Anda di halaman 1dari 11

Adakah kajian sejarah itu hanya merujuk kepada peristiwa sejarah yang ada unsur pemikiran semata-mata?

Wilma Binti Talib

1.0 Pengenalan
Sejak abad ke -14 sehingga kini, beberapa takrifan sejarah telah diutarakan oleh para sarjana. Menurut Collingwood, sejarah merupakan satu bidang ilmu yang bersifat kajian yang mana menyelidik peristiwa pada masa lepas. 1 Hal ini menunjukkan bahawa Collingwood memperakui unsur kajian atau penyelidikan sebagai satu ciri yang penting dalam mengemukakan takrifaannya tentang sejarah. ruang lingkup sejarah? Timbul persoalan tentang apa yang perlu dikaji dalam bidang sejarah. Terdapat banyak pandangan tentang apa yang perlu dikaji dalam kajian sejarah sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan sejarawan. Menurut R. G Collingwood peristiwa yang dikaji dalam sejarah bukanlah kejadian semata-mata. Ia mempunyai unsur dalaman ataupun unsur pemikiran. Oleh yang demikian penjelasannya memerlukan pengkajian pemikiran sipelaku sejarah itu. Merujuk kepada pandangan Collinwood ini, adakah kajian sejarah itu hanya merujuk kepada peristiwa sejarah yang ada unsur pemikiran semata-mata? Bagaimana pula dengan tindakan manusia yang tidak mempunyai unsur dalaman tetapi memberi kesan kepada masyarakat atau negara, adakah hal tersebut tidak perlu dikaji oleh para sejarawan? Dalam penulisan ini beberapa hujah tentang pendapat Collingwood berkaitan ruang lingkup sejarah akan diutarakan begitu juga persoalan-persoalan yang timbul tentangnya dan kritikan
2

Bagaimana pula dengan

1 2

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hal 23. R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, hal 4.

kelemahan idea Collingwood akan dijelaskan dengan mengemukakan beberapa contoh peristiwa.

2.0 Tafsiran Collingwood tentang sejarah


R.G. Collingwood pernah mengatakan: Sains menyelidiki sesuatu perkara dan dari segi itu sejarah adalah sains.3 Di sini menunjukkan bahawa sejarah itu disamakan dengan sains di mana kajian-kajian mesti dibuat bagi mencari kebenaran dan bukti-bukti sesuatu perkara itu terjadi. Hal ini menunjukkan sejarah dan kajian tidak boleh dipisahkan. Jadi untuk menghasilkan penulisan sejarah, kajian hendaklah dijalankan dan persoalannya hal apa yang perlu dikaji? Menurut Collingwood, kejadian yang perlu dikaji dalam sejarah adalah tindakan yang reflektif iaitu mempunyai unsur pemikiran. Unsur pemikiran inilah yang membezakan kajian sejarah dengan kajian alam semulajadi yang mana dalam kejadian alam tidak wujud unsur dalaman. Kejadian alam boleh dianggap bersejarah dalam sifatnya jika ia dapat memenuhi syarat iaitu proses kejadian alam itu ditentukan oleh aspek pemikiran. Namun syarat ini tidak dipenuhi, maka wujud perbezaan di antara sejarah dan sains semulajadi dan tanggapan tentang kesejarahan semua hal tidak berasas.4 Oleh itu, kejadian bencana alam seperti taufan, banjir kilat, gempa bumi dan letusan gunung berapi disingkirkan dalam bidang kajian sejarah. Sebagai contoh, peristiwa Tsunami pada 25 Disember 2004 yang berlaku di Aceh telah meragut beribu3 4

