Anda di halaman 1dari 12

Ruang Lingkup kajian sejarah, Ranke vs Collingwood Wilma Binti Talib 1.

0 Pengenalan Sejak abad ke -14 sehingga kini, beberapa takrif sejarah telah diutarakan oleh para ahli sejarawan. R.G. Collingwood pernah mengatakan: Sains menyelidiki sesuatu perkara dan dari segi itu sejarah adalah sains.1 Di sini menunjukkan bahawa sejarah itu disamakan dengan sains di mana kajian-kajian mesti dibuat bagi mencari kebenaran dan bukti-bukti sesuatu perkara itu terjadi; sejarah dan kajian tidak boleh dipisahkan. E.H. Carr pula berpendapat sejarah itu ialah suatu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa lampau.2 Pendapat ini lebih mengutamakan pengkajian ahli sejarah terhadap bahan sejarah masa lalu yang diperoleh; kajian yang tidak boleh dipisahkan antara pengkaji dengan fakta-fakta atau bahan-bahan. Ini menunjukkan beliau sangat berpandukan kepada bahan sejarah yang diperolehinya dari masa lalu dan masa kini. Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang bersifat kajian yang mana mengkaji dan menyelidik peristiwa pada masa lepas. Profesor Collingwood memperakui unsur kajian atau penyelidikan sebagai satu ciri yang penting dalam mengemukakan takrifaannya tentang sejarah. 3 Pensejarahan pula merupakan penulisan atau karya tentang peristiwa sejarah yang melibatkan kaedah, pemikiran, penulisan dan penjelasan. Ilmu sejarah telah mula berkembang sejak zaman klasik lagi sehingga zaman moden. sejarah merupakan satu
1

RG. Collingwood, 1985, Idea Sejarah, Muhd. Yusuf Ibrahim (terj) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 2. 2 E.H Carr, 1988, Apakah Sejarah, Ab. Rahman Haji Ismail (terj), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka, hal 17. 3 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur, hal 4.

ilmu yang juga bersifat penyelidikan dan memerlukan sumber untuk menulisnya. Ruang lingkup sejarah sangat luas dan mencakupi seluruh kehidupan manusia yang mana memberi kesan kepada kaedah penyelidikan sejarah. Penyelidikan sejarah memerlukan ilmu bantu yang lain seperti arkeologi, anthropologi, geografi, falsafah, bahasa, kesusasteraan, kuantifikasi dan juga ilmu komputer. Timbul persoalan tentang apa yang perlu dikaji dalam bidang sejarah. Apakah sebenarnya yang perlu dikaji dalam sejarah? Skop kajian dalam bidang sejarah sangat luas, ianya meliputi aspek sejarah politik, sejarah ekonomi, sejarah sosial, sejarah tempatan, sejarah kebudayaan, sejarah agama, sejarah dunia, psikologi sejarah dan falsafah sejarah. Terdapat banyak pandangan tentang apa yang perlu dikaji dalam kajian sejarah sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan sejarawan. Menurut F. J Teggart, kajian sejarah haruslah bekisar kepada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada sesuatu kelompok seperti rakyat atau negara. Adakah kajian sejarah itu hanya merujuk kepada tindakan manusia yang memberi kesan? Bagaimana pula dengan tindak tanduk manusia yang tidak memberi kesan kepada masyarakat atau negara, adakah hal tersebut tidak perlu dikaji oleh para sejarawan?

2.0 Ruang Lingkup Sejarah 2.1 Idea F. J Teggart F. J Teggart merupakan seorang ahli sejarawan yang mendakwa bahawa bidang kajian sejarah itu hanya tertumpu kepada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada sesuatu kelompok seperti rakyat atau negara. Selain itu, perjuangan genting yang menentukan nasib bangsa dan negara merupakan suatu hal yang perlu dikaji dan bukanlah mengkaji tentang kehidupan seseorang individu.4 Dalam konteks sesebuah negara, golongan pemerintah atau tokoh-tokoh seperti raja-raja dan para pembesar merupakan golongan memainkan peranan yang sangat penting dalam pemerintahan dan pentadbiran. Tindakan-tindakan mereka yang mencetuskan kesan kepada negara. Pandangan F.J Teggart ini dipertikaikan kerana kajian sejarah ditumpukan hanya kepada tindak-tanduk golongan politik ataupun pemerintah. F. J Teggart melihat ruang lingkup sejarah sebagai terbatas hanya kepada tindakan sosial manusia sama ada yang dilakukan oleh sesuatu kelompok mahupun individu yang mana memberi kesan kepada sesuatu kelompok masyarakat atau negara. Teggart menyangkal tanggapan bahawa sejarah mengkaji nasib individu, kehidupan harian individu, hal-hal peribadi dan perubahan dalam kehidupan seseorang individu. Begitu juga dengan tindakan individu atau masyarakat yang tidak memberi kesan kepada sesuatu kelompok masyarakat atau negara tidak perlu dikaji.

