Anda di halaman 1dari 6

SKRIP MAJLIS MAKAN MALAM MESRA PIBG SK CLIFFORD TAHUN 2012 CUE PENGACARA SKRIP

8.00 mlm Ketibaan tetamu kehormat Ucapan Aluan-aluan Pengerusi Majlis

Mengumumkan ketibaan. Diiringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar dan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua PIBG SK Clifford. Yang Dihormati Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa Yang Berusaha Encik Mohd Khalid bin Anjang Kassim, PPD Kuala Kangsar Yang Dihormati Tuan Haji Zainon bin Mat Nor, Setiausaha Sulit Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Puan Rashadah bt Othman, Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Ali Othman bin Dayon, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zaleha binti Abd Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum Barisan mantan Guru-guru Besar SK Clifford, (sbt nama) Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin masyarakat, Barisan guru-guru, staf-staf sokongan SK Clifford Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan sekalian. Assalamualaikum whb, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Selamat datang kami ucapkan ke Majlis Makan Malam Mesra PIBG SK Clifford. Lagu bernama uda dan dara, Dinyanyikan oleh anak Pak Rahim; Sambil berkumpul beramah mesra, Memperatkan lagi silaturrahim. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu jemputan dan para hadirin kerana sudi memberikan sumbangan dan seterusnya hadir pada majlis kami pada malam ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Bacaan doa Marilah sama-sama kita menadah tangan, memohon keberkatan agar majlis berjalan dengan selamat dan aman. Pada yang bukan Islam sama-samalah berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Dengan ini majlis mempersilakan al-fadhil Ustaz Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. -BACAAN DOAMajlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Meneruskan acara pada malam ini, dengan sukacitanya majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan -UCAPAN YDP PIBGMajlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tersebut. Ucapan Guru Besar Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Suburkan mesra satukan jiwa. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. -UCAPAN GURU BESAR-

Ucapan YDP

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi. Hadirin yang dirahmati sekalian, Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata azimat hajatnya kami. Majlis dengan rasa bangga dan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati.untuk tampil ke hadapan menyampaikan sepatah dua kata di majlis yang amat bermakna ini. Majlis mempersilakan. -UCAPAN TETAMU KEHORMATSebagai tanda terima kasih kepada Yang Dihormati, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford bersama dengan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, YDP PIBG untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sungguh indah negeri Kedah, Jelapang padi gelaran diberi; Berdoa sudah ucapan pun sudah, Cuma makan yang belum lagi. Ke pasar tani membeli capati, Buat santapan teman dan rakan; Sambil berhibur kita juadah dinikmati, Band jemputan kita persilakan. Sebagai halwa telinga, majlis mempersilakan band jemputan yang dibawakan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, . Untuk menghiburkan kita semua. Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka. Dengan ini, dipersilakan