R. G. Collingwood, Idea Sejarah, hal 2. R. G Collingwood, Idea sejarah, hal 210.

ribu nyawa manusia dianggap tidak perlu dikaji oleh ahli sejarah jika menurut Collingwood kerana tidak wujud unsur pemikiran dalam proses kajadian bencana alam tersebut. Tindakan manusia yang tidak reflektif seperti tingkah laku manusia yang ditentukan oleh sifat kebinatangan, nafsu dan selera manusia. Contohnya, soal makan dan tidur tidak perlu dikaji kerana perkara tersebut berpunca daripada naluri semula jadi sebagai seorang manusia begitu juga dengan kejadian-kejadian biologi seperti kelahiran, tumbuhbesaran, kematian dan penyakit tidak perlu dikaji dalam sejarah kerana ia merupakan proses semula jadi dan bukannya berpunca daripada pemikiran reflektif. Persoalan emosi juga menurut Collingwood tidak perlu dikaji. Penyingkiran soal perasaan dan emosi dalam skop kajian sejarah mendapat bantahan. Prof W.H Walsh yang merupakan ahli falsafah berpendapat bahawa Collingwood telah menyempitkan istilah pemikiran hanya kepada perkara yang reflektif sahaja. Idea Collingwood bertentangan dengan idea aliran Idealis sseperti Wilhelm Dithey yang menganggap pemikiran reflektif merangkumi unsur perasaan, emosi dan juga sensasi manusia. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan wujud satu garis pemisah yang mutlak antara pemikiran reflektif dan unsur-unsur emosi, perasaan dan sensasi. Seterusnya, Collingwood turut tidak memberi perhatian kepada soal ingatan atau persepsi. Sebagai contoh, usaha untuk mengingati sesuatu nama atau perkara yang terlupa. Hal ini demikian kerana ahli sejarah tidak berkemampuan untuk menghayati semula pengalaman orang yang berkemungkinan mempunyai cara yang berbeza-beza untuk mengingati atau melihat sesuatu. Setiap pengalaman yang cuba untuk diingat semula tidak seratus peratus tepat dengan perkara sebenar yang telah terjadi.

3.0 Dua unsur utama dalam pengkajian sejarah


Menurut Collingwood, unsur pemikiran merupakan keistimewaan sejarah yang tidak ada dalam ilmu sains dan sejarah sejarah adalah sejarah pemikiran yang mementaskan kembali pemikiran masa lampau di dalam akal fikiran sejarahwan.5 Collingwood menyimpulkan kajian sejarah mesti meliputi dua aspek yang penting iaitu tindakan dalaman manusia dan tindakan luaran manusia. Hal ini menunjukkan bahawa peristiwa yang dikaji dalam sejarah itu bukanlah kejadian semata-mata. Unsur pemikiranlah yang menjadi titik tolak sama ada sesuatu kejadian itu perlu dikaji atau tidak dan penjelasannya semestinya memerlukan pengkajian pemikiran sipelaku sejarah itu. Tindakan dalaman manusia merupakan pemikiran manusia yang mencetuskan atau yang mendorong seseorang untuk melakukan suatu tindakan, pemikiran ini merupakan satu perancangan yang dibuat oleh si pelaku sejarah manakala tindakan luaran pula merupakan aspek fizikal tindakan itu yang mana asalnya daripada tindakan dalaman. Collingwood juga mendakwa bahawa tindakan manusia yang dikaji dalam sejarah adalah terbatas hanya kepada apa-apa yang didorong oleh pemikiran reflektif. Sebagai contoh, peristiwa Julius Caeser menyemberangi sungai Rubicon pada tahun 49S.M. Dalam peristiwa tersebut, perkara yang perlu dikaji ialah aspek dalaman iaitu pemikiran Caeser yang mana didorong oleh hasratnya menentang rang undang-undang yang digubal oleh Senat Rom yang menyekat perluasaan kuasanya. Aspek lahiriah pula menyentuh tentang bagaimana Caeser dan sekutunya menyemberangi sungai Rubicon, berapa bilangan tentera yang turut serta dan senjata jenis apa yang mereka gunakan.

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hal 24.