F. J Teggart, 1972, Theory and processes of history, Gloucester, Mass, hal 18.

Untuk membuktikan pendapatnya itu benar tentang perkara yang perlu dikaji dalam sejarah, Teggart telah merujuk kepada topik-topik yang telah menjadi pilihan ramai ahli sejarawan antaranya karya Herodotus serta karya Polybius dan Livy. Herodotus merupakan bapa sejarah telah mengkaji tentang Perang Parsi yang mana melibatkan nasib bangsa rakyat Yunani dan Parsi manakala Polybius dan Livy pula mengkaji tentang kebangkitan Rom dalam usaha menjadi kuasa besar dunia.5Melalui dua karya ini, Teggart cuba membuktikan bahawa ahli sejarawan yang unggul pada masa lalu telah mengkaji tentang tindakan manusia mahupun kelompok yang menentukan nasib bangsa mereka. Jelas ditunjukkan disini bahawa tindakan manusia yang dimaksudkan oleh Teggart adalah tindakan yang merujuk kepada isu-isu perjuangan dan mempertahankan kelompok, masyarakat ataupun negara.6 Kebenaran tentang pendapat Teggart ini ada benarnya kerana kebanyakan kajian sejarah oleh ahli sejahrawan menyentuh tentang tindakan manusia yang memberi kesan kepada kelompok masyarakat dan negara. Sebagai contoh, karya A history of peninsular yang ditulis oleh R. J Wilkinson menceritakan tentang penghijrahan orang Melayu ke Semenanjung, kegiatan awal mereka, kemunculan Kesultanan Melayu Melaka, kedatangan kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris, perluasaan kuasa kerajaan Inggeris di negeri-negeri Melayu serta kesannya ke atas masyarakt Melayu. Dalam karya ini, Wilkinson hanya menyentuh hal-hal berkaitan tindakan-tindakan sosial pengasas negeri Melaka iaitu Parameswara. Hal-hal peribadi Parameswara seperti perkahwinannya, hubungan dengan ibu bapa dan saudara-maranya serta kegemaran diketepikan.

5 6

R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan kepada sejarah, hal 9. F. J Teggart, Theory and processes of history, hal 25.

Walau bagaimanapun, Teggart sebenarnya tidak menyempitkan ruang lingkup kajian sejarah itu hanya kepada aspek politik sahaja kerana melalui penjelasan Teggart dalam karyanya Theory and processes of history, Teggart menyatakan bahawa apa-apa tindakan manusia yang memberi kesan kepada sesebuah kelompok atau negara perlu dikaji dan ianya bukan hanya tertumpu kepada aspek politik semata. Tindakan manusia dalam aspek yang lain seperti ekonomi juga boleh dikaji kerana tindakan individu atau kelompok dalam aspek ekonomi kadang kala dapat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara sehingga memberi kesan yang mendalam dan menjadi penentu nasib bangsa sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, percaturan ahli-ahli ekonomi yang salah mampu menjunamkan sesebuah bangsa dan negara. Perkara yang ingin dinyatakan dengan jelas oleh Teggart adalah bukan semua tindakan dan peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara merupakan sejarah atau mempunyai nilai sejarah.7 Oleh itu, perkara yang harus dikaji dalam bidang sejarah perlulah sesuatu peristiwa yang merupakan tindakan manusia dan memberi kesan kepada kelompok atau negara. Tindakan masyarakat golongan bawahan yang tidak berpengaruh seperti pekerja kilang, petani, hamba abdi dan golongan wanita turut boleh dikaji kerana golongan ini juga member sumbangan yang besar terutamanya dalam aspek ekonomi sesebuah negara. Pandangan Teggart sebenarnya tidak menyekat ahli sejarah yang lain untuk mengkaji mana-mana lapisan masyarakat selagi masyarakat itu memberi sumbangan dan meninggalkan kesan kepada sesuatu bangsa dan negara. Dalam karya annals, Tacitus memuji keberaniannya yang ditunjukkan oleh epicharis iaitu seoranag bekas wanita hamba yang diseksa oleh kerajaan kerana enggan mengkhianati sahabatnya. Warisan dari aliran ranke masih mempengaruhi penulisan sejarah sehinggah kini dan boleh dikesa dalam penulisan sejarah Malaysia. Aliran
7

