Salim, Tanamlah awak di kebun tebu. D Penghulu berkata kepada Salim, Galakkan saya menanam tebu di kebun awak. 14 Khamad telah diminta oleh rakan-rakannya menyanyi untuk mereka. A Khamad dan rakan-rakannya telah menyanyi untuk mereka. B Rakan-rakan mereka meminta kawan-kawan Khamad menyanyikannya. C Khamad telah meminta rakan-rakannya untuk mereka. D Rakan-rakan Khamad telah meminta menyanyi untuk mereka.

10 Badak yang hidup di Asia semakin pupus berikutan kegiatan pembalakan dan perburuan haram. A Di Asia, badak yang hidup akibat kegiatan pembalakan, dan perburuan haram semakin pupus. B Kehidupan badak Asia semakin pupus berikutan kegiatan pembalakan dan perburuan haram. C Kegiatan pembalakan dan perburuan haram mengakibatkan badak yang hidup di Asia semakin pupus. D Kegiatan pembalakan dan perburuan haram semakin pupus berikutan badak yang hidup di Asia.

15 Guru kelas telah memberitahu murid-murid supaya berhati-hati apabila menjawab soalansoalan peperiksaan. A Kata guru kelas,Murid-murid, berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan. B Kata guru kelas,Supaya murid-murid berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan. C Kata guru kelas,Menjawablah peperiksaan berhati-hati apabila disoal. D Kata guru kelas,Kamu hendaklah menjawab soalan dengan berhati-hati di dalam peperiksaan Jawapan 1B 6B 11 B 2A 7C 12 D 3B 8D 13 A 4A 9D 14 D 5C 10 C 15 A

Anda mungkin juga menyukai