Anda di halaman 1dari 1

Ruj kami Tarikh

: YAK/PPDOA/DANA/OA/RAMADHAN/UMUM/2013/0001 : 12 Jun 2013 / 03 Syaaban 1434H

Kepada Yang Berkenaan, YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Dr / Tuan / Puan, PER: IHRAM PROJECT- PROGRAM IHYA RAMADHAN BERSAMA ETNIK MINORITI (ORANG ASLI MUALLAF) Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. IHRAM Project adalah penjenamaan semula Program Ihya Ramadhan Bersama Etnik Minoriti (Orang Asli Muallaf) bagi tahun 2013/ 1434H di bawah pengurusan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Yayasan Al-Khalifah dengan kerjasama rakan strategik NGO Islam lain. IHRAM adalah singkatan bagi perkatan IHya RAMadhan. Program ini adalah aktiviti tahunan Yayasan Al-Khalifah bermatlamat mengimarahkan dan menghidupkan suasana bulan Ramadhan di perkampungan Asli terpilih di seluruh Malaysia. Tarikh : 1 Ramadhan 1434H/10 Julai 2013 (Rabu) 29 Ramadhan 1434H/ 07 Ogos 2013 (Rabu) Tempat : Perkampungan Orang Asli terpilih Seluruh Malaysia. Penyertaan Aktivis / Sukarelawan : Sukarelawan YAK dan terbuka Sasaran kampung IHRAM Project : 80 buah kampung Orang Asli Kempen IHRAM Project : i) Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) ii) Kempen Iftar/Berbuka Puasa: Taja 1 Ringgit Untuk 1 Orang Asli iii) Kempen Tajaan Terbuka 3. Untuk mengetahui lebih lanjut akan Kempen IHRAM Project, disertakan lampiran Kertas Kerja / Projek Informasi sebagai rujukan pihak tuan. Maklumat lanjut boleh hubungi Sdr Azhar 017 6708076/ 011 11317842 dan Sdr Shamsul 014 2295012 atau layari laman web Yayasan Al-Khalifah : www.yayasanalkhalifah.com dan laman facebook: http://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah @ http://www.facebook.com/YAK.IHRAM.Project . Di atas keprihatinan dan komitmen dari pihak tuan , amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sedeqah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian, Wassalam. Yang Menjalankan Amanah

Nor Azhar Bin Mohamed Pengurus IHRAM Project


s.k: Ybhg. Dato Dr Haji Abdul Razak B haji Kechik Pemegang Amanah Yayasan Al-Khalifah
Alamat:No. 5, Jalan Pahang Kecil, 53200 Kuala Lumpur. Tel: 03-4024 8890 Fax: 03- 4022 2477 email:yayasanalkhalifah@gmail.com Website: www.yayasanalkhalifah.com Rujukan Pelepasan Cukai: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161 No. Warta Kerajaan: 18667

Anda mungkin juga menyukai