F. J Teggart, 1972, Theory and processes of history, hal 18.

annals telah memperluaskan skop perhatian ahli sejarah kepasa semua aspek kehidupan sosial masyarkat. Dalam karya annals ini, tindakan manusia merupakan kajian utama ahli sejarahwan tetapi bukan sekadar tindakan golongan kelas atasan malah kelas bawahan iaitu golongan wanita yang mencetuskan sejarah yang tersendiri dalam aspek sosial turut dikaji dalam sejarah. Pendapat Teggart tentang ruang lingkup kajian sejarah dapat digunapakai oleh ahli sejarah yang lain kerana sejarah merupakan suatu kajian tindakan manusia pada masa lalu dan kebanyakkan kajian sejarah pada zaman lalu semuanya berkisarkan tentang tindak tanduk manusia sama ada dalam aspek pemerintahan, petempatan, sosial, budaya dan lain-lain hal. Idea Teggart menekankan bahawa kajian sejarah adalah tentang tindak tanduk manusia yang memberi kesan kepada kelompok masyarakat atau negara.

2.2 Idea Collingwood Menurut pandangan Collingwood, unsur pemikiran merupakan keistimewaan sejarah yang tidak ada dalam ilmu sains dan sejarah adalah sejarah pemikiran. Kajian sejarah memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu tindakan dalaman manusia dan tindakan luaran manusia. Tindakan dalaman manusia merupakan pemikiran manusia yang mencetuskan atau yang mendorong seseorang untuk melakukan sessuatu tindakan, manakala tindakan luaran pula merupakan aspek fizikal tindakan itu yang mana asalnya daripada tindakan dalaman. Sebagai contoh, peristiwa Julius Caeser menyemberangi sungai Rubicon pada tahun 49S.M. Dalam peristiwa tersebut, perkara yang perlu dikaji ialah aspek dalaman

iaitu pemikiran Caeser yang mana didorong oleh hasratnya menentang rang undangundang yang digubal oleh Senat Rom yang menyekat perluasaan kuasanya. Aspek lahiriah pula menyentuh tentang bagaimana Caeser dan sekutunya menyemberangi sungai Rubicon, berapa bilangan tentera yang turut serta dan senjata jenis apa yang mereka gunakan. Collingwood juga menyatakan bahawa ruang lingkup sejarah ialah ahli sejarah akan mengambil kira hal-hal yang melibatkan nasib manusia. Hal ini berbeza dengan pandangan Teggart yang mana tidak memberi perhatian kepada nasib individu. Menurut Collingwood tugas penting sejarawan itu adalah untuk mengkaji pemikiran manusia yang mencetuskan tindakan lahiriah. Unsur pemikiran inilah yang membezakan kajian sejarah dengan kajian alam semulajadi yang mana dalam kejadian alam tidak wujud unsur dalaman. Kejadian alam boleh dianggap bersejarah dalam sifatnya jika ia dapat memenuhi syarta iaitu proses kejadian alam itu ditentukan pleh aspek pemikiran. Namun syarat ini tidak dipenuhi, wujud perbezaan di antara sejarah dan sains semulajadi dan tanggapan tentang kesejarahan semua hal tidak berasas.8 Oleh itu, kejadian bencana alam seperti taufan, banjir kilat, gempa bumi dan letusan gunung berapi disingkirkan dalam bidang kajian sejarah. Sebagai contoh, peristiwa Tsunami pada 25 Disember 2004 yang berlaku di Aceh telah meragut beriburibu nyawa manusia dianggap tidak perlu dikaji oleh ahli sejarah jika menurut Collingwood kerana tidak wujud unsur pemikiran dalam proses kajadian bencana alam tersebut. Collingwood juga mendakwa bahawa tindakan manusia yang dikaji dalam sejarah adalah terbatas hanya kepada aapa-apa yang didorong oleh pemikiran reflektif.
8

R.G Collingwood, 1985, idea sejarah, hal 210.

