Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 1.

0 PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan sekali lagi video pengajaran juga meruapakan tugasan Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2.Namun demikian,tugasan yang diberikan kali ini merupakan penagajaran makro. Saya, Aizad Bin Kamarolazlan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Cik Asimah Binti Zakaria, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Soeharto dan juga para pelajar yang terlibat dalam pengajaran makro saya. Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaannya saya bercadang untuk membuat pengajaran makro disekolah yang berlaianan namun terdapat sedikit masalah yang dihadapi dalam mendapat kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, saya telah inisiatif lain dengan kembali ke SMK Kg Soeharto untuk menjalankan pengajaran makro saya. Pengajaran makro ini dilakukan semasa cuti pertenaghan semester yang lalu merupakan pengalaman yang kedua untuk saya sebagai bakal pendidik mengajar dihadapan pelajar sekolah yang sebenar dan suasana bilik darjah yang sebenar. Jika pada pengajaran mikro perasaan gemuruh dan gementar berada di dalam diri saya namun semasa pengajaran makro perasaan seronok dan bersemangat pula untuk mengajar pelajar di sekolah ini. 2.0 PENDAHULUAN

Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan di kelas yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar dan situasi sebenar. Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran dan pembelajaran Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan sama ada menggunakan masa30 minit atau 40 minit. Pengajaran makro saya dilakukan bersama pelajar tingkatan Dua Bersih yang mengambil pilihan Kemahiran Teknikal dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Topik yang diajar oelh saya ialah Reka Bentuk dan Teknologi bahagian teras.
6

3.0 KEKUATAN Semasa menjalankan pengajaran makro saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan pengajaran makro ini, maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti menyelerakkan meja dengan pelbagai jenis pen dan pensil pada sesi induksi dapat menarik minda pelajar supaya menghuraikan cara untuk menyimpan alat tulis tersebut supaya berada dalam keadaan kemas dan tersusun rapi. Saya juga menyediakan contoh tempat letak pensil yang diperbuat daripada pohon buluh agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Selain itu, suara guru yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampai oleh guru. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Semasa menerangkan faktor reka bentuk murid nampak lebih faham dan boleh melontarkan pendapat sendiri dan berlakulah komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Saya juga dapat mengingat nama sebahagian daripada murid di dalam kelas supaya mudah untuk menyoal mereka dan persaan dihargai oleh guru timbul dalam diri pelajar untuk menarik minat pelajar supaya ceria di dalam kelas. Aktiviti pelajar membuat kapal terbang kertas adalah untuk menyelitkan aktiviti yang kreatif supaya pelajar tidak merasa bosan semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Disamping itu, pelajar juga diterapkan supaya membina kapal terbang kertas yang mempunyai faktor-faktor reka bentuk yang telah diterangkan oleh guru. Sebelum itu, aktiviti yang pertama pelajar diminta untuk melukis produk yang ingin dicipta pada masa hadapan rata-rata pelajar bersemangat untuk mencipta produk yang canggih dan berteknologi tinggi pada masa hadapan. Oleh itu, pelajar akan lebih tertarik untuk mempelajari topik ini sebelum mereka melakukan projek.
7

4.0 KEKURANGAN

Alat bantuan mengajar (ABM) saya yang tidak membantu para pelajar untuk menjana minda mereka. Hal ini, berlaku kerana saya menggunakan kertas mahjong dan kadbod yang dilekatkan gambar-gambar yang berfungsi sebagai faktor-fektor reka bentuk. Pemilihan gambar yang tidak sesuai dan maksud yang hendak disampaikan kepada pelajar tidak sampai kepada pelajar. Seterusnya guru terpaksa menerangkan kembali gambar tersebut. Selain itu, saiz gambar yang kecil dan tidak berapa terang menyukarkan pelajar yang duduk dibahagian belakang untuk melihat gambar tersebut dan tidak dapat merangsang pemikiran mereka.