Seterusnya, perkara-perkara lain boleh dianggap sebagai objek sejarah adalah hal-hal yang ada pemikiran reflektif iaitu sesuatu yang dirancang atau mempunyai niat tertentu sebagaimana perkara berkaitan politik dikaji kerana setiap tindakan ahli politik itu adalah reflektif. Hal ini demikian kerana ahli politik mempunyai sebuah dasar iaitu sebuah rancangan yang difikirkan sebelum pelaksanaan, dan kejayaan yang diperolehi setimpal dengan tindakan yang dilaksanakan. Sebagai contoh, tindakan Hitler

menyerang beberapa wilayah Jerman yang pernah jatuh di tangan musuh selepas Perang Dunia Pertama adalah kerana wilayah tersebut mempunyai potensi untuk memulihkan ekonomi Jerman kerana kekayaan hasil bumi disamping mampu menarik pelaburan daripada luar Jerman. Misi inilah yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua 1939. Jelas dapat dilihat Hitler sebagai peminpim politik membuat keputusan menyerang wilayah-wilayah tersebut atas tujuan tertentu bukan kerana dia saja berperang tanpa ada sebarang matlamat. Peperangan juga boleh dikaji dalam sejarah kerana tujuan seseorang pemimpin boleh difahami daripada laporan-laporan yang telah dicatat. Melalui kajian dan penyelidikan daripada laporan-laporan yang dibuat oleh seseorang pemimpin misalnya membolehkan kita membina semula dalam akal kita akan rancangan peperangan yang cuba dilaksanakan olehnya. Sebagai contoh, perang Teluk oleh Amerika Syarikat ke atas Iraq ada tujuannya. Amerika Syarikat mendakwa bahawa pasukan ketenteraan yang diketuai oleh negara mereka bertujuan untuk menghentikan pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990. Namun hakikatnya tindakan Amerika Syarikat ini bukanlah semata-mata ingin membebaskan Kuwait dari pencerobohan Iraq tetapi sebaliknya Amerika Syarikat sememangnya sudah merancang untuk menguasai Iraq yang kaya dengan minyak petrol dan dengan menguasai Iraq maka Amerika Syarikat akan mampu

menguasai ekonomi seluruh dunia. Begitu juga dalam hal ekonomi, agama dan akhlak, selagi ada tindakan reflektif maka hal yang demikan boleh dikaji dalam sejarah.

4.0 Kritikan Kelemahan Pandangan Collingwood


Menurut Collingwood, mana-mana kejadian yang melibatkan pemikiran reflektif perlu dikaji dalam sejarah sama ada dalam aspek politik, ekonomi, sosial mahupun agama boleh dikaji dalam sejarah. Sebagai contoh, kes pembunuhan yang dirancang oleh seorang suami untuk mewarisi harta isterinya. Bagi Collingwood, kejadian pembunuhan ini perlu dikaji kerana melibatkan tindakan yang didorong oleh pemikiran reflektif iaitu pembunuhan tersebut dirancang oleh si suami untuk mewarisi harta isterinya. Ahli sejarah berkeupayaan untuk menghayati semula pemikiran si suami yang melakukan pembunuhan dengan mengkaji tindakan lahiriah si suami yang membunuh isterinya. F. J Teggart mendakwa bahawa bidang kajian sejarah itu hanya tertumpu kepada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada sesuatu kelompok seperti rakyat atau negara. Selain itu, perjuangan genting yang menentukan nasib bangsa dan negara merupakan suatu hal yang perlu dikaji dan bukanlah mengkaji tentang kehidupan seseorang individu.6 Melalui takrifan ruang lingkup sejarah menurut Teggart ini maka dapat kita simpulkan kejadian pembunuhan tersebut tidak perlu dikaji kerana ianya bukanlah peristiwa yang memberi kesan kepada kelompok masyarakat yang besar. Walaupun peristiwa pembunuhan si suami terhadap isterinya ini merupakan tindakan individu dan memberi kesan kepada dirinya dan mungkin juga melibatkan kelompok kecil seperti keluarga mereka tetapi ianya tidak melibatkan kesan kepada kelompok yang besar
6