Tindakan reflektif bermaksud tindakan manusia yang dilakukan dengan sengaja dan menpunyai niat tertentu. Sebagai contoh, hal-hal berkaitan politik dikaji kerana setiap tindakan ahli politik itu adalah reflektif yang mana mempunyai matlamat tertentu. Hal ini demikian ahli politik mempunyai sebuah dasar iaitu sebuah rancangan yang difikirkan sebelum pelaksanaan, dan kejayaan yang diperolehi setimpal dengan tindakan yang dilaksanakan. Selain dalam aspek politik, tindakan reflektif juga dapat dikesan dalam pelbagai aspek lain seperti aspek ketenteraan, ekonomi dan akhlak manusia. Idea Collingwood sedikit berbeza dengan Teggart, bagi Collingwood kajian sejarah itu meliputi semua tindakan reflektif dan bukan hanya tertumpu pada aspek politik. Walau bagaimanapun, tindakan manusia yang tidak reflektif diketepikan sebagai contoh tingkah laku manusia yang ditentukan oleh sifat kebinatangan, nafsu dan selera manusia. Contohnya, soal makan dan tidur tidak perlu dikaji kerana perkara tersebut berpunca daripada naluri semula jadi sebagai seorang manusia begitu juga dengan kejadian-kejadian biologi seperti kelahiran, tumbuhbesaran, kematian dan penyakit tidak perlu dikaji dalam sejarah kerana ia merupakan proses semula jadi dan bukannya berpunca daripada pemikiran reflektif. Persoalan emosi juga menurut Collingwood tidak perlu dikaji. Penyingkiran soal perasaan dan emosi dalam skop kajian sejarah mendapat bantahan. Prof W.H Walsh yang merupakan ahli falsafah berpendapat bahawa Collingwood telah mneyempitkan istilah pemikiran hanya kepada perkara yang reflektif sahaja. Idea Collingwood bertentangan dengan idea aliran Idealis seperti Wilhelm Dithey yang menganggap pemikiran reflektif merangkumi unsur perasaan, emosi dan juga sensasi

manusia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan wujud satu garis pemisah yang mutlak antara pemikiran reflektif dan unsur-unsur emos, perasaan dan sensasi. Seterusnya, Collingwood turut tidak memberi perhatian kepada soal ingatan atau persepsi. Sebagai contoh, usaha untuk mengingati sesuatu nama atau perkara yang terlupa. Hal ini demikian kerana ahli sejarah tidak berkemampuan untuk menghayati semula pengalaman orang yang berkemungkinan mempunyai cara yang berbeza-beza untuk mengingati atau melihat sesuatu. Setiap pengalaman yang cuba untuk diingatan semula tidak seratus peratus tepat dengan perkara sebenar yang telah terjadi. Idea teggart dan Collingwood ada percangahan yang mana menurut Collingwood, perkara yang perlu dikaji dalam sejarah itu adalah perkara-perkara yang didorong oleh pemikiran reflektif sahaja dan tindakan manusia yang bukan reflektif tidak perlu dikaji.

3.0 Percanggahan antara idea Teggart dan idea Collingwood


Idea Teggart tentang ruang linkup kajian sejarah hanya menumpukan kepada tindakan manusia yang memberi kesan kepada kelompok mahupun negara manakala idea Collingwood pula, ruang lingkup kajian sejarah hanya tertumpu kepada tindakan yang didorong oleh pemikiran reflektif sahaja. Kedua-dua tokoh ini memperlihatkan percanggahan idea dalam perkara yang perlu dikaji dalam bidang sejarah. berikut adalah contoh beberapa kes memperlihatkan perbezaan antara idea Teggart dengan idea Collingwood. Contoh pertama, kes pembunuhan yang dirancang oleh seorang suami unutk mewarisi harta isterinya. Menurut Colligwood kejadian pembunuhan ini perlu dikaji kerana melibatkan tindakan yang didorong oleh pemikiran reflektif iaitu untuk