Pada akhir pengajaran saya, saya ingin melakukan aktiviti menjawab soalan secara lisan dengan meneka gambar tersebut namun objektif tersebut tidak dapat dicapai dengan baik kerana kawalan kelas saya menjadi longgar kelas menjadi bising kerana para pelajar berebut untuk pergi kehadapan menjawab soalan. Hal ini, terjadi kerana mereka mahukan ganjaran coklat yang diberikan oleh saya kepada pelajar yang berjaya meneka gambar dengan betul. Pelajar dalam jumlah yang ramai datang kehadapan untuk menjawab soalan tersebut. Pelajar menjadi aktif dan bersemangat apabila terdapat sesuatu yang disukai oleh mereka. Perkara sedemikian tidak boleh terjadi semasa saya menjalani Latihan Mengajar (LM) kelak.

5.0 PENAMBAHBAIKAN DAN TINDAKAN Penambahbaikan bagi kelemahan-kelemahan yang ada, beberapa tindakan susulan telah dicadangkan oleh pensyarah dan rakan-rakan saya untuk dilaksanakan semasa (LM) kelak. 1. Penggunaan (ABM) yang kurang menarik dan tidak dapat menyampaikan maklumat kepada pelajar boleh diatasi dengan megunakan gambar yang lebih jelas jika ingin meletakkan gambar di atas kad bod kerana pelajar mudah tertarik jika (ABM) itu cantik dan kemas. Selain itu, penggunaan kaedah yang lain juga boleh digunkan seperti mengedar kan gambar tersebut dalam bentuk nota kepada setiap pelajar supaya mereka lebih memahami dan menjana idea mereka untuk berfikir secara kritis. Tambahan lagi, jika sekolah mempunyai kelengkapan seperti projector dan kain layar penggunaan slaid power point lagi efektif untuk digunakan kerana pelajar lebih jelas dengan penerangan serta gambar yang lebih menarik, video juga boleh digunakan dan pelajar akan berasa
8

seronok semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Tindakan saya semasa menjalani (LM) kelak saya perlu mengkaji terlebih dahulu dan memikirkan kesesuaian (ABM) yang boleh digunakan kepada pelajar. 2. Kawalan kelas menjadi longgar boleh diatasi dengan guru perlulah bersikap lebih tegas dalam menangani pelajar supaya kelas tidak menjadi terlalu bising. Guru juga perlulah memberi amaran kepada pelajar untuk menjawab soalan perlulah berdiri dan mengangkat tangan sebelum aktiviti dijalankan. Selian itu, pengulangan aktiviti pemberian ganjaran kepada pelajar berlaku lagi dalam pengajaran makro saya dan pelajar sangat aktif dan bersemangat untuk menjawab soalan.Hal ini, boleh diatasi dengan mengunakan cara lain untuk menarik minat pelajar dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru seterusnya dapat mencapaikan objektif yabg hendak disampaikan kepada pelajar. Tindakan saya kelak apabila menjalani latihan mengajar pemberian ganjaran dalam aktiviti pelajar hendaklah dilakukan dengan lebih terkawal dan bersistematik untuk mengelakkan kawalan kelas menjadi longgar. 6.0 KESEDARAN TERHADAP KUALITI SEORANG GURU

Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti. Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti hasilnya. Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu yang benar, sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru tidak boleh jemu untuk menampilkan sikap dan perlakuan positif biarpun berhadapan dengan segilintir pelajar bermasalah yang mempunyai pelbagai kerenah. Walau apa yang berlaku, kita perlu menyedari bahawa, guru merupakan role model kepada pelajarnya. Oleh yang demikian, seorang guru patut mengajar dan menunjukkan adab serta budi pekerti yang luhur. Bakal guru perlulah menyemai sifat tersebut supaya mudah dan berasa deiberkati dalam mendidik anak bangsa.

7.0 RUMUSAN Pengajaran makro ini mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang bakal pendidik yang sebenar di dalam suasana sekolah. Melalui kekurangan yang terdapat dalam pengajaran makro saya dapat saya jadikan peringatan kepada saya supaya berusaha untuk menjadi lebih terbaik dalam proses pembelajaran dan pengajaran saya. Oleh itu, segala teguran dan nasihat yang diberikan kepada saya amatlah berguna dan dihargai.

10