Anda di halaman 1dari 6

nazim an.

co m

http://naziman.co m/lupa-security-questio n-passwo rd-email/

Kalau lupa Security Question dan Password email


by Naziman December 14, 2012

Assalamualaikum dan selamat pagi semua di hari Jumaat ni. Apa khabar? sihat? Sekarang ni sudah pukul 5 pagi. Tadi dah tidur awal tapi tak tahu kenapa kalau tidur awal ni, mesti akan terbangun jam 3. Kalau tidur awal ja, terbangun jam 3. Kalau tidur lambat pula, alamat terbalik hari. Bangun pagi buka email kejap, tengok seorang wanita meminta bantuan kerana lupa security question dan lupa password email.

Oleh kerana entri kalau terlupa pasword ni selalu di komen dan saya juga selalu mendapat email ingin minta bantuan dari pembaca. Untuk memudahkan, lebih baik saya membuat satu entri tambahan. Di mana entri tersebut hanya untuk kalau terlupa password dan menggunakan recovery options tapi dalam entri mungkin akan membantu di bahagian recovery password. Kebiasaannya, website, blog dan sebagainya kalau terlupa password, mereka akan menghantar email untuk recover password dengan pelbagai cara seperti memberikan password secara terus, memberikan link untuk reset password dan kemudian tukar password, dan mungkin ada pelbagai lagi cara. Jadi yang menjadi masalah, bukan ketika nak recover password dari website tersebut tapi mendapat masalah apabila terlupa password malahan terlupa secret question untuk recover password email. Jadi saya akan cuba bantu hanya untuk recover password email yahoo dan gmail dalam entri ini. Ini kerana pengguna ymail dan gmail lebih ramai dari hotmail dan lain-lain.

Langkah pertama, recover Username dan Password

Untuk langkah pertama, sila baca entri kalau terlupa password ni. Entri ini menerangkan langkah kalau terlupa password. Jadi dalam entri ini, saya takkan terangkan langkah perlu di buat atau boleh terus ikut link di bawah untuk recover password. Yahoo! account recovery wizard Gmail account recovery wizard

Langkah kedua, guna Nombor telef on atau Alternate Email


Langkah ni lebih mudah sebab itu saya letakkan sebagai langkah kedua. Tapi bahagian ni cuma akan berjaya kalau anda isikan nombor telef on dan alternate email dalam maklumat anda. Untuk yahoo saya tak pasti boleh letak nombor telef on atau tak tapi gmail ada. Nombor telefon Biasanya akan dihantar SMS atau automated call. Saya tak tahu berapa caj, tiada kredit nak cuba. Alternate Email Akan di bagi satu link untuk klik. Saya tak pasti juga link tu apa gunanya, adakah untuk reset password atau bagi password lama. Takut nak cuba sebab nanti kalau disuruh tukar password, biasanya password tu tak boleh sama dengan sebelum ni. Kena ingat password baru lagi.

Langkah ketiga, sebelum lupa Security Question


Secara jujurnya, saya sendiri pun tak berapa ingat security question ni sebab soalan ni selalu berbeza-beza dengan website lain. Memang kita akan isi biasanya apa yang kita alami dan butiran tentang kita sendiri tapi sedikit kesalahan pun boleh menjadi gagal. Biasanya secret question ni, sejarah kita sendiri juga seperti cikgu kesukaan kita, di mana kita lahir, nombor telef on pertama dan pelbagai lagi.

Lupa Security Question ni susah sikit. Dari soalan di komen entri lupa password dan email minta bantuan, kebiasaanya orang ingat satu ja. Satu lagi pula lupa. Terlupa secret question, boleh teruskan dengan langkah seterusnya.

Langkah keempat untuk Yahoo, Yahoo! Customer Service


Ini untuk hubungi Yahoo! Customer Service, saya tak pasti cara ni. Mungkin boleh cuba. Untuk call, tak tahu berapa caj. Nombor telefon Yahoo! Customer Service 866-562-7219 408-349-3300 408.349.1572 Call dalam lingkungan 6am 6pm PST. E-Mail untuk Yahoo! customer care cc-advoc@yahoo-inc.com atau y_answers_team@yahoo.com

Langkah keempat untuk Gmail, Password Help


Password help ni akan anda dapat selepas recover password di langkah pertama. Isikan email yang anda lupa. Kemudian klik seperti gambar di bawah. Selepas tu, kita akan di minta untuk isikan emel yang akan terima contact inf ormation kita.

Klik arro w untuk p as s wo rd he lp .

Kemudian kita akan di minta isikan password terakhir, kali terakhir login dan bila buat akaun. Saya pun tak berapa ingat semua ni. Saya isi ja sebarang.

Lepas tu ada dua lagi step tapi skip step tu. Security question yang di tanya. Akhir sekali akan di tanya produk google yang kita guna. Ada 4 pilihan saja, Android, Gmail, Calendar dan task. Ini pun tak berapa ingat bila mula guna. Isi sebarang juga.

Kalau dah selesai, akan keluar la gambar macam di bawah.

Kemudian akan dihantar satu emel. Klik link tersebut. Google akan kata kalau nak lebih baik, sign-out semua akaun. Lepas tu, tak pasti apa lagi step. Kalau tak dapt juga, cuba Contact Google.

Tip lain mungkin dapat membantu


Boleh gunakan fungsi suggestion (tak tahu apa di panggil). Biasanya jika kita mengisi username, akan ada beberapa suggestion kan? Contoh kalau kita pergi google dan taip perkataan, akan keluar suggestion kan? Iya, begitu la browser. Mungkin cara ni dapat membantu. Tip lain untuk recover username dan password, cuba periksa browser anda. Kemungkinan anda ada saved password tanpa di sedari. Untuk chrome , sila pergi chrome://chrome/settings/passwords dan show password. Untuk Mozilla, pergi Edit > Pref erences > Security > Saved Password > Show Password > keluar pop-up klik Yes. Mungkin anda boleh cuba Try and Error . Kebiasaanya password ni mesti benda yang kita ingat juga. Kecuali ada beberapa website mungkin ada lebih security macam Bank contohnya kena ada huruf besar, kena ada gabungan nombor, ada pula yang ada limit minima dan maksima untuk password. Itu yang menjadi susah tu. Anda boleh guna software atau tool di internet, banyak juga tool yang saya jumpa di internet tapi saya tak jamin keberkesanannya. Kemungkinan cuma virus, mungkin cuma produk hype. Tapi tak salah mencuba. Mungkin anda boleh cuba tool ini, Password recovery bundle. Sebaiknya kalau nak melabur beli password recovery atau pun guna tool percuma pun, pastikan tengok review yang sah dan boleh di percayai. Jangan tengok setakat 1 2 review. Tengok banyak-banyak. Atau

boleh tanya di mana-mana f orum atau Question answer macam yahoo answer contohnya. Tanya tool terbaik.

Tip terakhir, boleh cuba hubungi hacker yang boleh di percayai. Ingat hacker bukan semua jahat. Yang jahat tu black hat hacker. Cari white hat hacker untuk bantu anda. Upah tu saya tak tahu, tak pernah cuba lagi. Tapi memang banyak hacker kita boleh jumpa di internet.

Anda berjaya atau ada cara lain?


Sudah cuba sehingga cara terakhir? Macam mana pula dengan panduan lain yang mungkin membantu? Berjaya? Atau anda ada cara lain? Kalau ada, di harap boleh komen di bawah untuk membantu orang lain juga. Mungkin ada tip yang saya tertinggal atau tak tahu.

Anda mungkin juga menyukai