mewarisi harta si isteri. Ahli sejarah berkeupayaan untuk menghayati semula pemikiran si suami yang melakukan pembunuhan. Namun, menurut Teggart pula, kejadian pembunuhan ini tidak perlu dikaji kerana ianya melibatkan unsur kehidupan peribadi pasangan suami isteri tersebut. Tindakan si suami membunuh si isteri tidak memberi sebarang kesan kepada kelompok mahupun negara. Sekiranya peristiwa pembunuhan itu memberi kesan kepada kelompok dan negara, maka perkara itu perlu dikaji menurut Teggart. Sebagai contoh, peristiwa pembunuhan Birch. Peristiwa pembunuhan Birch bukan pembunuhan yang melibatkan nasib individu tetapi merupakan suatu peristiwa yang memberi kesan kepada kelompok dan negara masa ketika itu. Hal ini demikian kerana peristiwa pembunuhan Birch telah mencetuskan kemarahan pihak British yang akhirnya mencetuskan Perang Perak 18751876. Contoh kedua, kes pembunuhan tanpa niat oleh indivudu A terhadap indivudu B dianggap tindakan bukan reflektif kerana tidak didorong oleh pemikiran reflektif yang disengajakan. Walaupun tindakan tersebut menimbulkan kesan kepada kelompok mahupun negara, bagi Colligwood tindakan tersebut tidak perlu dikaji kerana ianya bukanlah tindakan yang reflektif. Tetapi menurut Teggart peristiwa itu perlu dikaji kerana ianya bukan peristiwa yang menyentuh kehidupan peribadi individu sebaliknya peristiwa tersebut meninggalkan kesan kepada kelompok dan negara. Berdasarkan beberapa kes diatas, idea Teggart dan idea Collingwood tentang kajian sejarah bergantung kepada kesesuaian sesebuah kes. Perhitungan untuk mengunakan idea Teggart atau Collingwood sebenarnya haruslah melihat pada kesesuaian kes. Sebagai contoh kes pembunuhan yang pertama iaitu pembunuhan seorang isteri oleh suaminya untuk mewarisi harta si isteri lebih sesuai menggunakan idea Collingwood

10

kerana kes tersebut menepati syarat yang ditetapkan oleh Collingwood dalam kajian sejarah iaitu melibatkan pemikiran reflektif. Namun kes tersebut tidak menepati syarat dalam idea Teggart yang mana hanya tindakan manusia yang memberi kesan kepada kelompok atau negara yang perlu dikaji.

4.0 Kesimpulan Ruang lingkup sejarah telah mempamerkan pertikaian pendapat yang sangat ketara antara ahli sejarah. Teggart berpendapat kajian sejarah hanya merangkumi tindakan manusia yang memberi kesan kepada kelompok masyarakat atau negara. pendapat Teggart berbeza dengan Collingwood yang mana berpendapat bahawa kajian sejarah pula merangkumi pemikiran reflektif sahaja. Ruang lingkup sejarah sangat luas dan pendapat Teggart tentang kajian sejarah ada benarnya kerana kebanyakan kajian sejarah sama ada dalam aspek politik,sosial dan ekonomi, semuanya melibatkan tindakan manusia yang memberi kesan. Namun begitu ruang lingkup sejarah tidak seharusnya dihadkan kepada tindak-tanduk kerajaan atau kegiatan segelintir masyarakat yang berpengaruh. Penekanan kepada ukuran tindakan sosial dalam pemilihan peristiwa sejarah sewajarnya merangkumi tindak-tanduk semua lapisan masyarakat, baik kelas atasan mahupun kelas bawahan.

11

Bibliografi
Abdul Rahman Haji Ismail. Pengantar ilmu sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM. 1994. Carr, E.H. Apakah sejarah. Abd. Rahman Haji Ismail (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1998. Collingwood, R.G . Idea sejarah. Mohd Yusuf Ibrahim (terj). Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985. Suntharalingam. R. Pengenalan kepada sejarah. Kuala Lumpur. 1985. Teggart, F. J. Theory and processes of history. Gloucester, Mass. 1972.

12