F. J Teggart, 1972, Theory and processes of history, hal 18.

seperti kelompok masyarakat dan negara. Dalam hal ini pendapat Collingwood tidak sesuai digunakan kerana pembunuhan kes seperti ini walaupun melibat unsur pemikiran namun ianya tidaklah sepatutnya dikaji sebagai peristiwa sejarah kerana pembunuhan sebegini merupakan sesuatu yang sering berlaku dalam masyarakat dan bukan sesuatu yang besar kesannya kepada kelompok yang besar. Lain pula halnya apabila terjadi satu peristiwa yang sama sekali tidak dirancang tetapi memberi kesan yang besar kepada kelompok masyarakat dan negara. Sebagai contoh individu A secara tidak sengaja telah membunuh individu B dan kes pembunuhan ini telah telah mengakibatkan rusuhan kaum dalam sebuah negara. Jika menurut Collingwood, kejadian ini tidak perlu dikaji kerana ianya tidak melibatkan tindakan reflektif. Pandangan ini dapat disangkal dengan mengemukakan idea Teggart tentang ruang lingkup sejarah. Menurut Teggart peristiwa ini hendaklah dikaji kerana ianya merupakan tindakan manusia yang akhirnya memberi kesan yang sangat besar dalam sesebuah negara yang mana pembunuhan tanpa niat ini mengakibatkan rusuhan kaum dan huru hara dalam masyarakat mahupun negara. Nyata disini terdapat kelemahan pada idea Collingwood yang hanya memfokuskan kajian sejarah hanya kepada kajian peristiwa yang mempunyai unsur pemikiran semata-mata sedangkan terdapat juga kejadian-kejadian yang tidak dirancang menjadi sejarah sesebuah negara kerana kesan besar yang dialami itu sama ada positif atau negatif. Demikian juga dengan kejadian spontan yang berlaku akibat perasaan marah kadang kala membawa kesan-kesan seperti peperangan dan rusuhan. Sebagai contoh, kemalangan yang melibatkan dua puak yang berbeza digempar-gempurkan sehingga isu yang kecil itu menjadi besar dan mengakibatkan bergaduhan dan menimbulkan huruhara yang melibat kedua-dua puak tersebut. Kejadian ini pada dasarnya hanyalah didorong oleh emosi contohnya marah yang meluap-luap dan sipelaku sejarah tidak
7

merancang kejadian tersebut. Menurut Collingwood, kejadian ini tidak perlu dikaji dalam sejarah kerana tidak melibatkan unsur pemikiran dan ianya sememangnya bertentang dengan ciri-ciri pensejarahan yang dicadangkan olehnya iaitu unsur emosi diketepikan dalam ruang lingkup sejarah yang mana kejadian-kejadian yang melibatkan unsur emosi tidak harus dikaji. Pandangan ini dapat disangkal dengan mengutarakan idea Teggart yang mana menurut Teggart kejadian ini dianggap sejarah kerana member kesan besar kepada kelompak yang besar. Kejadian ini melibatkan dua puak yang bergaduhan antara satu sama lain akibat suatu perkara yang tidak dirancang dan ianya hanyalah kejadian spontan tetapi disebabkan kejadian ini memberi kesan kepada

kelompak yang besar maka menurut Teggart kejadian adalah sejarah dan wajar dikaji. Idea Collingwood yang menyempitkan lingkup sejarah hanya kepada peristiwa yang melibatkan pemikiran reflektif juga dibantah oleh E.H Carr. Menurut E. H Carr, kajian sejarah adalah kajian tentang sebab-munasabab.7 Hal ini bermaksud kajian yang dilakukan bukanlah kajian pemikiran sipelaku sejarah tetapi kajian tentang persoalan sebab-munasabab tindakan yang telah dilakukan dan kesannya. Walaupun menurut Collingwood kajian luaran itu dapat mengambarkan pemikiran si pelaku sejarah namun tidak semua tindakan lahiriah mencerminkan pemikiran sebenar si pelaku sejarah. Namun timbul kesangsian terhadap kajian pemikiran reflektif si pelaku sejarah sama ada benar dapat dirungkai dengan kajian luaran atau tidak? Berkemungkinan apa yang dirancang oleh si pelaku sejarah itu tidak seratus peratus terjadi seperti apa yang dirancangnya. Sebagai contoh gerakan reformasi Martin Luther pada tahun 1483-1546 bertujuan untuk menentang penyelewengan yang dilakukan oleh gereja Katolik Rom dan cuba membawa pembersihan dalam agama tersebut. Namun kesan tindakannya agama Kristian terpecah kepada dua mazhab iaitu
7

E. H. Carr, Apakah Sejarah, hal 93.

mazhab Protestan yang dibawa olehnya dan mazhab Katolik yang dikatakan sudah diseleweng. Tujuan utama gerakan Refomasi yang dipinpim oleh Martin Luther tidak tercapai dan hal ini menunjukkan pemikiran Martin Luther tidak mencerminkan apa yang terhasil pada akhirnya. Jadi wajarlah aspek pemikiran itu tidak boleh dikaji kerana apa yang terhasil pada akhirnya tidak sepenuhnya mencerminkan pemikiran si pelaku sejarah. Tuntasnya, bukan mudah menghayati semula pemikiran sipelaku sejarah walaupun adanya bantuan daripada kajian unsur luaran. Apa yang perlu dikaji adalah peristiwa-peiristiwa masa lalu yang mungkin penting atau tidak dan para sarjana yang akan memilih untuk mengambil peristiwa tersebut sebagai sejarah atau tidak.8

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, walaupun pandangan Collingwood tentang kajian unsur pemikiran dalam sejarah nampak kuat dan kukuh dengan sokongan hujah-hujah yang telah dikemukakan namun pandangannya masih mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu. Pandangan-pandangan sarjana yang lain seperti Teggart dan E. H. Carr nyata dapat membidas hujahan Collingwood tentang kajian unsur pemikiran dalam sejarah.Hal ini demikian kerana tidak semua perkara yang terjadi di dunia ini mampu dikawal oleh pemikiran yang mana kadang kala perkara-perkara diluar jangkaan berlaku dan menjadi peristiwa bersejarah sama ada hal-hal yang dilakukan secara tidak sengaja atau spontan. Lagipun, untuk apa kita mengkaji kejadian-kejadian yang ada unsur pemikiran semata-mata sedangkan hakikat untuk memasuki dan memahami sanubari sipelaku sejarah itu mustahil.

Muhd. Yusof, Pengertian Sejarah, hal 21.

Kajian sebab-munasabab lebih wajar digunakan dalam kajian sejarah kerana ianya dapat merungkai semua persoalan seperti bagaimana, kenapa, siapa, dimana dan lain-lain persoalan lagi. Bukankah sejarah itu skopnya luas dan tindakan Collingwood ini nyata menyempitkan ruang lingkup kajian sejarah. Sejarawan seharusnya mendekati dan meneroka ruangan yang baru dan terpinggir bukan hanya berfokuskan kepada kajian unsur pemikiran sahaja. Sekiranya kajian sejarah hanya kejadian-kejadian yang ada unsur pemikiran, maka tiadalah sejarah penempatan, sejarah pinggiran dan sejarah etnik dan sejarah dari bawah. Ruang lingkup sejarah seharusnya dibuka dengan seluasluas alam agar lebih banyak kajian dan penyelidikan sejarah yang dapat dilakukan demi kepentingan ilmu pengetahuan masyarakat, negara mahupun serantau.

Bibliografi
Abdul Rahman Haji Abdullah. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Carr, E.H. Apakah sejarah. Abd. Rahman Haji Ismail (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1998. Collingwood, R.G . Idea sejarah. Mohd Yusuf Ibrahim (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985. Muhd. Yusof B. Ibrahim. Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1975 Suntharalingam. R. Pengenalan kepada sejarah. Kuala Lumpur. 1985. Teggart, F. J. Theory and processes of history. Gloucester, Mass. 1972.

10

11

Anda mungkin juga menyukai